Sunday, March 11, 2012

Mati itu pasti.



Macam mana kalau sekejap lagi Allah tarik nyawa kita? Nak jawab apa dalam kubur bila malaikat tanya;


'apa amalan yang kau buat di dunia sebagai bekalan kau di akhirat?'

Dan apa jadi kalau yang mampu kita jawab hanya;


'tiada. aku terlalu asyik dengan kenikmatan dunia sehingga aku lupa pada kematian'.


'Every soul will taste death. Then to Us will you be returned.' [29:57]

semoga dijauhkan dari perkara yang tidak menambah iman 

Saturday, March 10, 2012

Tuhanku, terimalah cintaku.

Dengan nama Tuhan yang memegang hati-hati makhlukNya,

Dengan nama Tuhan yang kasih-sayangNya melebihi segala apa yang berada di langit, di bumi dan apa yang ada di antara keduanya ,

Dengan nama Tuhan yang menghidupkan dan mematikan setiap jiwa yang bernafas di atas muka bumi ini,

Dengan nama Tuhan yang mewujudkan segala perasaan dalam hati setiap hambaNya,

Sesungguhnya, tiadalah siapa yang berhak disembah, dipuja, dicintai, dirindui melainkan Dia, Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

Allah, Tuhan yang menghadirkan perasaan cinta dalam hati manusia. Tiadalah diciptakan sesuatu perkara itu melainkan perkara itu memberi manfaat kepada hambaNya.

FirmanNya;

'Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.'

Dengan cintaNya, udara masih lagi dapat dihirup,
Dengan cintaNya, bumi ini masih beredar mengikut aturannya,
Dengan cintaNya, angin masih lagi bertiup menyapa dedaunan yang menghijau,
Dengan cintaNya, biasan cahaya mentari masih lagi menerpa hangat tubuh hambaNya,
Dan dengan cintaNya juga, manusia saling mencintai dan merindui antara satu sama lain.

Bukankah cinta itu anugerah terindah yang diberikan Tuhan kepada makhlukNya?

Kerana cinta yang diberiNya, seorang ibu sanggup bergadai nyawa demi melahirkan buah hatinya?

Kerana cinta yang diberiNya, seorang guru sanggup berkorban masa demi mengajar anak muridnya?

Kerana cinta yang diberiNya, seorang sahabat sanggup menangis bersama di kala ujian menimpa?

Kerana cinta yang diberiNya, seorang kekasih sanggup setia menunggu bidadarinya yang tidak kunjung tiba?

Bukankah semua itu terjadi hanya kerana cinta yang diberiNya?
Jadi, salahkah seorang hamba itu bercinta?
Jika cinta itu dapat menghadirkan rasa rindu si hamba pada sang Pencipta cinta?

Allahu. T__T

Mengapa perlu hadir dalam hati ini rasa cemburu pada mereka yang dapat merebut cinta makhlukMu?

Sedangkan pada saat mereka berjaya merebut cintaMu, diriku hanya kaku tanpa perasaan?

Tidak layakkah diriku ini untuk mencintaiMu Tuhanku?

Tuhanku, diriku tahu langkah kakiku ini begitu perlahan,
Di saat mereka berlari dan terus berlari menuju cintaMu,
Aku masih lagi merangkak, dan kadang-kadang terpaksa berhenti.
Aku terlalu alpa mengejar cinta dunia, cinta makhlukMu yang tak abadi.


Tuhanku, aku insan lemah,
Aku sering tergoda dengan cinta makhlukMu,
Aku selalu lupa akan janjiku untuk mencintaiMu melebihi segalanya,
Masih lagi ada rasa cemburuku pada cinta makhlukMu,
Hinakah aku Tuhanku?


Tuhanku, tiada daya lagi dalam diriku untuk mengejar cinta makhlukMu,
Cukuplah padaMu saja aku serahkan hidup dan matiku,
Cukuplah padaMu saja aku serahkan urusan hidupku,
Tiadalah lagi kuberharap melainkan hanya padaMu.


Tuhanku, tidak mahu lagi aku berpaling kebelakang,
Aku mahu terus berlari dan berlari menuju cintaMu,
Jika ada cinta makhlukMu untukku, akan ku terima seikhlas hatiku
Namun kini, hanya cintaMu yang kudambakan,
Sudikah Kau menerima cintaku Tuhanku?


'Dan sekiranya suatu hari nanti awak rasa keseorangan, awak duduklah sorang-sorang, dan awak ingatlah saat mula-mula awak disapa cinta Allah. Manisnya saat itu, indahnya saat itu. Pada ketika itu awak ingatlah, cinta Allah pada awak tak akan pernah padam. Dan sesungguhnya Dia sentiasa menunggu awak kembali mencintaiNya' -inspired from Auni Hannan-

aku berhenti berharap. kini, hanya Tuhan akan menentukan kisah kita.

