Showing posts with label overseas?. Show all posts
Showing posts with label overseas?. Show all posts

Friday, December 16, 2011

lepas hujan kan ada pelangi? :)


setahun yg lepas, masa bulan 12 macam ni tengah cuti sem. masa tu kalau bukak FB, berlambak-lambak status, gambar senior2 yang dah ada dekat UK excited sbb snow turun. yelah. nak harapkan snow turun dkt malaysia, mmg berjanggutlah kan. hehe.

tahun lepas bila tengok status, gambar senior2, rasa semangat. selalu ulang dalam hati, 'takpe, nanti tahun depan giliran aku pulak'.

setahun sudah berlalu. dan aku? masih lagi jauh dgn snow. (T___T) kawan2 ramai yg excited snow turun. sekarang kalau bukak FB, mmg berlambaklah status, gambar snow. cantekkkk! Allah yg turunkan mestilah cantik kan? tapi kali ni perasaan aku tak sama macam tahun lepas. kalau tahun lepas, masa aku bergelar pelajar persediaan, aku rasa macam nak suruh semua senior upload gambar snow. sbb gayat. heee. tahun ni? bila bukak FB, rasa cemburu pon ada. rasa macam nak suruh semua org stop upload gambar snow pon ada. rasa macam nak deactivate FB pon ada. sedih punya pasal. (=_=!)

yelah, tahun lepas mmg dah angan2 nak main snow, nak tgkp gambar byk2, nak buat itu nak buat ini. ni bila dah tak dapat buat semua tu, mestilah tacing kan. bukan kata nak sentuh snow tu, nak tengok dia turun pon tak dapattttt.

kadang2 aku selalu fikir, kenapa Allah bg aku rasa perasaan sedih ni? betulkah aku mampu? sbb aku tahu, Allah takkan uji kalau hambaNya tak mampu. tapi, kalau betul aku mampu, kenapa aku kena rasa cemburu, rasa sedih setiap kali tgk kawan2 seronok dkt UK? kenapa aku tak dapat nak rasa hepi macam diorang?

tipulah kalau cakap dah tak larat nak nangis kan? malah, air mata ni takkan pernah kering. walaupun aku pernah rasa 'jatuh' byk kali, tapi kali ni punya 'jatuh' mmg sgt2 menyakitkan. tapi, aku tak salahkan kawan2 yg excited dan hepi dekat UK tu, sbb aku tahu, kalau aku jadik diorang, aku pon akan gila excited macam tu. ntah2 setiap saat aku update pasal snow kat FB. heeee.
 
setiap malam before tidur, aku akan fikir, 'kalau aku ada dekat UK sekarang, agak2 macam mana perasaan aku eh?'. perasaan tu datang sendiri. bukan mintak2. tp, setiap kali hadir perasaan tu, aku akan cakap, 'takpe, mesti ada hikmah'.

sekarang dah dekat 4 bulan, aku tak sure sama ada hikmah tu dah datang ke belum. setiap kali ada perkara baik berlaku dkt aku dalam masa 4 bulan ni, aku akan fikir, 'ni kot hikmahnyaaaa'. tapi lepas tu, aku akan tercari2 balik hikmah yg lebih besar yg buat aku tak dapat fly.

mungkin hikmah yg besar tu mmg belum Allah tunjukkan pada aku, atau aku yg buta utk menilai kasih sayang Allah. terlampau inginkan kenikmatan dunia sampaikan taknak cuba melihat pada hikmah yg besar itu. kalau betul macam tu, ruginya aku. adakah nilai bahagia pada diri aku selama ni hanya terletak pada 'fly atau bukan fly?' kecilnya skop hidup aku? (T___T)

padahal ustaz hasrizal cakap masa MOC, kalau orang tu ada 'futuristik thinking', meletakkan nilai hidupnya pada syurga dan neraka contohnya, kegagalan yg kecil macam tak dapat fly ni, yg takkan bg kesan pon pada kehidupan syurga dan neraka kita, kita takkan terusik pon dgn kegagalan ni. 'duduk UK tak jamin masuk syurga kan? duduk malaysia tak bermakna aku tak boleh jalankan tanggungjawab aku sebagai hamba kan? so why should I care?'. tapi, malangnya aku sgttttt care. membuktikan aku masih menjadikan dunia sebagai tujuan hidup aku.


pintu kebahagiaan itu ada banyak. sbb di mana2 ada Allah. di mana ada Allah, di situ ada kebahagiaan. cuma bergantung pada kita macam mana nak bukak pintu tu. kalau satu pintu tertutup, pergilah try bukak pintu lain kan? tapi aku? aku rasa dah lama aku asyik merenung pintu yg tertutup tu. sampai berlambak2 pintu yg lg cantik terbukak depan mata pon aku buat tak peduli.

