Thursday, September 22, 2011

saya berhijab, saya rasa saya...



dulu masa sekolah rendah pakai hijab 'pakai buang'
lower form pon sama
jgn terkejut, saya free hair lama

masuk taiping, baru ok sikit
start pakai sepanjang masa
dan Alhamdulillah kat ky hijab mula dijadikan sebagai pelindung aurat, bukan sekadar penutup rambut

tapi still, taklah rasa sangat efek hijab pada diri
sebab most of the students mmg pakai hijab
plus, hidup dikelilingi oleh kawan2 melayu

tapi, sejak masuk HELP
hidup dikelilingi oleh bangsa2 lain
nak tengok org melayu, macam rasa nak tengok pemain MU secara life. susah sangat. -_-"

dalam kelas, 98% cina, 2% bangsa lain
dan yg berhijab, aku seorang

apa yg specialnya jadik 'alien' berhijab ni?
dengar baik2 wahai muslimah. sbb saya takkan ulang ini sampai 10 kali.

bila saya seorang jek yg berhijab, saya ada satu perasaan lain dlm diri
*pause sekejap* bukan riak, bukan bangga, bukan perasan bagus
tapi, perasaan yg susah nak gambarkan

saya berhijab, saya rasa saya dihormati
kalau org nak tegur saya, mereka gunakan nada yg sopan
kalau org nak berkenalan dgn saya, mereka akan cakap sori bila saya geleng kepala cakap taknak shake hand. dan mereka tak marah pon walau saya menolak.


saya berhijab, saya rasa saya disayangi
bila saya nak lalu, mereka cepat2 bagi jalan dekat saya
masa saya nak naik bas, mereka takkan himpit saya macam mereka himpit org lain

saya berhijab, saya rasa saya special
sbb bila org lain tak dtg kelas, susah org nak perasan
tp bila saya terskip kelas, satu kelas tahu sbb tetiba takde perempuan berhijab dalam kelas hari tu

saya berhjab, saya rasa saya dijaga
setiap kali org hulurkan makanan, mereka akan cakap 'but i'm not sure whether this is halal'. atau, 'no worries. i bought this at the malay/mamak stall'.

saya berhijab, saya rasa org sgt caring pada saya
bila ada kelas tengahari sampai petang, saya terpaksa keluar sekejap untuk solat
bila balik kelas, akan ada org yg explain dekat saya apa yg saya dah tertinggal

saya berhijab, saya rasa saya difahami
kawan2 sekelas takkan ajak saya ke parti2 atau aktiviti2 yg tak sesuai saya pergi
so, tak perlu gusar lg nak tolak aktiviti2 macam tu

saya berhijab, saya rasa saya dicintai
bukan oleh rakan sekelas. tapi, oleh Allah yg Esa
sbb Dia campak saya kat planet lain pon, saya still jaga hak Dia

how special hijab woman is
i wish, women out there, can share this amazing feeling

perasaan yg susah nak digambarkan
hanya yg tertentu, yg dapat rasa
dan, semoga kamu adalah yg 'tertentu' itu

:)




Sunday, September 18, 2011

p/s: today’s thorn is tomorrow's flower. ♥♥




This is a beautiful message. May it give you peace and hope.

Once there was a man who asked ALLAH for a flower and a butterfly

But instead he got a cactus and a caterpillar

The man was sad, he didn’t understand why his request was mistaken

Then he thought: Oh well, ALLAH has too many people to care for

And decided not to question.

After some time, the man went to check up on his request that he had left forgotten

to his surprise, from the thorny & ugly cactus a beautiful flower had grown.

And the unsightly caterpillar had been transformed into the most beautiful butterfly.

ALLAH always does things right!

His way is always the best way, even if it seems to go wrong.

If u asked ALLAH for one thing and received another,

TRUST

You can be sure that He will always give you what u need at the appropriate time

What u want,

Is not always what you need.

So keep on going for Him without doubting or murmuring.


*quoted fr bugsphilic*
 



If you feel that you're very down ,
just close your eyes and say:
"This is my journey. He puts me here.
It's His plan. So I have just to carry on and trust Him"

********

Rasulullah (PBUH) said : "Make things easy! And do not make them complicated! Be cheerful! And do not be repulsive." [Sahih Bukhari]


ALLAH gives the very best to those who leave the choices up to Him (:


bila dah selalu ada dlm comfort zone, perubahan yg sedikit buat hidup tunggang-langgang


Wednesday, September 14, 2011

First Day: HELP version.

