Friday, July 18, 2014

"Of Gaza, MH17 and Lailatul Qadr"

BREAKING: The world, apparently.



Rasulullah pernah menghadapi tahun dukacita. Tahun di mana baginda kehilangan 2 orang yang paling setia menyokong dakwah baginda, Abu Talib dan Saidatina Khadijah. Di saat itu, Allah hadiahkan baginda peristiwa israk mikraj, di mana baginda di angkat ke langit dunia bagi menerima perintah solat.

Menyelusuri sejarah, perintah solat itu sendiri diturunkan Allah bagi tujuan memujuk Rasulullah. Sebab tu dalam surah al-baqarah, surah 2 ayat 153 pun Allah ada sebut,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.''

Allah ajar kita, di saat kita bersedih, di saat kita rasa down sangat, di saat kita sangat memerlukan pertolongan dariNya, Allah ajar kita untuk solat. Sebab Allah tahu, solat itu dapat memujuk, sesuai dengan tujuan asal kenapa perintah solat diturunkan, untuk memujuk Rasulullah di tahun dukacita baginda.

Gaza

Bukan satu isu baru. Malah, ia isu sepanjang zaman. Realitinya, isu ini tidak pernah tamat. Yang tamat hanyalah semangat jihad kita yang datang bermusim. Apabila datang isu besar baru, isu Gaza pasti tenggelam.

Sedangkan di Gaza, setiap hari, semangat jihad dalam diri setiap seorang dari mereka semakin hebat. Anak-anak kecil diajar dengan roh al-quran, yang membuatkan jiwa mereka terus hidup walaupun jasad mereka hari-hari disiksa.

Kita?

Israel be like . . .

Ya betul. Gaza di bunuh. Tapi hakikatnya, kita dibunuh lagi teruk! Tapi 'mati' kita orang tak nampak, kerana yang 'mati' itu adalah jiwa kita. Walaupun Gaza dibunuh jasad, tapi jiwa mereka masih hidup di muka bumi ni. Sedangkan kita dibunuh jiwa, tapi jasad kita dilepaskan berlegar-legar di muka bumi tanpa arah tujuan.

Gaza hari-hari diserang oleh peluru, manakala kita setiap saat diserang oleh firaun-firaun moden yang berjaya memperbodohkan kita. Muzik, movie, games, internet, reality show dan banyak lagi jahiliyah yang telah berjaya merebut cinta kita pada Allah. Cinta seorang hamba pada Tuhannya. 24 jam masa kita dihabiskan tanpa menyumbang apa-apa pada islam.

Boikot

Sensitif. Tamat penuh.

Ikut kata hati. Jika perlu, boikot. Jika tak mampu semua, at least penyumbang terbesar Israel laknatullah. 

McD, Nestle (milo, kitkat, maggi, cereal dll), Coca-cola, Starbucks

Jangan sekaligus, try sikit-sikit. Yang penting, keinginan tu.




Tak tipu. Bukan kau saja, aku juga membesar dengan milo. Sebab dengan milo anda jadi sihat dan kuat. Pengganti milo? Not even close. Gitu. Tak sanggup boikot benda yang tiada pengganti? So tak perlu boikot, kesian, nanti mati kempunan susah pulak.

Ganti saja milo tu dengan nyawa seorang anak Gaza. Selesai.

Tapi kan erna, tapi kan tapi kan ...

Masing-masing punya pendapat. I'll respect your opinion if you respect mine. End of conversation.


MH17

Belum pun hilang trauma MH370, sekali lagi kita diuji. Kita, rakyat Malaysia specificnya.

Mungkin kebetulan, mungkin rancangan teliti mana-mana pihak, mungkin agenda politik mana-mana negara,  tapi semua yang 'mungkin' ini takkan berlaku jika Allah tak izin.

Yang 'mungkin' kita masih belum pasti, tapi yang sudah tentu pasti ialah Allah sedang mengajar kita, Allah sedang mentarbiyah kita.



Mari kita tinjau sebentar surah yusof, surah ke 12 dalam al-quran. Bila mana Allah memberitahu, kisah Yusuf ini adalah kisah terbaik yang diceritakan dalam al-quran. Mengapa? Kerana hanya kisah Yusof Allah ceritakan dari A sampailah ke Z.

Dalam surah Yusof, Allah menceritakan 'Yusof' bukan sebagai seorang nabi, tapi sebagai seorang individu. Ujian-ujian yang dihadapi oleh Yusof bukan datang dari kalangan umatnya seperti kisah nabi-nabi lain yang diceritakan dalam al-quran, tapi ujian-ujian Yusof datang dari adik-beradik dan orang-orang sekeliling. Dan ia menjadi kisah terbaik yang diceritakan. Apa yang sedang diajar Allah?

Allah ingin memberitahu, tarbiyah itu bukan hanya ada dalam usrah, atau program. Tarbiyah itu bukan hanya dihadapi oleh seorang yang bergelar daie, atau orang yang berbulatan gembira. Tidak! Tarbiyah itu akan dihadapi oleh diri setiap individu dekat muka bumi ini.

Sebab tu Allah ceritakan watak Yusof bukan sebagai seorang nabi, tapi sebagai seorang individu. Allah kemudian menjadikan ia kisah terbaik kerana Allah nak semua orang tahu dan sedar, setiap seorang dari kita ada tarbiyah yang Allah sediakan. Bezanya, kita nak ambil ibrah (pengajaran) atau tidak.




Dan persitiwa MH17, ada tarbiyah yang Allah hantar untuk diri setiap seorang dari kita. Bergantung bagaimana cara kita memandang. Tarbiyah setiap orang mungkin tidak sama, kerana fasa hidup yang sedang kita lalui sekarang berlainan, tapi semua tarbiyah yang Allah bagi hanya ada satu tujuan, iaitu untuk bawa kita dekat dengan Dia.

Semestinya peristiwa MH17 ni mempunyai 1001 ibrah tersembunyi. Apa perlu kita buat, CARI! Kita paling tahu keadaan diri, keadaan iman kita, maka hanya kita yang mampu cari tarbiyah yang boleh buat kita dekat dengan Allah dalam peristiwa ini.


Lailatul Qadr

10 malam terakhir bulan ramadan, akan muncul satu malam di mana setiap amalan yang kita lakukan pada malam itu kebaikannya melebihi 1000 bulan (83.3 tahun).

Di saat bermacam-macam ujian yang Allah bagi sekarang ini, sepatutnya makin dekat kita dengan Dia. Makin rajin kita mengejar malam lailatul qadr.

Tapi kalau setiap saat kita habiskan hanya dengan membuat spekulasi, atau menjadi pakar-pakar tidak bertauliah sehingga lupakan niat untuk mengejar malam lailatul qadr, di saat itu kita sendiri sudah tahu apa nilai kita di mata Allah.

''It (lailatul qadr) is a beautiful night in which Allah decreed mercy to His close friends (may Allah makes us one of them). The worshipers of Allah realised the worth of  their own self on that night. It means, the people who take advantage of this night, they realised what they are worth to Allah. Because if you are not worth anything to Allah, you sleep through it.'' - Brother Nouman Ali Khan

Semoga ramadan kali ini mampu membuatkan kita lebih kenal dengan Yang Maha Berkuasa.


Al-fatihah juga untuk adik Husna, Allahyarham Ku Iqbal
Kematian si kecil yang menghidupkan