"Erna ni memang taknak menulis dah ke?"
"Blog berhabuk tu pergilah cuci kesian dia haa."
"Bila nak update bloggg?"
Banyak soalan-soalan yang menyentap ulu hati ditanya sejak jarang tak pernah menulis dah ni. Dan setiap kali itu juga, alasan saya tetap sama,
"...saya sibuk..."
Pelik kan? Orang lain ada 24 jam tapi boleh buat macam-macam. Saya? *nangis dalam hati*
Dia macam, hm, entah. Kalau dulu saya sangat suka menulis, sebab saya tahu tu boleh jadi salah satu saham akhirat. Tapi sejak dua tiga empat menjak ni, mood tu macam hilang. Lagi-lagi bila dah kerja ni. Sibuk je.
Sampailah, baru-baru ni saya bermimpi.
Dalam mimpi tu, ada dua orang watak, termasuk saya jadi tiga. Salah seorangnya, adik-beradik usrah saya. Lagi seorang, ukhti qawiy (hebat) yang dikenali.
Diorang ni baru je habis exam. Lepastu, adik-beradik usrah saya yang seorang ni tanyalah ukhti tu, dapat berapa pointer? (memang di alam realiti diorang berdua ni satu batch pun dan kebetulan baru dapat results masa tu)
Tanya punya tanya, dapatlah tau ukhti tu dapat dean list.
Saya pun saja lah melawak, tanya ukhti tu, bagilah tips sikit.
Dan jawapan dia simple je, dia kata,
"...Muhammad, ayat 7..."
Dan, mimpi pun habis (okay mungkin tak habis tapi saya ingat sampai situ je hahaha)
Bangun pagi esoknya, malah sampai ke hari ni, saya masih lagi sentap bila ingat ayat tu.
Ditakdirkan, saya memang hafal ayat 47:7 tu sebab one of my favourite juga. Tapi perasaan dia, ya Allah, seolah-olah Allah sedang menegur saya. Dan saya yakin Allah memang tengah tegur saya. Woah.
Sebab tu saya cuba mujahadah, nak start menulis balik. Mungkin akan terasa kekok awal-awal ni, tapi, doakan saya please? Saya takut nanti Allah tanya kat akhirat, "Aku bagi kau bakat, kenapa tak guna untuk islam?" Wahai!
p/s: Saya nak tulis potongan ayat dari surah muhammad, surah ke 47, ayat 7 tu di sini. Tapi mungkin akan lebih sweet kalau korang buka quran dan baca sendiri.
:)
"dan di antara manusia ada yang sanggup mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah..." (2:207)
2 comments:
aww. jzkk erna share ayat tu! :)
masha Allah. betol kate kak erna. bile bukak sndiri baru rse sweeeeet tu. auchh smpai ke dsar. hihuuu. jzkk kak.
Post a Comment