Sunday, July 8, 2012

Dunia ini tidak layak ditangisi


'Semua yang bukan islam itu adalah jahiliyah.'

Macam kena panah petir buat kali ke tujuh puluh bila dengar seorang sister cakap macam tu masa program Sayonara Jahiliyah baru-baru ni. Dulu masa dengar kali pertama taklah ter'effect' sangat, tapi kali ni macam rasa nak tergolek-golek kepanasan lepas dengar.

Sister cakap, kalau tengok cerita korea marathon sehari 10 episod tu boleh menyumbang kepada kebangkitan islam, maka ia bukan jahiliyah. Kalau jalan-jalan pergi lepak buang masa dekat bukit bintang setiap malam tu boleh menunjukkan kepada non-muslim betapa indahnya islam, maka a bukan jahiliyah. Kalau bukak 9gag seratus kali sehari dan ia dapat menguatkan hafalan al-quran kita, maka ia bukan jahiliyah.

*krik krik krik (bunyi cengekerik)*

T__T

Jahiliyah itu diibaratkan macam beg yang berisi batu-batu yang memberatkan. Naik bukit dengan beg yang macam tu hanya akan melambatkan perjalanan. Mungkin akan sampai ke puncak, tapi mengambil masa yang sangat lamaaaaaa. Samalah seperti jahiliyah. Jahiliyah ni macam batu-batu yang ada dalam beg tadi. Tak berguna pon, tapi kita nak bawak jugak naik bukit. So lambatlah kita nak capai kemenangan islam tu.

Jahiliyah jugak diibaratkan macam chewing gum yang melekat dekat kasut. Setiap kali kita melangkah mesti kaki kita tersangkut pada lantai. Annoying tak? Samalah macam jahiliyah. Asyik buat kita tersangkut jek. Kalau tak buang sampai ke sudahlah kita rasa susah sepanjang perjalanan.

Diibaratkan jahiliyah itu jugak seperti selimut. Kita suka berselimut sebab kita rasa selesa. Bila orang suruh buang selimut tu, kita taknak. Sampailah satu masa bila tiba-tiba kita rasa selimut tu memanaskan kita barulah kita rasa nak buang selimut tu. Dan itulah yang saya rasa selama ni. Hidup saya diselimuti jahiliyah yang menyelesakan. Bila orang suruh buang, saya taknak. Saya rasa sayang sangat dekat selimut saya tu.

saya rasa bear ni comel

Masa program Sayonara Jahiliyah baru-baru ni, saya dan adik-beradik usrah saya diberi satu task. Kitorang kena pergi ke satu mall di Bangi, dan kitorang kena perhatikan jahiliyah-jahiliyah yang ada pada masyarakat kita, dan interview beberapa muslim dan non-muslim tentang islam. Dan lepas buat task tu, saya seolah-olah terbangun dari sebuah mimpi ngeri yang panjang. Dan banyak soalan yang berlegar-legar dalam kepala saya.

Dekat 3 tahun saya ditarbiyah, apa perubahan yang dah saya buat untuk islam?
Dekat 3 tahun saya ditarbiyah, apa yang saya dah sumbang untuk kebangkitan islam?

Dan jawapannya tiada. Ya. Tiada.

Saya budak ditarbiyah, tapi saya masih buat benda yang orang lain buat.
Saya budak ditarbiyah, tapi saya masih tidak betul-betul menjaga pakaian saya.
Saya budak ditarbiyah, tapi masih susah untuk konsisten baca al-quran hari-hari.
Saya budak ditarbiyah, tapi saya masih buang masa tengok cerita korea yang heronya mesti seorang yang super cool tapi jatuh cinta dengan heroin yang bodoh dan kelam-kabut.

Saya buat benda yang sama dengan orang-orang yang tidak pernah mengenal erti tarbiyah buat, jadi apa beza saya dengan diorang? Apa yang membuktikan tarbiyah itu membentuk diri saya? Apa yang menunjukkan tarbiyah itu berjaya menjadikan saya seorang yang betul-betul muslim?

facepalm

Duhh. Rasa macam kena hempuk dengan buah kelapa dekat kepala. T__T

'Di antara ciri baiknya keislaman seseorang adalah ia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.'

