Monday, April 23, 2012

Teori Cinta: Makna Cinta Kita.


'Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan,' [68:1]



Dengan nama Tuhanku, aku menulis.

Baru-baru ni, pergi program Teori Cinta: Makna Cinta Kita di International Medical University (IMU), Bukit Jalil. Ceramah disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha. *dah macam setiausaha tengah buat report dah :\*

Baiklah, tolong tukar mood boleh tak?

Alhamdulillah, banyak benda yang ustazah share. InsyaAllah, akan cuba berkongsi sebaik mungkin. :)

Slot 1 [Apa Itu Cinta?]

Ada banyak sangat definisi cinta. Sebab cinta adalah sesuatu yang melibatkan perasaan.Perasaan takkan dapat digambarkan dengan kata-kata, melainkan kita sendiri yang merasakannya. Bak kata orang kampung,

'You'll never understand it until you feel it'


Ustazah berkongsi beberapa definisi cinta oleh beberapa tokoh ilmuan.

Abdullah Nasih U'lwan

Pernah tak, mengalami situasi di mana korang tiba-tiba saja berdebar-debar setiap kali ternampak seseorang tu. Seolah-olah, ada tarikan magnet pada dia yang buat korang rasa nak sorok muka dalam stoking setiap kali terserempak. Contoh, setiap kali korang naik LRT dekat Bangsar, korang mesti berdebar-debar bila nak beli tiket sebab abang jaga kaunter tu hensem sangat. Atau, dekat kolej, setiap kali korang terserempak dengan sorang mamat yang taklah hensem sangat, tapi sebab dia selalu jadi imam solat jemaah dekat surau, korang akan berdebar-debar. Korang pon mula tertanya-tanya, 'adakah ini cinta?' Haaa. Pernah tak?

*ini contoh ye, takde kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. -.-*

Bak kata Abdullah Nasih U'lwan ni, cinta itu bermaksud 'kecenderungan kepada sesuatu'. Macam contoh di atas, tiba-tiba jek berdebar-debar bila jumpa dengan certain orang. Dan tambahnya lagi, ia adalah fitrah yang ada pada semua makhluk Allah. Jangan rasa tak normal bila kita tiba-tiba rasa macam tu.

Fitrah ni ada pada semua. Tak kisahlah dia Hindustan ke, Pakistan ke atau Orang Utan sekalipun, dia pasti ada kecenderungan kepada berlainan jantina ini.




Ibnu Qayyim

Ibnu Qayyim pernah mengumpulkan pendapat ramai orang tentang apa itu cinta. Dan, dia telah menyimpulkan makna cinta itu kepada 60 istilah. Haaa, nampak kan Betapa susahnya nak gambarkan sesuatu yang berbentuk perasaan dalam bentuk ayat. Bermacam-macam pendapat ada.


Lagi, daripada 60 istilah ni, Ibnu Qayyim kategorikan mereka kepada 3 kategori.

  • Cinta itu ibarat SINGA DAN PEDANG. Yakni, cinta ini menjadikan kita kuat. Dan, cinta ini diberi pada yang selayaknya. Sudah tentu, cinta yang begini hanya dapat diberi kepada pencipta cinta, Allah.
  • Cinta itu ibarat BENCANA BESAR. Cinta yang begini memang banyakkkkkk sangat zaman sekarang ni. Cinta yang disalurkan pada tempat yang salah. Kesannya, kaya syarikat surat khabar dengan berita buang bayi etc.
  • Cinta itu ibarat ARAK YANG MEMABUKKAN. Ni lah yang selalu kita dengar, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Asyik terkenang si dia saja. Sampaikan, lautan luas sanggup kurenangi demi untuk membuktikan cintaku padamu kekasihku. -.-



Haa, nak tau tak step-step zina. Macam kena panah petir jugaklah bila ustazah share benda ni kan. Hehs.

Step 1

'Hai awak, awak dah makan belum?' *senyum tersipu-sipu*

Step 2

'Sayang, dah mandi belum ni? Busukkkkkk! :p'

Step 3

'Mama, nanti kan, papa nak 10 orang anak tau. Hehehehehe.'

Step 4

'Papa tak sabar nak kahwin dengan mami. Kalau boleh sekarang jugak! *senyum teruja*

Dan perbuatan yang mengundang laknat Allah pon berlaku dengan senangnya.

Ibnu Qayyim juga mengklasifikasikan cinta kepada 3 jenis.
  1. Cinta kepada Allah.
  2. Cinta Kerana Allah.
  3. Cinta bersama Allah.
'Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab'

Kalau kita cinta dia sebab dia hensem, kalau tiba-tiba dia eksiden dan jadik cacat, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang.

Kalau kita cinta dia sebab dia kaya, kalau tiba-tba dia bankrupt dan jadik miskin, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang.

Begitulah manusia. Sebab tu, kita kena paham, kenapa kita cinta seseorang tu? Adakah kerana kelebihan yang ada padanya, atau kerana Tuhan yang menciptakannya? Seseorang akan menjadi 'hamba' kepada apa yang dicintainya. Kalaulah kita cinta seseorang, kerana kelebihan yang ada padanya, yang tak kekal, dan bukan kerana Tuhannya, agak-agak berbaloi ke kita jadi 'hamba'nya? Sanggup mengetepikan pandangan Tuhan kita semata-mata kerana seorang hamba yang hakikatnya juga bergantung pada Tuhan yang sama?




Abraham Maslow

Cinta itu satu keperluan. Semua orang perlukan cinta. Bukti paling jelas, kita masih lagi bernafas di muka bumi ini walaupun dosa kita terlampau banyak adalah kerana cinta Tuhan kita, Allah. Kalaulah Allah tu tak cintakan kita, nescaya Allah akan benamkan kita dalam bumi setiap kali kita melakukan dosa.

'Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. Jika dia menghendaki, Dia akan menghentikan angin, sehingga jadilah (kapal-kapal) itu terhenti di permukaan laut. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang selalu bersabar dan banyak bersyukur, atau (Dia akan) menghancurkan kapal-kapal itu kerana perbuatan (dosa) mereka, dan Dia memaafkan banyak (dari mereka),' [42:32-34]

Cukup 3 definasi cinta dari 3 orang tokoh.

Sekarang, cuba bayang, ada seorang lelaki yang sangat suka makan ikan kering. Ketaksubannya pada ikan kering membuatkan dia bertekad untuk makan 800 gram ikan kering sehari. Rasa-rasanya, apa bakal terjadi pada lelaki ini?

Betul! Comfirm lelaki ni selalu sakit sebab overdose ikan kering.

MAKAN - Makan juga adalah fitrah. Semua orang ada nafsu makan. Tapi, kalau kita tak kawal, maka jadilah kita seperti lelaki di atas.

Samalah seperti cinta. Cinta itu fitrah, tapi perlu dikawal. Fitrah itu ada peraturannya yang perlu kita patuhi supaya hidup kita tak haru biru. Allah yang jadikan cinta itu fitrah dalam diri semua makhluknya, mestilah cinta itu sesuatu yang baik. Tapi, kita perlu ikut peraturan! Sebab apa Allah tetapkan peraturan? Sebab Allah itu sangat sayangkan kita. Allah sendiri tak sanggup nak campak kita dalam api neraka.

'Tipu! Kalau Allah tu sayangkan kita, kenapa Allah ciptakan neraka untuk kita? Haa, jawab! jawab!'

*Tu dia bila ektremis berhujah.* -.-

Awak, Allah memang Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya. Tapi, jangan kita lupa, Allah itu juga Maha Adil. Takkanlah Allah nak masukkan mangsa rogol dengan si perogolnya dalam syurga sama-sama kottttt. Common sense heh?

duhhhh -.-'

Teringat kisah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah. Rasanya tak perlu kot rakamkan balik apa dialog malam pertama diorang. Semua orang dah pernah dengar kan kisah diorang yang sweet tu? :P

Tapi, nak sentuh dekat sini, walaupun Saidina Ali dan Saidatina Fatimah sudah saling mencintai satu sama lain sebelum mereka nikah lagi, pernah Ali ajak Fatimah dating bawah pokok kurma sebab nak buktikan cintanya? Atau ada Ali dengan Fatimah pergi bersiar-siar di padang pasir sambil rempit bawak unta? Tak! Ali dengan Fatimah senyap jek. Sampaikan walaupun Abu Bakar dan Umar pinang Fatimah pon, ingat Ali tak cuak ke? Tapi, ada Ali ajak Fatimah kahwin lari dekat Siam? Takde. Tapi, jodoh akhirnya yang menyatukan mereka berdua. Yang ni barulah sweet. Hehs.

Tanyalah hati kita, siapa yang paling memberi pengaruh di hati kita?

'Lagi teruja nak bukak al-quran ke lagi teruja nak bukak facebook?'





Jodoh, tetap atau berubah?

Hakikatnya Allah sudah tahu siapa yang akan jadi pasangan kita, sudah tertulis di Loh Mahfuz. Tapi, 'bagaimana' dia bergantung pada 'bagaimana' kita.

Tak berani nak ulas paanjang pasal jodoh ni sebab bak kata ustazah, benda ni pening dan complicated. Cuma yang penting, kita kena yakin dan percaya bahawa, segala ketetapan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.

