Alhamdulillah, weekend dihabiskan dengan aktiviti yang Allah suka. Pergi daurah di Bangi, IPK, kesinambungan dari ISK (Ini Sejarah Kita). Walaupun dah pergi berkali-kali, still rasa disentap-sentap. Hebat tarbiyah Allah, sentiasa berjaya buat hati bergetar. T___T
Ingat lagi, di KYUEM, masa buat A Level. Mula-mula pergi ISK, terus rasa berkobar-kobar nak sampaikan islam. Lagi-lagi bila dapat IPK dengan Shahadatul Haq (SH). Tapi tak lama. Lepas tu, mulalah bagi alasan untuk skip daurah. Betullah hati kita ni sering berbolak-balik. Dan sesungguhnya, bolak-baliknya hati tu lebih laju dari air yang mendidih. Roh islam dalam diri ni cepat sangat hilang dulu. Sampaikan naqibah usrah saya pernah menangis sebab saya punya taknak pergi daurah tu. -.-
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.''
Tapi tarbiyah Allah tu indah. Dulu, mungkin saya tak hargai ilmu Allah tu sebab saya duduk dalam kalangan muslim, so tak terasa nak jadi hebat. Tapi sejak dicampak ke HELP ni, duduk dalam kalangan orang yang majoritinya beragama lain, rasa nak usrah tu memang ada dalam hati. Rasa nak jadik muslim hebat tu kembali berkobar-kobar sebab tengok betapa ramainya lagi orang yang tak paham islam. Dan IPK kali ni, memang menyuntik semangat. Hati ni rasa macam dirobek-robek, rasa macam malunyaaaa dengan Allah, rasa macam kurangnya usaha dakwah diri ni berbanding dengan orang lain, rasa macam tak layaknya nak jadik penolong agama hebat ni. Allahu.
Wahyu pertama, IQRA'. Bacalah. Tuntutlah ilmu, sebab ilmu dapat buat umat islam hebat. Tapi rata-rata umat islam malas nak membaca. Kalau tengok dalam train dekat Malaysia, apa yang orang islam buat? Tidur, atau bersembang. Sister cakap, kalau dekat overseas, dalam train jek mesti tengok orang membaca. Di mana kedudukan kita sekarang?
Teringat kata-kata Moche Dayan. Tahu Moche Dayan ni siapa? Sila google, jangan malas nak membaca! Dia pernah cakap tentang 3 kelemahan umat islam sekarang. Salah satunya adalah MALAS. Kita malas membaca, malas segala-galanya. Pernah jugak dia ditanya, "mengapakah strategi perang Yahudi disiarkan di dalam akhbar akhbar di Israel?" Apa jawab Moche Dayan?
"Usah dibimbangkan, kerana kalau pun golongan Arab (Islam) membacanya, mereka tak habiskan, kalau habis pun mereka tak ingat, kalau ingat pun, mereka tak buat, kalau buat pun mereka tak bersungguh, kalau bersungguh pun mereka tak bersatu!"
Malu tak? Saya rasa malu sangattttt. T___T Kalau anda tak malu, anda hebat. Tapi tindakan orang islam dengan kata-kata Moche Dayan ni? Kita tunduk! Kita iakan kata-katanya. Kita malas. Teruk kan kita?
Wahyu kedua, Surah al-muddastsir. Apa Allah cakap dalam surah itu?
"Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)."
Qum Faanzir! Bangunlah! Berilah peringatan. Apa Rasulullah buat lepas tu? Rasulullah terus memulakan seruannya. Tak berlengah. Manusia sudah lama lalai. Kata Rasulullah, 'sudah berlalu masa tidurku'. Kita? Apa kita buat? Kita masih enak dibuai dengan selimut dunia. Berkali-kali membaca ayat ini, kita masih tak sedar-sedar. Masih segan nak buang selimut kita dan beri peringatan. Ya ayyuhal muddastsir! Qum Faanzir!
Bagaimana umat islam dahulu yang asalnya jahiliyah dapat berkembang maju selepas turunnya al-quran? Pernah tak kita terfikir? Kenapa kita, umat islam sekarang sedikit terkebelakang berbanding agama lain sedangkan kita juga ada al-quran?
Al-quran itu Allah turunkan untuk membentuk hati-hati manusia. Bukan untuk otak. Dalam al-quran tiada terangkan kenapa differentiate X boleh jadi 1. Rasulullah diutuskan bukan untuk mengajar akademik. Al-quran diturunkan bukan untuk orang-orang genius sahaja kerana jika al-quran diturunkan hanya untuk golongan cerdik pandai, Rasulullah sendiri tak layak untuk menyampaikan isi al-quran kerana Rasulullah tak reti membaca! Tapi bagaimana umat islam dahulu boleh menjadi hebat selepas kedatangan wahyu? Sedangkan kebanyakan mereka yang terawal memeluk islam terdiri dari golongan hamba?
Itulah hebatnya al-quran. Di dalamnya tertulis kehebatan islam. Islam tak pernah membezakan umat manusia. Siapa yang beriman, itulah yang dipandang Allah. Bukan kebijakansanaan otak, atau pangkat dan keturunan. Kerana itu umat islam boleh jadi hebat kerana penyamaan taraf semua golongan. Golongan hamba tidak lagi merasa diri mereka milik tuan mereka. Selepas kedatangan islam, diri mereka milik Allah, dan mereka sedar mereka juga boleh berjaya. Sebab itu mereka berusaha menuntut ilmu sehingga menjadi hebat. Kita bagaimana? Tak pernahkah kita merasai hebatnya diri kita sebagai umat islam?
Bangunlah! Dan berilah peringatan. Jadilah kita salah seorang penolong agama Allah. Jadilah kita salah seorang yang berusaha menegakkan kembali islam di bumi Allah ini. Setiap orang ada kelebihannya. Setiap orang ada logamnya. Jika pandai berpidato, jadilah pidato yang menyeru kepada islam. Jika pandai menulis, jadilah penulis yang menyeru kepada islam. Jika pandai melukis, jadilah pelukis yang menyeru kepada islam. Jika pandai bersukan, jadilah ahli sukan yang menyeru kepada islam. Sekecil-kecil nyamuk hinggalah sebesar-besar matahari bertasbih memuji Tuhan kita, kenapa kita yang dikatakan makhluk terbaik diciptakan Allah sombong untuk menolong agama kita?
Jika kita sama-sama berada di jalan ini, Allah akan satukan hati-hati kita. Bukankah Allah itu suka umatnya memegang tali agamanya?"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." [47:7]
Jika kamu masih belum berada di atas jalan ini, cubalah melangkah. Walaupun jalan ini pahit, manisnya tetap ada.
Jika kamu sedang berada di atas jalan ini, thabatlah. Dan berjanjilah kamu tidak akan meninggalkan jalan ini, kerana hanya di atas jalan ini, kita dapat berjumpa.
Jika kamu sudah meninggalkan jalan ini kerana lelah, kembalilah. Kerana sesungguhnya, kami yang masih bertatih ini memerlukanmu.
doktor. inject. tak suka. T__T
5 comments:
kerana dakwah itu CINTA :) dan ia akan menuntut segalanya dari kita :)
jazakillah khair ya ukhti. diri ini kehilangan kata2 sekarang... :)
-A.H
Adila. :) Mari kita sama-sama menjaga. I'Allah.
As'salamualakum , akk izinkan sy share . JazaakALLAHu Khaira .
Bella, boleh dik. semoga bermanfaat. :)
assalamualaikum,akk sy pn share,jzzk.:)
Post a Comment