Bukannya nak cakap islam tu kejam, tak bagi langsung berhibur. Bukan nak kata islam tu membebankan, kena beribadah jek sepanjang masa. Tapi, itulah haikikatnya kehidupan di dunia ni. Dunia ni sementara jek. Yang kekal nanti adalah akhirat. Dunia tempat nak kumpul bekalan untuk akhirat. Kalau kita terlampau lama menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang ternyata tidak dapat menambah saham akhirat kita, agak-agak bekalan kita nanti cukup tak nak bayar tiket untuk kita masuk syurga?

Neraka itu dipagari dengan kesenangan, kenikmatan, harta yang melimpah ruah dan hiburan yang melalaikan. Syurga pula dipagari dengan ujian, kesusahan, kepahitan dan perkara-perkara yang kita tak suka. Secara logiknya, dari fitrah seorang manusia, sudah tentu neraka yang dipilihnya. Tapi dari fitrah seorang manusia yang cintakan Tuhannya, syurga pasti menjadi pilihan. Saya taknak tanya yang mana satu yang kita pilih, sebab sudah tentu kita semua pilih nak ke syurga. Ohh kamon, tanya budak tadika pun dia akan jawab syurga.  Persoalannya sekarang, sanggup atau tidak kita menempuh jalan ke syurga yang pahit tu?



'Saya sudah cuba untuk buang jahiliyah tu, tapi sampai satu masa saya mesti ulang balik.'

Sister cakap, jahiliyah tu kalau nak buang, kena letak elok-elok dalam peti besi, dan kuncinya campak dalam sungai. Kalau kuncinya kita simpan bawah katil jek, komfem punyalah kita akan cari balik kunci tu. Nak buang movie, delete terus dari laptop. Jangan simpan dalam external pastu niat taknak bukak dah. Hehs. Buat menyemak space jek tak rasa ke? -.- Baju saiz ss, sedekah jek dekat adik. Jangan bagi dekat kawan pulak sebab nanti bila kawan kita pakai baju yang ketat tu kita punya saham dosa pon naik sekali. Dan begitulah seterusnya.

Ada satu kisah, seorang sahabat nabi yang saya lupa namanya, menolak dunia semata-mata untuk akhirat. Di dalam rumahnya tiada apa-apa harta padahal beliau adalah salah seorang gabenor pada zaman itu. Pada suatu hari, ada sahabat yang lain berkunjung ke rumahnya dan menawarkan untuk beliau menerima elaun sebagai seorang gabenor. Bila dengar jek pasal elaun tu, beliau terus menangis dan menangis teresak-esak. Isterinya yang terdengar esakannya terus bertanya; 'wahai suamiku, apakah yang menyebabkan kau bersedih seperti ini?' Beliau menjawab; 'bagaimana aku tidak sedih? Sesungguhnya dunia telah masuk ke dalam rumah kita.'

Betapa hebat dan zuhudnya sahabat nabi yang seorang ni. Beliau menangis kerana diberi dunia, tapi kita? Kita menangis kerana tidak mendapat dunia. T__T



Dunia itu hakikatnya sangat  menyakitkan. Saya pernah mencintai dunia, dan banyak kali saya kecewa. Kadang-kadang, saya menangis kerana tidak mendapatkan sesuatu di dunia. Dan apabila tiba-tiba saya tersedar saya sedang menangis untuk dunia, kesedihan saya bertambah-tambah kerana masih ada dunia dalam hati saya.

Gagal. Tidak dihargai orang lain. Bantuan dilupakan. Rasa keseorangan. Perubahan yang dilakukan kerana Allah dikritik hebat. Semua tu kadang-kadang buat saya rasa sedih. Tapi, setiap kali saya rasa macam tu,  seolah-olah ada satu suara yang memujuk saya dan berkata pada saya;

'Allah tak pandang kegagalan kamu di dunia, kerana itu adalah rancanganNya untuk sesuatu yang lebih berharga untuk dirimu. Biarlah orang tak hargai kamu, Allah sentiasa memandang kamu. Biarlah sumbanganmu dilupakan manusia, asalkan ia kekal tercatat di buku amalanmu. Janganlah kamu rasa keseorangan, bukankah Allah tidak pernah meninggalkan kamu? Biarlah perubahan yang kamu lakukan keranaNya dikritik manusia, syurga sedang melambai-lambai kepadamu. Janganlah kamu menangis kerana dunia, kerana air matamu terlalu berharga untuk dibazirkan kepada dunia yang hanya sementara ini. Dunia ini tidak layak ditangisi oleh seorang yang bergelar muslim sepertimu.'

