Friday, December 24, 2010

islam separuh2

cerita 1

seorang budak free hair nasihat kawannya

"kau ni, pakai tudung, tapi xsolat.solatlah"

budak tu sambil mata bulat2 balas dgn sinisnya

"sekurang2nya, aku tutup aurat.kau?"

keluar bilik sambil hempas pintu

cerita 2

"ala kau ni, sekali sekala pergi lepak kat kelab, xkan Tuhan marah?seharian da kau beribadah kan?"

syaitan tersenyum suka

"a'ah kan.bukan aku buat apa pon.ok la.aku on malam ni"

cerita 3

"eh, cuba tengok budak tu.semalam bukan dia pakai tudung ke?asal hari ni x dah?"

si kawan panjangkan leher nak tengok

"ermmm..kembar dia kot.jom kita tegur"

sampai depan perempuan yg dibualkan

"eh, betullah dia"

bisik pelan2 sambil siku si kawan

"hai, eh, awak budak yg pakai tudung pink semalam kan?asal hari ni...errrr..."

dengan cepat perempuan tu balas

"oh.saya pakai ikut keadaan,ikut tempat.hehe"

cerita tamat

zaman sekarang ni
kalau kita pakai tudung, kita dah rasa macam kita bagus dr org lain
bila kita solat penuh, kita dah rasa macam kitalah contoh tauladan muslim terbaik
bila kita baca al Quran tiap2 hari, kita dah anggap macam kita ni org beriman

tapi, pernah x kita terfikir
sebenarnya, ada banyak lagi suruhan2 Allah yg kita xbuat
ada banyak lagi larangan2 Allah yg kita tinggalkan

kita rasa bila kita dah solat 5 waktu, dah cukup, kita x tutup aurat pon xpa
kita rasa bila kita dah tutup aurat, dah cukup, kita boleh dating berdua2an dlm taman, Allah xkan marah punya
kita rasa bila kita dah hafal banyak surah dalam al Quran, dah cukup, kita xpayah puasa pon xkisah

dalam al Quran Allah cakap

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"

2:208

Allah suruh masuk islam secara keseluruhan
apa maksud keseluruhan?
maksudnya, seluruh kehidupan kita berdasarkan cara hidup islam
semua, bukan separuh2
tapi manusia zaman sekarang, kebanyakannya islam separuh2
*termasuklah yg menulis nih =.=*

bila kita kata kita islam
maksudnya kita berserah diri
secara keseluruhan

cuba korang bayang
bila seorang perempuan yg comel mcm aku kahwin dgn seorang lelaki yg hensem mcm Gu Jun Pyo
maksudnya, perempuan tu menyerahkan dirinya kepada lelaki tu kan?
dan korang rasa, dia serahkan semua dirinya tu ke, atau separuh2?

pernah dengar org cakap 
"aku kahwin separuh2.siang aku jadi isteri lelaki A, malam aku bujang.wink3"

ada ke?ada?
kalau ada pon, mesti korang rasa xlogik kan?
macam sengal jek =.=

xpon, org cakap camni
"oh.bila kat Perak, aku isteri lelaki B.bila kat Pahang, aku bujang"

haa, xde kan?kan?kecualilah kalau org tu niat nak berlawak!
tapi in reality, xde ok

tapi pelik, sbb dalam kes islam ni
ramai jek yg islam separuh2
macam cerita2 kat atas tadi

jadik, nak buat macam mana?

penyelesaian pertama

SEDAR DIRI =.=

penyelesaian kedua

cuba kita anggap, kita kahwin dgn islam tu
bila kita kahwin dgn islam tu, mesti kita sayang islam tu kan?
mesti kita sentiasa nak buat benda2 yg dekatkan diri kita dgn cara hidup islam
mesti kita ambil islam tu secara keseluruhan
bukan separuh2

KAN? :)

rasa macam xnak balik kolej dah.boleh x?



