Sunday, May 22, 2011

Tuhan. Aku kini rindu.

indahnya aturan Allah
x lama Dia biarkan diri ini hanyut dalam lautan dosa
cepat saja Dia menegur dalam surat2 cintaNya
cepat saja Dia menyedarkan melalui perantaraan hamba2Nya

ya Allah
bukan sekali diri ini ego
terasa diri ini bagus kerana ditarbiah
apabila ditegur, mula melenting
padahal satu masa dulu, sebelum ditarbiah
sangat senang diri ini untuk menerima nasihat
adakah ini sifat2 yg patut ada pada diri seorang dai?
berdosanya aku ya Allah




aku tahu islam tu. aku paham islam tu
tapi karat2 jahiliah yg masih melekat mengaburkan pandangan
dasyatnya godaan dunia tidak tertepis dengan iman yg senipis bilahan rambut ini
sering saja diri ini alpa dan lupa
tabiat2 lama masih melekat pada diri
tanpa sedar diri ini terlampau suka mengkritik
sehingga hampir2 saja putus ukhwah yg susah payah dijalin
tanpa sedar diri ini selalu berburuk sangka
padahal acapkali keluar dari mulut ini tadabbur surah al humazah yg disampaikan pada adik2
azab2 kepada si pencela, si pengumpat
tapi di hati sendiri x terasa amaran Allah itu
sudah tertutupkah pintu hati ini ya Allah?

bukan sekali Allah tunjukkan pesananNya dalam surah an-nur

'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka....'
(24:31)

jaga pandangan wahai perempuan yg beriman!
jaga pandangan wahai perempuan yg beriman!
jika tidak menjaga pandangan, tidak tergolong dalam kalangan yg beriman kah?
ya Allah. lekanya diri ini.
selalu saja beralasan
selalu saja mengetepikan arahan
mata dibiar memandang sesuka hati
padahal, wanita pada zaman Rasulullah sangat2 menundukkan pandang
susah sangatkah mahu jadik wanita yg hebat seperti srikandi islam dahulu?
teringat sabda kekasih Allah yg dirindui

"Hai Ali, janganlah engkau menyusuli pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan bukanlah bagimu yang kedua."
“Pandangan adalah anak panah beracun dari anak-anak panah Iblis, sesiapa yang menjauhinya kerana takutkan Aku maka Aku akan gantikannya dengan keimanan yang terasa kemanisannya di dalam hati”



seringkali tangan ini menulis tentang ikhtilat
selalu mulut ini berpesan kepada kawan2, adik2 tentang ikhtilat
tapi tanpa disedari, diri ini sendiri seolah2 seronok ber'ukhwah' dengan yg x sepatutnya
butanya mata dengan keindahan dunia
lemahnya diri dirajai nafsu
benarlah syaitan itu ada di mana2
syaitan itu sentiasa menghadirkan rasa enak apabila berbuat dosa
amaran keras Allah dalam surah al baqarah seolah2 x pernah diketahui

'Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?'
(2:44)

padahal bukankah jari yang menaip ini paling dekat dengan yg apa ditaip?
bukankah yang mendengar yakni telinga ini paling dekat denga mulut ini yang sering memberi nasihat?
sepatutnya diri ini lebih terasa hikmahnya dengan nasihat2 yang dikeluarkan
tapi kadang2 tatkala nasihat disampaikan, aku lupa diri sendiri
khilafnya aku ya Allah

Demi pena , dan apa yang dituliskannya
(68:1)



bagai tersentap mendengar kata2 seorang kakak

"kelesuan dalam mujahadah terjadi kerana salahnya langkah pertama"

reflect kembali
apa niat aku ikut tarbiah pada asalnya?
adakah kerana manisnya ukhwah yang terjalin?
kalau ya, adakah jalan ini akan terus dipilih apabila ukhwah tiba2 lenyap?
atau adakah kerana seronoknya berdaurah, berjaulah, berehlah di luar?
kalau ya, apa yang akan terjadi andai kata tempat ini diserang dan peluang berusrah di luar tiada lagi?
adakah kerana kawan2 yang mengajak?
kalau ya, adakah diri ini akan terus tabah seandainya kawan itu sendiri tiba2 berhenti berjuang di jalan payah ini?

'sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat'

NIAT! NIAT! NIAT!

salah niat bererti salah langkah pemula
dan salah langkah pemula itulah penyumbang kepada kelesuan dalam bermujahadah
makin lama diri makin bosan mahu berusrah
makin lama diri makin ego untuk menerima nasihat
makin lama diri makin susah mahu lepaskan dunia
x macam mula2 ditarbiah
tahu saja benda itu salah, terus ditinggalkan
sekarang?
 
ya Allah, aku rindu saat2 awal ditarbiah
ya Allah, elakkan aku dari menjadi orang yang ditapis
'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?'
(29:2)


:(


2 comments:

Unknown said...

hurm ..

jalan yg panjang n penuh duri kan?
kadang2 kita brjaya jek elak duri tu, tp most of the time, byk jek yg akn tercucuk kt kaki kita ..

dan bkn senang nk buang duri2 tu kan?
nk kena tahan sakit, nak kena letak ubat, n perjalanan x boleh dihentikan, hanya kerana rasa sakit yg masih tersisa ..

Dan insyaAllah, hanya org2 yg yakin akn bestnya pengakhiran jalan ni, yg akn terus kekal dan akn terus sanggup menahan sakit dan penat dan lelah dlm mengharunginya ..

erk, rase x hensem lak ckp camni .. heheh .. tp sume yg awk ckp tu, terasa jek kat diri sendiri .. pada sy, apa yg penting, our support system! kita mmg x kuat nk buat semuanya sorang2 .. have faith in Allah dear .. insyaAllah, u'll be alryte!

=)

Nina Mazlan said...

hee.tot, xhensem menda, amcho KOT cakap camtu :P

a'ah,betul2.setuju bangat.susah kot nak buang karat2 tu :(

btw, thanx a lot kakak!have faith in Allah too ^^

miss you (: