Friday, May 27, 2011

sweetnyaaaaaaaa!! *pengsan*

yang ni serius sangat sweet dan comel!
dr cinta, curik!


























sweet kan budak itu?
sweet lagi Allah betul x?
so, kejar cinta Allah dulu, dan cinta dunia Allah akan bagi.

rajin2 bukak blog dr cinta. entri beliau best2.



Sunday, May 22, 2011

Tuhan. Aku kini rindu.

indahnya aturan Allah
x lama Dia biarkan diri ini hanyut dalam lautan dosa
cepat saja Dia menegur dalam surat2 cintaNya
cepat saja Dia menyedarkan melalui perantaraan hamba2Nya

ya Allah
bukan sekali diri ini ego
terasa diri ini bagus kerana ditarbiah
apabila ditegur, mula melenting
padahal satu masa dulu, sebelum ditarbiah
sangat senang diri ini untuk menerima nasihat
adakah ini sifat2 yg patut ada pada diri seorang dai?
berdosanya aku ya Allah




aku tahu islam tu. aku paham islam tu
tapi karat2 jahiliah yg masih melekat mengaburkan pandangan
dasyatnya godaan dunia tidak tertepis dengan iman yg senipis bilahan rambut ini
sering saja diri ini alpa dan lupa
tabiat2 lama masih melekat pada diri
tanpa sedar diri ini terlampau suka mengkritik
sehingga hampir2 saja putus ukhwah yg susah payah dijalin
tanpa sedar diri ini selalu berburuk sangka
padahal acapkali keluar dari mulut ini tadabbur surah al humazah yg disampaikan pada adik2
azab2 kepada si pencela, si pengumpat
tapi di hati sendiri x terasa amaran Allah itu
sudah tertutupkah pintu hati ini ya Allah?

bukan sekali Allah tunjukkan pesananNya dalam surah an-nur

'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka....'
(24:31)

jaga pandangan wahai perempuan yg beriman!
jaga pandangan wahai perempuan yg beriman!
jika tidak menjaga pandangan, tidak tergolong dalam kalangan yg beriman kah?
ya Allah. lekanya diri ini.
selalu saja beralasan
selalu saja mengetepikan arahan
mata dibiar memandang sesuka hati
padahal, wanita pada zaman Rasulullah sangat2 menundukkan pandang
susah sangatkah mahu jadik wanita yg hebat seperti srikandi islam dahulu?
teringat sabda kekasih Allah yg dirindui

"Hai Ali, janganlah engkau menyusuli pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan bukanlah bagimu yang kedua."
“Pandangan adalah anak panah beracun dari anak-anak panah Iblis, sesiapa yang menjauhinya kerana takutkan Aku maka Aku akan gantikannya dengan keimanan yang terasa kemanisannya di dalam hati”



seringkali tangan ini menulis tentang ikhtilat
selalu mulut ini berpesan kepada kawan2, adik2 tentang ikhtilat
tapi tanpa disedari, diri ini sendiri seolah2 seronok ber'ukhwah' dengan yg x sepatutnya
butanya mata dengan keindahan dunia
lemahnya diri dirajai nafsu
benarlah syaitan itu ada di mana2
syaitan itu sentiasa menghadirkan rasa enak apabila berbuat dosa
amaran keras Allah dalam surah al baqarah seolah2 x pernah diketahui

'Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?'
(2:44)

padahal bukankah jari yang menaip ini paling dekat dengan yg apa ditaip?
bukankah yang mendengar yakni telinga ini paling dekat denga mulut ini yang sering memberi nasihat?
sepatutnya diri ini lebih terasa hikmahnya dengan nasihat2 yang dikeluarkan
tapi kadang2 tatkala nasihat disampaikan, aku lupa diri sendiri
khilafnya aku ya Allah

Demi pena , dan apa yang dituliskannya
(68:1)



bagai tersentap mendengar kata2 seorang kakak

"kelesuan dalam mujahadah terjadi kerana salahnya langkah pertama"

reflect kembali
apa niat aku ikut tarbiah pada asalnya?
adakah kerana manisnya ukhwah yang terjalin?
kalau ya, adakah jalan ini akan terus dipilih apabila ukhwah tiba2 lenyap?
atau adakah kerana seronoknya berdaurah, berjaulah, berehlah di luar?
kalau ya, apa yang akan terjadi andai kata tempat ini diserang dan peluang berusrah di luar tiada lagi?
adakah kerana kawan2 yang mengajak?
kalau ya, adakah diri ini akan terus tabah seandainya kawan itu sendiri tiba2 berhenti berjuang di jalan payah ini?

'sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat'

NIAT! NIAT! NIAT!

salah niat bererti salah langkah pemula
dan salah langkah pemula itulah penyumbang kepada kelesuan dalam bermujahadah
makin lama diri makin bosan mahu berusrah
makin lama diri makin ego untuk menerima nasihat
makin lama diri makin susah mahu lepaskan dunia
x macam mula2 ditarbiah
tahu saja benda itu salah, terus ditinggalkan
sekarang?
 
ya Allah, aku rindu saat2 awal ditarbiah
ya Allah, elakkan aku dari menjadi orang yang ditapis
'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?'
(29:2)


:(


Tuesday, May 17, 2011

cuak!

apa itu cuak?

