'Semua yang bukan islam itu adalah jahiliyah.'
Macam kena panah petir buat kali ke tujuh puluh bila dengar
seorang sister cakap macam tu masa program Sayonara Jahiliyah baru-baru ni.
Dulu masa dengar kali pertama taklah ter'effect' sangat, tapi kali ni macam
rasa nak tergolek-golek kepanasan lepas dengar.
Sister cakap, kalau tengok cerita korea marathon sehari 10
episod tu boleh menyumbang kepada kebangkitan islam, maka ia bukan jahiliyah.
Kalau jalan-jalan pergi lepak buang masa dekat bukit bintang setiap malam tu
boleh menunjukkan kepada non-muslim betapa indahnya islam, maka a bukan
jahiliyah. Kalau bukak 9gag seratus kali sehari dan ia dapat menguatkan hafalan
al-quran kita, maka ia bukan jahiliyah.
*krik krik krik (bunyi cengekerik)*
T__T
Jahiliyah itu diibaratkan macam beg yang berisi batu-batu
yang memberatkan. Naik bukit dengan beg yang macam tu hanya akan melambatkan
perjalanan. Mungkin akan sampai ke puncak, tapi mengambil masa yang sangat
lamaaaaaa. Samalah seperti jahiliyah. Jahiliyah ni macam batu-batu yang ada
dalam beg tadi. Tak berguna pon, tapi kita nak bawak jugak naik bukit. So
lambatlah kita nak capai kemenangan islam tu.
Jahiliyah jugak diibaratkan macam chewing gum yang melekat
dekat kasut. Setiap kali kita melangkah mesti kaki kita tersangkut pada lantai.
Annoying tak? Samalah macam jahiliyah. Asyik buat kita tersangkut jek. Kalau
tak buang sampai ke sudahlah kita rasa susah sepanjang perjalanan.
Diibaratkan jahiliyah itu jugak seperti selimut. Kita suka
berselimut sebab kita rasa selesa. Bila orang suruh buang selimut tu, kita
taknak. Sampailah satu masa bila tiba-tiba kita rasa selimut tu memanaskan kita
barulah kita rasa nak buang selimut tu. Dan itulah yang saya rasa selama ni.
Hidup saya diselimuti jahiliyah yang menyelesakan. Bila orang suruh buang, saya
taknak. Saya rasa sayang sangat dekat selimut saya tu.
saya rasa bear ni comel |
Masa program Sayonara Jahiliyah baru-baru ni, saya dan
adik-beradik usrah saya diberi satu task. Kitorang kena pergi ke satu mall di
Bangi, dan kitorang kena perhatikan jahiliyah-jahiliyah yang ada pada
masyarakat kita, dan interview beberapa muslim dan non-muslim tentang islam. Dan
lepas buat task tu, saya seolah-olah terbangun dari sebuah mimpi ngeri yang
panjang. Dan banyak soalan yang berlegar-legar dalam kepala saya.
Dekat 3 tahun saya ditarbiyah, apa perubahan yang dah saya
buat untuk islam?
Dekat 3 tahun saya ditarbiyah, apa yang saya dah sumbang
untuk kebangkitan islam?
Dan jawapannya tiada. Ya. Tiada.
Saya budak ditarbiyah, tapi saya masih buat benda yang orang
lain buat.
Saya budak ditarbiyah, tapi saya masih tidak betul-betul
menjaga pakaian saya.
Saya budak ditarbiyah, tapi masih susah untuk konsisten
baca al-quran hari-hari.
Saya budak ditarbiyah, tapi saya masih buang masa tengok
cerita korea yang heronya mesti seorang yang super cool tapi jatuh cinta dengan
heroin yang bodoh dan kelam-kabut.
Saya buat benda yang sama dengan orang-orang yang tidak
pernah mengenal erti tarbiyah buat, jadi apa beza saya dengan diorang? Apa yang
membuktikan tarbiyah itu membentuk diri saya? Apa yang menunjukkan tarbiyah itu
berjaya menjadikan saya seorang yang betul-betul muslim?
facepalm |
Duhh. Rasa macam kena hempuk dengan buah kelapa dekat
kepala. T__T
'Di antara ciri baiknya keislaman seseorang adalah ia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.'
Bukannya nak cakap islam tu kejam, tak bagi langsung
berhibur. Bukan nak kata islam tu membebankan, kena beribadah jek sepanjang
masa. Tapi, itulah haikikatnya kehidupan di dunia ni. Dunia ni sementara jek.
Yang kekal nanti adalah akhirat. Dunia tempat nak kumpul bekalan untuk akhirat.
Kalau kita terlampau lama menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang
ternyata tidak dapat menambah saham akhirat kita, agak-agak bekalan kita nanti
cukup tak nak bayar tiket untuk kita masuk syurga?