Saturday, December 18, 2010

saya admire dia :)

saya admire dia
dia contoh terbaik pernah saya jumpa
pada zaman manusia semakin lupa agama

saya admire dia
kerana ketabahan dia membawa agama
dalam keadaan dirinya yg sakit
dia masih punya masa untuk dakwah dan tarbiyah

saya admire dia
saya rasa dia seorang yg sgt sgt bertuah
sebab diberikan hati yg xpernah berputus asa dr rahmat Allah

sejak dr hari saya kenal dia
saya admire dia
sebagai seorang pejuang agama
dan hari ini
dia telah pergi menemui yg Esa
semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan dalam kalangan para solihin

dan saya
akan tetap admire dia sampai bila2

alfatihah buat allahyarham mas afzal :(


Friday, December 17, 2010

setiap yg bernyawa...

...pabila terasa diawasi Tuhan
rasa berdosa setiap masa...

"kullu nafsin zaaiqatul maut.fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum"

setiap yg bernyawa pasti merasai mati
maka sesungguhnya kematian yg kamu lari daripadanya itu pasti datang menemuimu

semua makhluk di dunia adalah hina
datang dr setitis air mani

tiada beza antara seorang presiden dan seorang hamba
tiada beza antara seorang guru dan seorang tukang sapu
tiada beza seorang ahli agama dan seorang ahli maksiat
tiada beza antara seorang doktor dan seorang penganggur

tiada beza semuanya
datang dari sumber yg sama
dan akan kembali ke tempat yg sama

datang dari setitis air mani yg hina
dan akan kembali ke dalam kubur yg gelita

tapi ada sesuatu yg dapat membezakan kita semua

bukan pangkat
bukan harta
bukan rupa
yg sering dibangga

tp yg membezakan kita semua

adalah amalan
bekalan
yg sering kita lupa

"sama ada kuburmu nanti adalah taman syurga,atau lubang neraka"

YOU CHOOSE :)


akhirnya southampton bg offer :O


Wednesday, December 15, 2010

sahabat bukan cinta :)

dulu aku rasa kau layan aku baik
tapi sekarang aku rasa kau macam dah malas nak layan aku
kata2 kau dah xmacam dulu
dulu kau suka berlawak-lawak
sekarang kau serius jek
dulu kau selalu tegur aku
sekarang kau pandang aku pun kau buat xtahu jek
dulu kau rajin bagi kata2 semangat kat aku
sekarang aku tengah down pon kau xtanya kenapa
dulu kau rajin dengar aku bercerita
sekarang kalau aku bercerita,kau jawab sepatah2 jek
kadang2 kau xbalas langsung
dulu bila aku marah cepat2 kau pujuk aku
sekarang kalau aku terasa ada kau kisah?
dulu kau selalu puji aku
sekarang aku buat apa pun mana kau nak perasan
dulu kau selalu nasihat aku kalau aku buat salah
sekarang kau biarkan aku dengan jalan aku sendiri
dulu kau selalu gelak kalau aku buat lawak
kalau kau xrasa benda tu lawak pun,kau akan senyum sbb nak jaga hati aku
sekarang kalau aku buat lawak kau akan tanya aku xde kerja ke?

kenapa kau dah berubah?
apa salah aku?
dah xseronokkah kawan dgn aku?
mungkin kau dah dapat kawan baru yg jauh lagi bagus dr ak
tapi aku xkisah
aku suka kalau kawan aku bahagia
tapi aku xnak kau lupakan aku
aku nak kau yg dulu
kau yg rajin melayan karenahku
kau yg selalu buat aku tersenyum
di mana kau?
mungkin aku salah
aku anggap kau sahabat
bagi aku,sahabat tu xkan pernah berubah
tapi, sahabat bukan cinta
sahabat datang dan pergi sesuka hati
bila sahabat dah jumpa org lain yg buat dia bahagia
sahabat akan pergi meninggalkan kita

setiap hari,sahabat silih berganti
ada jek org2 baru yg kita kenal sebagai pengganti
dr sekolah rendah, pindah sekolah menengah
dr sekolah menengah, pindah ke kolej
kalau dulu, kawan baik kita masa sekolah rendah namanya budak A
tp bila masuk sekolah menengah, kita kata kawan baik kita namanya budak B
masuk kolej, budak C pulak

fitrah kan?