CULTURE SHOCK! -_-"

there will be two possible outcomes

1. end up dgn aku ckp english macam air/
 
2. atau aku jadik budak senyap yg kiasu gila study.

just wait and see

*mathematics 1*
*statistics 1*
*mathematics 2*
*statistics 2*
*principle of accounting*
*intro. to economics*

sahaja aku belajar kerana Allah taala

:)


Sunday, September 11, 2011

I Love You ALIEN.


sebelum ditarbiyah dulu
bila nampak org pakai baju besar2 aku rasa org tu pelik
bila nampak org pakai tudung labuh2 aku rasa org tu pelik
bila nampak org pegang al quran sepanjang masa aku rasa org tu pelik
bila nampak org pergi solat jemaah hari2 aku rasa org tu pelik

sebelum ditarbiyah dulu
bila aku sekali sekala masuk surau aku rasa dikecam,
seolah-olah semua org pandang aku mcm aku buang tebiat datang surau haritu
bila aku pakai baju besar sikit aku rasa macam semua org buat pandangan sinis dekat aku, sambil cakap dalam hati 'haa, ada pon baju besar minah ni'
bila aku jalan sambil pegang al quran aku rasa macam semua org nak datang dekat aku, dan tanya, 'nak bg siapa al quran ni?'

sebelum ditarbiyah dulu
aku benci dgn org pakai baju besar2, pakai tudung labuh2
aku benci nak datang surau sbb 'budak surau' seolah-olah tak suka aku datang
aku malu nak pegang al quran sbb nanti org kata aku dah dpt hidayah
aku malu nak join usrah sbb aku takut org kata aku ekstremis

sebelum ditarbiyah dulu
aku rasa mcm aku hidup dikelilingi alien yg jumud
tapi segalanya berubah setelah aku menerima tarbiyah

sejak menerima tarbiyah
aku kagum dgn org2 yg pakai baju besar2 dan tudung labuh2
dalam hati mesti cakap 'cekalnya diorang. satu hari nanti nak jadi macam tu'.
aku kagum dgn org yg istiqamah solat jemaah hari2
dalam hati akan terdetik, 'bila aku nak istiqamah mcm tu?'.

sejak menerima tarbiyah
aku rasa dihargai setiap kali aku masuk surau
walaupun tak dijemput macam puteri, tak ditreat macam bidadari,
sbb aku tau, nun di atas sana, Allah sdg mengalu-alukan kedatangan aku
aku rasa seronok setiap kali terima org baru dlm surau
tapi tak tercapai untuk luahkan sbb takut dikata memerli
padahal jauh di sudut hati, rasa mcm nak bentang karpet merah supaya org tu dtg lg

sejak menerima tarbiyah
aku tak kisah dikata ekstremis
walaupun hakikatnya org lain yg terlampau terbuka
aku lawak bila dapat label 'budak surau', atau 'budak usrah'
bukan kami melabel diri sendiri, tp ntah siapa yg baik hati label macam tu
setiap kali dapat panggilan baru, dlm hati mesti berdoa
'ya Allah, semoga panggilan kami di dunia ini akan diganti dgn panggilan PENGHUNI SYURGA di akhirat kelak'

sejak menerima tarbiyah
aku tak lg rasa aku hidup bersama alien yg jumud
semuanya kelihatan biasa pada aku
cuma kdg2 aku pulak yg dianggap alien

sejak menerima tarbiyah
aku terfikir satu teori

'biasalah tu, kalau org tu lain sikit dr kita, mulalah kita rasa dia pelik, kita rasa dia alien. tp kita terlupa, kita juga sebenarnya adalah alien bg org lain yg tak sefikrah dgn kita. so, alien planet mana pon, kalau kita hidup bersatu padu, aman damai, mesti takkan timbul gelaran2 tak elok atau pandangan2 kurang baik sesama kita.'

cubalah memahami alien2 disekeliling kita
alien planet mana pon kita dtg, kita jgn lupa
kita datang dr Tuhan yg sama
dan kembali kepada Tuhan yg sama
dan kita hanyalah seorang bakal jenazah.

'aku pernah lalui 2 fasa dlm hidup. dan fasa kedua (sejak menerima tarbiyah) lebih aku cintai.'




Saturday, September 10, 2011

Allah perlu kita ke kita yg perlu Allah? eh?


manusia insan paling special yg Allah cipta. tapi manusia insan yg paling suka 'buang' Allah

sepanjang usia kita, cuba ingat balik berapa banyak kali kita 'buang' Allah. apa? tak ingat? ohh. biasalah, manusia kan insan. insan tu sifatnya pelupa.

