Tuesday, September 25, 2012

Islam Itu Bukan Sekadar Agama

'Takde, takde. Go! Go!' halau pekerja kaunter Seven-E sambil menunjuk-nunjuk tangannya ke pintu. Namun, orang gila itu tidak berganjak. Sambil tersenyum-senyum, dia masih lagi menunjuk-nunjuk ke arah bebola ikan yang ada dalam peti, berharap ada belas kasihan dari pekerja kaunter tersebut. 'NO. Go!' Tidak peduli. Orang gila tadi masih tidak berganjak, dan tersenyum-senyum seolah-olah tidak mengerti.

Tersentap. Saya memandang tangan saya. Ada dua cucuk bebola ikan, dan satu bungkus bihun goreng. Sudah nak melangkah keluar, tapi kaki seolah-olah kaku tak mahu bergerak. Rasa sedih! Rasa kasihan! Tapi yang paling menguasai diri, rasa malu! Rasa malu kalau saya tak mahu menolong orang gila yang kelaparan itu. Kerana saya sedar makanan yang ada di tangan saya itu adalah rezeki dari Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik! Akhirnya, saya ambilkan 2 cucuk bebola ikan di dalam peti, bayar dan beri kepada orang gila tersebut. Masih kurang jika dibanding dengan apa yang saya ada. Namun, sudah cukup untuk buat dia gembira dan berlalu.



Balik ke bilik, masih teringat-ingat akan orang gila tadi. Betapa seorang yang gila, yang orang ramai pandang dia jijik, pandang dia hina, berjaya menyentuh hati saya. Dia, yang mungkin bila disuruh baca satu surah dalam al-quran pun dia tidak tahu, telah dipilih oleh Allah untuk mentarbiyah saya. Ya. Dia. Betapa dia sangat mulia di sisi Allah. Dan betapa saya rasa saya sangat kerdil jika mahu dibanding dengan dia yang sudah pasti tiada dosa.

Setelah sekian lama air mata saya berdegil tak mahu keluar, pada hari itu, air mata saya dengan senang mengalir malu pada penciptanya. Betul. Saya sangat malu. Betapa selama ini saya jarang bersyukur dengan rezeki yang Allah beri pada saya. Hari-hari, rezeki saya tak pernah putus. Nak makan apa, beli saja.  Hari-hari makan yang mewah-mewah, masih merungut. Terbayang, kalaulah tiba-tiba Allah takdirkan saya untuk berada di tempat orang gila tersebut, apa akan jadi pada saya?



Makanan. Satu contoh yang simple. Tu belum kira nikmat bernafas, pakaian, tempat tinggal, yang Allah beri tapi lupa untuk kita bersyukur. Selalunya, kita bersyukur bila dapat benda yang besar-besar. Kita lupa, sekecil-kecil benda yang ada pada kita juga hakikatnya milik Allah! Dan nikmat yang paling kita lupa untuk syukuri, adalah nikmat ISLAM itu sendiri. Ya. Islam. Kita special kerana kita dipilih oleh Allah untuk menjadi islam.

Dipilih VS terpilih.

Quote ayat di atas;

'Kita special kerana kita dipilih oleh Allah untuk menjadi islam.'

Ya. Kita dipilih. Bukan terpilih. Allah bukan tanpa sengaja terplilih kita untuk menganut agamanya. Tapi Allah itu dengan teliti, dengan sengaja, bahkan dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut memilih kita untuk menjadi islam. Berapa kali saja kita pernah bersyukur kerana hal ini? Jarang.


Teringat kata-kata seorang akhwat;

'Islam itu bukan sekadar agama. Islam itu ad-deen. Cara hidup. Jika islam itu sekadar agama, kita hanya akan memakainya di dalam masjid, semasa bacaan yasin, semasa nikah, atau semasa kematian. Tapi kerana islam itu adalah cara hidup, kita wajib mengamalkannya sepanjang masa. Bermula dari waktu kita bangun tidur, sehinggalah pada waktu kita tidur kembali.'

