Tuesday, December 31, 2013

The Sunnah The Better (TOF 2013)

'
'You came to this gathering (TOF), Allah is mentioning you BY NAME to His angels, as He is so proud of you.' 

Alhamdulillah. Allah bagi peluang lagi sekali untuk hadir dalam sebuah taman syurga, Twins of Faith. Dalam sebuah hadith, 

Allah s.a.w akan membangkitkan pada hari kiamat setengah-setengah kaum yang mukanya cemerlang, menyilaukan mata. Mereka berada di membar-membar mutiara. Orang ramai akan mencemburui dan iri hati dengan mereka sedangkan mereka itu bukan Nabi dan bukan pula Syahid. Maka seorang berkata: “Ya Rasulallah s.a.w terangkanlah kepada kami tanda-tanda mereka supaya dapat kami mengenali mereka itu” Rasulullah s.a.w bersabda: “Mereka itu adalah orang-orang yang berasal dari keluarga dan kampung yang berlainan, mereka datang berkumpul di suatu tempat lalu mencintai Allah dengan berzikir (ingat) kepada Nya. [HR Tabrani]

Majlis ilmu ni taman syurga. Bila kita hadir taman syurga, berkumpul untuk ingat Allah, nanti dekat akhirat Allah akan bangkitkan kita dengan wajah yang berkilau. Bukan apa, dekat akhirat nanti makhluk Allah punyalah ramai yang berkumpul. So kalau wajah kita berkilau, senang sikit Allah nak perasan kita. Special kan?

'Kalau bukan sebab dosa kami banyak, kami tak buat kerja dakwah ni'

Terbaca ayat ni dekat instagram baru-baru ni. Sentap weh. Maka disebabkan banyaknya dosa saya juga, saya nak berkongsi apa ilmu yang saya dapat sepanjang TOF 2013 baru-baru ni. Semoga Allah anugerahkan kita jannah.

:)

 The Sunnah The Better (Sh Alaa Elsayed)

[CREDIT]

Kita tahu Allah tu tuhan, tapi kita curangi Dia.
Kita tahu Muhammad tu rasul, tapi kita tak peduli sunnah baginda.
Kita tahu al-quran tu manual kita, tapi kita tak baca.
Kita tahu syurga tu indah, tapi kita tak sanggup nak bayar harganya.
Kita tahu neraka itu sakit, tapi kita tak berusaha hindarinya.

Sh tanya, kalaulah Rasulullah ada dalam kalangan kita sekarang, agak-agak baginda mengaku tak kita ni muslim? Agak-agak baginda mengaku tak kita ni umat baginda? Hmmm. Hmmm.

Di akhirat kelak, nescaya kita akan sanggup untuk korbankan semua harta kekayaan, malah anak isteri suami ibu ayah semuanya semata-mata untuk diberi peluang kembali ke dunia dan hidup berpandukan al-quran dan sunnah. Tapi jangan mimpilah kan. So sementara masih hidup ni, cuba reflect, adakah kita dah betul-betul hidup sebagaimana al-quran cakap, sebagaimana Rasulullah tunjuk?

'Look at your wall. What do you have on your wall? Who you are trying to imitate?'

Krik krik krik.

Dalam surah al-imran, ayat 31 (3:31), Allah berfirman;

Katakanlah Muhammad, "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mencintaimu dan mengampun dosa-dosamu."

Allah cakap, kalau kita cinta Allah, kita kena ikut Rasulullah. Yes. Rasulullah memang sudah tiada. Tapi sunnah baginda masih ada bukan?

1400 tahun yang lalu, Rasulullah dah jemput kita untuk ikut baginda. Weh 1400 tahun kot. Undangan kahwin yang kita dapat seminggu sebelum pun kita beria pergi kan. Ni jemputan yang dah dihantar 1400 tahun yang lalu, takkan nak tolak kot?

Rasulullah jemput kita ikut baginda, supaya kita dapat ke syurga. Takde jalan alternatif untuk kita ke syurga melainkan dengan hidup berpandukan al-quran dan sunnah baginda. Cer try cari dalam GPS, jalan ke syurga. Ada? Takde okay takde.

Sheikh cakap, sesiapa yang percaya akan adanya pertemuan antara dirinya dan Allah, dia perlu buat 2 perkara.

