Sunday, February 15, 2015

Wanita & Syurga

Seringkali dalam al-quran, Allah akan sebut pasal bidadari sebagai ganjaran untuk lelaki beriman. Kita yang perempuan ni pernah tak tertanya-tanya,

"Kenapa dalam al quran Allah asyik cerita ganjaran untuk lelaki je yakni bidadari. Ganjaran untuk perempuan kenapa tak disebut-sebut? Biass!"

Eh. Nanti sekejap. Tau tak, di US, pernah dibuat survey. Sekelompok lelaki dan perempuan diberi masa 30 saat untuk tulis, dalam hidup ni apa yang dia paling nak. Satu je! And guess what?

Lelaki, 30 saat tu terlebih cukup. Dan jawapan paling popular, 'you know the answer' (which is PEREMPUAN - sebab yang tanya tu sheikh so yeah lelaki tau apa yang orang lelaki nak kan)

Perempuan, 30 saat tu punyalah sekejap rasa. Sampai ada yang minta balik kertas sbb nak amend. Dan kertas perempuan kebanyakannya banyak tulis-dan-potong.

Sebab apa?

Sebab orang perempuan ni banyak sangat obsesi dia sampai dia sendiri tak tahu apa yang paling dia nak. Sekarang, maybe obsesi dia adalah nak makan putu piring Encik Mutusami. Tapi esok bila dia dah dapat makan putu tu, obsesi dia akan bertukar nak makan putu bambu Encik Bimbo pulak haaaa.

Last-last, jawapan terakhir kebanyakan perempuan adalah, 'it depends.'.

So kenapa dalam al-quran Allah tak cerita pasal ganjaran untuk orang perempuan? Asyik cerita pasal bidadari je? Eh bengang pulak kiteee kan?

SEBAB, Allah tahu perempuan ni banyak sangat benda yang dia nak. Dan obsesi dia berubah-ubah. So tak cukup kalau nak list dalam al-quran.

Seorang sheikh pernah cakap, "dalam syurga, kita boleh dapat semuaaaa benda yang diceritakan dalam al-quran. DAN, semua benda yang kita NAK! Rasa teringin je, zupp, Allah bagi depan mata."

Bias ke tu? 


Friday, January 23, 2015

M.I.M.P.I

"Erna ni memang taknak menulis dah ke?"

"Blog berhabuk tu pergilah cuci kesian dia haa."

"Bila nak update bloggg?"

Banyak soalan-soalan yang menyentap ulu hati ditanya sejak jarang tak pernah menulis dah ni. Dan setiap kali itu juga, alasan saya tetap sama,

"...saya sibuk..."

Pelik kan? Orang lain ada 24 jam tapi boleh buat macam-macam. Saya? *nangis dalam hati*

Dia macam, hm, entah. Kalau dulu saya sangat suka menulis, sebab saya tahu tu boleh jadi salah satu saham akhirat. Tapi sejak dua tiga empat menjak ni, mood tu macam hilang. Lagi-lagi bila dah kerja ni. Sibuk je.

Sampailah, baru-baru ni saya bermimpi.

Dalam mimpi tu, ada dua orang watak, termasuk saya jadi tiga. Salah seorangnya, adik-beradik usrah saya. Lagi seorang, ukhti qawiy (hebat) yang dikenali.

Diorang ni baru je habis exam. Lepastu, adik-beradik usrah saya yang seorang ni tanyalah ukhti tu, dapat berapa pointer? (memang di alam realiti diorang berdua ni satu batch pun dan kebetulan baru dapat results masa tu)

Tanya punya tanya, dapatlah tau ukhti tu dapat dean list.

Saya pun saja lah melawak, tanya ukhti tu, bagilah tips sikit.

Dan jawapan dia simple je, dia kata,

"...Muhammad, ayat 7..."

Dan, mimpi pun habis (okay mungkin tak habis tapi saya ingat sampai situ je hahaha)

Bangun pagi esoknya, malah sampai ke hari ni, saya masih lagi sentap bila ingat ayat tu.

Ditakdirkan, saya memang hafal ayat 47:7 tu sebab one of my favourite juga. Tapi perasaan dia, ya Allah, seolah-olah Allah sedang menegur saya. Dan saya yakin Allah memang tengah tegur saya. Woah.

Sebab tu saya cuba mujahadah, nak start menulis balik. Mungkin akan terasa kekok awal-awal ni, tapi, doakan saya please? Saya takut nanti Allah tanya kat akhirat, "Aku bagi kau bakat, kenapa tak guna untuk islam?" Wahai!

p/s: Saya nak tulis potongan ayat dari surah muhammad, surah ke 47, ayat 7 tu di sini. Tapi mungkin akan lebih sweet kalau korang buka quran dan baca sendiri.

:)

"dan di antara manusia ada yang sanggup mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah..." (2:207)