Tuesday, March 6, 2012

kini jiwa itu merindukan syurga.

Kakak itu berpesan,

Pernah dengar kisah da’ie yang fleksibel? Ia masuk ke dalam masyarakat lalu mempengaruhi mereka. Dalam masa yang sama, ia tidak membiarkan dirinya goyah dengan bi’ah jahiliyah itu. Ya, ini bagaikan kisah sang pari-pari.

Tetapi ia bukan sekadar kata-kata dan teori yang ditulis dalam suhuf-suhuf perjuangan ini.

Ia kedengaran ideal kerana memang susah untuk masuk ke dalam lumpur tanpa mengotorkan diri sendiri. Namun, siapakah yang akan masuk dan tarik keluar manusia lain jika bukan anda, yang memang sudah ada di luar lumpur? Palitan lumpur pasti mengenai kita tapi itulah tarbiyah yang sebenar, di mana kita belajar untuk terkena lumpur demi ummat dan bermujahadah semasa mencucinya semula.

Adikku,

Para du’at hari ini ada yang menjerit-jerit dari luar lumpur sahaja kerana mahu menjaga kesucian pakaian masing-masing. Walhal orang di dalam sana sedang leka dalam keseronokan.

Dapatkah mereka mendengar teriakan yang sayup-sayup itu?

Hati tersentap Terasanya. Betapa selama ini diri ini merasakan cukup sekadar dakwah dari jauh. Cukup sekadar menjerit-jerit dari luar lumpur.

Diri ini malas! Malas untuk mengotorkan diri! Malas mahu bergerak.

Diri ini merasakan sudah cukup sekadar duduk di atas kerusi yang selesa, bergoyang kaki sambil menaip keyboard untuk menyampaikan dakwah. Untuk keluar ke dunia yang lalai sana, diri ini malas!

Diri ini lupa bagaimana Rasulullah dulu mengetuk pintu ke pintu untuk berdakwah.

Diri ini lupa, bagaimana Rasulullah diherdik dihina, berdarah-darah kakinya semasa berdakwah di Taif.

Diri ini lupa, bagaimana Mus'ab b. Umair bersungguh-sungguh memegang panji Islam walaupun kedua tangannya telah ditetak.

Diri ini lupa bagaimana Abu Darda' menggali tanah semasa perang, dan menanam kakinya ke dalam tanah agar dia dapat bertahan di medan jihad dan tidak lari kerana takutkan musuh.

Diri ini lupa semua itu! Diri ini mahu melihat Islam kembali tertegak di bumi, namun diri ini tidak mahu 'bergerak' sebagaimana para sahabat dulu bergerak.

Allahu. Malunya. T___T

Hari ini kakak usrahku tiba-tiba bertanya,

'Awak willing tak pegang adik sekarang? Bawak usrah.'

Berfikir. Ingin mengelak, masakan tidak, sudah lama tak membawa usrah. Adik-adik usrah di KY sudah dilepaskan pada sister lain kerana tidak mampu untuk pergi jenguk selalu. Alasan, jauh. Walaupun kadang-kadang pernah jugak melawat mereka kerana rindu. Keterikatan hati itu sudah ada. Bukankah tarbiyah Allah itu yang mengikat hati-hati kita?

'Saya nak pergi naik apa kak?'

Alasan cuba diberi.

'Ala, bas kan ada.'

Ada nada memujuk di situ. Ada juga nada tegas. Mulut terkunci. Malu rasanya mahu menolak lagi. Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah jauh melangkah, semakin menghampiri taraf sister-sister hebat itu, semakin diri ini malu untuk menolak.

Tapi mampukah? Karat-karat jahiliyah masih banyak melekat pada diri ini, lagi mahu bawa usrah. T___T

'InshaAllahlah kak. Tengok dulu. Akak rogerlah nanti.'

Dan diri ini semakin risau. Risau kalau tidak mampu. Risau kalau tidak istiqamah. Risau segala-galanya. Namun janji Allah itu menghiburkan hati. Jika tidak sekarang, bila lagi?

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
[47:7]


Kita bekerja untuk Allah. Bukan untuk manusia. Bukankah itu yang terbaik?

Dan katakanlah, 'bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitahuNya kepada kamu apa yang kamu kerjakan' 
[9:105]


"Meninggalkan dunia itu berat, tetapi meninggalkan syurga adalah lebih berat, sedang mahar bagi syurga ialah meninggalkan dunia."

-Yahya bin Muaz al Razi-

Qum Faanzir! Bangunlah, dan berilah peringatan!


demi masa. sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.

