Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan.

terbaca benda ni
:O

duhai insan bernama hawa,

'daku lelaki, 
iman ku bagai tembok yang rapuh,
bila-bila masa sahaja mampu roboh,
please jangan terlalu baik padaku,
aku takut hatiku ku terpaut padamu,
please jangan terlalu "sweet" padaku,
aku takut akan selalu merinduimu,
please janganlah terlalu mengambil berat padaku,
aku takut aku akan terlalu mencintaimu...'

luahan hati seorang adam


selalu baca versi perempuan
tak sangka lelaki pon akan cakap camtu

kesimpulannya, jangan sweet sesuka hati. eh?

nak argue, kesimpulan yg sepatutnya adalah, masing2 jangan cepat perasan. heh.

kesimpulan aku: MAKE RAMADAN SPIRITUAL AND PRODUCTIVE, NOT AN EATING CONTEST! ^^ bahahaha~

salam ramadan. semoga ramadan kali ni akan jadik turning point kepada peningkatan amalan2 kita, turning point kepada apa2 perubahan ke arah kebaikan dalam hidup kita, dan semoga ramadan kali ni akan jadi ramadan yg penuh makna dan barakah. andai ini ramadan terakhir, semoga ramadan ini dapat jadik ramadan terbaik.

asif jiddan 'ala kulli hal

NB: cerita atas adalah hiasan semata. peace. 



Tuesday, May 17, 2011

cuak!

apa itu cuak?

cuak tu bila kau rasa macam nak jalan ke hulu hilir x nak duduk diam

cuak tu bila kau rasa macam kau x pernah study apa2 langsung padahal esok exam

cuak tu bila kau ambil masa beberapa jam utk siapkan satu soalan 5 markah

cuak tu bila kau rasa macam nak tidur 2 3 hari supaya kau x fikir dah pasal study

cuak tu bila kau rasa macam nak bersihkan toilet malam2 sebab nak hilangkan rasa cuak

cuak tu bila kau rasa macam nak buat kerja gila dan gelak sepanjang masa

cuak tu bila kau rasa macam nak quit kolej dan suruh mak kau carik suami satu utk kau

cuak tu bila kau rasa macam nak marah orang yang tengah study

cuak tu bila kau rasa macam nak panggil semua classmate kau suruh buat demonstrasi kata x nak exam

cuak tu bila kau ada masa lagi nak bukak FB tulis status pelik2

cuak tu bila kau tulis dalam blog yg kau cuak sebab kalau nak lepas dekat orang diorang semua tengah kiasu study

and the list goes on~

CUAK TAHAP KARMA DAH NIH T.T


Wednesday, January 5, 2011

OBSES~~

entri kali ni, aku xdak idea nak merepek apa
tapi aku saja buat sbb aku dapat tau ada seorang makhluk yg obses dgn aku
bukti?nahhh!!

formspring chaletmate kesayangan

haha, aku xtau nak terharu ke nak seram =.=
tapi lepas aku tanya dia kenapa, dia terus tukar
jadik camni

erkkkss -_-!

hehs, SENGALLAH UMMU! =P

deactivated FB balik, tengok sampai bila bertahan =.=


Wednesday, December 29, 2010

Selamat tinggal 2010

assalamualaikum ^__^

waaa, da akhir tahun kena buat baik sikit, bg salam
sambil buat muka comel gitu
jawab!jawab!

hari ni 29/12/2010
lagi 2 hari nk masuk 2011
lg beberapa hari nak masuk 20 T.T
tp best jugak lahir awal tahun ni
buat entri azam tahun baru dgn entri azam birthday sekaligus jek
korang xboleh, jgn jeles, waaahahahaha =D
comel x gelak gitu?

comel kan kan? :P
ok, memandangkan ni entri terakhir aku bergelar gadis belasan tahun
waaa, gadis belasan tahun kau, feminin gitu
aku nak buat entri lepas laku sikit
come on, tahun depan aku kena jadi matang kot *ehem*
hari ni nak menggedik-gedik guna bahasa yg jarang2 ada dlm entri blog ni
korang xsuka?
waaaa, bagus2, mmg itu tujuan utama aku
asyik org jek bg aku annoyed, aku nak bagi org annoyed gak
xsenonoh perangai kau erna, akhir tahun carik pasal =.=
 tp, ada aku kesah?? (trademark nih!)