Betul. Islam itu bukan sekadar agama. Tapi cara hidup. Tapi realiti sekarang, ramai yang memandang islam itu hanya sebagai sebuah agama. Agama yang tiada beza seperti agama-agama lain. Bahkan, lebih ramai lagi manusia pada zaman sekarang yang menjadikan islam itu sebagai cara mati. Apabila sudah mati, barulah nampak keislamannya kerana cara diurus seperti cara islam. Semasa hidup, non-hado! Sedikit pun tak nampak islamnya di mana.



Masih teringat orang gila tadi. Walaupun saya tahu rezekinya Allah yang tetapkan, dan di bumi mana pun dia berpijak, Allah akan menjaganya, namun masih ada rasa sedih dalam hati. Hari ni dia makan apa? Dekat mana pula dia pergi minta? Kena halau lagi ke tak? Macam-macam pertanyaan menghantui. Namun, jauh di sudut hati, ada rasa iri pada dia. Kerana tempat dia sudah pasti di syurga. Sedang saya? Allahu Allah!

'Orang gila yang kita pandang jijik, hina dan busuk tu, kita kasihan mengenangkan nasibnya di dunia. Tapi dia, kasihan mengenangkan nasib kita di akhirat. Sungguh, semakin banyak nikmat, semakin kita lupa untuk bersyukur.'



di saat kita hari-hari bertanya mengapa nasib kita tak sebaik orang lain, ada ramai yang berdoa untuk berada di mana kita berada


Monday, September 17, 2012

Hati sedingin salju

'Dan jika kamu masih tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati!'

Sentappp. Petikan kata-kata Imam Ghazali yang menyuruh kita berdoa pada Allah meminta hati yang baru seandainya kemanisan beribadah pada Allah tu tak lagi dapat kita rasai. Nak kata sampai tahap macam tu sekali Imam Ghazali nak tekankan pentingnya kehadiran hati tu dalam beribadah. Bukan solat 5 minit, tunggang terbalik macam patuk ayam, lepas tu dah. Solat 5 waktu sehari semalam, tapi tak pernah langsung rasa seronok melakukan solat tu.



Dah lama tak update blog. Bukan sebab sibuk. Alasan semua tu. Orang lain ada 24 jam jugak sehari, sempat jek nak keluar pergi berdakwah. Ni sekadar duduk depan laptop dan menulis, still tak mampu buat. Kenapa? Sebab dah takde idea. Tu alasan yang selalu diberikan bila orang tanya bila nak update blog. Tapi kenapa dah takde idea? Sebab dah lama tak pergi majlis ilmu? Tipu. Tiap-tiap minggu usrah, takkan takde ilmu baru yang boleh dikongsi? Hari-hari masa jalan pergi kelas, masa jalan pergi makan, masa jalan pergi keluar mana-mana, takkan takde cerita yang dapat dijadikan ibrah?

'Saya rasa hati saya dah beku.'

Haa. Mengaku pon akhirnya! Betul, tak tipu. Saya dah lama tak menulis, sebab sejak akhir-akhir ni saya rasa dah takde benda yang dapat menyentuh hati saya untuk dikongsikan dalam blog. Kadang-kadang, bila dapat ilmu baru dalam usrah, nak dikongsi. Tapi bila start menulis, saya hilang mood. Saya boleh sambung menulis, tapi hanya sekadar menulis dengan akal, bukan dengan hati. Padahal saya sangat merasakan, untuk menyentuh hati orang lain, saya perlu menulis dengan hati.



Hati tu ibarat gelas. Jika kita tuang air yang kotor ke dalamnya, maka kotorlah gelas. Jika kita biarkan air yang kotor tu lama-lama dalam gelas, semakin lama kotoran tu akan semakin melekat pada gelas. Nak basuh pun susah sebab kotoran dah melekat. Itulah hati. Bila kita asyik isi hati kita ni dengan perkara-perkara dunia, hati makin lama makin kotor. Bila kotoran dunia lama berada dalam hati kita, susah kita nak hilangkan.