aku rasa dah tiba masanya untuk aku tinggalkan pintu yg tertutup tu. Allah kan sweet. mestilah ada pintu lain yg akan Dia bukak. Dia tunggu kita nak masuk jek.

dulu, aku selalu doa, 'ya Allah, bagilah aku dapat fly jika itu dapat mendekatkan aku denganMu.' setiap hari aku doa.

bila tak dapat fly, aku fikir yg Allah tak kabulkan doa aku. padahal aku silap. aku lupa yg aku ada tambah, '...jika itu dapat mendekatkan aku denganMu' dkt belakang doa aku. dan sejak tak dapat fly, setiap kali sedih, mesti aku panggil nama Allah. walaupun Dia tak pernah jawab, aku tahu Dia dengar dan tengah senyum tengok aku. aku tahu itu, dan aku yakin. dan itulah yg Allah kabulkan. Allah bg aku rasa yg Dia dekat.

'walaupun aku tak suka sedih, tapi sedih selalu berjaya bawa aku berjumpa Allah'

mungkin sekarang Allah turunkan hujan lebattt, kilat semata-mata untuk aku rasa dekat dgn Dia. walaupun hujan lebat, sampai banjir sekalipun, aku tahu Allah takkan pernah biarkan hambaNya tenggelam. dan satu hari nanti, bila hujan berhenti, aku yakin akan ada pelangi cantik menunggu aku.

“Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.” [29:2,3]

pelangi pon bolehhhhh



Wednesday, June 15, 2011

ada apa dengan budak overseas?

"alaa, kita budak local jek.bukan mcm awak, hebat, budak overseas"

"tak naklah, seganlah nak keluar dgn kau. kau budak overseas kot"

"hebatnya kamu dapat pergi overseas. anak mak cik belajar dalam negara jek"

senario2 yg selalu saya alami
dan saya tak suka
ada apa dengan budak overseas?

pandai?
alaaa, budak local pon score jugak exam.budak overseas pon ada jugak yg failed!

hebat?
tengok orang2 yg dah berjaya, bukan semua pernah belajar overseas. ada yg sekolah pondok pon.

bangga?
pergi overseas, balik pakaian seksi kalah org omputeh. perlu ke nak bangga dgn tu?

so, apa ada dengan budak overseas sampai org nak menaiktarafkan budak2 macam ni?

nanti kat akhirat, semua orang sama
yang belajar overseas ke, yang belajar local ke, yang tak sekolah langsung ke
sama jek semua, berkumpul kat satu tempat
takdaknya Allah nak asing
ok, budak ky duduk bawah bulan, budak taylor duduk dekat dengan pelangi, haa, awak budak local kena duduk bawah matahari
ada ke Allah buat macam tu? takkan?
so, ada apa dengan budak overseas?
kenapa perlu berbangga jadik budak overseas kalau kat akhirat nanti kita semua sama?
kenapa nak rendah diri jadik budak local kalau kat ahirat nanti kita semua sama?

Allah tu sangatlah sweet. Dia tak pandang langsung pasal benda2 tu semua.
dekat dunia jek, orang dok bangga2kan sangat dengan taraf pendidikan, tempat belajar
tapi Allah, tak kisahlah orang tu merempat tepi jalan pon, kalau hati dia hanya untuk Allah, Allah akan pandang dia lebih dari pandang budak2 overseas ke, local ke yang belajar tinggi2 ni

overseas ke, local ke, kita semua sama
tak payahlah bangga sangat jadik budak overseas
dan tak payahlah nak malu sangat belajar local
dari dok bangga benda2 macam ni, baik kita pikir cara macam mana nak tarik perhatian Allah masa berkumpul ramai2 kat akhirat nanti
bayang, manusia nanti kat padang mahsyar, sangatlah ramai
lagi ramai dari kat stadium bola
lagi ramai dari kat mekah
sedihnya kalau Allah tak nampak kita kan?
penat jek belajar overseas. last2 kat akhirat Allah tak perasan kita pon.heh.

tak penting pandangan manusia, pandangan Allah yang utama
janganlah bersedih andai dipandang rendah di dunia, asalkan kita dipandang tinggi di akhirat
jangan berduka andai dibenci seluruh manusia di bumi, asalkan Allah mencintai kita

kesimpulannya, jangan pandang kedudukan taraf semua tu
dan jangan rendah diri kalau tak sehebat orang lain pon
sebab benda2 tu dunia jek
wallahualam