Slot 2 [Pencemaran Cinta]


Jom cek kondisi hati kita. Yang mana satu hati kita? Ada 3 tahap hati.

  • Hati yang sihat.
  • Hati yang 'biasa' dengan dosa. Biasa buat dosa tapi kadang-kadang rasa bersalahlah jugak.
  • Hati yang 'seronok' dengan dosa. Buat dosa pon tak rasa apa-apa. Baca al-quran pon tak lembut hati.
Sekarang bayang, ada 2 ekor binatang. Beruang & nyamuk. Agak-agak, kalaulah kedua-dua binatang ni muncul depan kita, yang mana satu yang kita takut dan lari?

Beruang bukan? Betul. Sebab beruang besar dan kita nampak akibat yang bakal berlaku kalau kita tak lari. Sekadar nyamuk, elehhh, tepuk sudah kan? Tak macho gilos nak lari jumpa nyamuk.

Samalah seperti zina. Zina itu ibaratnya seperti beruang. Kita nampak dengan jelas apa akibat kalau kita berzina. Dan, semua orang memang akan mengelakkan diri dari berzina. Betul?

Nyamuk pula seperti apa? Haaaa! Sekarang bersedia untuk kena panah petir. Nyamuk itu bolehlah diibaratkan sebagai perkara-perkara kecil yang kita pandang remeh, kita pandang biasa, kita pandang macam takde effect apa-apa. SMS, sweet-sweet, caring-caring, suap-suap, pegang tangan, tangkap gambar sama-sama, sembang-sembang, etc. Benda ni nampak kecik, tapi hakikatnya kesannya lagi bahaya. Macam nyamuk. Walaupun ia kecik, tapi kita tengok berapa ramai mati sebab penyakit yang nyamuk bawak kan? Beruang? Jarang kita dengar orang mati sebab beruang. Kan kan?




'Muhasabah ikhtilatmu sebelum dan selepas nikah'


Kalau setiap hari kita makan chicken chop selama setahun, dan tiba-tiba satu hari kawan kita ajak kita ke satu event yang dia cakap ada chicken chop, adakah kita akan berasa teruja untuk pergi? Berbanding dengan event yang dia cakap ada nasi briyani gam yang sedap sampai menjilat jari, sudah pasti kita lagi teruja nak pergi event kedua tu kan? Apatah lagi kita tak pernah rasa nasi briyani gam yang orang selalu bercakap tentangnya tu.

Samalah macam berkahwin. Kahwin tujuannya untuk menghalalkan perkara yang haram kita buat sebelum itu. Tapi, kalau sebelum kahwin pon kita dah rasa dan buat apa yang orang kahwin buat, pegang-pegang, rindu-rindu, sayang-sayang, nanti bila dah berkahwin nescaya keterujaannya tak seberapa. Bak kata ustazah, hilang debar.

'So, cinta ni salahlah?'


Seharusnya, kita mengambil kira 'hakikat di sebalik nama', bukan ambil kira 'nama'.

Hotdog - Anjing Panas. Haram ke makan? Dah namanya anjing?

Tak bukan? Sebab hakikatnya hotdog itu bukan dibuat dari isi anjing, tapi isi sesuatu yang halal. Samalah seperti cinta. Cinta itu hakikatnya suci, bersih. Tapi, perbuatan pasangan yang bercinta itu yang selalunya memberi gambara buruk pada cinta.

'Tapi, pada pandangan saya, setakat sms, atau belajar sama-sama dekat library dengan couple, tak salah kottt. Tak payah nak syadid sangatlah kannnnnn?'

Jawapan Ustazah Fatimah Syarha,

'Kalau nanti rasa boleh jawab dengan Allah bila Allah persoalkan berkenaan perbuatan kita dengan couple kita tu, silalah teruskan perbuatan tu.'


kena panah petir buat kali ke seribu. -.-


'Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang 'bercinta sebelum kahwin', kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar.' [Sheikh Yusof al-Qardawi]

Bermain 'pakwe makwe', bimbang cinta menyala-nyala di neraka.


Slot 3 [Cinta High Class]


Tips untuk mendirikan BaitulMuslim (BM), tunjukkan kematangan!
 
 
Apa itu cinta high class?


  • Cinta yang mendaulatkan Allah no. 1. (hormat walinya)
  • Cinta yang hanya kerana Allah yang Esa.
  • Cinta yang diikuti dengan mujahadah melawan nafsu.
Biasa VS High Class

Nikah sebab terlanjur VS nikah sebab agama?
Nikah sebab sayang si dia VS nikah sebab sayang pada pencipta si dia?

Sheikh Yusof Al-Qardawi berkata, pernikahan yang baik adalah pernikahan yang tiada halangan dari;

  • Kedua-dua pihak.
  • Keluarga.
  • Adat (yang tidak bertentangan dengan syarak)
  • Undang-undang.



'Macam mana nak tahu dia jodoh kita ke tak?'

Couple - trial and error.

Kata mereka, perlu couple ni sebab nak tahu siapa yang layak jadik suami/isteri. Kata ustazah,

'Nak tahu dia adalah jodoh kita atau tak, lihat bagaimana cara dia menawarkan cintanya. Kalau caranya membawa murka Allah, jangan bersedih kehilangan dia.'

Sangat penting untuk kita kenal pasangan kita sebelum nikah. Tapi, bagaimana caranya?

Haa, hantarlah spy. Hehs. Tanya sahabat yang rapat dengannya bagaimana 'dia'. Kalau perlu, stalk FB dia.  Tengok dia jaga ikhtilat ke tak. -.- Tapi hanya selepas dia melamar dengan cara yang dicintai Allah. Dan, yang paling penting, istikharah.

Cabaran dalam rumah tangga.

Bila dah berumah-tangga, masalah pasti ada. Di saat itu, kita kena ingat satu benda. Kalau belum kahwin, tanamkan dalam diri kita mulai dari sekarang. Kita kena ingat, kita kahwin dengan manusia. Bukan robot, bukan nabi yang sempurna sifatnya. Manusia itu sifatnya ada masa dia kuat, ada masa dia lemah. Sebab tu sebagai pasangan, kita kenalah bersabar, dan support pasangan kita.

Kesimpulan

Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah. Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah?

'Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan kamu. Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tak pernah sekalipun meninggalkan kamu.'






Bila aku boleh kahwin ni?

Bak kata ustazah, nak tahu bila kita dah boleh kahwin, tengok cara kita dengan roommate kita.


‎'Kalau dengan roommate kita masih tak dapat bertegur sapa,
kalau dengan roommate kita tak dapat pujuk,
kalau dengan roommate kita berbalah asyik nak menang jek,
kita TAK LAYAK lagi nak melangkah ke alam perkahwinan.'

Haa, down sekarang! :P




Wednesday, April 4, 2012

Doa dan paham!

Dengan nama Tuhan yang mewujudkan rasa cinta dalam diri hambaNya. Tidaklah layak untuk seorang hamba itu mencintai hamba yang lain melainkan dengan izinNya. Dan tidaklah layak seorang hamba itu mencintai hamba yang lain sebelum mencintaiNya, Tuhan yang menciptakan cinta.

Selalu kita dengar orang doa, malah mungkin kita sendiri pernah berdoa,

'Ya Allah, jadikanlah aku seorang hamba yang mendahulukan cintaMu dari cinta makhlukMu.'

Bila kita ada minat seseorang, kita doa dekat Allah,

'Ya Allah, jika dia adalah nama yang telah ditetapkan menjadi jodohku, maka mudahkanlah ya Allah. Satukan hatiku dan hatinya, dan jagalah hati kami sebelum menjadi yang halal di sisiMu. Namun ya Allah, jika dia bukanlah nama yang ditakdirkan untukku, aku redha ya Allah. Cuma pintaku, Kau jauhkanlah aku darinya, bimbinglah aku, dan temukanlah aku dengan seseorang yang lebih baik darinya.'

Hari-hari selepas solat doa pada Allah. Itu bagus. Bukankah yang dinamakan hamba itu harus selalu meminta pada Tuhannya?

Tapi, cuba reflect balik, setiap kali kita berdoa, adakah kita turut sama menghadirkan hati kita? Atau hanya jasad yang berkata, roh pula entah ke mana?

Katakanlah, katakan satu hari kita dapat tahu dia yang kita minat tu berkenan dekat orang lain. Atau tiba-tiba kita tahu dia bertunang. Apa perasaan kita?

'Sedihnyaaaa. Tak acilah camni. Nak kahwin dengan dia. T__T'

Pulak?

Lepas tu berapa bulan takde selera makan. Bukak FB pon taknak sebab sakit hati tengok wall dia, orang sibuk ucap tahniah segala. Kawan-kawan ajak keluar pon taknak. Berkabung duduk dalam bilik jek.



Haaaaa. Ini masalah. Sebab bila doa lain, tapi penerimaan lain. Kita hanya ingat kita selalu doa, 'Ya Allah, jika dia adalah nama yang telah ditetapkan menjadi jodohku, maka mudahkanlah ya Allah. Satukan hatiku dan hatinya, dan jagalah hati kami sebelum menjadi yang halal di sisiMu. Tapi, kita lupa kita jugak cakap, 'Namun ya Allah, jika dia bukanlah nama yang ditakdirkan untukku, aku redha ya Allah. Cuma pintaku, Kau jauhkanlah aku darinya.'