maafla ye, tp nak buat jugak
xsuka, pegilah bukak blog org lain dulu
tahun depan datang balik
*wink3

ok2, stop merepek
nanti edward cullen pon menyampah ngan aku
*apa kaitan????*

tgk!tgk!da berubah da muka madu gu jun pyo nih~

 2010 dah nak berakhir

woooowooooo
parti jom?ngaaaa~~
jgn nak mengada kau erna
nak kena ligan ngan daddy sampai UK?
free2 jek, xya susah2 kau belajar nk fly sana
weeeeee >_<

perasaan?
sedih weyh, da nak masuk 2011, dan nak dekat mati aku nih
kau sedih ape erna?bukan best ke mati?dapat lari dr tipu daya dunia?bukan tu ke yg kau idam2kan selama ni?
mmgla, tapi amalan aku xcukup, waaaa, tacing nih :(


aku nangis pon comel kan?

ok, tukar mood
lagi, gembira pon ada da nak 2011
da nak dekat kahwin
waaaaaaaaa *muka teruja*
gatai punya budak! (haa, aku da dengar suara2 sumbang mengumpat aku, ayyok)
da nak masuk 2011 weyh, hentikan la budaya mengumpat tu, isk3
lagi rasa terharu sbb 2010 dah nak pergi
padahal 2010 lah guru terbaik aku

2010 GURU TERBAIK?

errr..makcik sape sesat nih?amik balik =.=
wahh2, kalau mr alderson baca, mesti dia terkilan dgn aku
ade ke patut aku cakap 2010 guru terbaik?
bukan mr alderson?
apakah?apakah?

tp betul weyh, dlm tahun 2010 ni lah, aku belajar jadik seorang 'aku'
kalau cakap org2 yg berpendidikan tinggi
2010 ni kira macam turning point perubahan diri aku la
dan 2010 jugak, aku rasa tahun yg paling tough dalam hidup aku
dan sbb tahun ni tahun tough (waakakaka, pelik gila ayat =.=)
aku rasa tahun ni sgt sgt panjang kalah KTM perlis-johor (errr..ade eh?)

budak, ni baru namanya tough.waaaaaaaa =D
nak menghabiskan tahun 2010 ni rasa macam nak habiskan coklat satu lori
tapi xpela jugak sbb coklat sedap
haish~~

ok, start sem satu kat kolej
xmo cerita sebab tu tahun lepas
weekkkk
nk start cerita dr sem 2

apa yg tough nya erna?
cer stori mori sikit haa!

start sem 2
aku kena lantik jadik MUSCOM
aku xmo cerita banyak sbb ni hal organisasi
nanti lepas baca kisah aku, junior sorang pon xhingin nak jadik muscom kang
haa, sapa nak jawab?xkan ck pulak?isk3

xsuke gambar ni sbb aku terasa besar =.= sedap sikit ayat, aku terasa tough.ngeee~~

 tapi, sepanjang aku jadik muscom, mmg bestlah
sbb rasa macam satu keluarga
xtaula org lain rasa ke x
tapi, pd pendapat aku
ukhwah antara kitorg walaupun org x nampak sgt
aku rasa da cukup kuat utk buat aku rindu lepas handover nanti
tapi, tu cerita lepas handover
nanti aku cerita lainlah


tp, benda yg paling bengkek yg aku alami sepanjang jadik muscom
benda yg paling menguji kesabaran aku *eceeee, ayat xley blah kau erna*
bila org xhabis2 comparekan aku dgn VP dulu, izzati atau nama glam nya zetot, dan jugak cik bendahari, mariam
drg kata, aku dgn zetot dan mariam macam langit dan bumi
dushhhhhhh!
it hurts (ayat trademark bdk mrsm tpg :P)

jauh weyh langit bumi.waaaaaaaaa

mula2 aku malasla nk kisah sgt
tp da lama2, bukak kilang air mata jugaklah aku
waaaahahahaha, erna menangis, geli x, geli x?

tp aku xsalahkan drg jugak
yela, korang bayang, org macam aku, macam erna nih
yg kasar, yg sengal, yg suka merepek meraban bagai
boleh jadik VP?
apa sudah tidak ada manusia lainkah di atas bumi ini yg layak?
haha, mmg patut pun aku dicompare
ikut kelayakan, aku ni sesuai jadik org kebanyakan jek
xsesuai masuk MUSCOM pon
tp mungkin ni takdir Allah, supaya aku ada platform utk berubah 
Alhamdulillah ^^

berubah jadik ape erna?
jadik zetot?
jadik mariam?