  1. Jangan bertangguh! Nak mula hidup berpandukan al-quran dan sunnah, mula sekarang! Right at this moment. Tak perlu tunggu pukul 1 Muharam ke apa.
  2. Buat sesuatu perkara, untuk dapat keredhaan Allah. Bukan keredhaan manusia. Sebab apa? Sebab Allah yang pegang kunci syurga. Bukan saya, bukan anda, bukan dia, bukan mereka.
Allah bagi kita kehidupan yang kita sedang kecapi sekarang, tapi kita seronok puja benda lain. Apa kes brow?


And I Am The Best of You! (Sh Daood Butt)

[CREDIT]

Kalaulah Allah perintahkan kita untuk sembelih anak kita seperti Nabi Ibrahim a.s, agak-agak kita sanggup tak?

Kalaulah Allah suruh kita bina kapal besar dan kumpul ramai orang untuk naik kapal tu sebab nanti akan banjir seperti Nabi Nuh a.s, agak-agak kita mampu tak?

Tak kot.

Muhammad SAW, nabi terakhir dan kita umatnya. Allah cakap, kalau kita cinta Dia, ikut Muhammad SAW. Allah tak suruh kita ikut Nabi Ibrahim, Nabi Nuh atau nabi-nabi lain sebab Allah tahu hanya cara hidup Muhammad SAW yang sesuai dengan keadaan kita sekarang.

Banyak kali dalam hidup kita, kita buat dosa. Persoalannya, adakah kita bertaubat selepas itu dan memohon ampun dari Allah?

Atau kita takut? Takut kalau Allah tak ampunkan dosa kita, maka kita pun buat tak tahu je seolah-olah kita tak pernah buat dosa itu?

'Why don't we have trust?'

Manusia pertama, Adam dan Hawa juga buat dosa. Tapi apabila mereka sedar dosa mereka, mereka cepat-cepat memohon ampun. Dan Allah ampunkan. Sebab apa? Sebab Allah tu Maha Penyayang, Maha Pengasih.

Kalau Allah tak sayang, kalau Allah tak kasih, Allah takkan ampunkan.

Setiap hari dalam hidup kita, adakah kita sentiasa bermuhasabah? Adakah kita amalkan apa yang kita baca, kita belajar?

Sheikh pesan, kalau kita beli buku, jangan letak buku tu di rak selagi kita tak baca introduction buku tu. Jangan beli buku sekadar untuk rasa bangga, sekadar untuk hias rumah. Baca, untuk dapat ilmu. Supaya bila ada orang tanya kita pasal islam, kita boleh jawab. Bukan nganga, sengih nampak gigi dan garu-garu kepala sebab tak tahu.

'If you don't know, why do you following it (islam)?

7 Rights of The Prophet (Sh AR McCarthy)


[CREDIT]

Ramai orang akan cakap, hak Rasulullah yang perlu kita tunaikan adalah seperti berarak dalam maulidur rasul dan mengucapkan selawat. Tapi cukupkah sekadar itu?

Tidak.

Sheikh ajar, ada 7 hak Rasulullah yang perlu kita tunaikan.

1. Percaya

Apa maksud percaya? Adakah dengan melafazkan syahadah semata-mata? Tidak. Itu tidak cukup. Kita wajib percaya bahawa Rasulullah sudah melaksanakan kerja dakwahnya. Kita wajib percaya bahawa Rasulullah sudah menyeru sekalian umat untuk patuh pada Allah.

Percaya, bukan hanya di mulut atau di hati, tapi kita wajib percaya dengan membuktikannya pada tindakan kita, sikap kita.

2. Patuh/taat

Dan taatilah Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. [8:46]

Sheikh cakap siapa yang tak patuh dan taat pada Rasulullah, dia sedang menolak untuk masuk ke syurga.

*nangis*

3. Ikuti/contohi

Kenapa kita kena contohi Rasulullah? Sebab Rasulullah tu role model yang paling sempurna pernah wujud di muka bumi ini. Akhlak baginda adalah al-quran.

4. Cinta
Saidina Umar r.a pernah berkata kepada Rasulullah, 'Wahai Rasulullah, sungguh engkau adalah orang yang paling aku cintai daripada segala sesuatu selain diriku sendiri.' Rasulullah membalas, 'Tidak Umar. Demi dzat yang jiwaku berada di tanganNya, (tidak sempurna imanmu) sebelum diriku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.' [H.R Bukhari]
Wajib untuk kita mencintai Rasulullah lebih dari kita cinta diri kita sendiri. Sebab Rasulullah punya pengorbanan untuk pastikan kita terima islam tu walaupun selepas 1400 tahun sangatlah besar.

