Tuesday, January 31, 2012

A, B, C atau D - Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Makin hari makin sibuk dengan kerja dunia. Tu lah manusia, bila kerja dunia cepat jek nak siapkan. Bila kerja akhirat tu bertangguh bukan main lama. T__T Nak tulis pun tak sempat. Nak pergi approach orang face to face apatah lagi, takde masa langsung. KONON! Orang lain ada 24 jam jugak! Kenapa orang lain sempat nak siapkan semua kerja dunia, dan sempat jugak nak berdakwah ke sana sini? Dah berapa lama tak pergi ky jumpa adik2. Ohh sgt sori ye budak bertiga. :(

Nak jadik hebat! Nak jadik hebat! Nak jadik macam sister2 yang banyak2 tu. Yang boleh drive jauh2 untuk bagi usrah dekat adik2. Nak jadik macam adik2 yang hebat2 tu. Yang boleh konsisten datang usrah setiap minggu. Haih2.

Cakap jek buat apa kan kalau tak buat? Tu lah lagi satu perangai buruk manusia. -.- Dahlah. Sila share something yang bermanfaat sikit. Ayuh membaca!

 Anda mahu tahu bagaimana masyarakat islam zaman sekarang? Secara amnya, kita boleh bahagikan kepada empat golongan. Golongan A, B, C dan D.

1. A = AWAM

Masyarakat yang tergolong dalam kategori awam adalah masyarakat yang islam hanya pada nama, yakni islam 'I' (besar) dan bukan islam 'i' (kecil). Paham istilah 'i' (kecil) dan  'I' (besar)? Baiklah, mari kita lihat contoh seperti di bawah.

Seorang budak berkata ‘saya Jahat’. Kita lihat pada J (besar) yang mana maksudnya nama budak tersebut ‘Jahat’ tetapi tidak bermakna sikap atau perbuatan budak tersebut jahat. Seperti mana yang kita belajar dalam pelajaran Bahasa Melayu, kata nama perlu dimulakan dengan huruf besar bukan? Baiklah, sekarang seorang budak yang lain pula berkata ‘saya jahat'. Sekali lagi kita lihat pada j (kecil) yang mana maksudnya budak tersebut memang jahat sama ada dari segi perbuatan atau sikap. Tetapi nama budak tersebut tidak semestinya Jahat. Mungkin Abu, Ali, Seman dan sebagainya.

Sekarang, kita aplikasi konsep ini pada islam/Islam. ISLAM i (kecil), maksudnya seseorang itu memang mengamalkan cara hidup sebagai seorang islam. Dia solat, puasa dan melakukan ibadah-ibadah lain. Manakala ISLAM I (besar), seseorang itu meletakkan islam hanya pada nama. Islam hanya dalam IC, tetapi hakikatnya dia tidak pernah bersolat, berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakannya.

Dan sudah terang lagi bersuluh, golongan A ini semakin menguasai dunia. Boleh kata mereka ini golongan majoriti. Tamat penuh.

2. B = BIASA


Golongan yang kedua dinamakan golongan biasa. Masyarakat yang tergolong dalam kategori biasa ini mungkin mengaplikasikan ISLAM i (kecil). Mereka bersolat, berpuasa, dan beribadah dengan baik.  Mereka buat ibadah-ibadah wajib. Tetapi, golongan ini mempunyai sedikit perasaan 'cukup' dalam diri mereka. Bagi mereka, cukup sekadar membuat ibadah-ibadah wajib.

Analoginya, mereka mempunyai Sim Card. Sama ada Celcom atau Maxis atau Digi. Tetapi mereka tidak mempunyai kredit. Bagi mereka, cukup ada yang basic sahaja. Ada Sim Card sudahlah. Tak perlu topup kredit.

Dan golongan B ini tidak mahu topup pahala dgn menghadiri majlis-majlis ilmu atau melakukan ibadah-ibadah sunat. Bagi mereka, buat yang wajib sudah memadai.

Golongan B ini kurang  sedikit bilangannya berbanding golongan A. Tetapi masih banyak kuantitinya di muka bumi Allah ini.

