Wednesday, June 15, 2011

ada apa dengan budak overseas?

"alaa, kita budak local jek.bukan mcm awak, hebat, budak overseas"

"tak naklah, seganlah nak keluar dgn kau. kau budak overseas kot"

"hebatnya kamu dapat pergi overseas. anak mak cik belajar dalam negara jek"

senario2 yg selalu saya alami
dan saya tak suka
ada apa dengan budak overseas?

pandai?
alaaa, budak local pon score jugak exam.budak overseas pon ada jugak yg failed!

hebat?
tengok orang2 yg dah berjaya, bukan semua pernah belajar overseas. ada yg sekolah pondok pon.

bangga?
pergi overseas, balik pakaian seksi kalah org omputeh. perlu ke nak bangga dgn tu?

so, apa ada dengan budak overseas sampai org nak menaiktarafkan budak2 macam ni?

nanti kat akhirat, semua orang sama
yang belajar overseas ke, yang belajar local ke, yang tak sekolah langsung ke
sama jek semua, berkumpul kat satu tempat
takdaknya Allah nak asing
ok, budak ky duduk bawah bulan, budak taylor duduk dekat dengan pelangi, haa, awak budak local kena duduk bawah matahari
ada ke Allah buat macam tu? takkan?
so, ada apa dengan budak overseas?
kenapa perlu berbangga jadik budak overseas kalau kat akhirat nanti kita semua sama?
kenapa nak rendah diri jadik budak local kalau kat ahirat nanti kita semua sama?

Allah tu sangatlah sweet. Dia tak pandang langsung pasal benda2 tu semua.
dekat dunia jek, orang dok bangga2kan sangat dengan taraf pendidikan, tempat belajar
tapi Allah, tak kisahlah orang tu merempat tepi jalan pon, kalau hati dia hanya untuk Allah, Allah akan pandang dia lebih dari pandang budak2 overseas ke, local ke yang belajar tinggi2 ni

overseas ke, local ke, kita semua sama
tak payahlah bangga sangat jadik budak overseas
dan tak payahlah nak malu sangat belajar local
dari dok bangga benda2 macam ni, baik kita pikir cara macam mana nak tarik perhatian Allah masa berkumpul ramai2 kat akhirat nanti
bayang, manusia nanti kat padang mahsyar, sangatlah ramai
lagi ramai dari kat stadium bola
lagi ramai dari kat mekah
sedihnya kalau Allah tak nampak kita kan?
penat jek belajar overseas. last2 kat akhirat Allah tak perasan kita pon.heh.

tak penting pandangan manusia, pandangan Allah yang utama
janganlah bersedih andai dipandang rendah di dunia, asalkan kita dipandang tinggi di akhirat
jangan berduka andai dibenci seluruh manusia di bumi, asalkan Allah mencintai kita

kesimpulannya, jangan pandang kedudukan taraf semua tu
dan jangan rendah diri kalau tak sehebat orang lain pon
sebab benda2 tu dunia jek
wallahualam


7 comments:

yui92 said...

yup..everyone's the same in the end... duk ky ke? kenai safuan x?? heheee kawan aku la tu...


kenapa post entry 2x?

Nina Mazlan said...

oh eh?haa.kenal2.junior tuh.hee :P

oh ntah.blog ni sengal.dia keluar dua kali.xtau nak buat camna da. -.-

sh. said...

"Tak penting pandangan manusia.."

Memang, tapi manusia selalu ambil kira pandangan manusia. Tersekat nak buat sesuatu, sebab takut dengan mulut orang.

Berat masalah ni. Ha, cemane, Erna? Jadi kaunselor jap plis. Hehe. :D

طالب الحب said...

haha .. baru baca tajuk, da telan air liur .. =p

anyway .. smuga kita semua mampu menggunakan dunia untuk akhirat .. jgn biarkan dunia mempergunakan kita ..

=)

Nina Mazlan said...

sh: hehe.bukan mslh sherah sorg.rasa2nya, semua org ada mslh yg sama.samala cam ena pon. =.=

sbb tu la penting tuk kita tanam dlm hati, Allahlah segala2nya.nak buat baik, rasa malu sebab takut org cakap, istigfar balik, niat buat lillahi taala.lama2 i'Allah terbiasa buat camtu, da tak kesah orang nak cakap apa.

tp, still, tak bolehla tak hirau langsung pandangan orang.sbb kita hidup bermasyarakat an?heee :P

Nina Mazlan said...

zetot: haa, betul2.dunia ni permainan dan senda gurau jek.so, tak payah nak kejar sgt.an? :P

Ateey said...

like!