Cinta atau tidak kita pada Rasulullah? Cer tengok berapa banyak kita bercakap tentang baginda. Sheikh juga cakap, jika kita rasa kita sangat mencintai al-quran, diri kita sangat dekat dengan al-quran, maka itu tanda diri kita mencintai Rasulullah.

:)

5. Hormat

Kalau mak ayah pun kita wajib hormat, Rasulullah lebih-lebih lagi. Hormati semua perkara yang kita dengar tentang baginda.

6. Hakim

Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum merekka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, (sehingga) kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang engkau berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. [4:65]

7. Selawat

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh pernghormatan kepadanya. [33:56]

Sedangkan Allah dan malaikat pun berselawat kepada Rasulullah, kita apatah lagi kan? Sungguh, orang yang paling kedekut adalah orang yang tidak berselawat.




Iklan kejap. Atas ni video Bro Omar Regan. Stand up comedian yang buat persembahan masa TOF hari tu. Gelak guling-guling tahu tengok dia. May Allah grants him jannah. ^^

Are You A Grateful Servant? (Sh Sajid Umar)

Rasulullah berdiri (solat) sampai bengkak kedua kakinya. Kepadanya ditanyakan: “Mengapa engkau membebani diri dengan hal yang demikian? Bukankah Allah telah mengampuni engkau dari segala dosa, baik yang terdahulu maupun yang akan datang?” Rasulullah bersabda : “Salahkah aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?"
Hebatnya Rasulullah, ibadah baginda semata-mata kerana rasa syukur baginda terhadap Allah. Wahai! Ibadah kita? Sebab rutin? Sebab terpaksa? Sobs.

'None of us will enter jannah because of our deeds. We enter jannah because of His mercy.'

Betul. Bukan sebab banyaknya amalan kita yang bagi kita masuk syurga. Akhir nanti, kita masuk syurga disebabkan redha dan rahmat Allah pada kita. Tak guna beribadah siang malam tapi niat bukan kerana Allah.

Bila kita bersyukur, semuanya untuk kebaikan diri kita. Allah akan menggandakan nikmatnya pada kita. Allah tak terefek pun kalau kita bersyukur ke tak. Tapi kitalah yang akan rugi.

Dalam surah al-araf, ayat 179 (7:179), Allah cakap Dia menciptakan neraka jahanam itu untuk;

Orang yang mempunyai mata yang secara fizikalnya dapat melihat, tapi secara rohaninya buta.

Orang yang mempunyai telinga yang secara fizikalnya mendengar, tapi secara rohaninya pekak.

Orang yang mempunyai hati yang secara fizikalnya berdegup, tapi secara rohaninya mati.

'Those who can't thank people, he can't thank Allah'

Love The Young Ones (Sh Assim al Hakeem)



Sheikh pesan, nak cari suami, jangan cari yang tidak takut pada Allah. Sebab suami ni nukleus kepada keluarga.

Nak besarkan anak, besarkan dengan penuh kasih sayang. Kalau kita belajar hadith, kita tak akan pernah jumpa hadith yang cakap Rasulullah menjerit marah pada budak-budak. Woah hebat kan?

Rasulullah sangat cinta pada budak-budak. Banyak kan kita dengar kisah Rasulullah dengan cucu-cucunya Hassan dan Hussin. Sweet en?

Lepas tu sheikh pesan, adil kepada semua anak-anak. Takde istilah anak emas dalam membesarkan anak-anak. Ajar anak-anak islam dari kecil supaya apabila mereka besar mereka dapat jadi muslim yang sebenar-benarnya.

Paradise Guaranteed (Sh Tawfique)

Pernah tak pengetahun Allah tentang hari akhir kita (syurga atau neraka) buat kita menangis? T__T

Sheikh cakap, ada 7 perkara yang boleh bawa kita ke syurga.

7. Buat orang lain gembira :)

'Allah don't want us to enter jannah alone. He wants us to enter jannah by groups!'
6. Hajj/Umrah

5. Patuh pada suami

'If you want a prince, you have to be a princess. If you're a garbage collector, you'll get garbage!'

Sheikh cakap yang no 5 ni impossible sebenarnya. Haha. K.

4. Jaga mulut dan kemaluan

Macam mana nak jaga mulut? - Elakkan berkumpul dengan orang yang banyak bercakap pasal dunia.

Macam mana nak jaga kemaluan? - Kahwin awal! Eheh.

3. Ikhlas

Sheikh cakap, kalau ada satu pun amalan kita yang kita betul-betul ikhlas  buat kerana Allah, tak msutahil untuk Allah hantar kita ke syurgaNya.