Quote balik, 'jauhkan aku darinya.'


So, bila dah jauh, kenapa kita tak gembira? Allah dah kabulkan doa kita kan? Allah tengah bagi peluang untuk kita jaga hati kita. Bukankah itu yang kita nak?



'Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya; "Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat perkara; rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripada-Nya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu."



Dalam hadith ke-4 Imam Nawawi, dah diberitahu kepada kita bahawa sejak dalam perut ibu kita lagi, Allah dah tulis rezeki, celaka, bahagia, ajal dan amalan kita. Bila kita meninggal, bagaimana rezeki kita, termasuklah dengan siapa kita berkahwin dah ditetapkan oleh Allah. Sebab tu amat penting untuk kita berdoa pada Allah. Tapi, ada satu perkara lagi yang lebih penting dari berdoa pada Allah ini iaitu,


'faham apa yang kita doakan'


Semua orang boleh berdoa tapi tak semua orang boleh faham apa yang dia doakan. Sebab tu bila sesuatu perkara terjadi bukan seperti yang dia harapkan, dia berputus asa.




‎'bila dia menjauh,
bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.


jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia,
jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia, 
bila dia bukan untuk kita.


maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk dariNYA.
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri,
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.


jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA.
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA,
maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita.'


Jumpa sajak ni di tumblr. Bukan saya tulis sebab saya bukan si puitis cinta. Tapi, make sense kan? :)


Doa dan paham!




Saturday, March 31, 2012

Kembalilah pada Tuhanmu.

Dengan nama Tuhan yang memegang hati-hati hambaNya. Rasulullah SAW yang merupakan kekasih Allah sering berdoa;

'Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati hamba pada agamaMu'

Digambarkan oleh Abdullah bin Rawahah, berbolak-baliknya hati kita ini lebih laju dari air yang mendidih. Bayang, air yang mendidih tu kan berbuih-buih dan sangat laju. Tapi, hati kita ni, lagi laju bolak-baliknya dari tu. Sebab tu kita kena selalu baca doa yang macam Rasulullah SAW baca untuk tetapkan hati kita.




Pernah tak rasa, kadang-kadang kita rasa dekatttttt sangat dengan Allah. Sehari tak sempat baca al-quran, rasa rindu sangat. Tapi, kadang-kadang jugak kita rasa jauhhhh sangat dengan Allah. Berhari-hari tak baca al-quran pun tak rasa apa-apa. Salah siapa? Salah kita! Sebab Allah tu selangkah pun tak pernah menjauh dari kita. Setiap kali kita rasa jauh dari Dia, percayalah, hakikatnya kita yang sedang melangkah menjauh dari Dia. Dan Allah sentiasa menunggu untuk kita melangkah balik kembali padaNya. Baikkan Tuhan kita?

Dalam hadith ke-12 himpunan hadith arba'in, Rasulullah SAW bersabda;

'Di antara ciri (baiknya) keislaman seseorang adalah ia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya'

Berubah? Senang atau susah? Tulis macam senang, tapi nak buat? Cakap macam senang, tapi nak buat? Share dekat FB macam senang, tapi nak buat?

Kalau bukak FB, dekat news feed memang berlambak-lambaklah orang share pasal tutuplah aurat, jangan tinggal solat, jangan buat benda ni, jangan buat benda tu. Tapi, tak ramai yang berani tulis, 'Siapa perlu bantuan untuk berubah, sila hubungi saya. Saya sanggup tolong. Berkorban masa, harta, jiwa, raga semua saya sanggup demi untuk menolong anda.' Ada? Takde. Sebab apa? Sebab fitrah manusia hanya pandai mengkritik, tapi tak ramai yang sanggup membantu.

Berubah itu perlukan mujahadah. Tahu mujahadah? Kesungguhan. Kekuatan. Mental, fizikal, emosi semua kena kuat! Mungkin siapa yang lahir-lahir terus dalam keluarga yang pakai tudung labuh, lahir-lahir terus dalam keluarga yang berdakwah tak paham betapa susahnya nak berubah tu. Tapi saya, yang lahir dalam keluarga yang biasa-biasa, yang baru betul-betul kenal Allah semasa berumur 19 tahun, pernah rasa betapa hebatnya dugaan nak berubah tu. Susah! Payah! Tak senang macam fikir ayat nak menulis blog. Tak senang macam nak bercakap masa usrah. Berubah ni lagi susah dari nak kayuh basikal naik bukit curam. Paham?





'So, dah susah, tak perlulah nak berubah kan kan?'

Cuba bayang, satu hari kita pergi berkelah. Sedang kita menikmati keindahan alam semulajadi, tiba-tiba kita sedar berdekatan jek dengan tempat kita duduk sebenarnya ada timbunan tahi kucing yang sangat busuk dan meloyakan. Rasa-rasa kita nak tukar tempat ke nak stay jek duduk dekat situ? Kalau nak tukar tempat macam susah sebab kena angkat segala bakul, tikar dan barang-barang lain. Tapi, kalau tak tukar tempat, sanggup ke kita nak tahan bau busuk dan 'panorama indah' tahi tersebut?

Begitulah macam berubah. Berubah tu susah, tapi kalau kita sedar yang diri kita sedang salah dan jauh dari jalan Allah, kenapa kita tak berusaha untuk berubah? Kalaulah dosa itu mengeluarkan bau, nescaya kita takkan berani keluar rumah sebab malu. Tapi Allah tu Maha Baik. Dia sorok aib kita. Tapi, pernah kita hargai kebaikan Allah tu?

'Alaaa, tapi kalau berubah pon kalau tak ikhlas tak guna jugak kan?'




[senyum]

Berubah tu hakikatnya mempunyai 3 tahap.

1. Buat-buat ikhlas.

Sebelum tidur, perkara pertama yang kita buat apa? *baca doa, pandai* Maksud saya, sebelum tidur kita kena tutup mata dulu. Betul? Pernah kita fikir, kenapa kita tutup mata dulu sebelum tidur ye? Sebab sebelum kita mengalami fasa yang dipanggil 'nyenyak' atau 'tidur mati', kita akan mengalami fasa yang dipanggil 'buat-buat tidur'. Kita tutup mata sebab kita ingin meniru gaya orang yang 'nyenyak' atau 'tidur mati' tu. Tak. Ini bukan fakta sains. Sila jangan serang saya. Ini common sense. Malah, semasa kita 'buat-buat tidur' tu kadang-kadang dalam fikiran kita macam-macam ada. Kita fikir esok nak pakai baju warna apa, esok nak makan apa dan sebagainya. Sehinggalah kita betul-betul tertidur. Nampak konsep 'buat-buat' di situ?

Untuk berubah, kita memang kena paksa dulu. Tak ramai yang terus dapat capai tahap ikhlas bila dia bertukar pakai tudung labuh, atau bila dia mula solat penuh. Sangat penting untuk kita paksa diri kita untuk buat benda tu. Kerana itu lebih baik dari kita terus lakukan dosa.



Saya ada seorang kawan, masa dia mula-mula nak berubah pakai tudung labuh, apa dia buat? Dia beli dulu. Sebab katanya, 'Kalau tak beli, sampai bila-bila tak pakai. At least bila dah beli, kita rasa membazir kalau tak pakai.' Nampak? Langkah pertama itu penting. Walaupun bak kata orang kampung, 'First step is always the hardest'.


Kawan saya yang lain pula, semasa dia nak berubah pakai tudung labuh tu, malam sebelum dia pergi kelas keesokan harinya, dia kutip semua tudung dia yang singkat dan jarang yang ada dalam almari, dan dia rendam dalam baldi. Yang tinggal hanyalah tudung labuh. Supaya apa? Supaya dia tiada pilihan lain melainkan memakai tudung labuh tersebut. Hebat kan? Betapa dia paksa  diri dia nak berubah. Dia buat macam tu selama beberapa ketika, sampailah bila dia rasa selesa bertudung labuh.

Pakaian - Ini hanya satu contoh yang zahir. Sebenarnya, yang lebih perlu kita ubah adalah perkara yang berkaitan rohani kita. Solat, jaga hati dan banyak lagi.

Tapi, secara jujurnya, pengalaman saya, masa mula-mula saya nak berubah, saya ubah pakaian saya dulu. Sebab apa? Sebab saya rasa bila saya dah pakai macam muslimah sikit ni, perangai kenalah macam muslimah jugak. Kalau tak, nanti apa orang kata ye dak? Haha. Memang tak ikhlas langsunglah kan mula-mula tu. -.- Tapi, benda ni berhasil. Saya segan jugak bila dalam FB ke orang selalu perli kata, 'tudung labuh tapi perangai macam pakai tudung saji.' Haaa. Dan sejak dari itu bermulalah detik-detik perubahan hati dan nurani.

2. Ikhlas.




'Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.'