Sunday, March 4, 2012

Ini Peranan Kita (IPK) - Sebuah Refleksi Diri.

Alhamdulillah, weekend dihabiskan dengan aktiviti yang Allah suka. Pergi daurah di Bangi, IPK, kesinambungan dari ISK (Ini Sejarah Kita). Walaupun dah pergi berkali-kali, still rasa disentap-sentap. Hebat tarbiyah Allah, sentiasa berjaya buat hati bergetar. T___T

Ingat lagi, di KYUEM, masa buat A Level. Mula-mula pergi ISK, terus rasa berkobar-kobar nak sampaikan islam. Lagi-lagi bila dapat IPK dengan Shahadatul Haq (SH). Tapi tak lama. Lepas tu, mulalah bagi alasan untuk skip daurah. Betullah hati kita ni sering berbolak-balik. Dan sesungguhnya, bolak-baliknya hati tu lebih laju dari air yang mendidih. Roh islam dalam diri ni cepat sangat hilang dulu. Sampaikan naqibah usrah saya pernah menangis sebab saya punya taknak pergi daurah tu. -.-

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.''

Tapi tarbiyah Allah tu indah. Dulu, mungkin saya tak hargai ilmu Allah tu sebab saya duduk dalam kalangan muslim, so tak terasa nak jadi hebat. Tapi sejak dicampak ke HELP ni, duduk dalam kalangan orang yang majoritinya beragama lain, rasa nak usrah tu memang ada dalam hati. Rasa nak jadik muslim hebat tu kembali berkobar-kobar sebab tengok betapa ramainya lagi orang yang tak paham islam. Dan IPK kali ni, memang menyuntik semangat. Hati ni rasa macam dirobek-robek, rasa macam malunyaaaa dengan Allah, rasa macam kurangnya usaha dakwah diri ni berbanding dengan orang lain, rasa macam tak layaknya nak jadik penolong agama hebat ni. Allahu.




Wahyu pertama, IQRA'. Bacalah. Tuntutlah ilmu, sebab ilmu dapat buat umat islam hebat. Tapi rata-rata umat islam malas nak membaca. Kalau tengok dalam train dekat Malaysia, apa yang orang islam buat? Tidur, atau bersembang. Sister cakap, kalau dekat overseas, dalam train jek mesti tengok orang membaca. Di mana kedudukan kita sekarang?

Teringat kata-kata Moche Dayan. Tahu Moche Dayan ni siapa? Sila google, jangan malas nak membaca! Dia  pernah cakap tentang 3 kelemahan umat islam sekarang. Salah satunya adalah MALAS. Kita malas membaca, malas segala-galanya. Pernah jugak dia ditanya, "mengapakah strategi  perang Yahudi disiarkan di dalam akhbar akhbar di Israel?" Apa jawab Moche Dayan?

"Usah dibimbangkan, kerana kalau pun golongan Arab (Islam)  membacanya, mereka tak habiskan, kalau habis pun mereka tak ingat, kalau  ingat pun, mereka tak buat, kalau buat pun mereka tak bersungguh, kalau  bersungguh pun mereka tak bersatu!"

Malu tak? Saya rasa malu sangattttt. T___T Kalau anda tak malu, anda hebat. Tapi tindakan orang islam dengan kata-kata Moche Dayan ni? Kita tunduk! Kita iakan kata-katanya. Kita malas. Teruk kan kita?

Wahyu kedua, Surah al-muddastsir. Apa Allah cakap dalam surah itu?


"Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)."

Qum Faanzir! Bangunlah! Berilah peringatan. Apa Rasulullah buat lepas tu? Rasulullah terus memulakan seruannya. Tak berlengah. Manusia sudah lama lalai. Kata Rasulullah, 'sudah berlalu masa tidurku'. Kita? Apa kita buat? Kita masih enak dibuai dengan selimut dunia. Berkali-kali membaca ayat ini, kita masih tak sedar-sedar. Masih segan nak buang selimut kita dan beri peringatan. Ya ayyuhal muddastsir! Qum Faanzir!





Bagaimana umat islam dahulu yang asalnya jahiliyah dapat berkembang maju selepas turunnya al-quran? Pernah tak kita terfikir? Kenapa kita, umat islam sekarang sedikit terkebelakang berbanding agama lain sedangkan kita juga ada al-quran?

Al-quran itu Allah turunkan untuk membentuk hati-hati manusia. Bukan untuk otak. Dalam al-quran tiada terangkan kenapa differentiate X boleh jadi 1. Rasulullah diutuskan bukan untuk mengajar akademik. Al-quran diturunkan bukan untuk orang-orang genius sahaja kerana jika al-quran diturunkan hanya untuk golongan cerdik pandai, Rasulullah sendiri tak layak untuk menyampaikan isi al-quran kerana Rasulullah tak reti membaca! Tapi bagaimana umat islam dahulu boleh menjadi hebat selepas kedatangan wahyu? Sedangkan kebanyakan mereka yang terawal memeluk islam terdiri dari golongan hamba?