tapi bagi aku
sahabat bukan macam baju
bila dah lama2 pakai baju tu
beli baju baru, dan baju lama disimpan jadik habuk
tapi sahabat tu macam fosil
semakin antik semakin mahal ^^

dan aku tahu, walaupun sahabat pergi, tp memori bersama sahabat akan sentiasa di hati

kan sahabat?

sumpah aku rasa entri aku kali ni kekok gila O_o!


Tuesday, December 14, 2010

dua pengajaran :))

mama & daddy ada kedai
kedai mama & daddy adalah kedai makan
pagi2 lagi,mama & daddy akan pergi ke kedai mereka
mama  menguruskan nasi lemak & lauk2
manakala daddy menguruskan roti canai
mama & daddy mempunyai dua pekerja
bila pekerja mama & daddy xdatang
saya akan pergi menolong mama & daddy di kedai
baik x saya? ^_^

*terasa mcm nak masuk sek rendah balik :))*

hari ni, pagi2 da pergi kedai
pukul 6.15 lepas subuh tu
pekerja mama cuti sorang

setiap kali pergi tolong kat kedai
aku mesti akan belajar dua perkara ni

1 : sentiasa tersenyum walaupun tengah rasa rimas tahap tertinggi macam mana pon.sbb dgn senyuman,semua benda akan senang.dan org2 sekeliling pon akan tersenyum sekali.dan kita secara automatik akan rasa suka dgn kerja yg kita buat.

*teringat lagu si kacak senyum*

kacak luar,kacak dalam,kacak dengar sini
kalau saya senyum awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum semua orang berjangkit
bila semua orang senyum dunia tiada penyakit

senyum skang!
(^_____________^)
ala comei

2 : hidup xboleh senang selalu.bila rasa susahnya bekerja,aku rasa semangat nk belajar membuak2.serius,belajar berganda lagi best drpd bekerja.jadik,gunakan masa sbgi pelajar dgn seeloknya supaya kita xrasa nak balik ke zaman uni bila da kerja nanti ;)

tiba2 teringat kat arwah tok wan.sedekahkan al-fatihah utk dia tau :(


Friday, December 10, 2010

rindu itu datang lagi :(

"dalam hidup ni,akan sentiasa ada tapisan2 Allah.sbb Allah nk carik org yg betul2 sanggup & ikhlas berada di jalanNya"

terngiang-ngiang nasihat seorang kakak,berulang-ulang dia mengingatkan

"kalau adik-beradik nampak mcm dah menjauh dr jalan ni,tarik dia.pujuk,jgn biarkan dia.kita sikit,jadi ukhwah antara kita kena jaga betul2"

terngiang lagi
setiap saat,setiap ketika
xpernah luput dr ingatan kata-kata nasihat tu

sekarang,dah dekat setengah tahun berlalu
setengah tahun bukan waktu yg lama
sgt singkat sebenarnya
namun,masing2 sudah berubah
ada yg semakin bersemangat berada di jalan ni,ada yg mengundurkan diri
mungkin sibuk dgn kehidupan sehari-hari
dlm hati,sentiasa berdoa agar mereka akan kembali
dalam minda,sebab2 positif cuba dicari
aku sendiri,semakin lelah berada di jalan ni

teringat semasa mula2 ditarbiyah
seorang kakak,yg kasih sayangnya melebihi kandung sendiri
mula-mula cuba mendekati,cerita kisah-kisah yg menyentuh hati
diberi ayat-ayat al Quran sebagai peneman saban hari

setelah beberapa lama,bila nampak masing2 semakin bersedia
diberi pengisian yg makin berat
'beban' ini tak boleh ditanggung sorang2,katanya
setiap orang ada tanggungjawab
tanggungjawab untuk menyampaikan,untuk mengajak
diulang-ulang ayat 2:30 dan 51:56 sebagai peringatan
diberi tadabbur sebagai bekalan
diberi hadis sebagai panduan

puas usrah di dalam
cuba dibawa usrah keluar pula
dimulakan dgn ISK
disambung dgn IPK
seterusnya SH
dan daurah-daurah lain sebagai follow up
risau kami jemu
dibawa pula kami ke rehlah
gembiranya hati melihat kami tersenyum

