'Dan jika kamu masih tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati!'
Sentappp. Petikan kata-kata Imam Ghazali yang menyuruh kita berdoa pada Allah meminta hati yang baru seandainya kemanisan beribadah pada Allah tu tak lagi dapat kita rasai. Nak kata sampai tahap macam tu sekali Imam Ghazali nak tekankan pentingnya kehadiran hati tu dalam beribadah. Bukan solat 5 minit, tunggang terbalik macam patuk ayam, lepas tu dah. Solat 5 waktu sehari semalam, tapi tak pernah langsung rasa seronok melakukan solat tu.
Dah lama tak update blog. Bukan sebab sibuk. Alasan semua tu. Orang lain ada 24 jam jugak sehari, sempat jek nak keluar pergi berdakwah. Ni sekadar duduk depan laptop dan menulis, still tak mampu buat. Kenapa? Sebab dah takde idea. Tu alasan yang selalu diberikan bila orang tanya bila nak update blog. Tapi kenapa dah takde idea? Sebab dah lama tak pergi majlis ilmu? Tipu. Tiap-tiap minggu usrah, takkan takde ilmu baru yang boleh dikongsi? Hari-hari masa jalan pergi kelas, masa jalan pergi makan, masa jalan pergi keluar mana-mana, takkan takde cerita yang dapat dijadikan ibrah?
'Saya rasa hati saya dah beku.'
Haa. Mengaku pon akhirnya! Betul, tak tipu. Saya dah lama tak menulis, sebab sejak akhir-akhir ni saya rasa dah takde benda yang dapat menyentuh hati saya untuk dikongsikan dalam blog. Kadang-kadang, bila dapat ilmu baru dalam usrah, nak dikongsi. Tapi bila start menulis, saya hilang mood. Saya boleh sambung menulis, tapi hanya sekadar menulis dengan akal, bukan dengan hati. Padahal saya sangat merasakan, untuk menyentuh hati orang lain, saya perlu menulis dengan hati.
Hati tu ibarat gelas. Jika kita tuang air yang kotor ke dalamnya, maka kotorlah gelas. Jika kita biarkan air yang kotor tu lama-lama dalam gelas, semakin lama kotoran tu akan semakin melekat pada gelas. Nak basuh pun susah sebab kotoran dah melekat. Itulah hati. Bila kita asyik isi hati kita ni dengan perkara-perkara dunia, hati makin lama makin kotor. Bila kotoran dunia lama berada dalam hati kita, susah kita nak hilangkan.
Itulah yang saya rasa. Beku. Dan sedingin salju. Hati saya dah susah nak tersentuh dengan ayat-ayat Allah. Hati saya dah lama tak rasa rindunya nak jumpa Allah dalam solat malam. Hati saya seolah-olah sudah tidak mengenali siapa penciptaNya. T__T
Saya sedih. Tapi saya buat-buat tak tahu. Sampailah pada satu hari, semasa dalam usrah, ada seorang adik-beradik usrah saya tanya pada naqibah, macam mana nak cairkan hati. Dia menangis. Dia rasa hati dia dah tak macam dulu. Dia dah susah nak menangis kerana Allah. Rupa-rupanya dia mengalami masalah yang sama macam yang saya alami. Bezanya, dia berusaha untuk dapat kembali hati dia, sedang saya tak buat apa-apa. Dan tangisan dia pada hari tu merupakan petiran untuk saya. Terdetik dalam hati, tangisan dia seolah-olah pertanyaan Allah pada saya,
'Wahai hambaKu, tidakkah kau malu memiliki hati yang jauh dariKu? Tidakkah kau mahu kembali dekat padaKu?'
T__T
Reflect.
