Wednesday, March 7, 2012

Kini jiwa itu merindukan syurga.

Kakak itu berpesan,

Pernah dengar kisah da’ie yang fleksibel? Ia masuk ke dalam masyarakat lalu mempengaruhi mereka. Dalam masa yang sama, ia tidak membiarkan dirinya goyah dengan bi’ah jahiliyah itu. Ya, ini bagaikan kisah sang pari-pari.

Tetapi ia bukan sekadar kata-kata dan teori yang ditulis dalam suhuf-suhuf perjuangan ini.

Ia kedengaran ideal kerana memang susah untuk masuk ke dalam lumpur tanpa mengotorkan diri sendiri. Namun, siapakah yang akan masuk dan tarik keluar manusia lain jika bukan anda, yang memang sudah ada di luar lumpur? Palitan lumpur pasti mengenai kita tapi itulah tarbiyah yang sebenar, di mana kita belajar untuk terkena lumpur demi ummat dan bermujahadah semasa mencucinya semula.

Adikku,

Para du’at hari ini ada yang menjerit-jerit dari luar lumpur sahaja kerana mahu menjaga kesucian pakaian masing-masing. Walhal orang di dalam sana sedang leka dalam keseronokan.

Dapatkah mereka mendengar teriakan yang sayup-sayup itu?

Hati tersentap Terasanya. Betapa selama ini diri ini merasakan cukup sekadar dakwah dari jauh. Cukup sekadar menjerit-jerit dari luar lumpur.

Diri ini malas! Malas untuk mengotorkan diri! Malas mahu bergerak.

Diri ini merasakan sudah cukup sekadar duduk di atas kerusi yang selesa, bergoyang kaki sambil menaip keyboard untuk menyampaikan dakwah. Untuk keluar ke dunia yang lalai sana, diri ini malas!

Diri ini lupa bagaimana Rasulullah dulu mengetuk pintu ke pintu untuk berdakwah.

Diri ini lupa, bagaimana Rasulullah diherdik dihina, berdarah-darah kakinya semasa berdakwah di Taif.

Diri ini lupa, bagaimana Mus'ab b. Umair bersungguh-sungguh memegang panji Islam walaupun kedua tangannya telah ditetak.

Diri ini lupa bagaimana Abu Darda' menggali tanah semasa perang, dan menanam kakinya ke dalam tanah agar dia dapat bertahan di medan jihad dan tidak lari kerana takutkan musuh.

Diri ini lupa semua itu! Diri ini mahu melihat Islam kembali tertegak di bumi, namun diri ini tidak mahu 'bergerak' sebagaimana para sahabat dulu bergerak.

Allahu. Malunya. T___T

Hari ini kakak usrahku tiba-tiba bertanya,

'Awak willing tak pegang adik sekarang? Bawak usrah.'

Berfikir. Ingin mengelak, masakan tidak, sudah lama tak membawa usrah. Adik-adik usrah di KY sudah dilepaskan pada sister lain kerana tidak mampu untuk pergi jenguk selalu. Alasan, jauh. Walaupun kadang-kadang pernah jugak melawat mereka kerana rindu. Keterikatan hati itu sudah ada. Bukankah tarbiyah Allah itu yang mengikat hati-hati kita?

'Saya nak pergi naik apa kak?'

Alasan cuba diberi.

'Ala, bas kan ada.'

Ada nada memujuk di situ. Ada juga nada tegas. Mulut terkunci. Malu rasanya mahu menolak lagi. Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah jauh melangkah, semakin menghampiri taraf sister-sister hebat itu, semakin diri ini malu untuk menolak.

Tapi mampukah? Karat-karat jahiliyah masih banyak melekat pada diri ini, lagi mahu bawa usrah. T___T

'InshaAllahlah kak. Tengok dulu. Akak rogerlah nanti.'

Dan diri ini semakin risau. Risau kalau tidak mampu. Risau kalau tidak istiqamah. Risau segala-galanya. Namun janji Allah itu menghiburkan hati. Jika tidak sekarang, bila lagi?

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
[47:7]


Kita bekerja untuk Allah. Bukan untuk manusia. Bukankah itu yang terbaik?

Dan katakanlah, 'bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitahuNya kepada kamu apa yang kamu kerjakan' 
[9:105]


"Meninggalkan dunia itu berat, tetapi meninggalkan syurga adalah lebih berat, sedang mahar bagi syurga ialah meninggalkan dunia."

-Yahya bin Muaz al Razi-

Qum Faanzir! Bangunlah, dan berilah peringatan!


demi masa. sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.



5 comments:

fnma said...

AllahuAllah. terasa seperti dipukul2 juga oleh tulisan tersebut. boleh tahu siapa penulisnya? :)

jazakillah khayr atas tulisan yang mengetuk jiwa. moga Allah tetapkan hati kita, kakitangan kita untuk terus berlari mencari redhaNya dan menyebarkan islam kepada orang lain pula.

salam ukhuwwah sis ^^

Nina Mazlan said...

farahnur: sis, sebenarnya dekat perkataan 'kakak itu berpesan' tu dah diletakkan link blog kakak tu. tak perasan kot. :)

Muharikah.com ^^

neddy said...

salam...tulisan yg best :)

sy juga melalui keadaan yg hampir sama.cuma sy tidak ditanya bersedia atau tidak.

takut sangat :( tp yakin insyaAllah ada hikmah disebaliknya :)

Nina Mazlan said...

neddy: Semoga kita thabat di jalanNya. :)

qilaraf said...

go ena!