Siapa dapat tahu bila dia akan ikhlas? Yang sudah digelar ulama' juga tidak tahu hatinya ikhlas atau tidak ketika beramal. Ada satu kisah oleh Assyahid Imam Hassan Al-Banna;

Seperti biasa selesai majlis ilmu, si penceramah akan turut serta membantu petugas-petugas majlis mengemas kembali dewan majlis. Ketika beliau sedang menyusun kerusi, seorang petugas menghampiri beliau sambil berkata 'Tuan, biarkan saja kami yang melakukannya kerana tuan masih penat berceramah tadi.' Dengan senyum beliau menjawab, 'Tidak mengapa, walaupun aku yang menyampaikan ilmu tetapi aku khuatir amalan manakah yang Allah terima dariku, sama ada kerana aku menyampaikan ilmu atau kerana aku menyusun kerusi-kerusi ini.'

Bila kita tunggu hati kita ikhlas baru mahu berubah, sampai bila? Yakinkah kita Allah akan menangguh tarikh kematian kita sehinggalah kita berubah? Bagaimana kalau esok kita mati tanpa sempat kita bertaubat dan berubah? Firman Allah dalam surah al-Hadid ayat 16;

'Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.'

Apa maksud 'setelah orang-orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras'? Sister pernah tadabbur ayat ni. Tadabbur - bedah makna ayat al-quran. Kata sister, ayat ni ditujukan kepada orang yang suka bertangguh dalam membuat sesuatu yang disukai Allah. Bertangguh untuk bertaubat. Bertangguh untuk berubah. Alasan mereka, 'Tak ikhlas lagi.' Atau, ayat common, 'Tak dapat hidayah lagi.' Padahal mereka tahu, hidayah tak datang bergolek. Hidayah perlu dicari. 'Maka hati mereka menjadi keras' - Kerana sikap mereka yang suka bertangguh, Allah keraskan hati mereka. Takutnyaaaa. Kalau hati dah keras dah tak terkesan dengan teguran orang, dah tak tersentuh dengan ayat-ayat al-quran, mana lagi kita nak cari hati baru kan? T__T




3. Istiqamah.

Ini tahap tertinggi. Dan tahap yang paling susah. Ikhlas pon tak susah macam ni. Bila kita dah rasa perubahan kita tu bukan sebab terpaksa, kita akan diuji dengan pelbagai cobaan. Masa ni, kalau iman tak kuat memang senang tergelincirlah kan. Istiqamah - berterusan.

Kadang-kadang tengok kawan-kawan couple ada orang yang boleh diorang sweet dengan, rasa nak jugak! Kadang-kadang tengok kawan-kawan pakai baju cantik-cantik yang nampak bentuk badan, rasa nak jugak! Kadang-kadang tengok kawan-kawan buat benda lagha, rasa nak ikut jugak! Istiqamah bukan senang. Ada saja pengaruh sekeliling yang cuba menghasut supaya berubah menjadi diri kita yang 'lama' balik. Tapi istiqamah ini penting. Sebab itu Rasulullah SAW pernah bersabda;

'Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.'

Biarlah kita tak hebat amalan macam orang lain. Cukup buat yang wajib saja dulu dalam fasa pertama perubahan, asalkan kita istiqamah. Nanti dah rasa boleh istiqamah amalan wajib, barulah cuba buat amalan sunat. Allah tak marah punyalah. Allah tu kan Maha Penyayang, Maha Pengasih. Allah yang cipta kita, mestilah Allah tahu betapa susahnya kita nak berubah. Kan?



'Saya nak berubah, tapi saya tak kuat.'

Manusia hanyalah hamba. Hamba memang tak kuat. Selalu saja terjatuh. Tapi, kita beruntung sebab kita hamba kepada Allah. Tuhan kita sweet. Kita rasa tak kuat, kita mintalah pada Tuhan kita. Walaupun Tuhan kita tahu yang kita memang perlukan kekuatan, tapi Dia nak tunggu kita mintak. Sebab Dia suka dengar suara kita. Masa kita nangis, masa kita sedih, masa kita serabut, bukan Dia tak tahu. Dia nampak. Malah Tuhan kita pun sedih sekali bila tengok kita macam tu. Tapi, sebab Dia nak bagi kita belajar, Dia terpaksa uji kita.

Satu masalah kita adalah kita selalu fikir apa orang lain akan cakap bila kita buat sesuatu benda tu. Kita fikir 'kesan' yang bakal berlaku bila kita berubah. Apa orang lain cakap? Apa pandangan orang pada kita? Tapi, jarang kita fikir apa pandangan Tuhan kita kalau kita tak berubah? Apa Tuhan kita rasa kalau kita taknak kembali pada Dia? Kita tak akan pernah kuat kalau kita asyik fikir apa orang lain akan cakap. Sebab hati orang lain-lain. Mana mampu kita nak penuhkan hasrat semua orang. Tapi, Allah itu lain. Allah tak mintak banyak dari kita. Yang Allah minta hanya satu;

'Kembali padaNya, bergantung hanya padaNya, melakukan sesuatu hanya keranaNya.'





Jika kau rasa tak kuat, ketahuilah, Allah itu Maha Kuat. Dia akan memberikan kekuatan padamu bila kau meminta hanya dariNya.

[p/s: This is an entry upon request. Sorry kalau tak menjawab soalan. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya yang saya harap dapat saya perbaiki. ^^]

Semoga Allah berkati perjalananmu sahabat :)


Monday, March 26, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 2012 :)

Dengan nama Tuhan yang menciptakan kita kaum Hawa dari satu jiwa yang bernama Adam sebagai pelengkap fitrah manusia. FirmanNya dalam surah An-Nisa' ayat 1;

'Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.'

Ya, wanita itu mulia. Dari rahim insan yang bernama wanita, lahirnya para Nabi, para Rasul, tokoh-tokoh agama bahkan seluruh umat manusia. Specialnya wanita di sisi Allah sehingga kita dilantik untuk menjadi 'kilang' pemprosesan manusia yang menyeru seluruh alam kepada ungkapan;

'Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah'.

Hebat bukan diri kita wahai insan bernama wanita? :')

*Ok, tukar mood biasa balik. Keseriusan yang lama akan menyebabkan bosan.*

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana dengan kasih sayangNya kepada kita, seramai 3000 (tambah tolak) wanita dapat berkumpul di satu tempat yang dinamakan PICC, Putrajaya untuk menimba ilmu dari penceramah-penceramah hebat di Konvenyen Bidadari Dunia 2012. Satu konvenyen yang membuktikan betapa specialnya wanita ini sehingga diadakan satu persidangan hanya yang boleh dihadiri oleh kaum Hawa. Sweet bukan?



Telah bersabda Rasulullah SAW;

'Sampaikanlah dariku walau hanya dengan sepotong ayat'

Ilmu yang ditimba bukan hanya untuk disimpan dalam buku nota atau mungkin yang kaya sedikit simpan dalam peti besi. Tapi ilmu yang ditimba wajib diamalkan dan disampaikan kepada orang lain. Yelah, takkan nak masuk syurga sorang-sorang kan? Tak bestlah takde geng. So, kenalah berusaha ajak ramai-ramai masuk syurga sama-sama. Kan kan? *mata bersinar-sinar*

Jadi, sukalah kiranya saya *cehh saya* berkongsi serba-sedikit ilmu yang dapat saya sedut sepanjang dua hari konvensyen berlangsung. Entri ini mungkin sedikit *atau banyak* panjang. Maka, saya tak bertanggungjawab atas segala side effect yang berlaku pada anda semua. Dan dan, kepada sesiapa yang turut hadir ke konvensyen, mohon dibetulkan apa yang salah, dan ditambah apa yang kurang. Kalau nak salahkan apa yang betul, tu suka hati. Nanti jawab dengan Tuhan.


[video pembukaan]


Keseluruhannya, ada 10 slot plus 2 forum yang disediakan. Mereka adalah,

  • Bidadari Impian [Fatimah Syarha]
  • Cahaya Kemanisan Iman [Hjh Zawiah]
  • Wanita Dan Kerjaya [Dr Niki Shuhada]
  • Wanita Penyejuk Jiwa [Dato' Siti Bahiyah]
  • Wanita berkarisma [Dati Zaliha]
  • Bahagia Dan Membahagiakan [Prof Dr Muhaya]
  • Ibu Luar Biasa [Pn Jamilah]
  • Kesucian Mawar Putih [Ummi Ros]
  • Solehah itu indah [Dr Rubiah Kolup]
  • Wanita Dan Dakwah [Dr Harlina]
Dan 2 forum;

  • Fesyen -Yes or No? [Wardina, Catriona Ross, Datin Zaliha, Pn Suryati]
  • Titian Syurga [Nora, Irma Hasmie, Ust Firus, Amie Sofia, Pn Farazila]
Saya tak mampu nak share semua, tapi insyaAllah, sedaya upaya akan berkongsi isi yang menyentuh hati dan saya harap, semua yang membaca akan memperoleh manfaat daripada tulisan saya yang hina ini.