cuak tu bila kau rasa macam nak jalan ke hulu hilir x nak duduk diam

cuak tu bila kau rasa macam kau x pernah study apa2 langsung padahal esok exam

cuak tu bila kau ambil masa beberapa jam utk siapkan satu soalan 5 markah

cuak tu bila kau rasa macam nak tidur 2 3 hari supaya kau x fikir dah pasal study

cuak tu bila kau rasa macam nak bersihkan toilet malam2 sebab nak hilangkan rasa cuak

cuak tu bila kau rasa macam nak buat kerja gila dan gelak sepanjang masa

cuak tu bila kau rasa macam nak quit kolej dan suruh mak kau carik suami satu utk kau

cuak tu bila kau rasa macam nak marah orang yang tengah study

cuak tu bila kau rasa macam nak panggil semua classmate kau suruh buat demonstrasi kata x nak exam

cuak tu bila kau ada masa lagi nak bukak FB tulis status pelik2

cuak tu bila kau tulis dalam blog yg kau cuak sebab kalau nak lepas dekat orang diorang semua tengah kiasu study

and the list goes on~

CUAK TAHAP KARMA DAH NIH T.T


Wednesday, May 11, 2011

suara hati di kala exam

SERABUT 1

cuba bayang ada kedai ABC banyak2 dekat satu kawasan ni
dan kau salah seorang penjual ABC tersebut
dan adalah beberapa pelanggan yg datang, nak tempah ABC dr kau
siap tulis nama dah
dan kau pon dgn excitednya buat preparation untuk buat ABC yg ditempah
tiba2 x lama lepas tu, pelanggan kau datang cakap nak cancel ABC yg ditempah
kau discover, rupa2nya ada penjual ABC yg lain telah membuat promosi habis-habisan
sampai pelanggan2 kau pon dia tarik
padahal dia tahu, pelanggan2 tersebut telah buat tempahan ABC kat kau
apa perasaan kau?

saya x kata itu salah, saya kata itu x beretika
walaupun dia yg menarik pelanggan2 kau tu bg alasan
"to keep the options open"
still, saya rasa itu sgt x sopan dan x beretika

esp kalau dia yg menarik pelanggan2 kau tu adalah kenalan rapat kau
dan org yg boleh dikatakan sgt bagus ilmunya dalam agama
adakah itu satu contoh yg patut diberikan oleh org2 yg mempunyai ciri begini?

respect is something that you earn
if you don't respect people, don't expect people to respect you

tapi ada satu hadis
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahawa Rasulullah saw bersabda:
Janganlah seorang muslim menawar atas penawaran saudaranya
cuma saya  x tahu boleh aplikasi x hadis ni dalam situasi di atas
:(

SERABUT 2:

katalah kau jadi ahli PBSM
bukan Persatuan Berehat Sampai Mati
tapi mmg betul2 Persatuan Bulan Sabit Merah
secara generalnya, mmglah persatuan tu hebat bab2 menjaga keselamatan org masa hari sukan ni
tapi, x semestinya bila kau dah jadi ahli PBSM tu, kau kena ikut segala benda yg diajar tanpa mengkaji benda yg diajar tu betul atau salah
contoh: persatuan tu ajar kalau org mati lemas kau kena sepak dia 90 degree
xkanlah kau nak ikut? =.=
dulu2 bolehlah aplikasi ''sami'na wa ata'na'' tu
sekarang mana boleh sbb banyak unsur2 tambahan yg ingin menyesatkan
lepas tu kalau ada ahli PBSM sekolah lain cakap cara persatuan kau ajar tu salah
kau argue, kau debat, kau cakap persatuan dia yg salah
lepas tu kau pergi panggil ramai2 masuk PBSM sekolah kau
bagi kau the more the the merrier
betul, tp cara kau nak approach org supaya pilih PBSM sekolah kau tu buat org rasa mcm nak band PBSM seluruh negara
apa kau nak jawab?

ingat balik niat asal kau
masuk persatuan tu kenapa

"matlamat kita adalah sekian2, bukan meramaikan ahli persatuan"
sekian terima kasih

SERABUT 3:

makin lama saya makin reluctant nak blah dari KY

kawan2 yg banyak menghiburkan hati
kawan2 yg suka membebel macam seorang mak
kawan2 yg suka gelakkan benda yg kadang2 saya rasa x lah lawak mana
kawan2 yg semakin hari semakin memahami
kawan2 yg suka pangkah orang.hehs =.=
kawan2 yg ........ (sambunglah banyak lg, x larat den~)

juniors yg menggerunkan dgn aura genius drg
juniors yg comel
juniors yg layan saya mcm adik drg jek =.=
juniors yg panggil saya nenek (mak cik, tahun depan awak lak jadik nenek :P)
juniors yg ........ (sambung yg ni jugak!)

suasana KY yg xlah buruk mana sebenarnya
ke'bias'an KY yg suka buat black out chalet saya jek
surau as-saad yg sentiasa ceria dgn manusia2 sengal di dalamnya
katak (oh, mungkin nenek katak) yg sgt besar saiznya
kucing KY yg dah banyak yg melahirkan 'cucu' untuk saya (cucu2 saya sgt comel KOT!)
DH, ACAD, GH, dan sebagainya

serta House of Diamond yg semakin hebat dgn kehadiran juniors (oh, it can't be denied~)
cheers yg menggelikan hati
house event yg memeningkan kepala
dan itu, itu dan itu :)

and the list goes onnnnn~~

oh, saya mesti sgt rindu lepas keluar KY nanti
sekarang, semua org tengah kiasu
dah x meriah macam dulu2 :(

'things were changing
our cheerful music reversed its tune
it was like having salt without pepper
a sun without its moon'

SERABUT 4:

hari ni birthday mak cik nabilah karim
nah hadiah!


hambek kau, pink teghuih!
semoga berjaya jadik student LSE :)


mode: bruno mars, marry you