oh, tidak2, nehi2
purke? *tiba2 masuk mood rosalinda pulak =.=*

dia suka ros putih macam aku :P

 aku suka diri aku sendiri
suruh aku jadik baik, suruh aku jaga pergaulan, suruh aku tutup aurat, suruh aku ikut ajaran islam, aku akan terima
tapi nak suruh aku jadik sweet?jadik pendiam dan pemalu?jadik sopan santun lemah lembut gemalai?
huh!dlm mimpi pon belum tentu
kecuali kalau korang bagi dalil, cakap semua perempuan kena senyap xboleh bercakap langsung, semua perempuan kena jalan lemah lembut gemalai macam lalang, baru aku buat
sedangkan srikandi2 islam pun, bermacam2 perangai dan sikap drg
bukannya sama jek, bukannya semua macam yg korang suruh aku jadik
cesss!
xde2, i LOVE myself the way i am (betul jugak ke BI aku nih =.=)

jgn jeles :P

pengajaran pertama aku dapat sebelum masuk 2011 ni, aku nak hargai diri aku sendiri
org lain xnak hargai, org lain nk komplain bagai, suka hati drg
bukannya semua org macam tu
ramai lg kawan2 aku yg menyokong aku dan sayangi aku walaupun aku macam ni
kan kan?yes!


diamonders terbaik kot :))


dan junior yg ada hati nak memegang jawatan VP tahun depan
jgn risau
anda mmg sah sah xkan dicompare dgn kakak korang ni
heeee~~~

tu satu
fuhh, baru satu dah panjang berjela
ni kalau tulis lagi, sampai blog2 semua budak ky pun xmuat
waaaaaa, ada aku kesah?
nak tulis jugak
lalalala~~

ok, lagi, aku belajar utk jadik lebih matang
weeeee
macam ni matang erna?
sebelum ni xtaulah kau macam mana?
matang weyh matang
haha
aku belajar banyak benda yg buat aku berfikir panjang
yg buat aku berfikir macam seorang 'wanita'
feeewwiiittttt
selama ni aku sedih aku pandai menangis jek
mestilah menangis kan?xkan sedih nak main warewolf pulak!
aku walaupun gila macam ni, aku still gadis tipikal yg senang tersentuh
weekkk, aku sendiri geli menulis, xtahulah korang baca macam mana gelinya =.=

haha.nangis pon comel ^__~

 tp tu dulu
sekarang aku sedar, menangis xmendatangkan apa2 pon
aku nak hadapi masalah dgn tabah lepas ni
menangis xkan jumpa jalan penyelesaian
yeahhhhh *muka penuh bercahaya*
dan aku xnak terlampau mengadu pada manusia
aku nak mengadu pada kekasih hati pujaan aku jek, Allah
sbb Allah tu da la sweet, romantik
awwww, like2!
 (aku xsangka akan tulis perkataan aww tu, eeeii, geli =.=)

seterusnya, buat kali pertama, aku gagal dapat keputusan periksa yg bagus
i mean, periksa penting
sem tu dah biasala, ngeh3
dan kena repeat tu yg xtahan
hadoiiii

ok, ni over =.=

nasib Allah remind awal2
kalau x, kau hai hai bai bai jela kat UK nun
so, ia mengajar aku, nak dapat sesuatu benda
kita kena berusaha
bukan tunggu dan lihat
ingat smart tag ke ape?
so, tahun ni kena berusaha lebih
junior baik korang ingat pesanan ni
A LEVEL xsesenang yg korang sangka
dan REPEAT xsemudah yg korang jangka
ingat tau~!

translate plz

dan lagi, aku belajar jadik seorang muslimah yg lebih baik
seriously, aku bukan contoh muslimah yg boleh dijadikan contoh
hidup aku dulu, sgt sgt berbeza
turn 360 degree bila masuk 2010
dan sehari ke sehari aku menjadi semakin semangat nak belajar jadik muslimah yg bagus
aku nak bidadari syurga cemburu kat aku
aku nak tarik ramai org masuk syurga
sbb seorang wanita tu boleh tarik org2 tertentu masuk syurga, atau neraka
kan kan?
dan sbb tu jugak, aku tinggalkan byk minat dan bakat aku
minat ape?bakat ape?
waaaa, xmo habaq, weee >_<
dan tahun 2011 ni, aku nak try berubah menjadi lebih baik lagi
jom3 =)
 
haaa!sebelum terlupa
aku belajar lagi satu benda
aku belajar utk tidak salah memanupulasi kemesraan org lain
hahaha
xpaham ke?lalala~~
aku dah buat keputusan, aku xnak suka kat sapa2 dah
biarlah masa yg menentukan jodoh aku
aku muda lagi, baru 20 (nightmare aku cakap umur da 20 =.=)
sekarang perasaan aku suci, sesuci embun pagi
aku selalu idamkan kisah cinta seperti dalam novel2
tp tu dulu
sekarang aku idamkan kisah cinta seperti cinta bilal, seperti cinta sumaiyah terhadap Allah
aku pikir, kalau aku bercinta dgn Allah
nanti, mesti Allah sayang aku
bila Allah sayang aku, mesti dia akan serahkan hati aku pada pemilik yg tebaik
waaaa, ayat da boleh buat novel nih
ngaaaaa~~
good equation erna!yes =D

