Sunday, October 17, 2010

title : undefined~

'aku pelik dowh tengok diorang tu. org lain pun couple jugak, tp xdelah macam diorang. ke hulu ke hilir mesti nak berdua jek. xtahu ke Islam cakap xbaik berdua2an dgn bukan muhrim?bla bla bla~'

soklan : awak tak tahu ke Islam cakap jgn mengumpat?baik awak makan daging kawan awak jek, kenyang sikit =.=

'eh,eh. mat, ko tengok minah tu, xsolehah betul. Islam tu. tapi pakai skirt pendek. ingat hot la tuh. mak bapak x ajar ke masa kecik2, suruh pakai sopan2 sikit haa?'

soklan : mak bapak awak ada x ajar awak jaga pandangan? mata tu jgn melilau pandang benda2 maksiat?haaa?!

'ala,beria nak berdakwah.study tunggang langgang.ada hati lagi tu'

soklan : awak tahu x berdakwah tu mesti bagi umat Islam?jadi, kenapa awak nak kutuk dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim?


'budak nama A tu annoying gila.budak nama b lagi annoying.tapi xley lawanla budak nama C tu'

soklan : semua org awak nak annoying.awak pernah x rasa diri awak annoying sebab suka rasa menyampah kat org lain? *ayat da xmacam org malaysia +_+*

'xsuka baca blog minah tu, ayat skem nak mati.blog mamat ni lagi ak benci.dok kutok orang memanjang!'

soklan : awak x suka, yang awak gi baca sapa suruh?ada cikgu suruh?xkan.so, hentikan operasi mengutuk blog orang!

'eee.xsuka entri2 blog 'mujahadah itu pahit' ni.dah la...~~'

soklan : tahu x blog 'mujahadah itu pahit' ni bukan blog awak?jadi, suka hatila 'penulis' blog ni nak tulis apa pun. ada 'dia' kesah? =.=

~bebelan di malam hari~

-10/10/10 tarikh cantik.ramai org kawin masa tarikh ni.sebab?senang nak ingat tarikh ulangtahun perkahwinan.bagus.tu diorang.kalau ak kawin nanti,ak nak pilih tarikh yg paling susah nak ingat.jadi,kalau suami ak dapat ingat tarikh ulangtahun perkahwinan kitorang dgn jayanya, bermakna suami ak sgt romantik.noktah!

-xsuka org yang talam dua muka!tolonglah jadik satu muka jek.ak rimas tau tak! =.=

-ak sgt takut dgn IELTS ak ni.ketakutan IELTS mengatasi ketakutan nak amik exam further.apakah?? T.T

-xsuka MECHANICS.paham x?XSUKA.oke,ni dah sampai tahap tension tahap karma ni.masih xdapat paham, kenapa ak kena belajar mechanics kalau nak jadik actuarist*ak xtahu org melayu panggil actuarist menda*?!

-ak benci lari.paham x?ak xsuka marathon!jadi,jgn gunakan ayat 'erna kecik dan kurus' sbgi alasan utk suruh ak lari laju2 masa HAW nanti.kalau korang cakap nak bagi ak satu tan coklat cadbury dan satu lori toblerone kegemaran ak pun mmg xkan berhasil sbb kebencian ak terhadap lari mengatasi segalanya.ak suka main netball jek =.=

BEBELAN TAMAT
*padan muka kena dengar ak membebel kali ni.cehhh*


Thursday, October 14, 2010

'abasa

oke,hari ni ak nak ajak korang bukak tafsir kejap
jgn risau,bukan tafsir sejarah melayu zaman dahulu kala pun
sebab kalau tafsir yg tu,xsempat habis ak tulis entri ni,ak da tertidur dulu =.=

sekarang,sila bukak tafsir AL-QURAN (:

surah 'abasa, surah yg ke 80, ayat 1-11
sebelum mula,rasa seronok nak berkongsi satu kata2 dari salah seorang sahabat Rasulullah yg ak lupa namanya*sori,sebab menghafal bukan bidang ak T.T*

'marilah kita duduk,dan beriman sejenak'

oke,ak bukan nak bagi tadabur pun
sebab rasa xtercapai lagi ilmu ke tahap tu
tp, suka nak berkongsi apa yg ak tahu, dan belajar
kan ke 'sharing is caring'
ngaa :D

jom kita luangkan masa kejap bukak surah 'abasa ni

dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang

1. Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling.