Itulah yang saya rasa. Beku. Dan sedingin salju. Hati saya dah susah nak tersentuh dengan ayat-ayat Allah. Hati saya dah lama tak rasa rindunya nak jumpa Allah dalam solat malam. Hati saya seolah-olah sudah tidak mengenali siapa penciptaNya. T__T

Saya sedih. Tapi saya buat-buat tak tahu. Sampailah pada satu hari, semasa dalam usrah, ada seorang adik-beradik usrah saya tanya pada naqibah, macam mana nak cairkan hati. Dia menangis. Dia rasa hati dia dah tak macam dulu. Dia dah susah nak menangis kerana Allah. Rupa-rupanya dia mengalami masalah yang sama macam yang saya alami. Bezanya, dia berusaha untuk dapat kembali hati dia, sedang saya tak buat apa-apa. Dan tangisan dia pada hari tu merupakan petiran untuk saya. Terdetik dalam hati, tangisan dia seolah-olah pertanyaan Allah pada saya,

'Wahai hambaKu, tidakkah kau malu memiliki hati yang jauh dariKu? Tidakkah kau mahu kembali dekat padaKu?'




T__T

Reflect.

Kenapa hati saya boleh beku sampai macam tu sekali? Saya kembali merenung perbuatan saya sejam, 2 jam, 3 jam, seminggu, 2 minggu, sebulan, 2 bulan yang lalu. Ya Allah. Apa saya dah buat? Saya check balik mutabaah amal saya. Tunggang-terbalik. Banyak yang kosong. Banyak yang dtinggalkan. Jika di'list' semua aktiviti saya dalam masa beberapa bulan ni, hidup saya dipenuhi dengan dunia. Ya. Dunia. Dunia seolah-olah sudah berjaya merampas hati saya dari Allah.

Teringat satu kisah di zaman Rasulullah;

Pada zaman Rasulullah dulu, ada sekelompok sahabat yang dikatakan mempunyai iman yang bersinar dan berkilau, setiap kali mendengar Rasulullah bercerita mengenai syurga, neraka, hari akhirat etc, mereka pasti mengalirkan air mata kerana rasa cinta dan takut pada Allah. Namun, ada seorang sahabat yang bernama Usamah tidak dapat mengalirkan air mata seperti sahabat-sahabat yang lain sehinggalah pada suatu hari, Usamah pergi mengadu pada Rasulullah tentang keadaannya itu. Jawab Rasulullah;

'Air mata itu tidak dapat mengalir kerana kerasnya hati. Dan kerasnya hati kerana banyaknya dosa. Banyaknya dosa kerana kurangnya mengingati mati. Dan kurangnya mengingati mati itu terjadi kerana kecintaan kamu kepada dunia. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kecintaan pada dunia itu merupakan punca pada segala masalah.'

Hanya kerana dunia, saya kehilangan kemanisan beribadah pada Allah. Hanya kerana dunia, saya kehilangan semangat untuk berdakwah. Semuanya berpunca dari dunia.



'Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka? Dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.' [57:16]

Allah tanya dalam surah al-hadid, bila kita ni nak khusyuk ingat Allah? Setiap kali dunia datang, kita kembali berpaling. Bukti yang kita masih tidak khusyuk. Terukkan kita? Minta macam-macam dari Dia, tapi ingat Dia pun kita taknak. Huuuu. T__T

Tapi, Allah sambung pada ayat seterusnya surah yang sama,

'Ketahulilah, Allah yang hidupkan bumi setelah matinya (kering).' [57:17]

Tak kisahlah betapa kerasnya hati saya sekarang, betapa bekunya, dan betapa dinginnya hati, saya sedar, saya ada Allah. Allah, Tuhan yang mampu menghidupkan bumi setelah ia kering, maka, Allah juga mampu menghidupkan kembali hati setelah ia mati.

When you feel sad, what you actually need is a little time to yourself with Quran in your hand, tears in your eyes, and Allah in your heart. And it will make you feel better. :')

Sungguh, hati itu hanya bisa disentuh dengan hati.