walaupun kita hanya kawan
tak bermakna kita suka2 boleh calling2 12 jam sehari
mesej RM30 seminggu
YM sampai power cermin mata naik mendadak
skype sampai lap top terbakar
walaupun kita hanya kawan
tak bermakna kita boleh jumpa berdua-duaan dekat cafe sambil makan karipap ana
belajar satu meja dua orang kat library tingkat atas
pergi trip Mid Valley tgk cita Ice Age sama2
walaupun kita hanya kawan
tak bermakna perasaan masing2 suci
dari teringat antara satu sama lain
tak bermakna satu hari nanti kita tak terjebak dengan zina hati
lebih2 lagi kita ini daie
walaupun mujahadah itu susah
walaupun mujahadah itu tak indah
walaupun mujahadah itu sakit
walaupun mujahadah itu pahit
tapi ganjarannya kita takkan dapat dekat mana2
walaupun dekat Taj Mahal yg dipuji2 kecantikannya
walaupun dekat istana yg byk dayang2nya
walaupun dekat Pulau Tioman yg membiru airnya
dan yg pasti, dekat kolej apatah lagi :P
nak jadi daie, hati kena tabah
perasaan kena sabar, iman kena kuat
kalau mulut kita basah menasihati kawan2 supaya sentiasa bermujahadah
mujahadah kita kena berganda dari diorang, walaupun susah!
sebab dalam al-Quran Allah ada berfirman
'mengapa kamu menyuruh org lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab ( Taurat )?
tidakkah kamu mengerti?'
( 2 : 44 )
walaupun hati ini tak kuat, dan kadang2 rasa sampai nak give up
tapi kita kena ingat!
kalau tak susah, bukanlah mujahadah namanya kan?
lagipun, bukankah MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS? :')
2 comments:
aku suka la cursor ko, cmne nak eja.. kpala kucing..comey2..
ha3..tgk tuan pya blog arh,,comei gak :P
ummu, bkn kepala k? :D
Post a Comment