2. kerana seorang buta (Abdullah bin Ummi Maktum) telah datang kepadanya

3. dan tahukah engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya dr dosa

4. atau dia ingin mendapatkan pengajaran, yg memberi manfaat padanya?

5. adapun orang yg merasakan dirinya serba cukup (pembesar2 Quraisy)

6. maka engkau (Muhammad) memberi perhatian padanya

7. padahal tidak ada cela atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman).

8. dan adapun orang yg datang dgn bersegera (utk mendapatkan pengajaran)

9. sedang dia takut kepada Allah

10. engkau (Muhammad) malah mengabaikannya

11. sekali2 jgn begitu! sungguh (ajaran2 Allah) itu suatu peringatan.

oke,cukup sampai ayat 11 jek
sebelum apa2,ak nak cakap buat kali yg kedua,ak bukan nak bagi tadabur
sebab ak bukan pelajar sekolah2 yg mengaji tafsir al-Quran
ak budak MRSM,dan ak budak SAINS TULEN
ngerti kamu?
bagus!

apa yg best kat ayat ni sampai ak nak cerita dlm entri ni?
oke,ada byk sgt yg buat ak rasa ayat ni best!

~korang perasan x,ayat ni diturunkan utk menegur kesalahan Rasulullah~

asbab nuzul turunnya ayat ni :
diceritakan,pada satu hari kan,masa tu Rasulullah tengah semangat berdakwah kat pembesar2 Quraisy
nak ajak diorang masuk Islamla kan
tengah semangat keluarkan hujah2 tu,tiba2 dtg Abdullah bin Ummi Maktum ni
Abdullah mintak Nabi ajarkan kepadanya apa yg Allah ajar kepada Nabi

soklan : korang bayang,kalau korang tengah sedap2 bercakap,semangat ni bercerita dgn kawan2,tiba2 adik korang datang suruh cerita kisah cinderella.apa reaksi korang?mesti rasa cam nak tampar jek adik korang laju2 kan? *sumpah jahat klu korang buat =.=*

samalah macam Rasulullah
Rasulullah pun manusia jugak.mesti ada perasaan terganggu kan?
sebab tu,masa Abdullah datang, Rasulullah palingkan mukanya dan berwajah masam.

pastu, Allah terus turunkan ayat ni utk menegur Rasulullah
padahal,kalau pikir logik,Abdullah tu xnampak pun muka masam Rasulullah tu
dia xnampak pun Rasulullah palingkan muka Baginda
sebab apa?
sebab dia buta!kan da tulis kat atas nun.ishhhh!
dan,Abdullah xterasa pun kan?betul x?

tapi,Allah tu sgt teliti dan prihatin
benda yg kita rasa kecil camtu pun,Allah tegur
sweet x Allah?

~Rasulullah xpernah sembunyikan apa2 pun, menandakan Baginda sgt jujur~

kalau kita tengok
sesetengah orang susah nak mengaku kesalahan dia kan?
sebab apa?malulah buat salah!

tp, dalam ayat ni, terang2 Allah tu tegur Rasulullah
sebab Rasulullah buat salah
dan Baginda, xsembunyikan pun teguran Allah tu
korang bayang, dah la Rasulullah tu maksum, dihormati pulak
kalau baginda x bagitau tentang turunnya ayat ni utk menegur Baginda kat para sahabat, sahabat2 Baginda xkan tahu pun kan?
tp, Rasulullah tu tanpa segan silu menceritakan dgn detail kesalahan baginda tu, dan teguran Allah padanya tu
baik x Rasulullah?baik kan?
hee,tengokla kekasih hati siapa? ;)

~Allah tu sgt sweet~

eh,apa yg sweetnya erna ni?
xnampak pun Allah tu sweet kat dlm ayat ni =.=

haaa!tula,cuba korang baca balik tafsir kat atas tu
perasan x,byk surah2 lain dlm al-Quran,Allah guna 'kau' (utk menggambarkan Nabi Muhammad)
tp kali ni, Allah guna 'dia'
kenapakah???

oke,ada 2 situasi
korang ada anak*cehh,kawin pun belum!*
pastu,anak korang buat salah
contohnya,dia curik duit dari dompet korang sepuluh sen

situasi pertama
korang marah2 dia,ckp camni

'reza ni, kenapa curik duit mama?tahu x mencuri tu xbagus?bla bla bla~'

dalam masa beberapa saat,anak korang tu da bukak kilang air mata da
isk3 @_@!

situasi dua
korang panggil anak korang tu duduk
dan bercerita

'eh,reza tahu x,ada seorang budak ni kan,dia curik duit mama dia.padahal mencuri tu kan,xbagus.berdosa'

comfim anak korang terasa kan?
dan mesti dia mintak maaf kat korang
paling tidak pun,dia xbuat da pastu
paling penting,dia xmenangis!

significance?

