Saturday, May 31, 2014

''Wa sari'u ila maghfirah. . .''

Dengan nama Allah, dengan izinNya kita masih hidup.

Kalau barang kita hilang, let say, Ipong, or Samsung S5 hilang, on the spot, kita cuak. Habis satu rumah kita geleadah. Suruh housemates semua pakat miscall. Kalau on silent, rasa macam hancur jiwa raga. Gitew.

Tu kalau phone lah. Kalau hilang IC ke, lesen ke, cepat-cepat report polis. Takut nanti kena tuduh PATI pulak. Muka dah ada ala-ala dah. Eh.

Tapi, macam mana kalau kita kehilangan Allah?

''Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bari orang-orang bertaqwa.''

Allah cakap dalam surah al-imran ayat 133, wa sari'u ila maghfirah, bersegeralah kamu mencari ampunan Tuhanmu. BERSEGERALAH.


Credit

Bila kita terbuat dosa, atau sengaja buat dosa (ouch!), adakah kita cepat-cepat minta ampun dari Allah? Adakah kita cepat-cepat cari balik keampunan Allah tu sesegera kita cari Ipong atau samsung S5 kita yang hilang? Atau kita wat lek wat peace je, tunggu malam nanti lah baru bangun tahajud kita solat taubat bro.

Sentap?

Belum lagi. Kita baca satu analogi dulu.

Bayangkan, satu hari katil dalam bilik kita melekat dekat ceiling. Jika seekor kucing masuk dalam bilik tu, apa respons dia tengok keadaan katil tu?

"Eleh. Dia tak perasan pun. Tak heran."

Okay. Bagaimana pula kalau seorang manusia yang masuk dalam bilik tu. Agak-agak dia perasan tak? Dan apa respons dia?

"Err. Bodohnya kalau manusia tu tak perasan."

Betul. Dan sedar atau tidak, kadang-kadang, kitalah manusia yang bodoh tu. Keadaan umat sekarang sedang tenat, tunggang terbalik, tapi kita masih merasakan perkara itu biasa. Takde apa yang pelik pon. Merasakan tidak perlu untuk bertindak membetulkan kembali keadaan yang tak betul ini.

Atau mungkin tak perlu pun tengok keadaan umat, cukup sekadar tengok keadaan diri kita sendiri. Buat dosa bertimbun-timbun, tapi takde kesedaran nak berubah membetulkan balik apa yang tidak betul. Alasan, 'tak sampai seru lagi', 'hidayah Allah tak bagi', 'tak kuat lah nak berubah', dan macam-macam lagi alasan tak berapa nak munasabah kita bagi untuk sedapkan hati sendiri.

Persoalannya, sampai bila? Sedangkan Allah suruh kita bersegera, tapi kita sengaja melengah-lengahkan. Alangkah lucunya negeri ini. *eh tetiba*


Great movie. Sila tengok jika belum.

Kalau mahu seru, seruan tu sudah datang sejak 1400 tahun lalu.

"Haram jawab tak tutup aurat sebab tak sampai seru, sebab seruan dah ada dalam al-quran yangg turun 1400 tahun dahulu" - Ust Azhar Idrus
Kalau mahu hidayah, hidayah tak datang bergolek ke kaki. Kena keluar cari, macam kita keluar cari gaji.

Dan kalau mahu kekuatan, ketahuilah kekuatan itu datang dari Allah. Kalau kita berubah kerana Dia, untuk Dia dan kepada Dia, takkanlah Dia taknak tolong. ye dak?

''Di akhir zaman ini, orang yang memegang islam ibarat memegang bara api, dipegang kita sakit, dilepaskan ia padam.''

Biar sakit, jangan biar ia padam.

:)

Selama Tuhanmu ada, takkan engkau tercela. - Arjuna Beta




4 comments:

@Fr!^n@ said...

Salam Ukhwah Sis,

Memang benar... manusia memang terlalu leka dengan perhisasan dunia yang sementara, termasuk diri sendiri.. auchh!!!

semoga diberikan kekuatan dan tidak dibalikkan hati selepas ditunjukkan dengan jalan yang benar.. amin ya rabbal alamin.

no excuses untuk mencari yang hilang... :)
ayuhhh

Nina Mazlan said...

Salam ukhwah ^^

InsyaAllah amin. Jom masuk syurga sama-sama :)

Siti Shuhada said...

assalamualaikum akak.. nak tanya nih. akak biasa buat usrah kat mana? nak join!!!! skrg tgh cuti sebelum masuk uni. mcm jauh sgt dari dunia bulatan gembira. Allahu!

Nina Mazlan said...

Kita duduk area bukit jalil. And bawak usrah akak-akak CW (career woman) haha. Awak duduk mana? Eh awak email lah nt kita bg no fon ke okay. ernafird91@gmail.com