LOVE ALLAH :))

oklah, ikut hati, byk jek lagi aku nak cerita
tp nnt panjang sgt pulak
kang korang sanggup skip lunch dinner semata2 nak habiskan baca entri merapu aku nih
xke naya?
xpasal2 ibu mengandung disalahkan
isk3

baiklah, punya panjang entri, last2 baru nak bagitau azam kan?
weeee
azam aku tahun ni eh?

"nak jadik NERD yg plg comel"

waaaa, comelnya.siti pon nangis macam nih :D

ehem

"nak jadi diri aku sendiri"

dan

"nak buang segala tabiat buruk aku satu persatu"

ya Allah, didiklah diri kami dgn sikap mahmudah, lindungi kami dr sikap mazmumah

amin
selamat berjaya, selamat berazam
SELAMAT TAHUN BARU

mintak maaf salah silap sepanjang menulis blog ni
teruskan menyokong eh
dan teruskan menegur apa yg perlu
stop meng'compare'


diakhiri dgn ayat OYE
 ( nak aku tambah Q ke? =.=)

waaaaaaaa, lariiiiiiii~~

peace



Monday, December 27, 2010

LAPORAN.

saya menjalankan satu kajian

OBJEKTIF : utk mengkaji sejauh mana FB meng'efek' hidup saya.

HIPOTESIS : semakin saya kurang fikir pasal FB, semakin fokus saya dlm study.

CARA KAJIAN : deactivated FB.

HASIL KAJIAN : saya nak bukak internet pon malas, dan saya sgt fokus study.

KESIMPULAN : hipotesis diterima!

(ni laporan versi budak aktuari, budak sains baik korang jgn gelak =.=)


hah.puas hati aku.
*ni baru namanya mujahadah kan ^__~*


Friday, December 10, 2010

hanya untukmu shikin (geli aku =.=)

sumpah aku xdak idea nak menulis
tp disebabkan MAKCIK GOJES ni tag
macam xbaik lak kalau xbuat *sweet tak aku shikin?sweet kan?wekkk :P*

apa benda paling penting dalam hidup korang?
benda?kalau org,aku jawab mcm shikinlah.famili.tp kalau benda,aku jawab al Quran.haha.bunyi macam poyo je kan?ala minah nih.tunjuk baiklah tuh =.= tp betul weyh,byk kot yg korang tahu dr al Quran.dan al Quran tu kan panduan hidup org islam.macam mana korang nk hidup weyh kalau panduan korang dah xdak?jawab!jawab!

benda terakhir yang korang beli dengan duit korang?
aku mana ada duit weyh.semua duit mama & daddy.aku xkerja lg =.=

dimanakah tempat korang akan langsung kan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
kat rumahla.xkan kat tengah2 jalanraya plak =.= tema?pengantin pakai baju kurung,layan org makan.beramah mesra.haha.xya kompang,xya sanding apa semua.pelamin tuk tgkp gambar2 dgn org2 terdekat jek.ngahahaha.padan muka suami aku =.=

adakah korang tengah bercinta sekarang ni?
yup.dgn further maths.jgn jeles.lalalala~~~

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai abes a level =.=

dimanakah selalu jumpa kekasih korang?
setiap hari,setiap saat,setiap ketika.ada tercongok kat atas meja aku ni :P

novel/buku/majalah terakhir dibeli?
life is an open secret :)

apakah nama penuh korang?
ERNA FIRDZALINA MAZLAN *Sedap kan.pandai mama daddy*

antara mak dengan ayah, mana korang lebih mesra?
mama daddy

namakan orang yang korang betul² nak jumpa dalam hidup korang?
Rasulullah.bestnya kan? :') (ada budak tiru aku.lalalala~~~)

adakah korang basuh baju korang sendiri?
mestilah.sesuka hati jek =.=


dimanakah tempat yang korang betul² nak pergi?
jannah O_o" best woo.Allah cakap dlm Quran ada sungai2 yg mengalir di bawahnya.ada buah2an,ada bla3.nak ikutla tu :P


pilih salah satu, peluk atau cium?
atau


beritahu tiga benda pasal orang yang beri tag
shikin.satu maktab.satu wing.satu interview.sama panel.satu course.satu kolej.satu sponsor.isk3.byknya.shikin mmg suka ikut aku eh? :O