Bidadari Impian [Fatimah Syarha]

Rasulullah SAW pernah mengatakan, sebaik-baik wanita di alam ini ada 4 orang iaitu;

  1. Asiah isteri Firaun.
  2. Saidatina Khadijah.
  3. Saidatina Fatimah.
  4. Maryam ibu Isa.
Mereka ini adalah wanita yang berjaya memperoleh trofi taqwa dan mulia di sisi Tuhan mereka. Mereka ada satu persamaan yakni keempat-empat mereka sangat dekat dengan Rasul. Saidatina Khadijah dan Fatimah sangat dekat dengan Rasul kita Muhammad SAW. Asiah sangat dekat dengan Musa dan Maryam sangat dekat dengan Isa. Kerana mereka dekat dengan dengan Rasul mereka, mereka berjaya memperoleh cinta Allah. Firman Allah SAW dalam surah Al-Imran ayat 31;

Firman Allah SWT, “ Katakanlah (Muhammad): Jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (Muhammad) kamu akan dicintai Alllah. Dan Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah maha pengampun lagi maha pengasih.”

Ya betul, Rasulullah SAW sangat jauh dengan kita. Tapi baginda meninggalkan sunnah untuk kita ikut. Jadinya, alasan apa lagi yang dapat kita beri untuk merebut cinta Allah? MashaAllah. Mari kita selami kehebatan kisah 4 wanita yang diiktiraf sebagai sebaik-baik wanita ini.



Yang pertama adalah Asiah isteri Firaun. Dah namanya isteri Firaun sudah semestinya Asiah ini sentiasa berada di sisi Firaun, manusia yang paling memusuhi Nabi Musa. Penderitaan Asiah sangat dasyat. Asiah dibunuh oleh suaminya sendiri dengan cara kaki dan tangannya diikat di 4 penjuru dan dihempap dengan batu.  Di saat-saat kematiannya, Asiah berdoa pada Allah dan doanya dirakamkan dalam surah 
At-Tahrim ayat 11;

Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim"

Hebat bukan Asiah? Asiah ini tidak mampu mengawal situasinya. Apalah dayanya kudrat seorang wanita untuk melepaskan diri dari siksaan Firaun ke atasnya. Tapi, hebatnya Asiah adalah kerana kekuatan aqidahnya. Asiah tidak mampu mengawal situasinya tetapi Asiah mampu mengawal responsnya. Apa katanya?

'Kau boleh ambil jasad aku tapi tidak aqidahku'




Bagaimana Asiah boleh menjadi sehebat ini? Asiah mempunyai pendirian. Asiah menjadikan Allah sebagai yang pertama dalam hidupnya. Jika Allah ada dalam hati kita, siapa mampu untuk menggoncang iman kita? Walau disiksa, Asiah tahu beliau tidak keseorangan. Asiah dapat merasakan bahawa Allah sentiasa ada dengannya. Allah sama-sama menanggung kesedihannya. Walupun Asiah tidak melihat Allah, tapi Asiah tahu Allah sentiasa melihatnya.

Apa lagi alasan kita untuk berubah wahai muslimah? Jika kita katakan pengaruh sekeliling atau faktor famili tidak mengizinkan untuk kita berubah, bagaimana dengan Asiah? Asiah tidur sebantal dengan musuh Allah, tapi Asiah masih lagi mampu menjadi wanita yang hebat. Tidak malukah kita pada Asiah?

'Sejarah telah membuktikan, iman bukan penjara di jiwa'

Letakkan Allah no 1 di hati kita walaupun kita tidak dapat melihatnya. Bayangkan, mampukah kita melihat seluruh alam ini tanpa sebarang bantuan? Teleskop, satelit atau google map? Cell dalam badan kita ini, mampukah kita lihat secara direct? Ibubapa kita yang berada di kampung, mampukah kita tengok tanpa bantuan skype atau oovoo? Jadi, bagaimana kita mampu untuk melihat Allah jika makhluk ciptaanNya juga kita tak mampu lihat semua? Tapi Allah itu Maha Baik. Allah sediakan Al-Quran untuk Dia berhubung dengan kita dan Allah suruh kita solat untuk kita berhubung denganNya. Allahu. Apa lagi alasan yang mampu kita beri apabila sampai seru untuk kita berubah?


Yang kedua adalah Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah sehinggalah Siti Khadijah meninggal, kemudian barulah Rasulullah berkahwin dengan wanita lain. Tempoh perkahwinan Rasulullah dengan Siti Khadijah lebih lama dari tempoh Rasulullah SAW berpoligami. Jadi, sunnah berkahwin seorang lebih besar dari sunnah berpoligami. Ini adalah fakta yang perlu wanita tahu dan perlu lelaki paham.

Hebatnya Siti Khadijah ini hinggakan pada suatu hari Jibril berpesan pada Rasulullah SAW supaya menyampaikan salam Allah, dan salam Jibril padanya.

Abu Hurairah menyatakan bahawa Jibril datang kepada Nabi SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah, Khadijah sedang berjalan kemari. Ia membawa bekas yang berisi kuah, makanan dan minuman. Jika ia sampai kepadamu, maka katakanlah bahawa Tuhan-Nya dan aku berkirim salam kepadanya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa ia  mendapat sebuah rumah di syurga yang dibuat daripada buluh yang tidak dirisik dan tidak melelahkan.” (Muttafaqun alaih). Fatimah pernah bertanyakan ayahnya tentang hal itu, “Adakah buluh yang berada di sekitar ini?” Rasulullah menjawab, “Tidak. Melainkan buluh yang bertatahkan intan, mutiara dan berlian.”

Siti Khadijah mulia kerana beliau sangat menghargai suaminya. Oleh sebab Rasulullah SAW anak yatim piatu, Siti Khadijah tidak dapat memuliakan ibu dan bapa mertuanya.. Tapi hebatnya Siti Khadijah ini kerana betapa beliau mahu menghargai apa sahaja yang berkaitan dengan suaminya, beliau memuliakan ibu susuan Rasulullah SAW. Kalau kita? Kalau boleh nak kahwin dengan anak yatim piatu sebab malas nak layan mak mentua kan? Ishh. Teruknya kita. -.-



Yang ketiga adalah Maryam ibu Isa. Seorang wanita yang diduga dengan sebesar-besar ujian. Kita ujian paling dasyat pun mungkin gagal dalam exam, atau kehilangan orang tersayang. Tapi Maryam? Beliau diuji mengandung tanpa suami. Bayangkan betapa dasyatnya fitnah yang Maryam terpaksa hadapi oleh penduduk kampungnya. Berzina - itulah tuduhan yang dilemparkan pada Maryam. Tapi Maryam wanita hebat. Tidak sekalipun iman Maryam berubah disebabkan ujian yang menimpa dirinya. Dan tidak beliau sangka, beliau mengandungkan sesuci-suci manusia iaitu Nabi Isa. Oleh sebab tabahnya hati Maryam, Allah muliakannya di dalam al-quran.

Jika kita perasan, Maryam adalah satu-satunya wanita yang Allah 'mention' namanya secara specific dalam al-quran. Sehinggakan ada surah yang diberi atas namanya. MashaAllah, bestnya kan?

'Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci". Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?" Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.' [19:19-21]

Dan yang keempat adalah Siti Fatimah, puteri Rasulullah SAW. Fatimah merupakan role model terbaik untuk para remaja. Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 71;

'Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.'



Ya, wanita dan lelaki memang diciptakan untuk melengkapai antara satu sama lain. Tapi, bukan dengan cara seperti yang para remaja lakukan pada zaman 2012 ini. Berpegangan tangan tidak kira tempat. Berdua-duaan  tanpa rasa segan. Fatimah, seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perasaan cintanya sehinggalah akhirnya dengan kuasa Tuhan mereka dijodohkan.

Ada sebuah kisah yang sangat comel di malam pertama Fatimah dan suaminya Ali. Fatimah memberitahu Ali bahawa sebelum menikah dengan suaminya, Fatimah ada berkenan dengan seorang lelaki di kampungnya dan pernah berniat untuk menjadi isteri lelaki itu. Ali dengan perasaan cemburunya bertanya, adakah Fatimah menyesal kahwin dengannya? Fatimah lantas tersenyum dan menjawab;

'Tidak menyesal. Kerana abanglah lelaki itu'

Sweet kan? Jom kita jadi macam Fatimah. ^^


Cahaya Kemanisan Iman [Hjh Zawiah]

Rasulullah SAW bersabda;

'Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya (tiga perkara tersebut) dia akan merasai kemanisan iman.


1. Seseorang itu menjadikan ALLAH dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya,
2. tidak mencintai  seseorang melainkan keranaNya,
3. dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.'

Iman turun dan naik. Itu lumrah kehidupan. Tapi, malanglah kiranya iman kita lebih banyak menurun dari menaik. Iman itu bermakna menyebut dengan lidah, mengaku dengan hati, dan beramal dengan anggota. Jika kita hanya mengaku yang kita cintakan Allah tapi kita tidak melakukan perintahNya, layakkah kita digelar orang beriman? Allahu. T__T

Fitrah manusia suka kepada kebaikan. Tiada seorang pun manusia di bumi ini yang Allah ciptakan tanpa fitrah tersebut. Tapi, disebabkan pengaruh sekeliling, fitrah kita berkarat seperti berkaratnya besi apabila terkena air. Dalah hati kita, sentiasa ada kemahuan untuk melakukan dosa. Tapi, Allah itu Maha Penyayang. Walau seribu kali kita berniat untuk melakukan maksiat, Allah tidak akan catitkan satu dosa pun untuk kita. Tapi, setiap kali kita berniat untuk melakukan kebaikan, Allah akan catitkan satu pahala. Dan apabila kita melakukan kebaikan yang kita niatkan itu, Allah akan menggandakan pahala untuk kita. Baikkan Tuhan kita?