3. C = COMMITED

Masyarakat yang tergolong dalam kategori commited ini tarafnya 'up' sedikit dari golongan awam & biasa. Mereka buat ibadah-ibadah wajib dan pada masa yang sama mereka juga buat ibadah-ibadah sunat. Mereka suka menghadiri majlis-majlis ilmu juga selalu membaca al- Quran. Mereka sangat istiqamah, commited dengan ibadah-ibadah mereka. .Tetapi golongan ini boleh dikatakan sedikit kedekut.

Sambungan analogi, mereka bukan sahaja mempunyai Sim Card, tetapi mereka mempunyai kredit juga. Mereka sentiasa suka topup kredit mereka. Tetapi malangnya mereka malas untuk call atau mesej orang lain. Atau bahasa manjanya, mereka ini kedekut. Mereka amat takut kredit mereka habis kalau call atau mesej org lain. Penyelesaiannya, kredit mereka ditopup sekadar untuk memuaskan hati mereka, tapi tak pernah digunakan.

Golongan commited ini juga boleh diumpakan seperti katak di bawah gelas. Sekali lagi, taraf mereka 'up 'sikit dari katak-katak yang tinggal di bawah tempurung yang memang langsung tidak nampak apa yang berlaku di dunia luar. Katak di bawah gelas ini istimewanya ia nampak apa yang berlaku di dunia luar. Ia nampak kawan-kawannya buat maksiat. Ia juga nampak islam sedang terumbang-ambing dan semakin nazak. Ya, ia nampak semua itu tetapi ia tidak mahu mengambil tahu. Duduk saja di bawah gelas, tunggu dan lihat. Baginya, cukup dirinya sahaja yang beribadah bersungguh-sungguh. Buat apa mahu ajak org lain? Bukankah kubur lain-lain? Begitulah sikap golongan ini yang seperti katak di bawah gelas.

Dan golongan C ini kurang sikit bilangannya berbanding golongan biasa. Tapi masih wujud di muka bumi ini.

4. D = DAIE

Golongan terakhir adalah masyarakat yang tergolongan di bawah kategori Daie. Masyarakat yang tergolong di bawah kategori daie ini adalah masyarakat yang selalunya dikecam. Mengapa? Sebab golongan ini suka menyampaikan. Mereka 'sibuk' hal orang lain. Mereka tidak mahu masuk syurga seorang diri. Mereka mahu mengajak kawan-kawan serta saudara-saudara mereka semua kembali pada islam yang sebenar. Mereka tidak suka menjadi katak yang duduk di bawah gelas. Mereka tidak kisah kredit mereka habis. Mereka sibuk beribadah dan juga sibuk mengajak orang lain untuk turut sama beribadah kepada Tuhan. Mereka sedar tujuan mereka diciptakan bukan sahaja untuk beribadah tetapi untuk menjadi khalifah juga.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?''. Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]

Malangnya golongan D ini teramatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan golongan A, B dan C. Golongan D ini golongan asing. Tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa? Kerana mereka ingat kata-kata Rasulullah SAW, ‘dan beruntunglah orang-orang yang asing’.

Kesimpulan, sebagai seorang islam, terpulang pada diri masing-masing mahu jadi golongan yang mana. A. B. C atau D?

Pilihan di tangan anda.

Dan aku hanya menyampaikan.

"sampaikanlah walau hanya dengan sepotong ayat"

this is actually a re-post. haih. re-post jela yang mampu. sekali lg failed. T___T



Tuesday, January 24, 2012

Daughter For Now, Wife For Future.

