Friday, February 17, 2012

Kerana Dia adalah GURUku. :)


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

[2:286]

Dulu masa tunggu results A Level, secara jujurnya boleh kata 80% yakin dapat results lepas untuk fly. Yelah, sebab aku sangat yakin dan percaya yang aku tak mampu nak hadapi kenyataan tak lepas fly. So, sebab Allah dah janji takkan membebani hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak mampu, aku tanpa was-wasnya yakin yang aku akan fly. Serius.

11/8, bila saat aku dapat results, aku tersangatlah tak percaya. Benda first yang aku fikir adalah, 'kenapa aku?' Aku tersangatlah down, sampaikan aku harap yang sebenarnya semua tu mimpi. Tapi berapa kali nafi pun, aku tahu itulah kenyataan yang takkan pernah dapat aku ubah.

Ingat lagi, masa trial, Further Maths aku dapat A kot. Dan masa exam sebenar pun, aku rasa semua paper aku dapat jawab dengan tenang dan aman. Dan, aku rasa aku dah tawakal, aku dah serahkan segala keputusan pada Allah. Sampailah hari keluar results, baru aku sedar, tawakal tu hanya ada di mulut, tapi bukan di hati aku.

Aku selalu cakap, aku bertawakal pada Allah. Tapi dalam masa yang sama, aku sentiasa rasa takut kalau tak dapat fly. Aku selalu rasa cuak, sampaikan kecuakan aku menghilangkan keyakinan aku pada qada dan qadar Allah. Aku lupa, segala perancangan milik Allah. Jika Allah kata ya, flylah aku. Jika Allah kata tidak, biar semua umat manusia dekat bumi ni berkumpul dekat depan bangunan MARA untuk merayu aku dapat fly pun, aku takkan dapat fly punya. Why? Because Allah said so.

tak ni buka demo depan MARA -.-

Results aku masa A Level sangat teruk. Lebih teruk dari apa yang dapat aku bayangkan. Kalau naik 2 gred lagi, aku dah dapat fly. Kalau naik 1 gred, aku still boleh buat twinning dan sambung course aktuari. Tapi, gred aku tak cukup lagi 2, membuatkan aku terpaksa tukar course. Aku sedar, ada hikmah di situ walaupun pada awalnya aku sangat sedih tak dapat buat course Sains Aktuari.

Mula-mula merayu pada MARA untuk buat Islamic Finance, tapi MARA dengan selambernya cakap,

'Islamic finance sapa-sapa pun boleh buat. Pilihlah course professional. Accounting ke, engineering ke.'

Nasib dia tak cakap medic, kalau tak memang aku  berguling dekat situ jugak. Grrr. -.- Dan akhirnya, aku buat jugaklah Accounting & Finance. Dan aku memang dapat rasakan, Allah sedang menunjukkan aku arah yang sepatutnya aku ambil. Mungkin aktuari memang bukan untuk aku sejak azali lagi. Tapi kalau macam tu, apa guna aku masuk KYUEM, habiskan 2 tahun dekat situ dan akhirnya still tercampak dekat Malaysia buat course Accounting? Walaupun ada yang mempertikaikan 'hikmah' di sebalik benda ni, bagi aku, menjadi sebahagian dari KYUEM bukanlah sesuatu yang merugikan, malah KYUEM adalah salah satu memori terindah aku. Di situ aku ditarbiyah, di situ aku mengenal Allah. Dan mungkin ada banyak lagi hikmah aku dimasukkan ke KYUEM, walaupun tidak berakhir sebagaimana yang aku angankan.

'Allah's no is not a rejection, but a redirection'

And His plan is the best!