Allah dulu menghalau iblis hanya disebabkan iblis sombong SEKALI dengan Allah apabila iblis tidak mahu sujud kepada Adam yang dianggap lebih hina daripadanya. Kita? Sudah berapa kali kita sombong dengan Allah? Wahai insan, insaflah.


Wanita Dan Kerjaya [Dr. Nikki Shuhada]

Dr Nikki membongkar rahsia untuk berjaya iaitu tetapkan matlamat dari sekarang. Bila sudah ada matlamat kita akan berusah untuk mencapainya. Contoh matlamat saya adalah;

  • Nak jadi akauntan -> buat duit -> buat rumah untuk mama & daddy -> buat restoran atas nama mama & daddy -> berhenti.
  • Sambung master/PHD dalam bidang agama -> jadik lecturer etc supaya banyak masa untuk jaga anak sendiri.
  • Nak bukak sebuah rumah kebajikan.
  • Penulis buku-buku islami.
  • Berbakti untuk agama sepenuh masa.
'Ya Allah, jika cita-cita ini baik untuk Erna, permudahkanlah baginya ya Allah. Ameen.'

Terima kasih doakan. :D


Dr Nikki menyeru kita untuk mula menabung untuk masa depan. Jangan hari ni dapat RM1000, esok tinggal RM0.10 saja lagi sebab habis pergi shopping. -.-

'Life is not about taking, but giving'

Mula memberi. Kerana itu rahsia kebahagiaan.

5 tabiat wanita bekerjaya;

  1. Fikir positif.
  2. Pilih kawan yang betul.
  3. Mula baca buku.
  4. Hadiri seminar.
  5. Melawat tempat-tempat hebat.
Wanita Penyejuk Jiwa [Dato' Siti Bahiyah]

'Manisnya kurma ini' ^^ *tetiba*

Ada 15 tips untuk menjadi wanita penyejuk jiwa.

1. Nur keimanan yang memancar di wajah.

Semua wanita mahu cantik. Salah ke? Tak salah. Sebab Allah itu cantik dan suka pada kecantikan. Tengok saja perkembangan fesyen tudung sekarang ni. Bertukar-tukar. Itu bukti bahawa wanita sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadi lebih cantik dari hari ke hari. Tapi, bagaimana untuk mendapatkan cantik yang disukai Allah?

Taat pada Allah. 2 in 1. Buat apa yang Allah suruh & tinggal apa yang Allah larang. Bukankah Allah itu tidak melihat pada rupa dan harta kita? Apa yang Allah lihat adalah hati kita. Bila hati kita baik, insyaAllah, kecantikan hati itu akan terpancar di wajah kita.

2. Akhlak yang terpuji.

Pujangga Arab pernah mengatakan,

'Wanita itu tiang negara. Seandainya wanita itu baik, maka majulah negara tetapi seandainya wanita itu rosak akhlaknya, mundurlah sesebuah negara itu.'

MashaAllah. Hebatnya impak yang dapat kita beri pada negara kan?

Untuk menjadi wanita yang baik akhlaknya, hendaklah kita mengelakkan '4P'. Kerana apabila kita lakukan P pertama, ia mendorong kita untuk melakukan P kedua dan apabila kita melakukan P kedua, ia mendorong kita melakukan P ketiga, dan apabila lengkap ketiga-tiga P ini kita lakukan, maka senanglah untuk kita terjerumus kepada P keempat. Apakah keempat-empat P ini?

  • Pandang lebih-lebih. [Tundukkan pandangan, sebab dari mata akan turun ke hati]
  • Pegang-pegang.
  • Peluk.
  • Penzinaan.
Semoga kita dijauhkan dari keempat-empat P ini. InsyaAllah.

3. Ilmu pengetahuan.

Tahukah anda, di dalam al-quran Allah telah menyebut perkataan 'ilmu' sebanyak 880 kali. Ini membuktikan betapa pentingnya untuk kita menimba ilmu. Terutama wanita kerana wanita islam sering dipandang hina oleh bangsa bukan islam. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan mata mereka terbeliak dengan kebijaksanaan wanita islam.

Kita juga adalah kaum yang amat mulia. Sebab apa? Sebab kita membawa benih di dalam rahim kita. Dan kita bertanggungjawab untuk mendidik benih tersebut supaya menjadi hebat. Lagipun, wanita yang bijaksana dapat buat suami terpikat. :p *ustazah cakap bukan saya. lalala.*

4. Isteri idaman suami.

Ada 6 sebab kenapa wanita wajib taat pada suami;

  • Perintah Allah. [rujuk surah An-Nisa' ayat 34]
  • Kedudukan suami sebagai pemimpin. [Allah yang lantik suami kita *cehh. suami kita -.-*, ok suami korang untuk jadi pemimpin korang. Nak kata betapa mulianya seorang suami di sisi Allah]
  • Kewajipan isteri.
  • Dapat pahala. [Baikkan Tuhan kita? Bukan susah wanita nak dapat pahala]
  • Memburu keredhaan Allah.
  • Untuk jauhi azab api neraka. [Bukankah syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami?]
Rasulullah SAW pernah berkata,

'Kalaulah aku dapat perintahkan manusia sujud pada manusia, aku akan suruh seorang isteri sujud pada suaminya'

5. Senyuman manis buat suami tercinta.



Saintis barat pernah membuat kajian. Apabila seorang manusia itu senyum, dia menggunakan 14 otot di muka di mana ia adalah rahsia awet muda. Sekian, berita melaporkan.

p/s: Siapa yang tak kahwin lagi boleh berlatih senyum manis dari sekarang. :p

6. Berhias dan berdandan untuk suami tersayang.

Tiru macam Siti Khadijah. Beliau sentiasa berlembut dengan suaminya dan tingkah layanannya yang baik pada Rasulullah membuatkan beliau diangkat untuk menjadi penghulu bidadari syurga.

7. Meluangkan masa untuk merawat diri.

Jangan jadi selekeh. Allah suruh wanita pelihara aurat, bukan suruh wanita jadi selekeh.

8. Hati yang dipenuhi dengan sifat mahmudah.

4 racun hati yang perlu kita buang;
  • Berlebihan dalam berbicara.
  • Berlebihan dalam melihat sesuatu.
  • Berlebihan ketika makan.
  • Berlebihan dalam pergaulan.
9. Penampilan mengikut syariat.

Well, you know this.

10. Segera meminta maaf apabila bersalah dan bersedia untuk memaafkan.

11. Bersabar menempuhi dugaan hidup.

Boleh amalkan doa lembut hati. Rujuk al-quran [3:200], [59:21], [42:19].

12. Sentiasa menderma dan berinfak.

13. Bersifat penyayang kepada anak-anak dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.

'Orang yang mandul adalah orang yang mempunyai ramai anak tetapi tak dapat memberi manfaat pada mereka'

14. Perasaan takut pada Allah.

Soalan, hari ni dah bertaubat pada Allah belum?

15. Dapat keredhaan ibubapa.

'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).' [31:14]
Jika dalam diri kita tiada yang no 15 ini, usah bicara tentang nak masuk syurga.


Fesyen - Yes or No? [FORUM]


Fesyen - ditentukan oleh kapitalis. Setuju?

Ia tidak pernah statik, as in, fesyen sentiasa berubah-ubah. Dan fesyen juga ditentukan oleh apa yang popular. Contohnya, tudung Hana Tajima. Kenapa fesyen tudung Hana Tajima ini menjadi ikutan? Sebab dia popular. Kalau Hana Tajima ini hanyalah seorang peniaga nasi lemak di Besout tidak mungkin cara dia memakai tudung akan menjadi ikutan. Paham?



Malangnya dunia fesyen hanya tertumpu pada kecantikan fizikal. So sah-sahlah orang yang hot saja boleh jadi model fesyen. Oleh sebab itu, wanita lain yang tengok model-model yang lebih kepada memperaga badan dari baju ini akan rasa diri mereka kurang menarik. So, mulalah para wanita ini beli majalah fesyen dan habiskan duit beli pakaian macam dalam majalah dan tv tu. Tiba-tiba bila pakai tak cantik, kan rugi.-.-

Ya, semua wanita nak jadi cantik. Tapi, bukan hanya kecantikan fizikal yang patut kita kejarkan. Pakaian-pakaian yang seksi dan hot dalam majalah tu tak akan dapat menjadikan kita cantik. Kalau dapat pun, ia adalah fake. Kita hanya meniru gaya model-model fesyen dan kita hidup dalam penipuan. Sesungguhnya, kecantikan rohanilah yang perlu kita kejar.

Bila kita tengok cermin apa yang dapat kita lihat? Jasad kita kan? Tapi, pernahkah kita jadikan cermin itu untuk muhasabah diri kita? Ohh, hati dah hitam sikit sebab mengumpat pagi tadi. Ada?



