Sunday, September 11, 2011

I Love You ALIEN.


sebelum ditarbiyah dulu
bila nampak org pakai baju besar2 aku rasa org tu pelik
bila nampak org pakai tudung labuh2 aku rasa org tu pelik
bila nampak org pegang al quran sepanjang masa aku rasa org tu pelik
bila nampak org pergi solat jemaah hari2 aku rasa org tu pelik

sebelum ditarbiyah dulu
bila aku sekali sekala masuk surau aku rasa dikecam,
seolah-olah semua org pandang aku mcm aku buang tebiat datang surau haritu
bila aku pakai baju besar sikit aku rasa macam semua org buat pandangan sinis dekat aku, sambil cakap dalam hati 'haa, ada pon baju besar minah ni'
bila aku jalan sambil pegang al quran aku rasa macam semua org nak datang dekat aku, dan tanya, 'nak bg siapa al quran ni?'

sebelum ditarbiyah dulu
aku benci dgn org pakai baju besar2, pakai tudung labuh2
aku benci nak datang surau sbb 'budak surau' seolah-olah tak suka aku datang
aku malu nak pegang al quran sbb nanti org kata aku dah dpt hidayah
aku malu nak join usrah sbb aku takut org kata aku ekstremis

sebelum ditarbiyah dulu
aku rasa mcm aku hidup dikelilingi alien yg jumud
tapi segalanya berubah setelah aku menerima tarbiyah

sejak menerima tarbiyah
aku kagum dgn org2 yg pakai baju besar2 dan tudung labuh2
dalam hati mesti cakap 'cekalnya diorang. satu hari nanti nak jadi macam tu'.
aku kagum dgn org yg istiqamah solat jemaah hari2
dalam hati akan terdetik, 'bila aku nak istiqamah mcm tu?'.

sejak menerima tarbiyah
aku rasa dihargai setiap kali aku masuk surau
walaupun tak dijemput macam puteri, tak ditreat macam bidadari,
sbb aku tau, nun di atas sana, Allah sdg mengalu-alukan kedatangan aku
aku rasa seronok setiap kali terima org baru dlm surau
tapi tak tercapai untuk luahkan sbb takut dikata memerli
padahal jauh di sudut hati, rasa mcm nak bentang karpet merah supaya org tu dtg lg

sejak menerima tarbiyah
aku tak kisah dikata ekstremis
walaupun hakikatnya org lain yg terlampau terbuka
aku lawak bila dapat label 'budak surau', atau 'budak usrah'
bukan kami melabel diri sendiri, tp ntah siapa yg baik hati label macam tu
setiap kali dapat panggilan baru, dlm hati mesti berdoa
'ya Allah, semoga panggilan kami di dunia ini akan diganti dgn panggilan PENGHUNI SYURGA di akhirat kelak'

sejak menerima tarbiyah
aku tak lg rasa aku hidup bersama alien yg jumud
semuanya kelihatan biasa pada aku
cuma kdg2 aku pulak yg dianggap alien

sejak menerima tarbiyah
aku terfikir satu teori

'biasalah tu, kalau org tu lain sikit dr kita, mulalah kita rasa dia pelik, kita rasa dia alien. tp kita terlupa, kita juga sebenarnya adalah alien bg org lain yg tak sefikrah dgn kita. so, alien planet mana pon, kalau kita hidup bersatu padu, aman damai, mesti takkan timbul gelaran2 tak elok atau pandangan2 kurang baik sesama kita.'

cubalah memahami alien2 disekeliling kita
alien planet mana pon kita dtg, kita jgn lupa
kita datang dr Tuhan yg sama
dan kembali kepada Tuhan yg sama
dan kita hanyalah seorang bakal jenazah.

'aku pernah lalui 2 fasa dlm hidup. dan fasa kedua (sejak menerima tarbiyah) lebih aku cintai.'




4 comments:

Aizuddin Abdul Hamid said...

bestie: alhamdulillah, teruskan istiqamah ;)

shknhssn. said...

woahh. sukaaa. :))

Saya Piya said...

i lap u too alien ngaaa.. =DD

Lala Chan said...

=)