Tuesday, September 25, 2012

Islam Itu Bukan Sekadar Agama

'Takde, takde. Go! Go!' halau pekerja kaunter Seven-E sambil menunjuk-nunjuk tangannya ke pintu. Namun, orang gila itu tidak berganjak. Sambil tersenyum-senyum, dia masih lagi menunjuk-nunjuk ke arah bebola ikan yang ada dalam peti, berharap ada belas kasihan dari pekerja kaunter tersebut. 'NO. Go!' Tidak peduli. Orang gila tadi masih tidak berganjak, dan tersenyum-senyum seolah-olah tidak mengerti.

Tersentap. Saya memandang tangan saya. Ada dua cucuk bebola ikan, dan satu bungkus bihun goreng. Sudah nak melangkah keluar, tapi kaki seolah-olah kaku tak mahu bergerak. Rasa sedih! Rasa kasihan! Tapi yang paling menguasai diri, rasa malu! Rasa malu kalau saya tak mahu menolong orang gila yang kelaparan itu. Kerana saya sedar makanan yang ada di tangan saya itu adalah rezeki dari Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik! Akhirnya, saya ambilkan 2 cucuk bebola ikan di dalam peti, bayar dan beri kepada orang gila tersebut. Masih kurang jika dibanding dengan apa yang saya ada. Namun, sudah cukup untuk buat dia gembira dan berlalu.



Balik ke bilik, masih teringat-ingat akan orang gila tadi. Betapa seorang yang gila, yang orang ramai pandang dia jijik, pandang dia hina, berjaya menyentuh hati saya. Dia, yang mungkin bila disuruh baca satu surah dalam al-quran pun dia tidak tahu, telah dipilih oleh Allah untuk mentarbiyah saya. Ya. Dia. Betapa dia sangat mulia di sisi Allah. Dan betapa saya rasa saya sangat kerdil jika mahu dibanding dengan dia yang sudah pasti tiada dosa.

Setelah sekian lama air mata saya berdegil tak mahu keluar, pada hari itu, air mata saya dengan senang mengalir malu pada penciptanya. Betul. Saya sangat malu. Betapa selama ini saya jarang bersyukur dengan rezeki yang Allah beri pada saya. Hari-hari, rezeki saya tak pernah putus. Nak makan apa, beli saja.  Hari-hari makan yang mewah-mewah, masih merungut. Terbayang, kalaulah tiba-tiba Allah takdirkan saya untuk berada di tempat orang gila tersebut, apa akan jadi pada saya?



Makanan. Satu contoh yang simple. Tu belum kira nikmat bernafas, pakaian, tempat tinggal, yang Allah beri tapi lupa untuk kita bersyukur. Selalunya, kita bersyukur bila dapat benda yang besar-besar. Kita lupa, sekecil-kecil benda yang ada pada kita juga hakikatnya milik Allah! Dan nikmat yang paling kita lupa untuk syukuri, adalah nikmat ISLAM itu sendiri. Ya. Islam. Kita special kerana kita dipilih oleh Allah untuk menjadi islam.

Dipilih VS terpilih.

Quote ayat di atas;

'Kita special kerana kita dipilih oleh Allah untuk menjadi islam.'

Ya. Kita dipilih. Bukan terpilih. Allah bukan tanpa sengaja terplilih kita untuk menganut agamanya. Tapi Allah itu dengan teliti, dengan sengaja, bahkan dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut memilih kita untuk menjadi islam. Berapa kali saja kita pernah bersyukur kerana hal ini? Jarang.


Teringat kata-kata seorang akhwat;

'Islam itu bukan sekadar agama. Islam itu ad-deen. Cara hidup. Jika islam itu sekadar agama, kita hanya akan memakainya di dalam masjid, semasa bacaan yasin, semasa nikah, atau semasa kematian. Tapi kerana islam itu adalah cara hidup, kita wajib mengamalkannya sepanjang masa. Bermula dari waktu kita bangun tidur, sehinggalah pada waktu kita tidur kembali.'

Betul. Islam itu bukan sekadar agama. Tapi cara hidup. Tapi realiti sekarang, ramai yang memandang islam itu hanya sebagai sebuah agama. Agama yang tiada beza seperti agama-agama lain. Bahkan, lebih ramai lagi manusia pada zaman sekarang yang menjadikan islam itu sebagai cara mati. Apabila sudah mati, barulah nampak keislamannya kerana cara diurus seperti cara islam. Semasa hidup, non-hado! Sedikit pun tak nampak islamnya di mana.



Masih teringat orang gila tadi. Walaupun saya tahu rezekinya Allah yang tetapkan, dan di bumi mana pun dia berpijak, Allah akan menjaganya, namun masih ada rasa sedih dalam hati. Hari ni dia makan apa? Dekat mana pula dia pergi minta? Kena halau lagi ke tak? Macam-macam pertanyaan menghantui. Namun, jauh di sudut hati, ada rasa iri pada dia. Kerana tempat dia sudah pasti di syurga. Sedang saya? Allahu Allah!

'Orang gila yang kita pandang jijik, hina dan busuk tu, kita kasihan mengenangkan nasibnya di dunia. Tapi dia, kasihan mengenangkan nasib kita di akhirat. Sungguh, semakin banyak nikmat, semakin kita lupa untuk bersyukur.'



di saat kita hari-hari bertanya mengapa nasib kita tak sebaik orang lain, ada ramai yang berdoa untuk berada di mana kita berada


10 comments:

Unknown said...

Allahuakbar..

Kalau kat sini, selalu terjumpa org homeless..
Dah la sejuk2 cenggini, huhu..

Jkk ingatkan sy supaya menjadi hamba yg lebih bersyukur..

=)

@Fr!^n@ said...

Salam...

Terima kasih sebab ingatkan diri saya kepada kesyukuran... teruskan menulis.. supaya kita sama sama ingat...

Nina Mazlan said...

zetot: kalau ada anugerah untuk peng'komen' paling banyak dalam blog ena, zetot mesti menang. :p

jzkk jugak zetot. komen anda penaik semangat saya! ^^

@Fr!^n@: insyaAllah. :)

Ana_Solehah said...

S E N T A P ! Tu je 1st word yg terlintas kat kepala.

# teringat surah Ibrahim, ayat ke 7. :'(

Ana_Solehah said...
This comment has been removed by the author.
Nina Mazlan said...

yepp. jazakillah ingatkan ayat tu. betapa kita lupa nak bersyukur dengan banyak nikmat Allah. :(

asmimie asmawarnie azizan said...

salam.

mohon izin nk copy pic header blog ni.

mujahadah itu pahit krn syurga itu manis. :)

nk bg suntikan smgt kpd diri n adik2 usrah.

syukran :)

Nina Mazlan said...

asmimie asmawarnie azizan:

waalaikummussalam. :)

tafaddhal. sila2. kirim salam dekat adik2 usrah. ^^

Che Cha said...

tersentuh hati saya baca. memang betul kata awak... berapa ramai je nk tolong belikan sebungkus nasi kepada orang yang macam ni.

biasanya mesti dihalaunya sebab rasa dorang ni just mengotorkan kedai kan.

harap2 biarlah kita orang Islam ni yang memulakan peranan utk bantu orang lain sikit2 demi sedikit

Dzatil Awanis said...

sedehnyeeee T___T keep up the writing erna!!! :')