"If you want a good wife, marry someone who has been a good daughter."
[Boona Muhammed]
Ramai muslimah (termasuk diri sendiri) berangan-angan untuk mendapat suami soleh. Dan untuk mendapat suami soleh, syaratnya mestilah solehah dulu. Kan selalu orang cakap, 'Jangan cari yang soleh jek, usahalah jadi yang solehah dulu, inshaAllah nanti yang soleh jadik milikmu'. Ohh mungkin ayat aku kedengaran pelik tapi lebih kuranglah tu maksudnya. -.-
Sejak dari sekolah dulu, selalulah saling sakat satu sama lain, konon-konon nak tengok siapa dapat suami soleh nanti bila dah kahwin. Heh. Kecik-kecik dah pasang cita-cita camtu. Pastu, sejak aku masuk kolej, selalu jugak makan ramai-ramai dalam satu talam, atau panggilan manjanya 'makan talam'. Setiap kali makan talam, mesti akan keluar perkataan 'habiskan nasik dalam talam tu, nanti dapat suami soleh'. Walaupun aku tak paham apa kaitannya, tapi mestilah itu salah satu cara supaya semua orang berusaha untuk tidak meninggalkan walau sebutir nasik dalam talam. Dan selalunya berjayalah kan. Haha.
gambar ni credit pada beliau
Perempuan terutamanya, memang suka benda-benda yang sweet macam ni. Kalau dalam doa pun memang takkan terkecualilah doa untuk dapat suami soleh tu. Dan sebab nak dapat suami soleh ni, berusahalah untuk jadik sesolehah mungkin.
Ohh bercakap soal solehah, macam mana ye kita define solehah tu? Adakah solehah tu bila dia pemalu, nak bercakap pun kena tunggu bulan mengambang baru boleh dengar suaranya? Atau solehah tu bila dia jalan tunduk, sopan santun dan berbudi pekerti, serta susah untuk nampak kelibat dia di mana-mana melainkan hanya di rumah? Atau solehah tu bila dia berniqab?
Tak kisahlah macam mana pun kita define solehah tu yang pasti jadik solehah tu memang awesome. Tapi, adakah seorang perempuan itu perlu menjadi solehah hanya untuk mendapat lelaki yang soleh? Dan kenapa beria sangat perempuan ni nak jadik solehah untuk bakal suami? Sebab,
'syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami'
jeng jeng jeng
Ye betul, syurga kita terletak di bawah tapak kaki suami. Woahhhh *bunga api*. Semakin berkobar-kobar semangat untuk menyiapkan diri sesolehah mungkin kan? Bagus-bagus. TAPI, syurga kita terletak di bawah tapak kaki suami dengan BERSYARAT;
dan syaratnya adalah KITA DAH BERKAHWIN. Kalau belum kahwin macam mana syurga kita nak terletak bawah kaki suami kan?
So, sebelum kita kahwin, syurga kita tak syak lagi terletak di bawah kaki MAK kita. Haa. Pernah kita sedar tu? Pernah kita berusaha untuk jadik solehah untuk mak kita? Pernah kita berusaha untuk jadik anak yang baik untuk mak kita? Pernah kita berlumba siapa dapat jadik anak solehah bila dah besar nanti masa kecik-kecik dulu? Tak pernah. T__T
Aku selalu main-main dengan mama. Selalu tanya dia, 'mama, kenapa perut mama macam ni?' Sambil tunjuk perut mama yang ada bekas regangan. Mama dengan selamber akan cakap, 'kakaklah dulu sebok duduk dalam perut mama.' Haha. Aku jugak yang kena. -.- Tapi itulah kenyataannya, dulu kita semua ni pernah duduk dalam perut mak kita selama 9 bulan tahu tak? Pernah kita ucap terima kasih kat mak kita? Dahlah tak ucap terima kasih, keluar-keluar jek perut menangis pulak. TskTskTsk.
*meh nak tambah perisa.* 
Lepas tu bila dah besar, sebok nak jadik solehah untuk lelaki yang tak pernah kita jumpa. Tak pernah pun berazam nak jadik anak yang baik untuk mak ayah. Ingat! Ingat! Ingat! Sekarang ni syurga kita terletak bawah kaki mak kita lagi wahai muslimah. Dan untuk lelaki, selama-lamanya syurga anda terletak bawah kaki mak anda. Tahu?
Tak salah nak mempersiapkan diri untuk jadik isteri yang solehah, tapi apa kata kita berusaha jadik anak yang solehah dulu. Sebab bak kata Brother Boona kepada para lelaki, nak dapat isteri yang baik, carilah seorang anak yang baik kepada ibubapanya. Begitulah seharusnya seorang perempuan. Nak jadik isteri yang baik, jadilah anak yang baik kepada mak ayah kita dulu. Ok?
pegi Langkawi dgn mama & daddy <3 


