Showing posts with label Ada Aku Kesah?. Show all posts
Showing posts with label Ada Aku Kesah?. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

jam digital *sepasang* ke?

jam digital ckp: ni aku. cantik tak? klu tak, salah pak cik google. grrr..

aku sepasang jam digital
seperti jam2 yg lain, aku diberi tugas yg sama
bezanya, aku dicipta lebih cantik berbanding kawan2ku yg lain
dan itu membuatkan diriku sering menjadi perhatian
kawan2ku juga sering jeles dgn kecantikanku


 satu hari, aku dan rakan2ku dihantar ke sebuah kedai menjual jam
kami sgt gembira kerana kami bakal mendapat tuan baru
aku dan rakan2ku mempunyai impian yg sama
kami ingin dipakai oleh seorang princess
dan aku sangat yakin, peluangku lebih cerah kerana aku cantik


apabila kami tiba di kedai menjual jam
penciptaku ingin memasukkan kami ke dalam sebuah bekas tertutup
semua rakan2ku sudi masuk ke dalam bekas tersebut
namun aku rebel. aku tidak mahu masuk ke dalam bekas
bagiku, mereka yg berada di dalam bekas tertutup adalah mereka yg penakut
lagipun, aku cantik. buat apa nak duduk dalam bekas?
biarlah aku duduk di luar, supaya orang ramai boleh menyaksikan kecantikanku


jam digital ckp: ni kawan2 aku yg 'senget' pergi duduk dlm bekas. haha.


seperti yg aku jangka, memang setiap orang yg melalui kedai di mana aku ditempatkan akan tertarik dgnku
aku selalu dipuji dan itu membuatkanku sgt bangga
padan muka kawan2ku yg tertutup di dalam bekas
kadang kala, tiada sesiapa pon yg perasan dgn kewujudan mereka. heh.


aku sering dicuba2 oleh sesiapa yg melihatku
tapi, imipanku masih sama dan tak pernah berubah
aku menanti seorang princess untuk membeliku
dgn kecantikan yg aku miliki, aku bertambah yakin impianku akan tercapai


hari yg dinantikan akhirnya tiba
seorang princess yg cantik bergaya datang ke kedai untuk membeli jam
aku berusaha menayang2kan diriku, namun pelik, princess itu sedikit pon tidak memandangku
dan yg membuatkanku lebih pelik adalah apabila princess itu lebih tertarik dgn kawan2ku ygberada di dalam bekas

mahu saja aku menjerit

"HELLO. YG DALAM BEKAS TU BUKAN CANTIK, YG CANTIK DI SINIIIII!!"

namun apakan daya, aku hanyalah sepasang jam digital yg tidak mempunyai suara. -.-

tiba2, aku terdengar princess itu berkata dgn suara merdunya
seolah2 mendengar jeritanku yg tak terluah tadi


"YG TAK CANTIK TAPI TERTUTUP DAN TERJAGA LEBIH BAGUS DRPD YG CANTIK TAPI BOLEH DILIHAT DAN DICUBA SEMUA ORANG"

aku tersentap
OUCH, IT HURTS!


jam digital ckp: ok, ni bukan spesies aku. ni kasut kedai depan yg aku usha. -.-

dan pergilah princess dgn salah seorang kawanku yg berada di dalam bekas
impianku musnah. aku menyesal.

semakin hari hargaku semakin murah
orang yg lalu lalang tidak lagi ingin memuji kecantikanku
aku sedih

penciptaku yg mungkin ada sixth sense seolah2 memahami kesedihanku
dia lantas membawaku kembali ke kilang untuk dicantikkan kembali
aku gembira. aku nampak impianku terbina kembali
kali ni aku bertekad, aku mahu duduk dalam bekas
aku tidak mahu pengalaman lalu berulang kembali
:)


morals of the story:
  • macam yg princess tu cakap.
  • pencipta kita sgt sweet. peluang untuk berubah sentiasa terbuka.
  • tambahlah apa2 yg patut. haha.

saya sgt suka blogging. namun saya merasakan penulisan yg teruk hanya akan merosakkan minda masyarakat. jadi, saya berfikir untuk berhenti. patut ke tapi? hmm.