Jadilah diri kita sendiri. Tidak perlu jadi seperti model-model fesyen dan menyusahkan diri kita.

'if we feel complete, we don't have to show off' [Datin Zaleha]

Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 26;

'Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).'

Allah cakap, sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa. Tapi, disebabkan taqwa ini adalah pakaian rohani, maka tiadalah diwar-warkan oleh media supaya kita semua memakai pakaian taqwa. Nampak? Sudah terang lagi bersuluh, fesyen yang melampau-lampau hanyalah tertumpu pada kecantikan fizikal yang tidak dapat langsung menambah iman seseorang.

Tapi, adakah berfesyen itu salah? Haa. Itu persoalannya. Bak kata orang, 'tak salah. asalkan ikut syariat'. Dan, tak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk berfesyen. Jangan mengukur kecantikan seseorang wanita itu dari cara dia berfesyen kerana di mata Allah, fesyen fizikal tu tidak penting sama sekali.

'Before you hijab yourself, hijab your heart first'

Bahagia & Membahagiakan [Prof Dr Muhaya]

Prof Dr Muhaya. Bagi saya, semua ayat yang keluar dari mulut beliau adalah pengisian. Hebatnyaaaaa. Tapi, akan cuba quote sikit apa yang beliau katakan.

'We are happy not because the world is right. But the world is right just because we are happy'




Prof Muhaya cakap, sesuatu itu akan kelihatan cantik bila kita set dalam minda kita ia adalah cantik. Ada satu kisah, seorang auntie dibawa ke sebuah bilik. Tiba-tiba, belum pun dia masuk ke dalam bilik tersebut, dia sudah cakap yang bilik itu cantik. Orang yang bawa auntie ni ke bilik peliklah. Aik, tak tengok lagi dah kata cantik? Apa makcik tersebut cakap?

'Bilik ini cantik bukan bergantung pada cara ia disusun, tapi ia bergantung pada bagaimana saya menyusun minda saya'

Wanita ini dilahirkan sebagai pemimpin. Walupun kita wajib mengiktiraf lelaki sebagai pemimpin pada kita, tapi kita tak boleh abaikan tanggungjawab kita sebagai pemimpin kepada diri kita sendiri, anak-anak kita, rumah tangga kita serta kerjaya kita. Oleh sebab itu, teramatlah penting untuk seorang wanita itu terdididk dengan baik. Bayangkan, kalau kita tidak terdidik. Berkemungkinan nanti apabila kita melahirkan anak, anak kita akan jadi gangster. Haa. Tak pasal-pasal dapat gelaran ibu mafia nanti. Nak?



Bagaimana untuk menjadi wanita yang bahagia?

Adakah wanita itu bahagia kerana dia dapat pakai bag harga ribu-ribu pergi pasar? Atau adakah wanita itu bahagia kerana dia dapat beli baju dekat butik yang sama yang Siti Nurhaliza pergi? Atau mungkin wanita itu akan bahagia apabila dia dapat cari suami yang mampu bawak dia jalan-jalan bawak kereta Volkswagen?

Jika itu erti bahagia buat kita, kita tergolong dalam kalangan yang rugi. Kerana itu hanyalah bahagia pada aspek fizikal. Tapi aspek rohani, mental?

Cinta yang mampu membuatkan kita bahagia hanyalah cinta Allah & Rasulnya serta cinta kepada manusia semata-mata kerana Allah. Dan, benci yang mampu membuatkan kita bahagia adalah benci pada perkara yang Allah benci.

Prof Mahaya kata, kita sebagai wanita mestilah kedekut dengan masa. Jangan habiskan masa kita hanya untuk cantik di mata manusia tetapi kita lupa nak habiskan masa kita untuk cantik di mata Tuhan kita.


Selalu tanya pada diri kita, 200 tahun akan datang, di mana kita akan berada?

Taman Syurga

atau

Taman Neraka?


'You will get what you give' - Dr Muhaya

Kalau gaji kita RM2000 sebulan, tapi kita bekerja macam RM1500 sahaja, nescaya Allah akan tarik lagi RM500 tu dari kita. Tak kisahlah melalui kena rompak ke, eksiden ke. Jadi, kalau nak bahagia, kita perlu buat orang lain bahagia juga. Jangan hati tu busuk jek 24 jam.

Untuk bahagia juga, kita haruslah sentiasa berfikiran positive. Ni tak. Bila nak buat sesuatu, kita fikir apa orang lain akan cakap etc. Lepas tu mulalah stress migrain bagai. Dan dan, hargailah orang lain. Sentiasa nampak orang lain lebih baik dari kita.

Kajian ada menujukkan bahawa, sesiapa yang suka bercakap pasal diri sendiri berisiko untuk dapat sakit jantung 3 kali ganda dari orang lain. Haaa, best tak? So, janganlah asyik cakap pasal diri sendiri jek seolah-olah diri sendirilah yang paling baik sekali. Cuba jadik pendengar jugak.

'Be interested, not interesting'


Ibu Luar Biasa [Pn Jamilah]

Nak anak yang berjaya? Didik mereka supaya bersabar. Ada satu kajian yang dibuat di barat tentang effect kanak-kanak yang bersabar. Ada sekumpulan kanak-kanak yang diberi Marshmalow seorang 1. Mereka ditinggalkan oleh orang yang memberi mereka Marshmallow itu di dalam sebuah bilik dengan janji, jika mereka berjaya bersabar dengan tidak makan Marshmallow yang diberi, mereka akan diberi 1 lagi Marshmallow. 1+1=2. Jom tengok apa reaksi diorang. Comel. ^^


Apabila kanak-kanak ini remaja, mereka ditinjau sekali lagi. Respons ibubapa mereka mengatakan kanak-kanak yang dapat 2 Marshmallow menjadi seorang yang hebat. Manakala kanak-kanak yang mendapat 1 Marshmallow mengalami banyak masalah. Untuk mengukuhkan kajian, remaja-remaja ini diuji lagi dengan satu test iaitu Scholastic Aptitude Test. Keputusannya mengejutkan apabila average markah remaja dengan 2 Marshmallow adalah 210 markah lebih banyak dari remaja dengan 1 Marshmallow.

Nampak? Pentingnya melatih anak-anak kita dengan sikap sabar.

'Didiklah anak sebelum kamu berkahwin' -Luqman al-Hakim-



Saidina Ali pernah berpesan;

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.


Kesucian Mawar Putih [Ummi Ros]

'Kita nak merubah orang, kita berubah dulu' -Ummi Ros-


Ikhtilat - Satu perbincangan yang tak akan pernah habis. Ada banyak pendapat pasal ikhtilat, so saya malas nak ulas. Tapi, secara basisnya adalah;


  • Jaga pandangan.
  • Jaga aurat.
  • Bersuara dengan suara yang formal.
  • Etc.
Semua orang dah besar, dah ada common sense. So, seharusnya kita sedar apa yang patut kita buat dan apa yang tidak. Jaga pandangan, bukan bermaksud kena jalan tunduk sampai eksiden. Pandai-pandailah agak kan? -.- Mata tu jangan melilau.

Bercakap pulak janganlah melentok-liuk sangat. Bukan lelaki jek. Saya yang perempuan pon seram sejuk dengar. Dan gerak-geri berpadananlah dengan tujuan. Janganlah tiba-tiba sambil bagi ceramah sambil menari kan? Tak sesuai.  Tangkap gambar pon tak perlu kot nak macam gaya cheer leader sangat. Kalau nak jugak tangkap gambar macam tu, simpan elok-elok jangan upload FB bagai.

Banyak lagi yang Ummi Ros share, tapi sebagai manusia yang mempunyai fitrah mengantuk, saya terlelap. -.- So, tolong siapa-siapa tambah point. ^^ Ohh dan dan, untuk slot Datin Zaleha sekali. Saya takde dalam dewan masa tu. Bolehlah tambah siapa-siapa. May Allah bless us.

Solehah Itu Indah [Dr Rubiah]

Yang dinamakan solehah itu mahunya Allah. Jangan jadi solehah di luar sahaja, tetapi mestilah solehah di dalam.


Mengapa solehah itu dikatakan indah?

Kerana yang dinamakan solehah itu mempunyai mata yang buta dari melihat maksiat, mempunyai mulut yang bisu dari memperkatakan perkara yang tidak elok, mempunyai telinga yang pekak dari mendengar dosa dan mempunyai kaki yang lumpuh dari berjalan ke tempat-tempat maksiat.

Kita bayang, dalam event besar-besar, mesti ada cameraman. Sebab tu lah kita behave saja sebab takut malu kalau cameraman tertangkap gambar kita yang tak senonoh. Tapi, sedarkah kita bahawa Allah juga seperti cameraman. Setiap saat Allah merakam gambar kita. Bezanya, slide gambar yang ditangkap oleh Allah hanya akan ditayangkan pada hari akhirat di hadapan seluruh penduduk bumi. Malunya jika kebanyakan gambar-gambar kita itu nanti adalah gambar yang tidak senonoh bukan?