Allah guna 'dia' pada beberapa ayat pertama surah ni
sebab Allah tu sweet
dan Allah tegur Nabi dgn berhemah
Allah guna cara menegur dlm situasi kedua tadi
best x?
Allah xguna 'kau' sebab Allah tahu, cara tu kurang best berbanding cara kedua tu :)

oke,itu je kot yg ak nak kongsi
kalau korang x bersetuju, silalah tegur
jgn risau, ak xmakan orang
ak makan nasik jek
itupun xmau meninggi =.=

p/s : terima kasih kepada kak KD yg share tadabur surah ni (:

p/s lagi : shikin,ak da berusaha pendekkan entri ni, tp ak xboleh T.T ak cuba lain kalilah +_+




Sunday, October 10, 2010

tiada motif!

monolog dalaman :

'ish,erna ni hari2 update blog.xde kerja lain ke?'

ye,dah xde kerja da nih.ada masalah ke kalau ak update selalu?bagus kalau xde.kalau korang ada masalah pun,ada ak kisah? =.=

baik,monolog stop di sini!

selalu kita tengok,atau dengar
berita perempuan kena rogol
byk yg utarakan pendapat
antaranya : 

'itulah.perempuan yg suka pakai seksi2.pakai xcukup kain.sebab tu kena rogol'

'perempuan pakai jubah kena rogol.tula,sapa suruh jalan sorang2.da tau tempat tu sunyi'

sepuluh hari sepuluh malam bincang pasal kes rogol
kesimpulan akhirnya,mesti kesalahan diletak di bahu perempuan
lelaki?????

semalam masa jalan kat jalan TAR,adalah beberapa manusia yg xberakhlak mulia betul
setiap kali jumpa perempuan
mulalah buat bunyi yg menyampah tu
tp nak kata diorang buat kat perempuan2 seksi jek,xjugak
sebab ada jek perempuan2 yg berpakaian sopan kena usik
nak kata diorang buat kat perempuan2 yg jalan sorang2 jek,lagi la tak
makin ramai,makin galak diorang berbunyi
xpaham ak
masa kecik2,xde ke pergi sekolah cikgu ajar hormat orang sikit?

pastu,ada yg 'baik' sikit,bagi salam
tp,tengok perempuan macam nak tersembul biji mata
baik apakah itu??
bukan ke islam suruh jaga pandangan?
dalam surah an-nur,ayat 30

'katakanlah kepada lelaki yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan...'

tengok!suruhan menjaga pandangan tu,Allah cakap kat lelaki dulu kan?
dan sambungannya,ayat 31,baru Allah cakap kat perempuan

'dan katakanlah kepada perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan...'

tapi, masyarakat selalu cakap perempuan yg salah,bla bla bla~~
hey,hey lelaki2,ingatlah,korang pun ada batas yg perlu dijaga
kalau sama2 jaga batas,mesti benda2 macam rogol ni xberlaku
bak kata aid 'ye dak?'

dan perempuan pun,jgn gembira sgt
kita pun kena jaga diri kita elok2
sebab mmg xdinafi, cara kita berpakaian jugak jadi punca jenayah2 sebegitu berlaku

sila2lah baca tafsir surah an-nisa',an-nur dan al-ahzab
dalam surah2 ni,byk cakap pasal wanita (:

selain dr kes pertama tadi, perempuan selalu jugak disalahkan bila nak kahwin

'ishhh!apa ni nak jadik bini org dah tp xtau memasak'

ye,betul
nak jadi bini org,mestilah kena pandai masak
xkan hari2 kau nak suruh laki ko pergi makan kat restoran depan rumah tu
baik laki kau kahwin ngan mak cik tukang masak restoran tu je kan?

tp,lelaki sila jgn lepas tangan
mentang2 org selalu cakap pasal perempuan jek
korang ingat korang boleh lari?
before kahwin,tanya dulu diri sendiri

'ak ni,boleh ke jadik imam solat isteri ak nanti?'