"semoga kami terus berada di jalan ini" doamu

saban minggu,xjemu berjumpa kami
walaupun sibuk dgn kerja,sibuk dgn periksa

"xpa.insyaAllah,Allah hantar malaikat untuk memberkati kita",katamu sebagai penyedap hati

karenah kami sabar dilayani
kadang2 kami mengelat xnak hadirkan diri
sibuklah,meetinglah,testlah
tapi,kami xpernah dimarahi
alasan2 kami dibalas dgn senyuman2 yg menyejukkan hati

tapi,kini senyuman tu tiada lagi
kami masih di sini,sedangkan senyuman itu nun jauh di negeri orang
sebelum pergi,kami dinasihati

"sampai masa untuk kamu berada di tempat kami,pegang adik2,terus bawa islam ni"

awalnya,kami buat endah x endah jek dgn nasihat diberi
tp,kini,baru kami rasai
beratnya bebanan yg dulunya kakak2 tanggung
beratnya rasa membawa islam dgn keadaan sekeliling yg xmemahami
sedihnya rasa hati bila adik2 memberi alasan yg hanya mampu kami balas dgn senyuman
sedihnya rasa melihat adik-beradik sendiri mengundurkan diri dr jalan ini
beginikah perasaan kakak2 yg dulunya xpernah kami hargai?

jika kami tahu beginilah rasanya,pasti dulu kami gunakan sebetulnya masa2 kita berkumpul
pasti kami hargai sejujurnya masa kita berkongsi
duduk sama2.makan satu talam,sambil mendengar nasihat kakak2
pasti akan kami freekan waktu kami semata-mata untuk mendengar kata-kata kalian yg meruntun jiwa
pasti kami tenung sepuas-puasnya muka2 kalian sebagai pengubat rindu kami kelak

tapi,semua sudah terlambat
kamu di sana,kami di sini
kamu terus berada di jalan dakwahmu di sana
yg mungkin akan jadi lebih mencabar
tapi,kami di sini
xtentu lagi berapa lama dapat terus menahankan diri

bukan sekali aku fikir nak undur diri
bukan kerana xtahan dgn jalan ini
tapi kerana perasaan 'seronok' tu tiada lagi
baru aku sedar,selama ni aku sgt bergantung dgn murabbi
pergi usrah pun sbb kesian dgn murabbi
dari jauh berbatu-batu sanggup menghadirkan diri

bukan sekali aku fikir nak undur diri
sbb aku rasa 'semangat' dakwah tu sudah hilang
semua pengisisan xlagi menyentuh hati
tapi memikirkan adik-beradik makin kurang
aku gagahkan jugak diri

hidayah itu pernah datang
hidayah itu pernah menyentuh hati aku suatu masa dulu
tp makin lama,hidayah tu makin hilang
sbb xdijaga,xdipelihara dgn rapi
hidayah itu milik Allah
kita insani harus mencari
dan bila telah dapat,ada satu lagi yg payah dilaksanakan
iaitu menjaga hidayah yg diberi
dan aku gagal dalam perkara ini
aku gagal menjaga hati aku
aku gagal,aku gagal

banyak kali aku lari dr berjumpa dgn murabbi
banyak kali aku cipta alasan agar usrah xperlu aku hadiri
dan makin lama aku makin jauh
sehinggakan bangun malam tu sgt sgt susah utk aku laksanakan
sehinggakan ayat-ayat al Quran tu tak lagi dapat membuat aku menangis terharu

hari ni,aku bukak blog seorang kakak
kakak yg dulunya mengajak dgn penuh kasih
yg sentiasa memberi nasihat
dan aku tersentuh
terkesan dgn tulisannya mengisahkan dakwahnya di negeri orang
menceritakan semua yg perlu dia harungi untuk terus berada di jalan ini
betapa dia kuat,sedangkan aku sudah mahu mengalah
wajarkah aku menghancurkan harapan orang yg telah bertungkus lumus mengajarku erti hidup?