11/8 sampailah penghujung Disember 2011 adalah satu tempoh yang amat serabut bagi aku. Terpaksa tukar course, dan akhirnya tercampak ke HELP University di tengah-tengah bandar Damansara ni, dikelilingi dengaN manusia-manusia berbangsa lain dari aku membuat aku takut. Kadang-kadang aku rasa sangat sedih, sampaikan aku pernah terfikir, 'sampai hati Allah buat aku macam ni.' T___T

Aku adalah seorang yang penakut. Aku tak suka dikelilingi dengan orang yang speaking english 24 jam, aku tak suka makan/jalan sorang-sorang, even dekat kolej dulu, aku takkan makan kalau takde orang teman. Hehs. Kawan-kawan yang rapat dengan aku tahu itu. Aku tak pernah naik LRT, aku tak pandai dan tak hafal pun nama tempat dekat KL ni. KTM pun aku pernah naik beberapa kali saja sebab berurusan dengan MARA masa buat rayuan untuk fly dulu. Kesimpulannya, dekat HELP ni, Allah memang betul-betul uji aku dengan benda yang aku tersangatlah lemah. Selama ni aku bergantung pada kawan-kawan jek.

Sebab tu kadang-kadang, aku takut. Aku takut aku tak mampu nak hadapi semua ni. Tapi aku sedar, di dalam ketakutan aku kali ni lah, aku belajar erti sebenar tawakal. Mula-mula masuk HELP, Allah bagi Shikin sebagai teman untuk aku bergantung. Tapi tak lama, Allah ambil kembali Shikin bila Shikin pindah dari residence. Seriously, aku tak pernah keseorangan. Dan kali ini aku benar-benar rasa teruji. Tapi pelik, di saat aku keseorangan itulah aku rasa pergantungan aku pada Allah sangat kuat. Aku rasa Allah dekat sangattttt.

Aku dapat room-mate melayu tetapi tak berapa paham melayu. -.- Dia lebih prefer english. So, terpaksalah aku terkedek-kedek cakap english dengan dia hari-hari. Tanpa aku sedar, Allah tengah tolong aku. Dia tahu aku lemah english, Dia jadi guru aku, Dia bagi aku keberanian untuk cakap english. Satu hari aku jumpa ex-cikgu aku dekat KYUEM, Mr Alderson namanya. Dan dia cakap dekat aku, 'erna, your english have improved a lot'. As in, speakinglah. Sebab dulu, sepatah dia tanya, setengah patah aku jawab sebab tak reti. Haha.

Pernah jugak satu hari, aku terpaksa pergi jumpa pegawai MARA kesayangan aku, so aku terpaksa naik LRT sorang-sorang. First time. Bayangkan, dengan tak reti naik LRT nya, ditambah dengan tak biasa dengan jalan KL, aku gagahkan diri jugak. Berpandukan mesej dari Shikin, aku melangkah. Dan setiap langkah aku, memang aku baca, 'Rabbi yassir wala tu'assir'. Dan perjalanan aku smooth dan selamat. Fuhhh. Bayangkan, budak kampung yang jarang masuk KL berjaya teroka LRT segala sorang-sorang. Allah tolong kan? Sejak hari tu, aku tak kisah dah berjalan dan makan sorang-sorang. Aku heran apa. -.-

Tapi, aku dapat rasakan, di HELP, aku mula belajar erti kehidupan. Kalau dulu, dekat KYUEM, aku hanya belajar teori saja dalam usrah. Teori bertawakal, teori bergantung hanya pada Allah, teori menjaga amal. Tapi di HELP, aku terpaksa belajar praktiskan pulak. Dan aku tak pernah rasa takut lagi, kerana aku tahu, Allah sedang mengajar aku. Dia guru aku. ^^