Neraka itu dipagari dengan kesenangan, kenikmatan, harta
yang melimpah ruah dan hiburan yang melalaikan. Syurga pula dipagari dengan
ujian, kesusahan, kepahitan dan perkara-perkara yang kita tak suka. Secara
logiknya, dari fitrah seorang manusia, sudah tentu neraka yang dipilihnya. Tapi
dari fitrah seorang manusia yang cintakan Tuhannya, syurga pasti menjadi
pilihan. Saya taknak tanya yang mana satu yang kita pilih, sebab sudah tentu
kita semua pilih nak ke syurga. Ohh kamon, tanya budak tadika pun dia akan
jawab syurga. Persoalannya sekarang, sanggup
atau tidak kita menempuh jalan ke syurga yang pahit tu?
'Saya sudah cuba untuk buang jahiliyah tu, tapi sampai satu
masa saya mesti ulang balik.'
Sister cakap, jahiliyah tu kalau nak buang, kena letak
elok-elok dalam peti besi, dan kuncinya campak dalam sungai. Kalau kuncinya
kita simpan bawah katil jek, komfem punyalah kita akan cari balik kunci tu. Nak
buang movie, delete terus dari laptop. Jangan simpan dalam external pastu niat
taknak bukak dah. Hehs. Buat menyemak space jek tak rasa ke? -.- Baju saiz ss,
sedekah jek dekat adik. Jangan bagi dekat kawan pulak sebab nanti bila kawan
kita pakai baju yang ketat tu kita punya saham dosa pon naik sekali. Dan
begitulah seterusnya.
Ada satu kisah, seorang sahabat nabi yang saya lupa namanya,
menolak dunia semata-mata untuk akhirat. Di dalam rumahnya tiada apa-apa harta
padahal beliau adalah salah seorang gabenor pada zaman itu. Pada suatu hari,
ada sahabat yang lain berkunjung ke rumahnya dan menawarkan untuk beliau menerima
elaun sebagai seorang gabenor. Bila dengar jek pasal elaun tu, beliau terus
menangis dan menangis teresak-esak. Isterinya yang terdengar esakannya terus
bertanya; 'wahai suamiku, apakah yang menyebabkan kau bersedih seperti ini?' Beliau menjawab; 'bagaimana aku tidak sedih? Sesungguhnya dunia telah masuk ke
dalam rumah kita.'
Betapa hebat dan zuhudnya sahabat nabi yang seorang ni.
Beliau menangis kerana diberi dunia, tapi kita? Kita menangis kerana tidak
mendapat dunia. T__T
Dunia itu hakikatnya
sangat menyakitkan. Saya pernah
mencintai dunia, dan banyak kali saya kecewa. Kadang-kadang, saya menangis
kerana tidak mendapatkan sesuatu di dunia. Dan apabila tiba-tiba saya tersedar
saya sedang menangis untuk dunia, kesedihan saya bertambah-tambah kerana masih
ada dunia dalam hati saya.
Gagal. Tidak dihargai orang lain. Bantuan dilupakan. Rasa keseorangan.
Perubahan yang dilakukan kerana Allah dikritik hebat. Semua tu kadang-kadang
buat saya rasa sedih. Tapi, setiap kali saya rasa macam tu, seolah-olah ada satu suara yang memujuk saya
dan berkata pada saya;
'Allah tak pandang kegagalan kamu di dunia, kerana itu
adalah rancanganNya untuk sesuatu yang lebih berharga untuk dirimu. Biarlah orang
tak hargai kamu, Allah sentiasa memandang kamu. Biarlah sumbanganmu dilupakan
manusia, asalkan ia kekal tercatat di buku amalanmu. Janganlah kamu rasa keseorangan,
bukankah Allah tidak pernah meninggalkan kamu? Biarlah perubahan yang kamu
lakukan keranaNya dikritik manusia, syurga sedang melambai-lambai kepadamu. Janganlah
kamu menangis kerana dunia, kerana air matamu terlalu berharga untuk dibazirkan
kepada dunia yang hanya sementara ini. Dunia ini tidak layak ditangisi oleh
seorang yang bergelar muslim sepertimu.'
Dan, itulah suara iman.
Jadi, mengapa takut untuk tinggalkan jahiliyah yang masih
melekat pada diri kita ni? Jahiliyah itu hanya perkara-perkara dunia yang
ternyata tak membantu sedikit pun untuk kita menuju ke syurga. Memanglah sakit.
Kadang-kadang sampai rasa nak mintak pain killer dekat hospital, tapi kenalah
tahan. Kalau tak pahit, bukanlah mujadah namanya. :)