aku harus bangkit
aku perlu rasa islam,rasa dgn hati
supaya aku xlagi ingin lari
betapa selama ini aku tersilap
aku menasihati orang agar tutup aurat,menasihati orang agar solat etc
tapi aku lupa,aku lupa ingatkan mereka agar merasai islam
dan aku lupa juga mendidik hati aku agar merasai islam
kerana apabila seseorang merasai islam
segala-gala peraturan Allah akan jadi mudah untuk dia lakukan

"islam tu perlu dirasai dgn hati,dan akhirnya akan dizahirkan dgn perbuatan"

terngiang-ngiang lagi kata2 itu
seperti dia ada di hadapanku
rindu itu datang lagi! :(

"Andai perjuangan ini mudah,
Pasti ramai yang menyertainya
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya
Umpama kemanisan yang tiada terhingga
Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terlena, ingatlah janjiNya
Selamat berjuang!"


hanya untukmu shikin (geli aku =.=)

sumpah aku xdak idea nak menulis
tp disebabkan MAKCIK GOJES ni tag
macam xbaik lak kalau xbuat *sweet tak aku shikin?sweet kan?wekkk :P*

apa benda paling penting dalam hidup korang?
benda?kalau org,aku jawab mcm shikinlah.famili.tp kalau benda,aku jawab al Quran.haha.bunyi macam poyo je kan?ala minah nih.tunjuk baiklah tuh =.= tp betul weyh,byk kot yg korang tahu dr al Quran.dan al Quran tu kan panduan hidup org islam.macam mana korang nk hidup weyh kalau panduan korang dah xdak?jawab!jawab!

benda terakhir yang korang beli dengan duit korang?
aku mana ada duit weyh.semua duit mama & daddy.aku xkerja lg =.=

dimanakah tempat korang akan langsung kan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
kat rumahla.xkan kat tengah2 jalanraya plak =.= tema?pengantin pakai baju kurung,layan org makan.beramah mesra.haha.xya kompang,xya sanding apa semua.pelamin tuk tgkp gambar2 dgn org2 terdekat jek.ngahahaha.padan muka suami aku =.=

adakah korang tengah bercinta sekarang ni?
yup.dgn further maths.jgn jeles.lalalala~~~

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai abes a level =.=

dimanakah selalu jumpa kekasih korang?
setiap hari,setiap saat,setiap ketika.ada tercongok kat atas meja aku ni :P

novel/buku/majalah terakhir dibeli?
life is an open secret :)

apakah nama penuh korang?
ERNA FIRDZALINA MAZLAN *Sedap kan.pandai mama daddy*

antara mak dengan ayah, mana korang lebih mesra?
mama daddy

namakan orang yang korang betul² nak jumpa dalam hidup korang?
Rasulullah.bestnya kan? :') (ada budak tiru aku.lalalala~~~)

adakah korang basuh baju korang sendiri?
mestilah.sesuka hati jek =.=


dimanakah tempat yang korang betul² nak pergi?
jannah O_o" best woo.Allah cakap dlm Quran ada sungai2 yg mengalir di bawahnya.ada buah2an,ada bla3.nak ikutla tu :P


pilih salah satu, peluk atau cium?
atau


beritahu tiga benda pasal orang yang beri tag
shikin.satu maktab.satu wing.satu interview.sama panel.satu course.satu kolej.satu sponsor.isk3.byknya.shikin mmg suka ikut aku eh? :O


