Saturday, June 26, 2010

Mujahadah Itu Pahit, Kerana Syurga Itu Manis


walaupun kita hanya kawan
tak bermakna kita suka2 boleh calling2 12 jam sehari
mesej RM30 seminggu
YM sampai power cermin mata naik mendadak
skype sampai lap top terbakar

walaupun kita hanya kawan
tak bermakna kita boleh jumpa berdua-duaan dekat cafe sambil makan karipap ana
belajar satu meja dua orang kat library tingkat atas
pergi trip Mid Valley tgk cita Ice Age sama2

walaupun kita hanya kawan
tak bermakna perasaan masing2 suci
dari teringat antara satu sama lain
tak bermakna satu hari nanti kita tak terjebak dengan zina hati
lebih2 lagi kita ini daie


walaupun mujahadah itu susah
walaupun mujahadah itu tak indah
walaupun mujahadah itu sakit
walaupun mujahadah itu pahit

tapi ganjarannya kita takkan dapat dekat mana2
walaupun dekat Taj Mahal yg dipuji2 kecantikannya
walaupun dekat istana yg byk dayang2nya
walaupun dekat Pulau Tioman yg membiru airnya
dan yg pasti, dekat kolej apatah lagi :P

nak jadi daie, hati kena tabah
perasaan kena sabar, iman kena kuat
kalau mulut kita basah menasihati kawan2 supaya sentiasa bermujahadah
mujahadah kita kena berganda dari diorang, walaupun susah!

sebab dalam al-Quran Allah ada berfirman

'mengapa kamu menyuruh org lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab ( Taurat )?
tidakkah kamu mengerti?'

( 2 : 44 )

walaupun hati ini tak kuat, dan kadang2 rasa sampai nak give up
tapi kita kena ingat!
kalau tak susah, bukanlah mujahadah namanya kan?

lagipun, bukankah MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS? :')



Tuesday, June 22, 2010

analogi mudah...

hari ni
ak nak bagi korang berfikir sikit
jgn risau
bukan berfikir benda yg susah2 mcm biologi
dan bukan berfikir macam mana a+b boleh dapat 0
hari ni ak nak korang berfikir benda yg simple2

baiklah
sekarang, cuba korang bayangkan
korang seorang tukang kayu
satu hari, korang berjaya mencipta sebuah kerusi
tp kerusi ni istimewa sbb korang cipta dia, boleh bercakap dan bergerak
bila dah siap, korang pun mestilah nak duduk atas kerusi tu kan?

(yela, xkan nak makan pulak-.-")

tapi, setiap kali korang nak duduk, kerusi tu lari
pastu siap cakap lagi

'ala, esok2la ak bagi ko duduk atas ak'

apa perasaan korang?
mesti rasa cam nak sepak ja kerusi tu kan?
penat2 korang cipta dia, tp dia x bagi korang duduk
rasa cam nak flash dalam tandas jek!

tamat kisah kerusi

sekarang, korang gantikan kerusi tu dengan diri korang pulak
siapa yg cipta kita?

ALLAH

ye, betul, nasib baik korang tau
kiranya, Allahla yg akan mengganti tempat kita jadi tukang kayu tadi kan?

sekarang, kita dicipta atas tujuan apa?

'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi".'

( 2 : 30 )

'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar meraka beribadah kepadaKu'

(51 : 56 )

KHALIFAH, DAN BERIBADAH

tp, agak2nya, ramai x antara kita yg menunaikan tugas kita ni?
macam kerusi tadi, bila kita nak duduk ja, dia lari
sampai kita jadi geram dan bengang

tapi, bila kita lari dari menunaikan apa yg pencipta kita suruh buat
ada pencipta kita yakni Allah, bengang kat kita?
ada Allah rasa cam nak buang kita?

kalau nak ikutkan
Allah boleh cipta berjuta-juta lagi makhluk yg lagi bagus dr kita
bila kita x ikut suruhan Allah, Allah boleh lenyapkan kita camtu jek

tapi Allah x buat semua tu
kenapa??

SEBAB ALLAH SAYANG KAT KITA

SEBAB ALLAH TU SABAR JE, DAN SELALU MENUNGGU AGAR KITA KEMBALI PADA DIA

sweetnya Allah kan?

tapi kita, ciptaanNya?

selalu x korang dengar orang cakap camni

'ala, muda lagi, nak enjoy dulu puas2, nnt2 ak taubatla'

fuhh, kalaula kerusi tadi yg cakap
da lama da kerusi tu kena lelong kat pasar malam
betul x?

analogi ni mudah jek, dan ak rasa senang nak paham
terpulang kat korang nak pikir
atau nak buat tak tau jek

nasihat ak
sentiasalah pandang sekeliling
dan belajar dr kehidupan

sesungguhnya, Allah mencipta setiap sesuatu
dari sekecil2 zarah, hinggalah sebesar2 alam ni
ada hikmahnya untuk manusia mengambil iktibar :)


( mengambil iktibar atau x? )


Friday, June 4, 2010

saya happy =)

kegembiraan duduk di rumah
rasa cam nak senyum sampai telinga ^_^