'ak ni,mampu ke nak ajar isteri ak bab agama ni?'

ingat,bila nak kahwin,perempuan jek kena prepare?
banyak macho kau!
kalau setakat mampu dr segi fizikal jek,tapi rohani hancur,baik korang hentikan niat korang nak meminang anak orang tu
pergi amik kelas mengaji dulu,deal? =.=

dan perempuan2 pun,jgn seronok sgt sampai terlompat2
kita pun,selalulah buat ayat tacing nak mati

'kalau dia nak ak,dia kena terima ak seadanya'

okela,ak setujulah.kalau dia nak kita,kena terimalah muka kita xmacam siti nurhaliza
kena terimalah suara kita xsedap macam misha omar
tp, tu bukan bermakana dia kena terima jugak segala keburukan sikap kita
dah kalau kita suka membuta sampai pukul 11,12
bila dia suruh tuka tabiat buruk nak mati tu,tuka jela
kalau x,baik dia xya kahwin
sama jugak,pagi2 breakfast sorang2 jugak
kan?

kesimpulannya,ak xtau kenapa ak buat entri ni.sekian =.=




Friday, October 8, 2010

'annoyed'

kenapa perasaan annoyed tu perlu wujud?
ntah ak pun xtahu jawapan dia
sebab ak pun biasa rasa annoyed kat orang =.=

kenapa kita annoyed?
sebab kita manusia biasa

kenapa yg bernama manusia tu perlu annoyed?
sebab manusia selalu nak org lain ikut cara dia
dia rasa diri dia yg terbaik

kalau dia duduk bersila
dia akan annoyed bila orang lain duduk bersimpuh
kalau dia makan pakai tangan
dia akan annoyed bila orang lain makan pakai sudu

eeee,kenapa mamat tu hensem.menyampahnya =.=

annoyed ni baik atau tidak?
camon!xkan nak ak jawab soalan ni kot =.=
sah2 ia x baik utk kesihatan

sebab?

~bila kita annoyed,kita akan lupa segala kebaikan orang tu kat kita,dan pikir kejahatan dia jek~

'hee,ak bengkek betullah dengan minah ronggeng mata juling tu'
 (tengok!bila annoyed,mesti kita describe org dgn perkataan yg xbaik.padahal minah tu lawa jek +_+!)

'laa,pehal lak kau ni?semalam ok jek dia ajar ko mechanics?'

'ala,bukan dia pandai sgt pon.dia tu la,tadi kan,masa kelas stats....'

~bila kita annoyed,kita mesti suka mengumpat.dan orang mengumpat selalu jadi kawan syaitan~

'ishh!sumpah dowh ak benci betul dgn mamat rempit tu.ada ke patut dia gi cabut bulu kaki depan aku?annoyed betul'

'laa,sabar2.mungkin dia xsengaja kot.jgnlah marah sgt.berzikir2'

'huh?esoklah ak zikir.dah la.ak gi cerita kat org lain lg bagus'

*selalunya,bila kita cerita kat orang pasal seseorang yg kita benci,kita xsuka kalau orang tu back up budak yg kita benci tu.jadi,batu api selalu di cari*

~bila kita annoyed,kita akan jadi talam dua muka~

'weyh,sakitnya hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.siti tu xpaham bahasa ke apa?bla bla bla~~~'

setengah jam kemudian

'errrr,,,,siti,nak pinjam mug boleh?'
(sambil buat muka tersipu malu yg x comel punlah!)

~bila kita annoyed,kita rasa kita bagus~

'eeeeuuuwww,diorang tu couple,main pegang2 tangan,peluk2 pinggang.annoyingnya aku'

'eyh,ko pun couple jugak kan?'