5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda
benda?bukan org kan?
al Quran aku yg kecik dan comel (sbb benda comel ni aku beli sendiri kot :P)
no handphone aku (wlpn no aku xsedap gila,tp aku rasa ia special sbb no ni aku beli sama2 dgn 2 kawan baik aku,dan beza no ktrg 3 org hanya satu no jek,no ke 9.no yg lain semua sama.dan no aku xdak no berulang.ada semua dr 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9.korg pandai korg susunlah sendiri ^^)
gambar2 aku (start dr kecik smpi sekarang.sbb dlm realiti aku berubah,tp dlm gambar aku xpernah berubah)
semua benda yg mama dan daddy bagi ^^
semua benda yg kawan2 aku bagi.i mean,SEMUA :)


lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
yusof islam dan zain bikha punya lagu yg ada suara kanak2 tu.flowers are red,my mum is amazing,Allah knows,pizza in his pocket,i look i look i see,dan byk lagi.maher zain,lagu inshaAllah,barakallah,open your eyes.


bilakah tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
4 jan 1991.tarikh hijrah aku keliru sbb byk sgt.sekejap 17,sekejap 18 j/a =.=
sambut kat rumah sudaaaa~~~


5 rakan blogger yang anda nak tag a.k.a suspek² yang perlu dicari
ntah.aku takut nak tag org.hahahahaha :DD
  


Monday, December 6, 2010

1432H

hari ni 1 Muharram 1432H

aku lahir 18 Jamadil Akhir 1411H

kalau kira,umur aku tahun ni sepatutnya 21 KOTTT!

oh,aku igt aku masih muda =.=

kalau kira tahun Masihi pun, 4 Januari ni umur aku dah start angka 2

20 ok! *ok,sila lupa sekarang!*

opah aku selalu bising bila aku malas,dia cakap,dulu dia umur 16 dah kahwin

haish.xkan nak kahwin sekarang pulak *blushing :P*

selalu dengar org cakap,hidup dgn membawa angka 20++ akan jadik sgt mencabar
bersedia ke belum ni? =.=

dan akan sempat ke aku menjangkau umur 30,40?

ke 20++ dah kiok +_+"

segala-galanya di tangan Allah

dan wish aku tahun ni,aku harap org xkan pandang aku TUA

it hurts T.T

*camon erna.matanglah sikit~!*

salam Maal Hijrah semua
selamat berazam ^^

aku suka Gu Jun Pyo,tp dlm masa yg sama,aku masih suka Woo Bin O_o! (matang x.weeekk :P)
*ok,ni merepek!*

siapa2 berani,trylah ingatkan umur aku dah nk masuk 20 sekarang.grrrr =.=


Sunday, December 5, 2010

pilihan di tangan anda


masyarakat ISLAM zaman sekarang 2010'

A = AWAM  : 

masyarakat yg tergolong di bawah kategori awam adalah masyarakat yg islam hanya pada nama.islam 'i' (kecik),bukan 'I' (besar).paham istilah 'i' (kecik) dan 'I' (besar)?

contoh : seorang budak cakap, saya Jahat.highligt pada J (besar).maksudnya,nama budak tu Jahat *suka hati mak bapak budak tu la nak bagi nama anak dia apa pun* tp xbermakna sikap,perbuatan budak tu jahat.sekarang,seorang budak yg lain pulak cakap.saya jahat.highlight pada j (kecik).maksudnya,budak tu mmg jahat.dr segi perbuatan,sikap.tp,nama budak tu mungkin lain.abu,ali,seman etc.

sekarang,aplikasi konsep ni pada islam/Islam.ISLAM i (kecik), maksudnya, dia mmg mengamalkan cara hidup sbgi seorang islam.solat,puasa.tp, ISLAM I (besar), islam hanya pada nama.dalam ic tulis islam,tp xpernah solat,puasa etc.ada paham?


dan mmg terang lagi bersuluh *bazir jek.dah terang nk suluh2 lagi =.=* masyarakat islam sekarang byk tergolong dlm kategori awam.islam hanya pada nama.noktah.

dan golongan awam merupakan golongan yg paling besar sekali bilangannya dlm masyarakat islam.golongan majoriti.