5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda
benda?bukan org kan?
al Quran aku yg kecik dan comel (sbb benda comel ni aku beli sendiri kot :P)
no handphone aku (wlpn no aku xsedap gila,tp aku rasa ia special sbb no ni aku beli sama2 dgn 2 kawan baik aku,dan beza no ktrg 3 org hanya satu no jek,no ke 9.no yg lain semua sama.dan no aku xdak no berulang.ada semua dr 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9.korg pandai korg susunlah sendiri ^^)
gambar2 aku (start dr kecik smpi sekarang.sbb dlm realiti aku berubah,tp dlm gambar aku xpernah berubah)
semua benda yg mama dan daddy bagi ^^
semua benda yg kawan2 aku bagi.i mean,SEMUA :)


lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
yusof islam dan zain bikha punya lagu yg ada suara kanak2 tu.flowers are red,my mum is amazing,Allah knows,pizza in his pocket,i look i look i see,dan byk lagi.maher zain,lagu inshaAllah,barakallah,open your eyes.


bilakah tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
4 jan 1991.tarikh hijrah aku keliru sbb byk sgt.sekejap 17,sekejap 18 j/a =.=
sambut kat rumah sudaaaa~~~


5 rakan blogger yang anda nak tag a.k.a suspek² yang perlu dicari
ntah.aku takut nak tag org.hahahahaha :DD
  


Thursday, November 18, 2010

mesej ini sgt penting~!

amaran kepada manusia
sekarang, bumi telah melahirkan ramai makhluk bernama STALKER
jadi, pastikan maklumat2 penting korang terjaga rapi
kang,sia2 jek hidup =.=

*stalk orang pun agak2 arh.aku pun stalker gak,tp xla sampai nak gosip orang sesuka hati*

kalau x betul, boleh jadik fitnah tahu
baik kau bunuh jek orang yg kau gosip tu
dussssssssshhhhh!

*jgn menilai atau buat assumption berdasarkan apa yg kau nampak jek.kadang2,apa yg kau nampak,xsama dgn apa yg sebenarnya terbuku di hati*

xpasal2 nama baik orang yg kau stalk boleh tercemar
sbb assumption & penilaian mengarut kau tu

contoh : aku sembang dgn LELAKI A di cafe, maka aku couple ngan dia *mereng*

contoh 2 : aku like status LELAKI B di FB, aku suka LELAKI B.huh?apakah?? (-_-') *kalau aku like 10 status, maknanya aku suka 10 lelakila?bapak gatal aku*

jgn main2 ngan aku
aku garang kot =.=

*aku xkan kacau kau,kalau kau xkacau aku,ok*

tapi, kalau stalk orang, amik pengajaran cam ummu chaletmate kesayangan aku, dibenarkan :P


Sunday, November 14, 2010

sharing is caring ^_^

WARNING!
sebarang kesan sampingan yg berlaku lepas baca entri ni aku x bertangggungjawab ok
internet KY slow bukan sebab aku
la la la~~

budak2 KY xboleh log in
email, facebook, blog
ishhh!geram betul
tapi dah jumpa penyelesaian :P

mula2, bukak internet browser korang
aku bagi contoh chrome sbb chrome popular *padahal aku guna comet bird =.=*

lepas bukak, korang nampak gambar spanar kat tepi sekali sebelah tempat korang letak url
nampak2?
haa,tekan situ dan pilih OPTIONS


then, lepas klik OPTIONS, benda ni akan keluar


ada 3 tabs
pilih yg UNDER THE HOOD tu
lepastu  tekan CHANGE PROXY SETTINGS
dan akan keluar

jeng jeng jeng


haa, ada kan?
bagus2
lepas tu, tekan LAN SETINGS mcm gambar kat atas
dan akan keluar kotak paling kecik nih


masukkan no kat atas ni
dannnnn

berjaya ^_^

*log in skang gak!*

p/s : aku hanya membantu.kalau xberhasil, korang g jerit kuat2 kat housecapt korang =.=
(ayat lain bagi MINTA MAAF =P)

NOTA KAKI : kalau xnampak apa yg ada dalam gambar, tekan 'ctrl +'

sekian, kelas komputer bersama dr ravi aku :P

credit to : nabilah karim ^_^ *amik kau bold teghuih*


Sunday, October 10, 2010

tiada motif!

monolog dalaman :

'ish,erna ni hari2 update blog.xde kerja lain ke?'