Monday, January 9, 2012

HATI ibarat CAWAN

cawan yg kotor, tak bererti tidak dapat dibersihkan. hanya isi dengan air bersih sedikit demi sedikit, lama-lama ledak kotoran yang mengotorkan cawan akan keluar, dan cawan akan kembali bersih.

samalah seperti hati. hanya perlu isi hati dengan perkara-perkara akhirat sedikit demi sedikit, lama-lama ledak kotoran dunia yang mengotorkan hati akan keluar, dan hati dapat kembali bersih.

'Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!'

[imam Ghazali]

kalau cawan kotor tu dah lama dibiarkan tak berbasuh, kena tonyoh pakai sabun. so, hati yg dah lama dibiarkan tak berbasuh pon, kena tonyoh jugak tau.

tonyoh bahasa betulnya apa eh?



Thursday, January 5, 2012

Say Alhamdulillah!

semakin hari umur manusia semakin bertambah. bila umur bertambah, tahap kematangan juga seharusnya semakin tinggi, serta ilmu juga semakin banyak. bila ilmu dah banyak, dan diri semakin matang, maka segala perkara2 tak matang dan kurang berilmu yg dilakukan di masa lampau sememangnya membawa perasaan malu tahap maksima bila diingat kembali.

orang selalu cakap, 'tu lah, masa buat dulu taknak fikir. sekarang, menyesal pon dah tak berguna.'

betul ke? kalau dulu kita jahat, maknanya selama-lamanya kita jahat ke? di pandangan manusia, mungkin betul. tp tidak di pandangan Allah. Allah Tuhan yg Maha Pengasih, Maha Penyayang. nak kata betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap hamba2Nya, even kalau dikumpulkan semua kasih sayang manusia yg wujud kat muka bumi ni pon, tak boleh lawan kasih sayang Allah. mashaAllah, best kan? :')

Rasulullah SAW pernah bersabda, 'setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah.'
[H..R al-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

kita selalu dengar pepatah inggeris mengatakan 'men can forgive but not forget'. disebabkan benda ni, kita selalu mengutamakan keredhaan manusia dr keredhaan Allah. padahal, keredhaan manusia tu takkan sekali-kali dapat menyelamatkan kita dr azab api neraka. Ust. Azhar Idrus tulis dalam statusnya,
'jika kamu mencari keredhaan semua manusia, kamu akan menjadi tua dalam pencarianmu itu.'
so, buat apa susahkan diri nak puaskan hati semua orang bukan?
sebenarnya, yg kat atas ni bukan pointnya. point yg sebenar yg nak aku cakap ialah, kadang2 bila tengah tunggu bas ke, sebelum tidur ke, masa tengah gosok gigi ke, mesti tiba2 terlintas balik dalam fikiran ni dosa2 lama yg dah aku buat. dan bila ingat tu tahulah kan, dengan malunya, sampai rasa macam nak cekik diri sendiri pon ada. malu dgn orang lain, malu dgn diri sendiri, dan yg paling dasyat, malu dgn Allah. T___T
kehidupan yg sosial suatu masa dulu, sikap yg tak tahu malu, perasaan kerek yg ada dalam diri, bila diingat balik memang rasa macam, 'errr. teruknya aku ni.' sampaikan, kalaulah boleh undur masa, pusing jarum jam tu jadik anti-clockwise, nak jek aku buat dan bersikap lebih sopan. takpon, kalaulah diberi peluang untuk travel masa guna mesin masa dalam almari nobita tu, nak jek aku pergi ke masa lampau dan pergi nasihat diri sendiri supaya jgn buat benda mengarut. tp, semua tu hanyalah angan2 yg merepek.
disebabkan tak boleh ubah benda2 tersebut, aku rasa takut. takut kalau dosa2 aku tak diampunkan. takut kalau disebabkan dosa2 dahulu, pintu syurga ditutup untuk aku. T___T tapi, patutkah seorang mukmin mempunyai perasaan sedemikian?
hakikatnya, org mukmin itu berada di antara 2 perasaan; takut dan harap. takut dgn dosa yg dilakukannya pada Allah yg Maha Perkasa, Maha Gagah. namun sekiranya takut itu berlebihan, ia akan menyebabkan seseorang itu berputus asa dari rahmat Allah sedangkan berputus asa dr rahmat Allah itu bukanlah sikap org2 mukmin. oleh sebab itu, wujudlah sikap yg kedua iaitu mengharap kasih serta pengampunan dr Allah yg Maha Pengampun, Maha Lembut terhadap hamba2Nya.
so, perasaan takut tu tak salah. tp janganlah berlebih-lebihan sampaikan memang comfirm dan yakin yg Allah tu taknak ampunkan. terbaca dalam satu artikel iluvislam,
'Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita? '
ya Allah, Allah tu sangatlah baik. asalkan kita bertaubat, dgn sebenar-benar taubat, Allah sudi terima kita balik. apa lagi yg kita nak kalau Allah dah sayang kita? biarlah betapa buruk tanggapan manusia terhadap kita, selagi Allah tu sayang dekat kita, itu sudah terlebih dr cukup. more than enough. setiap kali aku ingat ke'sweet'an Allah ni, perasaan malu terhadap dosa2 lama beransur-ansur hilang dan rasa nak cekik diri sendiri pon dah takde. malah aku sgt bersyukur. sebab apa? sebab Allah sudi mengizinkan aku untuk merasa hidayahnya. sebab Allah sudi tunggu aku berubah.
ALHAMDULILLAH :')
 

'tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau, dan tiada insan berdosa yg tidak mempunyai masa depan' 
ya Allah, janganlah Kau jadikan penantianku ini sia2. hanya padamu aku bertawakal.


Monday, January 2, 2012

Jahiliyah seorang dai’e.

Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkah nya bersama rombongan angkatan pejuang al haq ini.

Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan merenung keruntuhan umat, dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak. Ya, dia seorang dai’e yang baru mulai sedar, bahawa dia seorang dai’e!

Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie dalam simpanannya, tapi satu folder nya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia menonton secara online.

Dai’e itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang dai’e!

Ada masa, dia seorang dai’e yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan – twilight, di persisiran rindu, eat pray love, dan bermacam lagi. Dia lah dai’e yang selepas berpenat mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek majalah-majalah hiburan untuk mencari secebis keseronokan.

Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang berjam-jam juga dia melekat. Dia dai’e yang rancak melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini, dan seribu macam lagi interaksi di laman Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.

Dia juga merupakan dai’e yang masih ringan menjaga ikhtilat – masih ber’sms’ dan becakap di telefon dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seorang dai’e yang sudah faham.

Ada waktu pula, dia adalah dai’e yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempat-tempat ‘bergembira’ seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan rasional bahawa, dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama, dan bermacam bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang berbunyi, dia kan seorang dai’e, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke birthday party bukan salah pun.

Sounds familiar? Itulah hakikat seorang dai’e, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya, dai’e yang  masih gagal mengikis karat-karat jahiliyah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya – yaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.

Wahai dai’e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?


“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
(al-jatsiyah ayat 23)


Wahai dai’e! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.

Masih ingatkah kamu wahai dai’e, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?

  1. Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Qur’an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
  3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar Islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 
  6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
  7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Sedarkah kamu wahai dai’e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.

Sedarkah kamu wahai dai’e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?

Wahai dai’e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.


“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.”
(albaqarah:42)


Wahai dai’e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.

Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyan nya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggera nya.

Ayuh dai’e!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu, benar-benar berjihad!


“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(attaubah:39)


Ayuh wahai dai’e, kita maju ke hadapan!

Penulis asal : Eushahida Farizza Raffar
Blog : http://eushahidaraffar.com/

tulisan yg menghentam ke lubuk hati T___T