Isteri solehah pula, tidak melatah apabila suaminya curang. Bak kata Dr Rubiah, bila suami curang, 'lempang' sajalah. Tapi, bukan 'lempang' dengan tangan, 'lempang' dengan cintanya. Siapa dapat menolak cinta wanita solehah? Sedangkan Allah juga mencintainya.

Solehah itu tidak bergantung pada hartanya, bukan juga pada rupanya. Tapi solehah itu dinilai pada hatinya. Namun bukan bererti si solehah itu perlu selekeh. Penting untuk seorang yang solehah itu menjaga kecantikannya. Tapi, perlulah mengikut syariat.


'Siapa yg tidak kisah akan kecantikan, dia tidak cukup syarat untuk menjadi solehah.' -Dr Rubiah-

Harta yang paling berharga untuk seorang wanita adalah mindanya. Sebab tu, penting untuk wanita menuntut ilmu. Kerja wanita bukan hanya pakai kain kain batik di rumah, masak, basuh baju segala. Wanita juga berhak untuk menimba ilmu kerana wanita yang berilmu lebih disayangi Allah.

'Yang dinamakan wanita itu, sebelum berkahwin syurganya terletak di bawah telapak kaki ibunya. Selepas berkahwin, syurganya terletak di bawah telapak kaki suaminya. Dan apabila wanita itu menjadi ibu, syurga anak-anaknya pula terletak di bawah telapak kakinya'

MashaAllah. Bestnya jadik wanita kan? :')

Wanita Dan Dakwah [Dr Harlina]

Tengok TV, tengok signboard, tengok majalah, di mana-mana ada gambar wanita. Iklan yang takde kaitan pun guna wanita sebagai model. Iklan kucing, ada wanita. Iklan kereta, ada wanita. Sebab apa? Sebab wanita ini dieksploitasi sebagai objek seksual.

-.-
Apa pandangan golongan Feminist pada wanita?

'A Muslim woman covers from head to toe to devote herself to her man'

Betul ke? Tak marah ke dengan statement tu? Mungkin kita tak rasa apa-apa kerana kita juga beranggapan benda yang sama. Berlambak-lambak suara manusia yang mengatakan,

'saya tutup aurat sebab aurat saya hanya untuk suami saya' <3

Alala. Sweet bukan? Tapi, salah salah salah tanggapan itu. Kita bukan tutup aurat untuk suami kita. Kita tutup aurat untuk Tuhan kita. Untuk Allah!

Kadang-kadang, kita buat perintah Allah tu secara membuta-tuli. Sebab orang lain buat, kita buat. Kita tahu surah mana yang Allah perintahkan pakai tudung? Surah mana yang Allah perintahkan untuk kita solat? Surah mana yang Allah perintahkan untuk taat pada suami? Recheck balik diri.

Berdakwah- Perlu atau tidak?

Kita semua adalah promoter. Tidak kira lelaki atau perempuan. Produk kita adalah islam. Dakwah kita tidak bermusim seperti buah durian. Tidak kira tempat juga. Di mana-mana kita berada, kita wajib berdakwah. Tapi, kalau kita sendiri tidak bangga dengan produk kita, bagaimana kita nak yakinkan orang lain untuk cuba produk kita bukan?

Agama kita sedang tenat. Statistik menunjukkan, setiap minit;

  • 380 wanita mengandung.
  • 50% daripada jumlah ini mengandung tanpa dirancang.
  • 40 wanita melakukan pengguguran secara tidak selamat.
Dan banyak lagi statistik yang boleh kita tengok di media. Tidak kesiankah kita pada agama kita?

‎'Cukuplah sisters. Cukuplah kita diam.' - Dr Harlina.

Titian Syurga [FORUM]



Forum yang menyentuh hati. Semua speaker berkongsi pengalaman mereka dalam tempoh mereka berubah. Tapi saya paling terkesan dengan kisah Pn Farazila [isteri Sham Kamikaze]. Kata beliau, 'orang lain tak nampak apa yang kita dah lalui. Dugaan yang terpaksa kita terima untuk berubah. Apa yang orang nampak, kita dah berubah. Tapi apa yang kita lalui di tengah-tengah tu, hanya Allah yang tahu.'

Betul kan? Orang senang cakap suruh kita tutup aurat, suruh kita tundukkan pandangan. Tapi, proses nak berubah tu takde siapa yang sudi tolong. Tapi, jika kita bergantung pada Allah, tiada apa yang tidak mampu kita buat.

'Senjata utama wanita adalah sabar' -Pn Farazila.

Kita berubah sebab kita malu dengan Allah. Jangan hiraukan apa masyarakat cakap. Nanti lama-lama diorang penat diorang berhentilah kan?


Speaker jugak berkongsi pasal jodoh. Bak kata Ustazah Firuz, kita perempuan ni alergik betul dengan orang hensem. Suka sangat tengok kekacakan fizikal. Jumpa orang hensem mulalah, 'Oppa. Saranghae' -.-

Tapi, tak kurang jugak yang berhajat pada yang soleh. Cuma bagaimana kita define soleh? Adakah bila lelaki itu berjubah dia dianggap soleh? Atau bila dia mempunyai suara yang sedap ketika mengalunkan bacaan ayat al-quran? Kalau semua wanita define soleh macam ni, siapa yang nak dengan lelaki yang pakai jeans tapi still berdakwah segala tu?

'Saya taknak soleh. Saya nak solena. Soleh tapi nakal' -Ustazah Firus *comel apa ustazah ni*


Ramai wanita gelisah sebab 'prince charming'nya tak sampai-sampai. Bukankah jodoh itu telah ditetapkan Tuhan. Kenapa perlu risau? Nanti bila sampai masanya, datanglah prince charming kita tu. Mungkin prince charming kita tu datang naik keldai kot sebab tu lambat. Kan kan? Atau mungkin prince charming kita tu tengah cari pintu kita untuk dia ketuk, tak jumpa-jumpa. Percayalah, 'kelambatan' tempoh masa untuk si dia datang itu adalah peluang yang Allah bagi pada kita dan dia untuk memperbaiki diri masing-masing. ^^

Nanti bila sampai masanya, bila prince charming kita tu dah jumpa pintu kita, bila dia ketuk sambil cakap 'assalamualaikum w.b.t', kita pun jawablah,

'waalaikummussalam w.b.t. KENAPA LAMBAT SAMPAI?!!!' -.-



Seorang wanita itu haruslah mempunyai 3 ciri.

  • Beriman.
  • Berilmu.
  • Bijaksana.
Talian kita dengan Allah mestilah tidak putus. Dan, kita wajib taat yang total pada Allah. Bukan taat bila ada mood sahaja.

Cantik itu fitrah. Semua orang nak cantik. Apa tipsnya?
  • Fikiran - Bersihkan minda kita.
  • Inspirasi. - Cari role model. tapi jangan jadikan JLo itu role model pulak. Cari yang layak.
  • Teknik- Hadiri majlis ilmu, banyak membaca. Gali ilmu sebanyak yang mungkin.
  • Respons- Jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan.
  • Applikasi- Amalkan ilmu yang kita dapat.
  • Hamba- Cinta pada Allah.
'Kalaulah kamu tiada kekasih, mengapa kamu tidak cari?
Dan kalau kamu mengaku kamu ada kekasih, kenapa kamu tidak gembira?'

-Ustazah Firus-

Dan kekasih yang abadi itu hanyalah ALLAH. <3

Sweet Moment Semasa Di Konvensyen

[Credit]

Semua orang mesti ada sweet moment masing-masing kan? Melihat semua wanita yang hadir menutup aurat, melihat semua wanita yang hadir solat di merata tempat. Semua itu membahagiakan. Tapi ada satu peristiwa yang tak dapat saya lupa semasa di konvensyen.

Masa tu solat zohor. Saya sampai agak lambat ke surau. Sampai-sampai surau dah penuh dan orang tengah solat berjemaah ramai-ramai. Masa tu sedihlah jugak sebab terlepas solat berjemaah. Bila dah habis orang solat, saya pon solat keseorangan.

Tiba-tiba, masa rakaat kedua, ada seorang sister ni ikut pergerakan solat saya. Saya cepat-cepat tukar niat jadik imam. Masa tu, dalam hati Allah saja yang tahu betapa terharunya saya. Bukan sebab dapat jadik imam, tapi sebab dapat jugak pahala solat berjemaah itu. Lepas saja solat tu, air mata saya mencurah-curah turun sebab rasa terima kasih dekat Allah sangat-sangat. Walupun saya banyak buat dosa, Allah still sayang saya. T__T

Sweet kan Allah? :)


Rasanya itu saja yang mampu saya kongsi. Mohon pencerahan kalau tersilap di mana-mana bahagian. Setiap yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sebagai manusia biasa yang hina ini. Wallahualam.


p/s: Saya tahu, senang untuk menulis, senang untuk bercakap. Tapi susah untuk amalkan. Mohon doa semua orang agar apa yang saya tulis, tidak menjadi sebab untuk saya ke neraka.


Firmannya,

'Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?' [2:44]

[Feel free to share. Semoga bermanfaat. Segalanya milik Allah, tiada milik saya. Semoga segala amal kita diterima olehNya, insyaAllah.]


Jika tidak katakan tidak, tidak hamba ternanti-nanti.