B = BIASA :

masyarakat yg tergolong dlm kategori biasa,mungkin mengaplikasikan ISLAM i (kecik).dia solat,puasa,zakat.dia buat perkara2 rukun.tp,golongan ni,ada sedikit perasaan 'cukup'
 dlm diri dia.cukup sekadar buat perkara2 rukun.

analogi, dia ada sim card.celcom/maxis/digi.tp,xada kredit.bagi dia,cukup ada yg basic jek.ada sim card sudah.

dan golongan B = BIASA ni, xmahu topup pahala dgn menghadiri majlis2 ilmu,buat ibadah2 sunat.yg rukun sudah~

golongan biasa ni,kurang  sikit bilangannya berbanding golongan awam.tp still banyak kuantitinya di muka bumi Allah ini.

C = COMMITED :

masyarakat yg tergolong dlm kategori commited ini,tarafnya 'up' sikit dr golongan awam & biasa.dia buat ibadah2 rukun,juga buat ibadah2 sunat.dia suka menghadiri majlis2 ilmu.dia selalu baca al Quran.istiqamah.dia sgt commited.tp,golongan ini boleh dikata sedikit 'kedekut'.

sambungan analogi, dia bukan hanya ada prepaid.tp ada kredit jugak.tp,malangnya,dia malas nak call/mesej org lain.istilah lain,dia kedekut.dia takut kredit dia habis kalau call/mesej org lain.

golongan ini juga boleh diumpakan 'seperti katak di bawah gelas'.macam biasa, 'up' sikit dr katak2 yg tinggal di bawah tempurung yg mmg langsung xnampak apa yg berlaku pada dunia luar.katak di bawah gelas ini,dia nampak apa yg berlaku pada dunia luar.dia nampak kawan2 dia buat maksiat.dia nampak islam terumbang-ambing dan semakin tenat.dia nampak.tp,dia xnak ambil tahu.duduk jek bawah gelas.tunggu dan lihat.bagi dia,cukup diri dia jek yg beribadah 'beria'.buat apa nk ajak org lain?kubur lain2.lantak diorang arh.

dan golongan commited ini,kurang sikit bilangannya berbanding golongan biasa.

D= DAIE :

masyarakat yg tergolong di bawah kategori daie adalah masyarakat yg selalunya dikecam.mengapa?sbb dia menyampaikan.dia 'sibuk' hal org lain.dia xnak sorang2 masuk syurga.dia nak ajak kawan2 dia,saudara2 dia semua kembali pada islam yg sebenar.dia xsuka jadik katak yg duduk di bawah gelas.dia xkisah kredit dia habis.dia beribadah,dan dia mengajak.dia 'perasan' tujuan dia diciptakan.bukan saja beribadah,tp khalifah jugak.

malangnya,golongan2 daie ini,sgt sgt kecil bilangannya dibanding dgn golongan2 awam,biasa &  commited.dia golongan 'asing'.tp dia xkisah.kerana apa?kerana dia ingat kata2 Rasulullah : "beruntunglah org2 yg asing"

ulasan tamat

kesimpulan, sebagai seorang islam, terpulang pada diri masing2, mahu jadi golongan yg mana.awam,biasa,commited atau daie.

pilihan di tangan anda

dan aku hanya menyampaikan

"sampaikanlah walau hanya dgn sepotong ayat" ^^

mungkin xperlu sombong sgt dgn aku =.=





Wednesday, December 1, 2010

cintakah kita pada dunia?

Dunia ini LAHWUN WALA'IBUN

apa itu lahwun wala'ibun?
aku xpandai arab
tp aku tahu lah maksudnya

Dunia ini SENDA GURAU & PERMAINAN BELAKA
*kalau salah tolong betulkan*

ayat ni ada ditulis dalam al-Quran
Allah dah cakap, dunia ni, hanyalah tipu daya, perhiasan, terkutuk
tapi, kenapa ramai manusia yg sgt cintakan dunia?

