Saturday, September 10, 2011

Allah perlu kita ke kita yg perlu Allah? eh?


manusia insan paling special yg Allah cipta. tapi manusia insan yg paling suka 'buang' Allah

sepanjang usia kita, cuba ingat balik berapa banyak kali kita 'buang' Allah. apa? tak ingat? ohh. biasalah, manusia kan insan. insan tu sifatnya pelupa.

Allah bg kita tengok dunia, keluar dr perut mak kita dgn selamat. cuba kira, berapa kali jek kita pernah rasa bersyukur dgn benda ni? selalunya bila dapat benda besar2 baru kita tahu bersyukur.

Allah bg kita kejayaan sejak kita belum lahir lg. bayang, berjuta-juta melon sperma yg berebut2 nak jumpa dgn ovum, kita yg berjaya. ye, kita hina, kita ni asalnya sperma jek, tapi kita sperma yg sombong. pernah kita rasa bersyukur sbb dapat kejayaan besar ni?

sejak sekolah rendah Allah bg kejayaan. tiba2 sampai sekolah menengah sangkut sikit dalam exam, tak lepas masuk universiti. apa kita buat? kita marah Allah. 'penat2 aku belajar, Allah bg failed pulak!' kata kita. kita terus tinggalkan solat segala, merajuk.

tu kalau tak lepas. cuba kalau lepas. kita cakap pulak 'Alhamdulillah, usaha saya banyak. mmg patut dapat pon'. kita mention nama Allah sekali jek, yg banyaknya kita mention nama kita. sekali lg kita 'buang' Allah. padahal sebelum dapat, beria-ria mintak kat Allah.

bila jalan2, musafir. cuba tanya diri sendiri, aku jaga tak solat aku? padahal rukhsah yg Allah bg kat musafir sgtlah byk. siap boleh qasar solat, jamak segala. tp still, tak ramai yg buat. byk yg tinggalkan. tak solat terus. 'takpe, kat rumah aku solat penuh', kata kita. baru dapat berjalan sikit, bergembira melancong, kita dah 'buang' Allah. haih.

okeh. sekarang, cuba tukar watak.
*jeng jeng jeng*

kita tinggal solat 5 waktu. kita cakap solat tu penat. Allah buat apa? ada Allah kata, 'penatlah jaga budak ni. tak payah jagalah'. tak, Allah still jaga kita, lindung kita dr bahaya.

kita marah Allah sbb tak bg apa yg kita nak. Allah buat apa? Allah senyum jek. tunggu kita dtg dekat Dia balik. cuba kalau kita yg tak bg apa yg Allah nak *tak solat, tak tutup aurat. pernah Allah marah? kalau Allah marah, dah lama dah kita mati, sbb Allah dah malas nak tahan langit dr jatuh dekat kita, Allah malas nak bg oksigen utk kita bernafas, Allah malas nak kawal perjalanan darah dlm badan kita. haa, pernah?

kita buat macam2 benda yg Allah larang, tp Allah tak pernah sesaat pon tinggalkan kita. padahal, Allah dah state dlm Al Quran, yg kalau Dia nak, bila2 masa jek Dia boleh hapuskan kita.

"wahai manusia, kamulah yg memerlukan Allah; dan Allah Dialah yg Maha Kaya, Maha Terpuji.jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru untuk menggantikan kamu. dan yg demikian itu tidaklah sulit bagiNya."

[35:15-17]

nak cipta kita sangatlah mudah bg Allah. dah lah kita ni complicated. cuba belajar biologi, bermacam2 istilah yg ada dalam badan kita ni. so, kita ingat nak hapuskan kita tu susah ke bg Allah? ekeleh, kacang jek wehhh.

tapi, Allah buat ke? kita abaikan perintah Allah, kalau Allah nak, Dia boleh hapsukan kita masa tu jugak. 'hah, malas aku nak jaga budak ni, suka langar perintah. aku nak gantikan dgn yg lebih baiklah'. tapi Allah tak buat.

kita buat salah, Allah senyum jek. Allah cakap, 'takpe, dia tengah belajar lagi tu'.
kita langgar perintah Allah, Allah sabar jek. Allah still tunggu kita datang dekat Dia.

nak ikutkan, dah berjuta-juta peluang yg kita dapat dr Allah. tapi, adakah kita sedar benda tu? tidakkah kita berfikir?

kitakah yg perlukan Allah, atau Allah yg perlukan kita? kalau ikutkan, takde efek kat Allah pon kita ni langgar larangan Dia ke tak. tapi, benda tu efek diri kita. bukan Allah yg tak sayang kita, tp kita yg tak sayang diri sendiri. lagi mau blame Allah. heh.

"wahai manusia, kamulah yg memerlukan Allah..."

sedarlah wahai insan. ohh manusia~




1 comment:

Norain Ishak said...

mantoppp lahhh,,

antara benda yang complicated selain organ, blood vessel ke apa ke, ialah perasaan,,

rasa suka, rasa gembira, rasa sedih, rasa jiwang, rasa excited gila, rasa takut, rasa sayang eh rasa sayang sayang ehhh,,, =)