Friday, May 11, 2012

Sabar Dan Ikhlas Itulah ISLAM.

'Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.' [20:25-28]

Hari ni, masa tengah scroll down news feed facebook, tertengoklah satu album kawan ni. Dia dah ada dekat US study. So, comfirmlah gambar-gambar dia dekat US kan, takkan gambar-gambar dia dekat besout pulak. -.-

Macam biasalah, setiap kali tengok gambar kawan dekat overseas, mulalah nak buat drama hindustan. Sedihlahhhh rasanya hati ni. Yelah, mana tak sedih. 2 tahun kot berusaha untuk fly. *ambik tisu sapu air oren tumpah kat karpet*

Masa tengah khusyuk buat drama hindustan tu, scroll down lagi terbaca pulak satu status ni;

Seorang lelaki masuk ke sebuah syarikat milik Microsoft untuk memohon kerja sebagai pengelap lantai. Setelah selesai temuduga, pegawai syarikat tersebut memberitahu kepadanya bahawa keputusan temuduga akan dihantar melalui email. Lelaki itu berterus terang mengatakan bahawa dia tidak tahu menggunakan email. Pegawai tersebut merasa pelik dan menjawab; 'Kalau sesiapa yang tidak memiliki email maka seolah-olah dia tidak wujud. Orang yang tidak wujud tidak layak untuk berkerja di syarikat ini.'

Lelaki itu keluar dari bangunan syarikat milik Microsoft dengan perasaan hampa. Dia masukan tangannya ke dalam kocek, lalu dikeluarkan satu note USD 10. Sambil itu dia berfikir, apalah yang boleh dia lakukan dengan nilai duit USD 10. Dalam perjalanan, dia lalu di kawasan pasar sayuran. Dia tergerak untuk membeli sekotak tomato dengan duit yang dia ada.

Kemudian lelaki itu berhenti di suatu sudut dan mula menjual tomatonya. Nasibnya baik. Tomatonya habis dijual. Esoknya dia menggunakan modal yang ada untuk membeli dua kotak tomato. Hari bersilih ganti. Akhirnya lelaki itu menjadi saudagar ekspot import makanan dalam tempoh lima tahun.

Bila syarikatnya telah berkembang maju, dia ingin menggunakan polisi insuran bagi melindungi perniagaannya. Dia pergi ke sebuah syarikat Insuran. Setelah selesai perbincangan dengan pegawai Insuran, pegawai itu memintanya alamat email bagi memudahkan urusan. Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak memiliki sebarang email. Dengan rasa hairan pegawai Insuran berkata; 'Anda memiliki syarikat perniagaan yang besar sedangkan anda tidak memiliki kemudahan email. Cuba anda bayangkan apa akan berlaku kalau anda tahu menggunakan email?'

Lelaki itu diam sebentar, kemudian dia menjawab; 'Mungkin saya masih menjadi pengelap lantai di salah sebuah syarikat Microsoft.'

Lepas tu baca pulak komen kawan tu, dia cakap; 'Jangan bersedih dengan apa yang anda tidak miliki. Mungkin anda lebih berasa sedih dengan memilikinya.'


Dari cerita hindustan tadi, terus bertukar jadi cerita ayat-ayat cinta. Rasa macam Allah tengah pujuk. Cepat sangat Allah sedapkan hati ni. Terngiang-ngiang dialog dalam ayat-ayat cinta tu,

'Allah sedang berbicara dengan kamu tentang sabar dan ikhlas. Sabar dan ikhlas itulah islam.'




Bulan ni bulan cinta exam. Ingat tak saya cerita, saya ni belajar dekat kolej ala hong kong. Majoriti cina. Dalam dewan exam yang besar gedabak tu, saya sorang pakai tudung. *pengawas periksa excludedlah kan.*

Setiap kali habis paper, mesti akan dengar kawan cakap camni, 'Hayyoo. Comfirm fail lah. No hope already.' Setiap kali dengar, saya senyap dan senyum jek.

Ada satu hari tu, sebelum paper Mathematics, saya bersembang dengan seorang classmate saya ni. Dia cina. Tapi, dia muslim. Dia cakap dekat saya, 'Harap-harap mathematics senanglah. Statistics comfirm dah kena repeat.' Saya tanya dia, 'Ehh, macam mana tahu?' *sambil buat muka tak bersalah*. Dia cakap, 'Mesti punyalah. Teruk kottt.'

Sebabkan dia muslim, dia percaya pada tuhan yang sama yang saya percaya, so saya beranikan diri untuk pujuk dia. Saya cakap, 'Alaahhh, kan dah usaha. Jangan putus asa. Banyak-banyak doa, Allah akan tolong.' Lepas tu dia senyum dan balas, 'Allah mesti tolong kan?'. Saya senyum dan cakap dalam hati, 'Allah always will.'