ye,dah xde kerja da nih.ada masalah ke kalau ak update selalu?bagus kalau xde.kalau korang ada masalah pun,ada ak kisah? =.=

baik,monolog stop di sini!

selalu kita tengok,atau dengar
berita perempuan kena rogol
byk yg utarakan pendapat
antaranya : 

'itulah.perempuan yg suka pakai seksi2.pakai xcukup kain.sebab tu kena rogol'

'perempuan pakai jubah kena rogol.tula,sapa suruh jalan sorang2.da tau tempat tu sunyi'

sepuluh hari sepuluh malam bincang pasal kes rogol
kesimpulan akhirnya,mesti kesalahan diletak di bahu perempuan
lelaki?????

semalam masa jalan kat jalan TAR,adalah beberapa manusia yg xberakhlak mulia betul
setiap kali jumpa perempuan
mulalah buat bunyi yg menyampah tu
tp nak kata diorang buat kat perempuan2 seksi jek,xjugak
sebab ada jek perempuan2 yg berpakaian sopan kena usik
nak kata diorang buat kat perempuan2 yg jalan sorang2 jek,lagi la tak
makin ramai,makin galak diorang berbunyi
xpaham ak
masa kecik2,xde ke pergi sekolah cikgu ajar hormat orang sikit?

pastu,ada yg 'baik' sikit,bagi salam
tp,tengok perempuan macam nak tersembul biji mata
baik apakah itu??
bukan ke islam suruh jaga pandangan?
dalam surah an-nur,ayat 30

'katakanlah kepada lelaki yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan...'

tengok!suruhan menjaga pandangan tu,Allah cakap kat lelaki dulu kan?
dan sambungannya,ayat 31,baru Allah cakap kat perempuan

'dan katakanlah kepada perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan...'

tapi, masyarakat selalu cakap perempuan yg salah,bla bla bla~~
hey,hey lelaki2,ingatlah,korang pun ada batas yg perlu dijaga
kalau sama2 jaga batas,mesti benda2 macam rogol ni xberlaku
bak kata aid 'ye dak?'

dan perempuan pun,jgn gembira sgt
kita pun kena jaga diri kita elok2
sebab mmg xdinafi, cara kita berpakaian jugak jadi punca jenayah2 sebegitu berlaku

sila2lah baca tafsir surah an-nisa',an-nur dan al-ahzab
dalam surah2 ni,byk cakap pasal wanita (:

selain dr kes pertama tadi, perempuan selalu jugak disalahkan bila nak kahwin

'ishhh!apa ni nak jadik bini org dah tp xtau memasak'

ye,betul
nak jadi bini org,mestilah kena pandai masak
xkan hari2 kau nak suruh laki ko pergi makan kat restoran depan rumah tu
baik laki kau kahwin ngan mak cik tukang masak restoran tu je kan?

tp,lelaki sila jgn lepas tangan
mentang2 org selalu cakap pasal perempuan jek
korang ingat korang boleh lari?
before kahwin,tanya dulu diri sendiri

'ak ni,boleh ke jadik imam solat isteri ak nanti?'

'ak ni,mampu ke nak ajar isteri ak bab agama ni?'

ingat,bila nak kahwin,perempuan jek kena prepare?
banyak macho kau!
kalau setakat mampu dr segi fizikal jek,tapi rohani hancur,baik korang hentikan niat korang nak meminang anak orang tu
pergi amik kelas mengaji dulu,deal? =.=

dan perempuan2 pun,jgn seronok sgt sampai terlompat2
kita pun,selalulah buat ayat tacing nak mati

'kalau dia nak ak,dia kena terima ak seadanya'

okela,ak setujulah.kalau dia nak kita,kena terimalah muka kita xmacam siti nurhaliza
kena terimalah suara kita xsedap macam misha omar
tp, tu bukan bermakana dia kena terima jugak segala keburukan sikap kita
dah kalau kita suka membuta sampai pukul 11,12
bila dia suruh tuka tabiat buruk nak mati tu,tuka jela
kalau x,baik dia xya kahwin
sama jugak,pagi2 breakfast sorang2 jugak
kan?

kesimpulannya,ak xtau kenapa ak buat entri ni.sekian =.=




Friday, October 1, 2010

sengal!


friendship apakah ini?
sila jangan jadi talam dua muka, oke! =.='
*sengal*


Wednesday, September 1, 2010

lelaki vs perempuan


hari ni ak nak buat post pasal...
erm...
pasal apa eah? +_+!
haaaa!
pasal mentaliti manusia
wahh2,topik ni mesti 'pak cik hannan' ni suka
heeee~

oke,ak x suka nak buat ayat fakta
sbb kang masa tulis,dgn ak2 sekali tidur depan lap top ni haa
adoyai~~

so,tanpa membuang masa,jom kita selidik dan korek peristiwa2 yg berlaku kat sekeliling kita
yg kadang2 kita x perasan pon
hmmmm,,,

