Monday, January 9, 2012

HATI ibarat CAWAN

cawan yg kotor, tak bererti tidak dapat dibersihkan. hanya isi dengan air bersih sedikit demi sedikit, lama-lama ledak kotoran yang mengotorkan cawan akan keluar, dan cawan akan kembali bersih.

samalah seperti hati. hanya perlu isi hati dengan perkara-perkara akhirat sedikit demi sedikit, lama-lama ledak kotoran dunia yang mengotorkan hati akan keluar, dan hati dapat kembali bersih.

'Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!'

[imam Ghazali]

kalau cawan kotor tu dah lama dibiarkan tak berbasuh, kena tonyoh pakai sabun. so, hati yg dah lama dibiarkan tak berbasuh pon, kena tonyoh jugak tau.

tonyoh bahasa betulnya apa eh?



6 comments:

Unknown said...

tonyoh = tenyeh kot .. =p

stuju2 .. sbb sebijik cawan biasanya akan kotor disebabkan oleh sesuatu menda yg dituangkan ke dalamnya ..
sebijik cawan tu xkan diciptakan kotor, kan? ke?

jzkk 4 the reminder dear ..

=)

Nina Mazlan said...

eh? asal mcm bukan bahasa kamus dewan jugak tenyeh tu? hihi. abaikan.

betullah apa zetot ckp tu. haih. mestilah kakak usrah lg hebat dr adiknya an? :P

jzkk kembali.

melati desa said...

slm,saya nadia,first time ziarah page awk..menarik...saje nk mencapap pasal tenyeh or tonyoh tu,mungkin dalam standard bahasa melayunya SENTAL..maknanya,mcm kena cuci betul guna sabut gitu..hehe..rasenyala.

Anonymous said...

slm,saya nadia.1st time dtg ziarah ke page awk.input yg menarik,tahniah..nk mencapap yg tonyoh or tenyeh tu mungkin standard form nye 'sental'..macm cuci guna berus sabut tu,,heheh

Nina Mazlan said...

nadia: haaaaa, itulah perkataannya. penat fikir. -.- hihi. syukran jazilan ya ukhti. ^^

alhamdulillah, semoga bermanfaat. :)

kimonjawi said...

'Tonyoh' tu makne/maksud nye berus,mberus,basuh/mbasuh dgn sdaya upaya/kuat sikit/bsungguh-sungguh, sental lagi betul mcm Cik Melati & Ano kata..
Contoh ayat, "periuk yg berkarat itu ditonyoh sekuat hati oleh mok saya dengan mggunakan berus"..
Tetapi kebanyakangnya org ganu suka pakai ayat 'tonyoh' ni utk menolak/mengetuk sesuatu,argg susahnye nak terang..
contoh ayat slalu digunakan, "eii budok ni, kurang ajor sungguh, aku tonyoh jgk pale(kepala) mung(kamu) ni kang"..
Wallahualam..serba sedikit sy share 'tonyoh' dlm pggunaan bhs/dialek trengganu, hah hah hahh