Monday, November 22, 2010

mulut ke mulut ~_~

kat kedai mak temah

manusia A : tensionnya.budak tu,malam2 selalu calling2.aku xdapat tido.

manusia B : dia call sapa?

manusia A : call kawan dia kot.hmmmm,,,

kat kelas

manusia B : eh,tau x,manusia A cakap,budak tu,malam2 selalu call kawan2 dia.dah la laki pulak tu.

manusia C : ye eh,manusia A cakap camtu?isk3~~

kat toilet before tido, berus gigi sama2

manusia C : eh,tau x,manusia B cakap,manusia A gitau dia,yg budak tu player.malam2,call kawan2 laki dia.

manusia D : huh?xsangka eh budak tu macam tu.muka jek baik.

kat kantin esok paginya

manusia D : eh,nak tau x,semalam manusia C gitau aku,yg manusia B gitau dia,manusia A cakap yg budak tu nak permainkan lelaki W tu.bukan suka betul2 pun.dia ada byk spare-part kot!

cerita tamat

kalau nak buat cerita,pikir byk kali dulu
dahla last2,manusia A yg mula2 niatnya nak mengadu tension tu yg kena
selalunya,cerita mulut ke mulut ni, banyak unsur tambahan
hiperbola jek lebih!

yg manusia B,C,D tu pun
gatal nak bawak mulut asal?
kalau semua org perangai macam kau orang
xsampai seminggu
satu malaysia dapat cerita lain2 versi
fitnah pun tersebar, TAHU?

*aku x kisah kau nak cakap aku apa, kalau aku betul2 salah,maaf.tp,kalau semua tu fitnah semata,silakan jawab dgn Allah nanti.jgn carik aku da!*

aku marah nih



Sunday, October 17, 2010

title : undefined~

'aku pelik dowh tengok diorang tu. org lain pun couple jugak, tp xdelah macam diorang. ke hulu ke hilir mesti nak berdua jek. xtahu ke Islam cakap xbaik berdua2an dgn bukan muhrim?bla bla bla~'

soklan : awak tak tahu ke Islam cakap jgn mengumpat?baik awak makan daging kawan awak jek, kenyang sikit =.=

'eh,eh. mat, ko tengok minah tu, xsolehah betul. Islam tu. tapi pakai skirt pendek. ingat hot la tuh. mak bapak x ajar ke masa kecik2, suruh pakai sopan2 sikit haa?'

soklan : mak bapak awak ada x ajar awak jaga pandangan? mata tu jgn melilau pandang benda2 maksiat?haaa?!

'ala,beria nak berdakwah.study tunggang langgang.ada hati lagi tu'

soklan : awak tahu x berdakwah tu mesti bagi umat Islam?jadi, kenapa awak nak kutuk dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim?


'budak nama A tu annoying gila.budak nama b lagi annoying.tapi xley lawanla budak nama C tu'

soklan : semua org awak nak annoying.awak pernah x rasa diri awak annoying sebab suka rasa menyampah kat org lain? *ayat da xmacam org malaysia +_+*

'xsuka baca blog minah tu, ayat skem nak mati.blog mamat ni lagi ak benci.dok kutok orang memanjang!'

soklan : awak x suka, yang awak gi baca sapa suruh?ada cikgu suruh?xkan.so, hentikan operasi mengutuk blog orang!

'eee.xsuka entri2 blog 'mujahadah itu pahit' ni.dah la...~~'

soklan : tahu x blog 'mujahadah itu pahit' ni bukan blog awak?jadi, suka hatila 'penulis' blog ni nak tulis apa pun. ada 'dia' kesah? =.=

~bebelan di malam hari~

-10/10/10 tarikh cantik.ramai org kawin masa tarikh ni.sebab?senang nak ingat tarikh ulangtahun perkahwinan.bagus.tu diorang.kalau ak kawin nanti,ak nak pilih tarikh yg paling susah nak ingat.jadi,kalau suami ak dapat ingat tarikh ulangtahun perkahwinan kitorang dgn jayanya, bermakna suami ak sgt romantik.noktah!

-xsuka org yang talam dua muka!tolonglah jadik satu muka jek.ak rimas tau tak! =.=

-ak sgt takut dgn IELTS ak ni.ketakutan IELTS mengatasi ketakutan nak amik exam further.apakah?? T.T

-xsuka MECHANICS.paham x?XSUKA.oke,ni dah sampai tahap tension tahap karma ni.masih xdapat paham, kenapa ak kena belajar mechanics kalau nak jadik actuarist*ak xtahu org melayu panggil actuarist menda*?!

-ak benci lari.paham x?ak xsuka marathon!jadi,jgn gunakan ayat 'erna kecik dan kurus' sbgi alasan utk suruh ak lari laju2 masa HAW nanti.kalau korang cakap nak bagi ak satu tan coklat cadbury dan satu lori toblerone kegemaran ak pun mmg xkan berhasil sbb kebencian ak terhadap lari mengatasi segalanya.ak suka main netball jek =.=

BEBELAN TAMAT
*padan muka kena dengar ak membebel kali ni.cehhh*