'yela.sekurang2nya,ak couple,xla jumpa pun.texting jek.ak masih sopan lagi penyantun.bukan cam diorang tu nak heboh satu dunia'
(ayat perasan diri betul!)

waaaaaaa.menyampahnya.rasa cam nak bunuh diri da ni haaa!!

sebelum kita annoyed dkt orang lain
pernah x kita fikir,yg diri kita pun annoyed jugak kadang2
tanpa kita sedar,orang lain pun ada pernah annoyed dengan sikap kita,cara kita

jadi,perlu ke kita annoyed dengan orang lain?
sebab kita pun tahu,setiap orang xperfect
setiap kali kita nak ter'annoyed' kat orang
apa kata kita fikir semua kebaikan2 dia
haaaaa!

tp kan erna
macam mana kalau orang tu memang xpernah buat kebaikan
setiap benda yg dia buat,sentiasa menambahkan rasa annoyed kita kat dia
kita dah tegur kesalahan dia,tp cam xde effect pun
macam mana tu erna?

ok,itu mmg annoyed =.=
jadi,jom kita lari dari dia
kadang2 menjauhkan diri tu bagus
sampailah kita dah ok dengan dia

tp erna
kalau dia tu duduk dekat dengan kita?
hari2 kena jumpa dia
dah xboleh lari dah?

errrrkkkkkksss!
kesian kat awak
sabar ye =.=




Wednesday, October 6, 2010

malu seorang muslimah

*satu mesej diterima*

I...
I L...
I LO...
I LOV...
I LOVE...
I LOVE Y...
I LOVE YO...
I LOVE YOGURT! ^_^

oke,apa perasaan korang dapat mesej macam ni?

kalau org tu perempuan
ada dua situasi

~mesej tu dari lelaki yg dia admire~

hati berbunga2,hidung kembang kuncup,muka blushing suda
ke'perasanan' bertambah
'isk,dia ni mesti suka ak.tp malu nak cakap.hehehe =P'

~mesej dari kwn lelaki biasa~

one word : sengal!

kalau org tu lelaki pulak
ada satu situasi jek (kot!)

~mesej dari kwn perempuan yg dia selalu berbual sbb bosan,atau dari seorang perempuan yg dia suka~

gulp.menggoncang iman.full stop!

*oke,ini contoh ayat jek.xperlu aku nak berjiwang di sini +_+*

wahai kawan2 perempuanku
percayalah
lelaki,lain sgt10000x dr perempuan
jgn sebabkan satu ayat yg kita rasa biasa
menyebabkan iman diorang terganggu

lagipun,mana letaknya perasaan malu seorang muslimah?
xkan sesuka hati jek kita nak menuturkan ayat yg jiwang2 dekat lelaki yg xde kena mengena pon dengan kita?
nak ke kita jadi punca dosa diorang bertambah?
lagipun,cuba korang bayang,kalau kita da cakap sweet mewiit kat lelaki lain
nanti bila da kahwin,da xde ayat yg nak cakap
idea dah habes!
kesian suami kita
isk3 =P


Monday, October 4, 2010

sebab saya seorang MUSLIM ;)

saya tak ingin nak berubah sebab saya seorang VP MUSCOM
sebab saya takut
nanti bila saya dah handover jawatan ni kepada junior
saya akan 'berubah' balik

tapi saya suka nak berubah sebab saya seorang MUSLIM
sebab saya tahu
saya tak akan dan tak pernah mahu
handover 'jawatan' ni kepada sesiapa pun
dan sampai bila-bila pun
insyaAllah

perubahan memerlukan masa!


Friday, October 1, 2010

sengal!


friendship apakah ini?
sila jangan jadi talam dua muka, oke! =.='
*sengal*


Thursday, September 30, 2010

manusia di mana2 =.='

kenapa manusia suka bercakap pasal manusia?
adakah itu mmg fikrah manusia?
ak pelik,agak2nya kan,kambing suka x cakap pasal kambing?
siput babi?
lembu?

oke,abaikan!

setelah 19 tahun lebih sikit (ehem3,xtua sgt kan? =.=') hidup kat bumi ciptaan Allah ni
baru2 ni baru ak sedar
yg sesiapa sahaja yg bernama manusia,mesti suka bercerita pasal menusia lain
kalau cerita yg baik2 xlah pelik sgt
tapi
-
-
-
-
-
kadang2,masa tengah duduk kat dalam bangunan ber'air-cond' yg dipanggil DH oleh budak2 kolej ak
selalu jek dengar dua,tiga,empat dan kadang2 ramai sgt manusia sampai boleh buat team bola jaring da bersembang2 dgn kuatnya macam dlm DH tu ada diorang jek
ingat bincang masalah ummah
rupa2nya

'weyh,tau x,head-girl kita yg hot tu,couple dgn head boy ***.bapak hensem dowh!'

bangun.tukar tempat!