Itulah hebatnya al-quran. Di dalamnya tertulis kehebatan islam. Islam tak pernah membezakan umat manusia. Siapa yang beriman, itulah yang dipandang Allah. Bukan kebijakansanaan otak, atau pangkat dan keturunan. Kerana itu umat islam boleh jadi hebat kerana penyamaan taraf semua golongan. Golongan hamba tidak lagi merasa diri mereka milik tuan mereka. Selepas kedatangan islam, diri mereka milik Allah, dan mereka sedar mereka juga boleh berjaya. Sebab itu mereka berusaha menuntut ilmu sehingga menjadi hebat. Kita bagaimana? Tak pernahkah kita merasai hebatnya diri kita sebagai umat islam?




Bangunlah! Dan berilah peringatan. Jadilah kita salah seorang penolong agama Allah. Jadilah kita salah seorang yang berusaha menegakkan kembali islam di bumi Allah ini. Setiap orang ada kelebihannya. Setiap orang ada logamnya. Jika pandai berpidato, jadilah pidato yang menyeru kepada islam. Jika pandai menulis, jadilah penulis yang menyeru kepada islam. Jika pandai melukis, jadilah pelukis yang menyeru kepada islam. Jika pandai bersukan, jadilah ahli sukan yang menyeru kepada islam. Sekecil-kecil nyamuk hinggalah sebesar-besar matahari bertasbih memuji Tuhan kita, kenapa kita yang dikatakan makhluk terbaik diciptakan Allah sombong untuk menolong agama kita?

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." [47:7] 
Jika kita sama-sama berada di jalan ini, Allah akan satukan hati-hati kita. Bukankah Allah itu suka umatnya memegang tali agamanya?

Jika kamu masih belum berada di atas jalan ini, cubalah melangkah. Walaupun jalan ini pahit, manisnya tetap ada. 


Jika kamu sedang berada di atas jalan ini, thabatlah. Dan berjanjilah kamu tidak akan meninggalkan jalan ini, kerana hanya di atas jalan ini, kita dapat berjumpa. 


Jika kamu sudah meninggalkan jalan ini kerana lelah, kembalilah. Kerana sesungguhnya, kami yang masih bertatih ini memerlukanmu.

doktor. inject. tak suka. T__T

Monday, February 27, 2012

La Tahzan, Innallaha Ma'ana.

Setiap kali sedih, dengar video ni. Lepas tu, mesti cool balik. Betullah kata al-quran;

'ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'





Ramai orang
tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta
dengan faktor kekayaan
walau itu boleh menjadi penyumbang
tapi itu bukan segala galanya


betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar
tidur diatas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak
atau lenanya tidak nyenyak
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang kadang dia lebih lena daripada kita


ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang kadang
dengan satu dua mata lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya


Kata Hamka,


Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat


Semua orang sangka
Kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang


belum tentu!


Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh ditahan dengan apa apa tangan sekalipun
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun


Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah


Jika Allah mengatur untuk kita
apa yang orang sangka tewas
Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan
yang mana jalan jalan manusia tak sangka,
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan


Kita tengoklah dunia ini,
Kadang kadang,
Manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia
Kadang kadang macan dia hilang segala-galanya


Berapa banyak dalam hidup kita, telah kita melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!


Ketika kita didalam keperitan,
Kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita
Dan berada kita dalam keadaan baik


Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata “Habislah aku kali ini..”


Tetapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan
Dan menikmati kurniaan kehidupan ini


Ketika kita kata
“Ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah..”
Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu
Dan kita pun lupa kadang kadang untuk bersyukur
Diatas pelbagai ranjau hidup
Yang telah Allah keluarkan kita daripadanya


Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini
Satu nikmat yang besar


Kata Hamka
“Yang ada ini sudah harapan kita”


Tetapi insan,
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
Tetapi jangan lupa yang telah ada


Sebab itu
Sebahagian dari para sarjana menyebut
Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
Tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur


“Ya Allah, apa sahaja yang aku alami,
daripada nikmatMu
daripada kurniaan
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan,
bagi Engkaulah pujian,
bagi Engkaulah kesyukuran”


Subhanallah


Insan ,
Jika dia hendak menghitung nikmat Allah
Dia tak terdaya.


Ketika orang orang yang kafir itu mengeluarkan dia,
Ketika dia salah seorang daripada dua,
Dia dan Abu Bakar (Yakni Nabi dan Abu Bakar)
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya


“Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!”


:')

tahniah. semoga istiqamah.