Best kan jadik muslim? Kita ada Tuhan yang boleh kita mohon pertolongan. Kita ada Tuhan yang kita yakin di tangan Dialah takdir kita terletak. Kita ada Tuhan yang kita mengaku Dialah sebaik-baik perancang. Cuba bayang kalau kita hidup tak bertuhan? Saya selalu fikir, kalaulah saya takde Allah, saya rasa dah lama saya mati sakit jiwa sebab exam. Tapi sebab saya tahu adanya Tuhan yang memberi pahala pada usaha, baru saya rasa kewujudan saya dekat dunia ni berguna.




Masa usrah minggu lepas, kitorang tadabbur surah al-baqarah ayat 152-163. Rasa terjatuh cinta dengan dua ayat ni.


'Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.' [2:152-153]


Allah cakap, 'ya ayyuhal lazi na amanu', bukan 'ya ayyuhannas'. Allah seru orang-oran yang beriman, bukan seru semua manusia. Beza. Kalau kita termasuk dalam kalangan yang beriman, mesti kita akan rasa macam special dan macam nak jawab, 'ya Tuhanku.' Allah suruh kita ingat dekat Dia, dan ganjarannya Allah akan ingat dekat kita. What do you expect?

Bayangkan kita pergi konsert opick, dan di tengah lautan manusia yang banyak tu, kita adalah cakap 'hai opick'. Agak-agak, Opick akan ingat tak dekat kita lepas konsert tu? Cam tak kita? Walupun kita berusaha  share video youtube Opick dekat FB, dekat blog, belum tentu Opick akan ingat pada kita. Tapi Allah? Once kita ingat pada Dia, automatik Allah akan ingat balik pada kita. Tawaran mana yang lebih hebat dari tawaran Allah ni wahai diri yang sering lupa? T__T

Dan, Allah ajarkan kita, untuk memohon pertolongan dariNya, maka solatlah. Dan bersabarlah. Dan sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar.


Mungkin kalau saya fly saya tinggalkan agama Allah? Nau'dzubillah. Dan sungguh, Allah tahu sedang kamu tidak tahu.





12 comments:

Unknown said...

like. full stop.

^_^

p/s : chanteknya blog.. mood ceria selepas last paper?
;)

Unknown said...

love this :)

Nina Mazlan said...

haha. ceria di hari raya. :P mood sebelum last paper ok. heee.

Nina Mazlan said...

^^

Anonymous said...

sukeee..tulis buku laa erna..confirm akak beli..;)- rahayu draman

Adila said...

erna :) <3

Nina Mazlan said...

akak! ^^ insyaAllah, cita-cita tu. hehe, doakan tau! :P

Nina Mazlan said...

adila. (: <3

Norain Ishak said...

makcik, tolong lah letak butang fb like. cepattt! kalau tak, nak hack blog ni. eheh.

btw, cakap pasal hidup bertuhan,
ada kawan ain cerita lah dia punya housemate american.
and kawan ain pun cerita benda yang erna mention kat american tu,
and american tu nangis sebab macam tengok Muslim, ada Allah sebagai tempat bergantung.
moga american tu dapat hidayah. insyaAllah.

Nina Mazlan said...

kalau letak nanti org lain pulak yang hack. ain lainlah, famous amos. :P hehe. ohh nangis? hebatnya kawan ain. kawan ena tu takdelah sampai nangis kan. hehe. insyaAllah ameen. ^^

Anonymous said...

erna. hehe. ni how tirah comfort hati tirah. since skang tgh exam mood kan. trah ni skang minta dengan Allah utk kefahaman sebenar tawakkal.

Bismillahitawakkaltu'allah. Mulut begitu laju menyebutnya saat pemeriksa mengambil kertas daripada saya, tapi hati saya tak seiring dengan apa yang mulut saya sebut. Mulut kata tawakal tapi hati, perasaan masih lagi memikirkan kertas yang di jawab. Puas diri ini memujuk hati, tapi hati tetap berdegil. Lalu saya memohon pada Allah moga diberikan kefahaman tawakkal yang sebenarnya. Saya pujuk hati, "Ingatlah, sebaik mana pun kamu merancang, kamu membuat persiapan tapi kalau TIDAK kata Allah, maka TIDAK lah ia". Kita hanya mampu merancang tapi selebihnya Allah tentukan. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tahu apa yang patut kita dapat, apa yang patut Dia beri pada kita. Kita dah berusaha dengan bermacam-macam persiapan, tapi setakat mana kita dapat jawab soalan itu Dia tentukan. mungkin tidak sekarang, mungkin Dia beri masa hadapan. Yakinlah dengan janji Dia.

Nina Mazlan said...

thanks tirah. :')