'eee.sampai hati buat cikgu camtu.dia tu mmg jenis yg pemalas kan?xpatut betul!'

oke,pandang kiri

'haa,ko ni,lambat betulla,mmgla diorang da lama clash.isk3'

pandang kanan

'weyh,ak nak gitau something,tp jgn gitau org lain ye' (bapak cakap bukan main kuat.tp jgn bagitau org lain.sengal!)

oke,duduk senyap2,buat pekak dan makan cepat2 =.='

makan,makan jela.ntah apa2 ntah nak ngumpat.tumbuk baru taw!

 keluar dr bangunan ber'air-cond' tp hakikatnya panas berbahang sbb selalu jadik tempat manusia mengumpat tu
masuk pulak bangunan lain yg xperlu nak tahu namanya sbb xmasuk exam,oke!
dengar lagi manusia berbual

'pelik dowh ak ngan dia tu.mengumpat jek kerja.xtahu ke mengumpat ni,bla bla~~'
(oke,mgkin org yg cakap ni rasa dia tengah tidur kot,bukan mengumpat +_+)

at last,nak xnak,mmg akan dengar jugak bualan2 manusia pasal manusia lain
kecualilah kalau awak pergi duduk kat kandang kambing,xkeluar2 dah
kalau jumpa manusia,lari laju2 tau!
kalau xsempat lari,menyamarlah jadi pokok ke,xpun jadi kambing jek,ok x? >_<

manusia,mmg suka barcakap,dan mendengar,kan!

pelik kan
kenapa manusia kena bercakap pasal manusia lain ye?
korang manusia,korang jawablah sendiri!
sbbnya,ak pun xtahu kenapa
dan diri aku sendiri pun selalu buat benda yg sama
manusia!manusia!manusia!
kalau korang perasan jugak,sekarang ni pun ak tengah bercakap pasal manusia,kan?!=.='

tp,betul ke xley ubah?
tipu!
boleh kalau nak
apa kata,lepas ni,kita jumpa kawan2,kita cakap pasal buku ke,pasal kisah2 sahabat ke (manusia jugak,tp bermanfaat =|),pasal kerja sekolah further yg xsiap lagi tu ke
boleh x?
sebab kan,kalau nak bercerita pasal manusia yg xmendatangkan manfaat ni
sampai hari raya tahun depan pun xabes
kannnn! =)

shhhhhhhhh =.='



Tuesday, September 28, 2010

baik atau jahat?

Baik?

Jahat?

Di mana letaknya nilai seseorang?

la la la~~
Adakah seseorang tu dinilai atau di’label’ sebagai seorang yg baik atau seorang yg jahat berdasarkan apa yg dia bawa?
Apa yg dia pakai?
Ke mana dia pergi?

Contoh kan,kalau budak A ni bawak al-Quran. Wuuu,masa tu semua orang cakap dia baik,alim.
Padahal kita xtahu,kot2 dia nak g jual al-Quran ke,kot tu kerja dia.dia xpernah baca pon.haaaaaa!

Pastu kan,kita tengok pulak budak B pergi kelab malam. Kita terus cakap dia jahat,xnak kawan ngan dia. Jijik!eeeeiiii!!!
Tapi kan,sebenarnya budak tu pergi kelab malam sebab nak ajak kawan dia ke arah kebenaran.isk3!

Jadi, di mana letaknya nilai diri seseorang?
Dan di mana letaknya nilai diri kita?

Kita tengok berita hari2, budak C buang bayi, budak D merompak rumah orang2 tua, budak E pulak pergi tampar anak perdana menteri.
Pernah x terdetik kat hati, ‘eyh,teruknya,jahatnya diorang ni!aku berganda2 baik dr diorang’.
Pernah x?

Baru2 ni, masa majlis fikir, ada satu perkongsian menarik dr sahabat kita.
Dia cakap, dia baca kat satu majalah, yg kita kan, sebagai manusia biasa, xboleh nak menilai dan meng’compare’ diri kita dgn orang lain.
Dia cakap, kalau kita terdetik kat hati yg kita lg baik dr orang lain, sebenarnya dosa kita lg besar dr dosa orang yg buat jahat tu.
Sebab kan,kita xboleh menilai orang lain.kita tengok yg zahir jek,tp kita xnampak yg batin.
Ciptalah cermin mata lazer yg boleh tembus bangunan klcc pon,kita xkan dapatnya nak nampak hati orang tu macam mana.
Xpercaya pergi try ^_^

(pasal yg perkongsian sahabat kita kat atas ni, kalau salah tolong betulkan aku oke.jgn mengumpat!dan jgn membebel sorang2 kat blog sendiri,bukan aku baca semua blog kat dunia ni...=.=’)

Ermmm..
Lagi kan, kalau korang nak tahu, pada zaman Bani Israil dulu kan, hidup dua orang lelaki yg mempunyai peribadi yg berbeza.
Sorang ni, suka sgt beribadat. Tp sorang lagi, mashaAllah, maksiat tu dah macam makanan dia!
Pastu kan, ada satu hari ni, laki yg rajin beribadah ni pun nasihat kawan dia. Dia suruh kawan dia tu berhenti buat dosa.
Wuuuu, baik x niat dia?baik kan =)
Tp kawan dia tu, jawab kasar2 @_@!

Dia cakap, ‘ jgn pedulikan aku.terserah pada Allah nak menilai perbuatanku.adakah kau diutus oleh Allah utk mengawasi apa yg aku lakukan?’. (tp dia cakap bahasa dia arh.la la la~~~)

Lelaki yg kuat beribadah tu pun jawab balik,’Demi Allah,dosamu xakan diampuni oleh Allah, atau kamu tidak akan dimasukkan dalam syurga-Nya’.

Oke,sekarang cuba kita pikir sama2,agak2nyalah kan,apa pengakhiran lelaki dua orang ni?
-
-
-
-
-
Bila diorang meninggal, diorang dihadapkan di depan Allah utk dihakimi.

Allah pun tanya lelaki yg rajin beribadah tu,’Adakah kamu lebih mengetahui daripadaKu?atau adakah kamu dapat mengetahui apa yg ada dalam kekuasaanKu?’

Pastu,Allah berfirman kat ahli maksiat tu,'masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmatKu’.

Sementara kepada ahli ibadah, Allah berfirman,’masukkkan orang ini ke dalam neraka’.

Sedih x?kalau kita jadi ahli ibadah tu,mesti kita down kan? T.T
Yela,seumur hidup beribadah,tp disebabkan kita sesuka hati nak judge orang lain,nak nilai diri orang lain,kita xdapat masuk syurga Allah =(

Kalau korang nak tahu,Allah tu sgt comel dan sweet.apa ingat makwe dan pakwe korang je ke sweet?
Allah berganda2 sweetnya.dalam al-Quran kan,ada satu ayat tu,aku lupa ayat apa +_+!
Tp Allah bezakan manusia kat dunia ni,dgn guna perkataan, ‘yg baik’ dan ‘yg lebih baik’.

Tengok!Allah yg cipta kita pun xbezakan kita dgn perkataan ‘yg baik’ dan ‘yg jahat’.kita jek lebih2 nak cakap orang ni baik,orang ni jahat.kan lebih manis kita guna perkataan yg sopan utk men’describe’ orang.kan budi bahasa budaya kita (tiba2 masuk tema MCB =.=’)

Jadi kan, di mana letaknya nilai diri seseorang?
Korang jawablah sendiri.yes3 =DD




Saturday, September 18, 2010

ya Allah aku jatuh cinta...

ya Allah,aku jatuh cinta ^^


ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yg hidup matinya hanya utkMu ya Allah,
cinta utamanya adalah cintaMu ya Allah,
semua perkara yang dilakukannya adalah keranaMu ya Allah
meletakkanMu di atas segalanya,
agar hati dan diri sentiasa dipelihara,
daripada setiap kelalaian dunia

cinta Allah kekal abadi =)

ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang pandai mengurus masa,
dakwah dan pelajaran diimbangi sebaik mungkin,
bersungguh-sungguh ketika belajar,
tetapi pada masa yang sama,
tidak lupa utk menyumbang di jalan dakwah

bantu aku menuju jalanMu

ya Allah.
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang menjaga pergaulannya,
berbicara dengan lelaki hanya pada yang perlu,
suaranya tidak menggegar hati yang mendengar,
mengenakan pakaian yang ditutup sempurna,
membuat lelaki juga hormat padanya

hanya untukMu ya Allah

ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
tidak ditakuti tetapi disegani,
tidak sombong tetapi dihormati
dicintai kerana agama yg ada padanya
bukan kerana kecantikan atau harta yg utama

inshaAllah =)

ya Allah,
berilah aku kekuatan,
untuk berubah ke arah itu

masih belum terlambat kan? =)