Allah bg kita tengok dunia, keluar dr perut mak kita dgn selamat. cuba kira, berapa kali jek kita pernah rasa bersyukur dgn benda ni? selalunya bila dapat benda besar2 baru kita tahu bersyukur.

Allah bg kita kejayaan sejak kita belum lahir lg. bayang, berjuta-juta melon sperma yg berebut2 nak jumpa dgn ovum, kita yg berjaya. ye, kita hina, kita ni asalnya sperma jek, tapi kita sperma yg sombong. pernah kita rasa bersyukur sbb dapat kejayaan besar ni?

sejak sekolah rendah Allah bg kejayaan. tiba2 sampai sekolah menengah sangkut sikit dalam exam, tak lepas masuk universiti. apa kita buat? kita marah Allah. 'penat2 aku belajar, Allah bg failed pulak!' kata kita. kita terus tinggalkan solat segala, merajuk.

tu kalau tak lepas. cuba kalau lepas. kita cakap pulak 'Alhamdulillah, usaha saya banyak. mmg patut dapat pon'. kita mention nama Allah sekali jek, yg banyaknya kita mention nama kita. sekali lg kita 'buang' Allah. padahal sebelum dapat, beria-ria mintak kat Allah.

bila jalan2, musafir. cuba tanya diri sendiri, aku jaga tak solat aku? padahal rukhsah yg Allah bg kat musafir sgtlah byk. siap boleh qasar solat, jamak segala. tp still, tak ramai yg buat. byk yg tinggalkan. tak solat terus. 'takpe, kat rumah aku solat penuh', kata kita. baru dapat berjalan sikit, bergembira melancong, kita dah 'buang' Allah. haih.

okeh. sekarang, cuba tukar watak.
*jeng jeng jeng*

kita tinggal solat 5 waktu. kita cakap solat tu penat. Allah buat apa? ada Allah kata, 'penatlah jaga budak ni. tak payah jagalah'. tak, Allah still jaga kita, lindung kita dr bahaya.

kita marah Allah sbb tak bg apa yg kita nak. Allah buat apa? Allah senyum jek. tunggu kita dtg dekat Dia balik. cuba kalau kita yg tak bg apa yg Allah nak *tak solat, tak tutup aurat. pernah Allah marah? kalau Allah marah, dah lama dah kita mati, sbb Allah dah malas nak tahan langit dr jatuh dekat kita, Allah malas nak bg oksigen utk kita bernafas, Allah malas nak kawal perjalanan darah dlm badan kita. haa, pernah?

kita buat macam2 benda yg Allah larang, tp Allah tak pernah sesaat pon tinggalkan kita. padahal, Allah dah state dlm Al Quran, yg kalau Dia nak, bila2 masa jek Dia boleh hapuskan kita.

"wahai manusia, kamulah yg memerlukan Allah; dan Allah Dialah yg Maha Kaya, Maha Terpuji.jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru untuk menggantikan kamu. dan yg demikian itu tidaklah sulit bagiNya."

[35:15-17]

nak cipta kita sangatlah mudah bg Allah. dah lah kita ni complicated. cuba belajar biologi, bermacam2 istilah yg ada dalam badan kita ni. so, kita ingat nak hapuskan kita tu susah ke bg Allah? ekeleh, kacang jek wehhh.

tapi, Allah buat ke? kita abaikan perintah Allah, kalau Allah nak, Dia boleh hapsukan kita masa tu jugak. 'hah, malas aku nak jaga budak ni, suka langar perintah. aku nak gantikan dgn yg lebih baiklah'. tapi Allah tak buat.

kita buat salah, Allah senyum jek. Allah cakap, 'takpe, dia tengah belajar lagi tu'.
kita langgar perintah Allah, Allah sabar jek. Allah still tunggu kita datang dekat Dia.

nak ikutkan, dah berjuta-juta peluang yg kita dapat dr Allah. tapi, adakah kita sedar benda tu? tidakkah kita berfikir?

kitakah yg perlukan Allah, atau Allah yg perlukan kita? kalau ikutkan, takde efek kat Allah pon kita ni langgar larangan Dia ke tak. tapi, benda tu efek diri kita. bukan Allah yg tak sayang kita, tp kita yg tak sayang diri sendiri. lagi mau blame Allah. heh.

"wahai manusia, kamulah yg memerlukan Allah..."

sedarlah wahai insan. ohh manusia~