2. Ingat Allah!

Jangan simpan je al-quran tu atas rak. Jangan biar al-quran kita berhabuk. BACA! Sebab tu cara Allah bercakap dengan kita.

Basahkan bibir kita dengan zikrullah. Bukan dengan cerita Johan dan Lana Nordin. Eh.

1. Iman

Sama-samalah kita struggle di jalan Allah okay!

Siapa yang bekerja untuk dunia, dia akan dapat dunia. Tapi siapa yang bekerja untuk akhirat, dia akan dapat dunia dan akhirat. Pelaburan mana yang lebih menguntungkan? Wahai!

The Prophet's Wives (Sh Alaa Elsayed)



Sheikh cakap, isteri-isteri nabi umpama ibu kita. So kita wajib hormat mereka. 2 isteri nabi yang kisahnya selalu kita dengar, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah. Apa hebatnya mereka?

Khadijah - bukan saja seorang isteri, Khadijah adalah segala-galanya bagi diri Rasulullah. Di saat baginda ketakutan, di saat baginda di hina oleh musyrikin, Khadijah sangat setia di sisi nabi. Tak mengeluh pun.

Hebatnya Khadijah sehinggakan satu hari Rasulullah bagitahu Allah kirim salam padanya. Dan Khadijah sangat terkejut. Reaksinya macam, 'seriously? Allah mentioned me BY NAME?'

Sheikh tanya, siapa antara kita yang boleh jamin Allah sebut NAMAnya pada para malaikat kerana menjadi isteri yang solehah untuk suaminya? Ada?


*pengsan*

Aisyah - Satu-satunya isteri nabi yang masih dara. Rasulullah sangatlah cinta pada Aisyah tapi Aisyah masih cemburu pada Khadijah walaupun Khadijah telah meninggal. Nak katanya, hebatnya Khadijah di mata Rasulullah.

Tapi Aisyah pun hebat jugak.

Rasulullah bagi nama samaran pada Aisyah, iaitu Humaira. Sheikh suruh suami-suami semua bagilah jugak nama samaran dekat isteri. Tapi bukan nama samaran yang kekonon up-to-date tata titi tutu segala. Luls.

'We should not be ashamed to declare our loves to our husbands/wives'
Sebab Rasulullah pun sangat menzahirkan rasa cinta baginda pada isteri-isteri baginda.

The Road To al-Kauthar (Sh AR McCarthy)




Jannah tu dikelilingi oleh kesusahan dan kepayahan. Neraka pula dikelilingi oleh keinginan dan keindahan. Kita dah diajar benda ni, tapi kita masih lagi taknak ikut jalan yang membawa ke syurga.

Dalam banyak-banyak jalan, hanya satu jalan yang akan membawa kita kepada Allah, membawa kita ke syurga. Apa-apa benda yang berlawanan dengan jalan Allah ini, wajib kita tinggalkan.

Macam mana cara untuk selamat sepanjang jalan Allah ini?

Senjata terbaik adalah mengikut sunnah Rasulullah dan meninggalkan bidaah.

Prophet's Trial

Bilamana kita memilih untuk berada di jalan Allah, maka wajiblah kita diuji. Sebab apa? Sebab Allah nak tengok siapa antara kita yang betul-betul beriman padaNya.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang dusta. [29:2-3]
Sheikh cakap, semakin besar tanggungjawab kita, semakin hebat ujian yang bakal kita hadapi. Buktinya tengok bagaimana Rasulullah diuji.

Rasulullah dibesarkan dalam keadaan miskin dan serba tidak cukup. Dan pada umur 6 tahun baginda dah jadi yatim piatu.

Kehidupan Rasulullah mula berubah sejak baginda menerima wahyu. Dan di saat baginda sangat perlukan moral support, isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah dan bapa saudara baginda meninggal dunia. Bayangkan betapa sedihnya Rasulullah masa tu.

Tapi semua ujian yang Rasulullah terima, tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadikan Rasulullah bergantung hanya pada Allah. Sweet kan?

:)

'You cannot have gold until you burn it. Even the best of Allah's creation (Muhammad SAW) was being treated badly by musyrikin. What do you expect?'




Sebenarnya ada banyak lagi pengisian yang Sheikh-sheikh bagi. Tapi tak mampu nak kongsi semua. Yang ada ni pun, kalau salah mohon betulkan.

Wallahi. Sangat rindu pada sheikh-sheikh, pada suasana majlis dan semuanya. Kalau ada peluang, jom lah kita rama-ramai pergi tahun depan. InsyaAllah. ^^

May Allah grants us Jannah!