'lelaki'

sebelum ak tulis entri ni,ak nak cakap,ak bukan seorang yg anti-laki oke!
tp ada sesetengah sikap lelaki ni ak x berapa nak berkenan
contohnya,pasal bab yg korang pon da biasa dgr kan
'touch'
xkisahla,berlapik ke,x berlapik ke,sama jek
ala,kau cakap berlapik tu pun,dgn baju dia jek
konon2 bolehla nak pukul2,nak tarik2 baju dia
derrrr,,,,alasan
biasala,sesetengah manusia sentiasa nak cari alasan utk manghalalkan apa yg haram
itu x lawak oke!
tp,bg sesiapa yg mmg xkisah,yg merelakan dirinya disentuh oleh tangan2 yg sebenarnya cuba menarik ke api neraka tu,lantak korangla
ak cakap byk2 pun,kalau korang xsedar sendiri,xjadinya
tp yg menjadi permasalahan sekarang
budak2 laki yg xkisah soal halal haram ni
suka suki jek nak buat semua perempuan kat dunia ni,sama dgn perempuan2 yg rela dirinya dipegang
kadang2,perempuan yg pakaian mmg tutup pun,yg tudung labuh pun,diorang selamber je pegang
bangang ke apa korang ni?
huh?
hello!hello!
pleazla,jgn samakan semua perempuan kat dunia ni dgn kawan2 kau yg 'sporting-la-sangat' tu oke
wa are different
bukan apa,takut satu hari nanti,ada yg kena backhand kang
isk3 -.-"

'perempuan'

oke,ak perempuan
dan obviously,ak xanti perempuan jugak
sengal ^_^!
tp ak pelik dgn sikap perempuan ni
termasukla diri ak sendiri
korang bayangkan,ak pon pelik dgn perangai ak?
wooowooo
korang ingat mudah ke menjadi seorang perempuan ni?
isk3 =.='
oke,ap yg menjadi kemusykilan ak
perempuan ni,susah sgt nak jaga rahsia
esp dgn budak laki
ak ingat lagi,masa zaman2 'ummu n ain' muda dulu
(ak sampai sekarang still muda oke :P)
budak perempuan,kalau malam ni meeting
esok paginya,dah heboh da apa yg kitorang bincangkan kat dalam meeting tu
pagi2,bdk laki siap ada yg dok keneng2,nak tahu kesahihan berita tersebut
xke bongek namanya tu?
tp kalau budak laki ni,rahsia setiap org dr diorang,mmg jaga betulla
nak tahu apa yg diorang cakap dalam meeting?jangan harap oke!
mimpi jela
kenapa ea?
hmmmm,,,
mungkin perempuan ni dia ada sikap mempercayai org lain
termasukla org2 yg tidak dikenali
sampaikan dia berani nak cerita apa sahaja kat budak laki dgn harapan
'ko jgn bagitau sapa2 ye'
beria jek
esoknya,heboh.cessssss!
mentaliti budak perempuan
tp sebab mentaliti macam ni,budak perempuan nampak comel
la la la~~
(ak pun xtau ap kaitannya ^_^!)



Sunday, August 29, 2010

Sila Jangan Bajet COOL, Oke~~

masa kat rumah,before kuar g mid

'weyh,ak xde baju cantikla.camne ni?'

'nah,pakai baju muslimah ak ni.lawa gak'

'huh!xnaklah.malu ak g mid pakai baju muslimah'

masa balik dari mid,singgah masjid shah alam (cop,mid ngan masjid shah alam dekat x? =.=')

'huh?xkan nak solat kat masjid ni.seganla.kita balik solat kat rumah jela'
(sambil hentak2 kaki bajet comei)
'laa,nak malu kenapa?kita solat,bukan nak menari gee dalam tu :-O'
'tapi baju ak ketat.ko xpela pakai baju muslimah.malula'
oke,sekarang aku paham,cara berpakaian kena ikut keadaan sekeliling.hmm,mungkin nanti kat akhirat Allah kira dosa bukak aurat hanya bila kita berada kat tempat2 ibadah.dosa bukak aurat kat mid atau tempat2 hiburan lain Allah xkira.apakah?? +_+!

masa tengah duduk tunggu nasi goreng pataya kat cafe
'bila..ku imbas lagi...terusik peristiwa dulu...la la la~~'
(menyanyi ala2 illa sabry dgn nada yg macam nak jerit mintak tolong!)

