Friday, July 30, 2010

sejarah itu telah diulang...

sedih hati ni
bila tengok balik,sejarah yg dulu aku buat,diulang oleh org lain
ingat lagi
setahun yg lepas
aku yg ada kat dalam dewan tu,buat preparation majlis untuk senior
aku yg ada kat tepi red karpet tu,menjerit2 masa senior masuk
aku yg ada kat atas pentas tu,buat persembahan mengarut yg melanggar etika seorg muslimah
masa tu aku xpikir langsung pasal perasaan org2 yg tengok aku
aku xpikir langsung perasaan mama n daddy aku bila tengok anak dia terkinja2 camtu
dan paling sedih,aku xpikir langsung yg aku da menunjukkkan satu gambaran yg x elok pada kawan2 non-muslim yg lain
tapi tu dulu
kisah lama,zaman jahiliyah,zaman kegelapan hidup aku dulu
bila aku da sedar,bila aku da cuba nak berubah,bila aku da elakkan diri dr berkelakuan macam tu
aku ingat,benda tu cukup
sekadar menjaga diri aku sendiri

tp aku lupa
sebenarnya,kerja aku masih banyak
bila aku pergi kat majlis yg macam tu balik
aku seolah2 nampak diri aku kat tepi red karpet tu tengah menjerit2
aku seolah2 terbayang diri aku tengah buat persembahan kat atas pentas tu

MASHAALLAH

aku lupa sesuatu
aku lupa nak jalankan tanggungjawab sbgi daie
aku biarkan adik2 aku ulang balik kesilapan aku dulu
dan sekarang aku dapat rasa lak perasaan senior2 aku dulu
majlis tu betul2 reflect apa yg aku da buat dulu
dan majlis tu betul2 buat aku sedar
yg walaupun kita da jadik seorang yg perfect
 (yg pasti bukan aku,aku masih jauh dr tu)
kerja kita sbgi daie xkan pernah tamat
selagi kat atas bumi Allah ni masih berlaku kemaksiatan
langkah kita sbgi daie xkan pernah berhenti
malah,semakin hari,seorg daie kena lebih kuat bekerja
sebab dunia semakin terancam
spesies2 baru manusia yg pelik2 sikapnya semakin bertambah
alim ulama' semakin sedikit
petanda kiamat semakin hampir

kalau bukan kita yg kuat bekerja
siapa lagi??

~walaupun sedih tgk adik2 macam tu,aku xkan putus asa.aku yakin,satu hari nnt,kalau x semua,setengah dr diorg akan dapat islam tu,akan kembali ke menjadi hamba Allah yg pandai menjaga diri.inshaAllah=))

~juniors sgt sweet.walaupun byk yg free hair,tp kebanyakannya sopan dan pandai jaga batas.Alhamdulilah.sbb tu,kita jgn judge seseorg melalui penampilannya.sbb kadang2,yg menutup aurat dr atas sampai bawah pun belum tentu lg elok perangainya dr yg bakal-menutup-aurat-suatu-hari-nanti ^_^

~bak kata cik piqa kita, 'jangan tgk siapa yg menyampaikan ilmu tu,tp tgk apa yg disampaikannya'.
jadik,jgn tgk aku.aku bukan bagus sgt pun.nnt korang kecewa.aku suka sampaikan apa yg aku tau jek,semoga korang pun dpt pengajaran =))


Saturday, July 10, 2010

(>_<)v

betullah org kata
jadi daie ni bukan senang
org ada macam2 ragam
cara approach bukan boleh sama

ada org boleh terima cara A
tp ada org lebih prefer cara B

jd,kalau nk jadi daie
kena khatamkan cara2 nak approach org
bukan boleh guna cara yg sama untuk semua org
setengah jek yg terkesan,lg setengah cam xdak apa2 yg berlaku pon

kesimpulannya
sebelum approach seseorang tu
kita kena kaji dulu
cara apa yg berkesan tuk tegur dia

sbbnya
berdakwah ni samala cam bercinta
sebelum kita tackle org yg kita suka tu
mestila kita kena tahu pasal dia dulu
xkan xkenal tiba2 nak ajak makan
kan???? (>_<)v



renunglah kembali dirimu...

kalau kita rasa kita dah ditimpa dgn ujian yg sgt besar
sehingga kita mengeluh
dan berkata

'Ya Allah,dosa apa yg telah aku lakukan sehingga aku diuji sedemikian rupa?'

pada masa itu
cuba kita renung balik diri kita
tengok balik sejarah para Nabi
selidik balik kisah para solihin

adakah mereka tidak diuji?
padahal mereka sentiasa di jalan dakwah?

adakah kita setanding dgn mereka?
atau lebih tinggi lagi?
sehingga kita tdk layak diuji?

sesungguhnya,jgnlah kau mengalirkan air mata kerana diuji dgn ujian yg berat
kerana ujian itu ditimpakan kerana adanya rasa rindu Allah kepadamu
Allah rindu utk mendengar suaramu meminta padaNya
Allah rindu tangisan taubatmu memohan ampun dariNya

tapi menitiklah air matamu tika kau tidak diuji dgn kesusahan
kerana pada masa itu
kau sedang diuji dgn ujian yg paling hebat

UJIAN KESENANGAN DAN KENIKMATAN

peliharalah imanmu
kerana nikmat dunia itu
tidak dapat menjadi bekalanmu di akhirat

renunglah kembali, adakah sudah cukup amalanmu
sehingga dapat membawamu ke gerbang syurga

wallahualam~



Thursday, July 8, 2010

*speechless*

(biasa ja ak tengok sotong nh +_+)

senangnya org nak percaya kat makhluk bisu bernama sotong ni
padahal nak percaya kat pencipta makhluk ni bukan main susah
salah siapakah?????

sotong ja pon
derrr~


Sunday, July 4, 2010

siapa aku di depan Tuhanku??

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya.

Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku

apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati

bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
Tanpa di isi dengan amalan hari esok.
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan,
Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’.

Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya

RENUNGKANLAH

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU???

p/s : ak lupa ak baca kat mana sajak ni,tp semoga kita sama2 renungkan :)

(peringatan buat diri sendiri ^^,)