'cuba bayang diri kita seorang cikgu. bila kita tahu anak murid kita lemah dlm tajuk integration cthnya, mesti kita bg dia byk ujian pasal tajuk tu. takkan nak bg ujian tajuk differentiation yg dia dah teror pulak kan? tp, kita bg ujian tu sbb kita nak dia gagal dan down ke, atau sbb kita sayang dia dan nak dia hebat dan berjaya? mesti sbb kita nak dia hebat dan berjaya kan? macam tu lah Allah. Allah bg kita ujian, dkt sesuatu yg kita lemah. bukan sbb Allah nak tgk kita sedih dan down, tp Allah uji kita part yg kita lemah supaya kita jadik kuat dan hebat. sbb Allah syg sgt dekat kita. kdg2, bila dah berjaya lepasi ujian tu, baru kita sedar yg sebenarnya kita boleh jek buat benda tu. sweet kan cara Allah tarbiyah hamba2Nya? ♥♥' *ambil dari FB, wall post dulu-dulu. Hihi*


Tonight, I miss Ky so much.


12 comments:

Hiz'da said...

xpelah erna. aq tau byk sgt hikmah ko xdpt fly tu. mase je yg akan menentukan. pasal course tu mmg setuju sgt. mungkin ko xley buat aktuari,... cgu aq ckp nanti kawen lambat! hahaha...

shknhssn. said...

Syabas Erna syabas! sekarang ni kemain lagi siap nak g Jalan TAR sorang pun terer dah. :p

LailaAlfisyahr. said...

I really need this right now.

Tapi pelik, di saat aku keseorangan itulah aku rasa pergantungan aku pada Allah sangat kuat. Aku rasa Allah dekat sangattttt. -NinaMazlan.


I miss waktu jatuh, kerana waktu itu lah yang sebenarnya Allah tarik hati dan tangan saya dekat padanya.

subhanallah :')

Ujian kita cukup indah kan, ukhti :)

fnma said...

sangat suka dengar cerita2 lama dari sisters, baik yang sedang baru dan berusaha berubah atau yang sudah lama dan sedang maintain dalam jalan yang panjang ini.

jazakillah ya ukhti kerana sudi berkongsi cerita. moga allah kuatkan ukhti :)

Unknown said...

awk tertinggal satu hikmahnya awk ke KYUEM ..
dapat kenal saya .. =p

kerana dunia adalah pentas, kita sebagai pelakon, dan Allah sebagai pengarahnya bukan?
(err, ke bukan .. ~~)

=)

Dai said...

good for you adik. im proud. =)


oh sorry lama x contact. nak cakap "selalu ingatkan awak', tipu sangat, sebab honestly jarang ingat orang lain. =) tapi ada jugak tertanya-tanya how're you doing. =)=)

Nina Mazlan said...

Harinn: kawen lambat? hehs. asal? aku ada muka kawen awal ke? -.-

btw, accounting bestlah jugak. sbb aku tak teror pon maths.heee.

Shikin: kannnn? dah selalu dengaq ang membebel suruh jadik berani, kan sekarang dah terlebih berani. haaa.:P

Nina Mazlan said...

M. : Kan? waktu jatuh tu lah baru nak rasa dekat sgt dgn Allah. sbb tu Allah suka bagi ujian dekat kita. :')

indah sgtttttt! can't agree more. ^^


Farahnur: jazakillah kembali farah. suka jugak dengar cerita dr sister2 yg dah lama dekat jalan ni. ujian hidup yg banyak yg sebenarnya menjadikan drg hebat kan? :)

Nina Mazlan said...

Zetot: Haa, zetotlah orangnya. Haha. a'ah, kenal kakak usrah pertama ni bukan calang-calang punya hikmah. hihi. :P

bolehlah zetot. pelakon ke, penyanyi ke, heee. typical zetot. lalala~

Kak dai: Haha, fine! :P baik jelah. alaaa, macamlah tak friend dekat FB. heee. miss you sis!

Anonymous said...

Peculiar article, exactly what I wanted to find.
Feel free to visit my web site : direct download movies

Anonymous said...

If some one wants to be updated with most
up-to-date technologies then he must be go to see this web page and be up
to date every day.
My web site > captain black

Unknown said...

i sent an email to you! do reply whenever you free!