Tuesday, January 24, 2012

Daughter For Now, Wife For Future.

"If you want a good wife, marry someone who has been a good daughter."
[Boona Muhammed]
Ramai muslimah (termasuk diri sendiri) berangan-angan untuk mendapat suami soleh. Dan untuk mendapat suami soleh, syaratnya mestilah solehah dulu. Kan selalu orang cakap, 'Jangan cari yang soleh jek, usahalah jadi yang solehah dulu, inshaAllah nanti yang soleh jadik milikmu'. Ohh mungkin ayat aku kedengaran pelik tapi lebih kuranglah tu maksudnya. -.-
Sejak dari sekolah dulu, selalulah saling sakat satu sama lain, konon-konon nak tengok siapa dapat suami soleh nanti bila dah kahwin. Heh. Kecik-kecik dah pasang cita-cita camtu. Pastu, sejak aku masuk kolej, selalu jugak makan ramai-ramai dalam satu talam, atau panggilan manjanya 'makan talam'. Setiap kali makan talam, mesti akan keluar perkataan 'habiskan nasik dalam talam tu, nanti dapat suami soleh'. Walaupun aku tak paham apa kaitannya, tapi mestilah itu salah satu cara supaya semua orang berusaha untuk tidak meninggalkan walau sebutir nasik dalam talam. Dan selalunya berjayalah kan. Haha.
gambar ni credit pada beliau
Perempuan terutamanya, memang suka benda-benda yang sweet macam ni. Kalau dalam doa pun memang takkan terkecualilah doa untuk dapat suami soleh tu. Dan sebab nak dapat suami soleh ni, berusahalah untuk jadik sesolehah mungkin.
Ohh bercakap soal solehah, macam mana ye kita define solehah tu? Adakah solehah tu bila dia pemalu, nak bercakap pun kena tunggu bulan mengambang baru boleh dengar suaranya? Atau solehah tu bila dia jalan tunduk, sopan santun dan berbudi pekerti, serta susah untuk nampak kelibat dia di mana-mana melainkan hanya di rumah? Atau solehah tu bila dia berniqab?
Tak kisahlah macam mana pun kita define solehah tu yang pasti jadik solehah tu memang awesome. Tapi, adakah seorang perempuan itu perlu menjadi solehah hanya untuk mendapat lelaki yang soleh? Dan kenapa beria sangat perempuan ni nak jadik solehah untuk bakal suami? Sebab,
'syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami'
jeng jeng jeng
Ye betul, syurga kita terletak di bawah tapak kaki suami. Woahhhh *bunga api*. Semakin berkobar-kobar semangat untuk menyiapkan diri sesolehah mungkin kan? Bagus-bagus. TAPI, syurga kita terletak di bawah tapak kaki suami dengan BERSYARAT;
dan syaratnya adalah KITA DAH BERKAHWIN. Kalau belum kahwin macam mana syurga kita nak terletak bawah kaki suami kan?
So, sebelum kita kahwin, syurga kita tak syak lagi terletak di bawah kaki MAK kita. Haa. Pernah kita sedar tu? Pernah kita berusaha untuk jadik solehah untuk mak kita? Pernah kita berusaha untuk jadik anak yang baik untuk mak kita? Pernah kita berlumba siapa dapat jadik anak solehah bila dah besar nanti masa kecik-kecik dulu? Tak pernah. T__T
Aku selalu main-main dengan mama. Selalu tanya dia, 'mama, kenapa perut mama macam ni?' Sambil tunjuk perut mama yang ada bekas regangan. Mama dengan selamber akan cakap, 'kakaklah dulu sebok duduk dalam perut mama.' Haha. Aku jugak yang kena. -.- Tapi itulah kenyataannya, dulu kita semua ni pernah duduk dalam perut mak kita selama 9 bulan tahu tak? Pernah kita ucap terima kasih kat mak kita? Dahlah tak ucap terima kasih, keluar-keluar jek perut menangis pulak. TskTskTsk.
*meh nak tambah perisa.* 
Lepas tu bila dah besar, sebok nak jadik solehah untuk lelaki yang tak pernah kita jumpa. Tak pernah pun berazam nak jadik anak yang baik untuk mak ayah. Ingat! Ingat! Ingat! Sekarang ni syurga kita terletak bawah kaki mak kita lagi wahai muslimah. Dan untuk lelaki, selama-lamanya syurga anda terletak bawah kaki mak anda. Tahu?
Tak salah nak mempersiapkan diri untuk jadik isteri yang solehah, tapi apa kata kita berusaha jadik anak yang solehah dulu. Sebab bak kata Brother Boona kepada para lelaki, nak dapat isteri yang baik, carilah seorang anak yang baik kepada ibubapanya. Begitulah seharusnya seorang perempuan. Nak jadik isteri yang baik, jadilah anak yang baik kepada mak ayah kita dulu. Ok?
pegi Langkawi dgn mama & daddy <3 


13 comments:

Che Cha said...

Menarik.

Betul tu beb. Sume sebok nak jadi solehah sebab nk dapat suami soleh. tapi hal mak ni tak terfikir pun kan. ;D

Nape beria nak jadi solehah sebab lelaki yg tak pernah kita kenal, tak pernah jaga kita dan tak pernah tahu hal kita kan? =D


Mak first!

Nina Mazlan said...

yes, mak firsttttt!! :D

Unknown said...

like..

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

As'salamualaikum , izinkn sya share . terma kash . JazaakALLAHu Khair

Norain Ishak said...

apahal doe pergi langkawi tak ajakkkk??


duhh. btw, nice one ernaaa!

Unknown said...

awk, sponsor tiket sy balek msia skrg juga, boleh?

T_T

Miss Amni Syazwani said...

blm jd ank yg ckup baek lg nih.. ksimpulannya, blum boleh kawen lagi.

pffft~ haha . thnx kak ena!

Dzatil Awanis said...

huuuuu sy rasa homesick bila baca entry ni. sgt tak sabar nak balikkkkk T___T

anyway, jzkk best sgt! teruskan menulis kay! :DD

Nina Mazlan said...

bella: sila2. tafaddhal sister. ^^

yg ramai2 kat uk tu, tggula lg 6 bulan nak balik. :p hihi.

terima kasih semua!

Haz said...

suka tulis akak..menarik..
moga terus dapat meneruskan dakwah :)

Nina Mazlan said...

insyaAllah, ameen! :)

shakirah said...

mintak share jugakk boleh ? (=

Nina Mazlan said...

lemon: tafaddhal. sila2. ^^