"sebab dunia ini indah"

alasan yg sgt sgt sgt munasabah
kan?


fitrah manusia
suka pada keindahan, kenikmatan
tp, kadang2 keindahan & kenikmatan yg diberikan kepada manusia
buat manusia lalai, lupa

manusia benci ujian, benci kesusahan
selalu kita tengok manusia merungut sbb ditimpa ujian
selalu kita dengar manusia mengungkit ttg kesusahan yg dialami
tp, jarang kita tengok manusia memberontak sbb dpt nikmat byk sgt
padahal, ujian yg paling besar adalah ujian KENIKMATAN, bukan kesusahan

kenapa manusia cintakan dunia?
kita pulak macam mana?
cintakah kita pada dunia?

cuba kita kaji diri kita
kalau kita pergi kedai buku, POPULAR atau MPH contohnya
kita dgn senang hati jek beli buku harga RM50++ kan?
tp, kalau kita lalu kedai jual al Quran
tengok harga RM45 satu, bukan main kita sumpah tukang kedai tu

"bapak mahal dowh =.="

kita tengok pulak
dalam sehari, berapa lama jek kita duduk atas sejadah?
berbanding dgn masa kita duduk depan lap top
dalam sehari, berapa lama jek masa yg kita guna untuk belajar ilmu Allah
berbanding masa yg kita guna untuk jalan2, untuk call makwe/pakwe kita?

itu baru kira sehari punya aktiviti

sekarang, cuba kira
sepanjang kita hidup, berapa kali jek kita khatam al Quran?
malah, kalau nak ikutkan, sepanjang dekat 20 tahun kita hidup *approximate ok =.=*
sepatutnya kita dah hafal al Quran tu
tp, kita lagi senang nak hafal dialog2 cerita P Ramlee
kita lagi hafal lirik lagu Lady Gaga

tidak cintakah kita pada dunia?
sudah terkena penyakit wahankah kita?
cintakan dunia takutkan mati? :(


kita, kalau org suruh bayang kita mati esok
meremang bulu roma kita
xbersedia lagi T_T

padahal, org2 beriman kalau boleh nak tinggalkan dunia yg terkutuk ni
nak cepat2 jumpa kekasih hati pujaan jiwa raga, Allah
kita fikir kita dah betul2 beriman
tp, kita masih lalai

"belum tibakah waktunya bagi org2 yg beriman, utk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yg telah diwahyukan  (kpd mereka ) dan janganlah mereka ( berlaku ) spt org2 yg telah menerima kitab sebelum itu, kemudia mereka melalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras."
(57:16)

teringat tadabur ayat ni dgn sister dulu
jgn ingat, bila kita dah solat 5 waktu, kita puasa, kita dah beriman
Allah cakap dlm ayat ni, Allah tegur org2 yg beriman
kalau guna ayat mudah, Allah cakap macam ni jek

"Mana org beriman ni? Mengaku beriman. Tp masih lalai. Xkhusyuk ingat Aku. Tangguh2 pulak"

cuba tengok perkataan tangguh2 tu
dan tengok balik ayat atas

...mereka melalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras."

apa maksud melalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras?

kalau ikut apa yg aku belajar, maksudnya, manusia ni suka menangguh2 waktu untuk berubah sehingga melalui masa yg panjang
pernah dgr orang cakap macam ni?

"ala, aku muda lagi.nanti tua2 aku bertaubatlah" *gaya cakap macam dah tahu tarikh mati jek!*

bertangguh kan?
tunggu tua, tunggu dapat hidayah, tunggu seru
tapi drg xtahu, sbbkan 'tangguhan' tu lah, hati mereka menjadi keras
makin lama, makin malas nak berubah
makin lama makin susah
betul x?

jadik, apa perlu kita buat?
kita ni pemuda pemudi Islam
kalau kita xbangun,  macam mana nasib agama kita nanti?
jgn sebabkan dunia yg penuh tipu daya ni, kita lupakan akhirat
ingat tu!



 ya allah, jauhi kami dari penyakit wahan