Dan, itulah suara iman.


Jadi, mengapa takut untuk tinggalkan jahiliyah yang masih melekat pada diri kita ni? Jahiliyah itu hanya perkara-perkara dunia yang ternyata tak membantu sedikit pun untuk kita menuju ke syurga. Memanglah sakit. Kadang-kadang sampai rasa nak mintak pain killer dekat hospital, tapi kenalah tahan. Kalau tak pahit, bukanlah mujadah namanya. :)


 Kita terlalu sibuk menjerit-jerit menyuruh orang lain keluar dari neraka sehingga kita terlupa diri kita sendiri sedang berada di dalamnya.




22 comments:

Anonymous said...

tirah: terbaik erna. suka part ni

Saya budak ditarbiyah, tapi saya masih buat benda yang orang lain buat.
Saya budak ditarbiyah, tapi saya masih tidak betul-betul menjaga pakaian saya.
Saya budak ditarbiyah, tapi masih susah untuk konsisten baca al-quran hari-hari.
Saya budak ditarbiyah, tapi saya masih buang masa tengok cerita korea yang heronya mesti seorang yang super cool tapi jatuh cinta dengan heroin yang bodoh dan kelam-kabut.

Unknown said...

*adehh, sape kupas bawang kat sebelah ni*

kerana pahitnya mujahadah mengejar syurga yang manis itu..

jzkk for the reminder..
makan dalamm kot!
=')

Dr. Yumi said...

sahabat tersebut namanya Said bin AMir Al-jumaihy :)

Nina Mazlan said...

^^

tapi part tu bila sister cakap rasa sentap gilos. -.-

Nina Mazlan said...

may Allah bless us sister. rindu nak usrah dgn zetot yang kelam-kabut. :(

'eh paham ke?' nada zetot. :P

Nina Mazlan said...

jazakillahu khairan Dr Yumi. ^^

Unknown said...

hoho, cepat2 la dtg Lancaster, bole usrah sesama..
;)

eh, mcm tu ke? haha..

Unknown said...

itulah haikikatnya kehidupan di dunia ni. Dunia ni sementara jek. Yang kekal nanti adalah akhirat. Dunia tempat nak kumpul bekalan untuk akhirat. Kalau kita terlampau lama menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang ternyata tidak dapat menambah saham akhirat kita, agak-agak bekalan kita nanti cukup tak nak bayar tiket untuk kita masuk syurga?~pesanan buat diri sendiri~

Unknown said...

itulah haikikatnya kehidupan di dunia ni. Dunia ni sementara jek. Yang kekal nanti adalah akhirat. Dunia tempat nak kumpul bekalan untuk akhirat. Kalau kita terlampau lama menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang ternyata tidak dapat menambah saham akhirat kita, agak-agak bekalan kita nanti cukup tak nak bayar tiket untuk kita masuk syurga?~pesanan buat diri sendiri~

Unknown said...

like

Unknown said...

kata2 yg sering kita lupa~itulah haikikatnya kehidupan di dunia, Dunia ni sementara ~ Yang kekal nanti adalah akhirat~pesanan untuk diri sendiri..terima kasih utk artikel ni.

Ana_Solehah said...

erna! sukaaa sangat entry ni. serius betul2 buka mata ana utk bnyk-bnykkan muhasabah pada diri. haruu rasanya. Astaghfirullah. T.T

# AREEN AHMAD #

Nina Mazlan said...

:)

Nina Mazlan said...

areen. ^^ insyaAllah, bukak mata yang menulis ni jugak. :)

afiqah said...

always like your entry ^^

Nina Mazlan said...

alhamdulillah. terima kasih. :)

Anonymous said...

just five words,ur eyes is very beautiful nina~

tq,it touches me so much~

salam ukhuwah dari saudari seakidahmu~

Siti Salha Rosman said...

Salam.

Saya suka tajuk dan isi entri ni. Terima kasih kerana berkongsi dan follow saya di twitter. Salam perkenalan :)

Nina Mazlan said...

alhamdulillah. :)

salam ukhwah ^^

Nina Mazlan said...

waalaikumussalam w.b.t :)

salam perkenalan. ^^

fnma said...

....

Tik tik tik.

Kopipes lalu terus diprint untuk diletakkan di cermin.

Barakallahu fiiki untuk artikel ini, ya ukhti.

Nina Mazlan said...

wa iyyaki. :)