'huish.apa ni nyanyi kuat2.Abu pandang tu.auratla'

'ala,Abu je pun.lepakla.derrr,,,,'

lepas makan g surau,xsolat maghrib lagi dowh -.-"
dalam perjalanan nyanyi lagi
(biasala,dulu before masuk kolej cita2 nak masuk AF)

'semalam I call U,U x answer...U kata U keluar pergi dinner~~'
sudah,lagu 'kantoi' la plak dia nyanyi maghrib2 ni

tiba2,tanpa ribut,tanpa petir
(memangla da musim panas =.=')

'aik,ko pehal?tetibe senyap?xkan tiba2 Allah tarik suara tu bg bisu kot?'

'shhh,tu,presiden muscom lalu.malula,suara tu kan aurat'

amboyh,macam tu rupanya.bila kat depan laki2 yang hot (ak x penah cakap pres muscom x hot ye), kat depan laki2 yang gila2 ( skali lagi ak x cakap pres muscom skema ye =.='), kat depan laki yang suka-suki nak pegang tgn perempuan macam pegang adik dia ( oke,kali ni ak cakap pres muscom i'Allah jaga batas =P), bolehla ye tunjuk aurat apa semua.hmm,kali ni,mungkin Allah dah asingkan,da buat list laki 'hot' dan laki soleh.jadi,kalau kita bukak aurat kat depan laki2 dalam list hot ni,dosa bukak aurat Allah x kira.camtu ke?

nota kaki. :)

~kalau org bg alasan xnak berdakwah sbb rasa diri still x perfect lg,sila tanya dia,bila dia akan perfect supaya boleh sama2 berdakwah?esok?lusa?mggu depan?xtau kan.jadi,sila jgn buang masa lg.mari kita bekerja.sharing je apa yg kita tau.dalam masa yg sama,ia dapat membentuk peribadi kita jugak ^_^

~selalu dgr org cakap camni : 'bulan puasa mana boleh mengumpat....bulan puasa mana boleh buat jahat...bulan puasa....'.oke,jadi bulan lain bolehla ye?baik,kalau camtu,silala puasa selalu supaya dosa berkurang.*peace*


Thursday, July 8, 2010

*speechless*

(biasa ja ak tengok sotong nh +_+)

senangnya org nak percaya kat makhluk bisu bernama sotong ni
padahal nak percaya kat pencipta makhluk ni bukan main susah
salah siapakah?????

sotong ja pon
derrr~


Tuesday, March 23, 2010

take over ke take away???-.-"

take over : ambil alih
take away: bungkus, bawak balik.

baru2 ni, pergi majlis mesra MARA.
tempatnya, kat GMI.klu xtau apa tu GMI, sila google sendiri k..

balik, uncle bas singgah kat perhentian jejantas ( sebenarnya kitorg yg suruh singgah.haxs! )
sempat beli makanan je pun.

naik bas, sambil makan.salah sorang kawan ak beli KFC.
cheezy chikaroni.sedap! ( erm...bley arr )
tiba2 ak teringat satu peristiwa klakar masa ak f4, kat restoran KFC.
ak pon bukakla cerita kat dak2 MARA yg ada dlm bas tu.
lepas ak cerita, mati2 kena gelak!sampai hari ni...
cehhhh!

haa, nak tau gak apa ceritanya?
dgn syarat, jumpa ak lepas ni, jgn cakap apa2 cam bdk2 MARA tu slalu buat.huhu=)

tarikh : 2007
tempat : KFC, Giant, Taiping (xsilap ak kat Giant-.-")

ak outing dgn kawan2 ak.
balik, xmo makan makanan DH.sombong!
sanggup abis duit beli KFC.

masa sampai kat kaunter, ada sorang kakak bagi senyuman manis ( da kerja dia )

'selamat datang. nak makan atau bawa balik'

aku pun, dgn yakinnya cakap,

'nak take over'

tiba2, kakak tu buat muka kerut.mengapakah??~.~
kawan ak siku ak tiba2, sambil bisik,

'take awayla ena'

erkkkk??ak cakap take over rupanya.
patut muka dia kerut.
kalau ak jadi dia, bukan setakat kerut, mau ak bagi penampar ja.
suka-suki nak ambil alih kerja dia.

sejak hari tu, bila sampai KFC, ak akan cakap nak bungkus!

dan ak xpernah da menjejakkan kaki ke restoran KFC tu.

MALUUUUUUUU!!!