Kenapa hati saya boleh beku sampai macam tu sekali? Saya kembali merenung perbuatan saya sejam, 2 jam, 3 jam, seminggu, 2 minggu, sebulan, 2 bulan yang lalu. Ya Allah. Apa saya dah buat? Saya check balik mutabaah amal saya. Tunggang-terbalik. Banyak yang kosong. Banyak yang dtinggalkan. Jika di'list' semua aktiviti saya dalam masa beberapa bulan ni, hidup saya dipenuhi dengan dunia. Ya. Dunia. Dunia seolah-olah sudah berjaya merampas hati saya dari Allah.
Teringat satu kisah di zaman Rasulullah;
Pada zaman Rasulullah dulu, ada sekelompok sahabat yang dikatakan mempunyai iman yang bersinar dan berkilau, setiap kali mendengar Rasulullah bercerita mengenai syurga, neraka, hari akhirat etc, mereka pasti mengalirkan air mata kerana rasa cinta dan takut pada Allah. Namun, ada seorang sahabat yang bernama Usamah tidak dapat mengalirkan air mata seperti sahabat-sahabat yang lain sehinggalah pada suatu hari, Usamah pergi mengadu pada Rasulullah tentang keadaannya itu. Jawab Rasulullah;
'Air mata itu tidak dapat mengalir kerana kerasnya hati. Dan kerasnya hati kerana banyaknya dosa. Banyaknya dosa kerana kurangnya mengingati mati. Dan kurangnya mengingati mati itu terjadi kerana kecintaan kamu kepada dunia. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kecintaan pada dunia itu merupakan punca pada segala masalah.'
Hanya kerana dunia, saya kehilangan kemanisan beribadah pada Allah. Hanya kerana dunia, saya kehilangan semangat untuk berdakwah. Semuanya berpunca dari dunia.
'Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka? Dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.' [57:16]
Allah tanya dalam surah al-hadid, bila kita ni nak khusyuk ingat Allah? Setiap kali dunia datang, kita kembali berpaling. Bukti yang kita masih tidak khusyuk. Terukkan kita? Minta macam-macam dari Dia, tapi ingat Dia pun kita taknak. Huuuu. T__T
Tapi, Allah sambung pada ayat seterusnya surah yang sama,
'Ketahulilah, Allah yang hidupkan bumi setelah matinya (kering).' [57:17]
Tak kisahlah betapa kerasnya hati saya sekarang, betapa bekunya, dan betapa dinginnya hati, saya sedar, saya ada Allah. Allah, Tuhan yang mampu menghidupkan bumi setelah ia kering, maka, Allah juga mampu menghidupkan kembali hati setelah ia mati.
When you feel sad, what you actually need is a little time to yourself with Quran in your hand, tears in your eyes, and Allah in your heart. And it will make you feel better. :')
Sungguh, hati itu hanya bisa disentuh dengan hati.
8 comments:
Erna ni, kalau masak tu jgn la guna banyak sangat bawang.. adehh..
Salamun alaik. terbaik erna! setelah sekian lama x mengupdate blog. heee. Allah,areen pun sama juga. dah lama sgt x update blog. sbb kehadiran hati tu sgt penting. nk memastikan hati kita IKHLAS dalam mengupdate blog tu. tambah2 lagi kena berdoa b4 update blog agar Allah mencurahkan segala idea pada kita sewaktu kita tgh mengupdate blog tu kan? :')
# As usual erna. areen mmg suka kumen berjela-jela. :D
zetot, areen: aseef. erna takleh nak reply komen. sbb wifi kolej block. hehs. -.-
:)
(T_T) hati sy disentuh
salam nina,
saya baru berjinak2 baca blog anda awal tahun ni...saya prasan awak da lama tak menulis dlm blog awak...saya sangka awk bz..bila baca topik ni, saya rasa tersentap balik...'hati saya sudah beku..'
yap, bgtu yg sya rasa skg..
serius kadang2 kemanisan tu dirasa sgt2...dan bila ia hilang rasa sgt tak best...bila baca blik artikel ni rasa disentap2 utk cari kemanisan itu smula..syukran ya ukhti..
sya harap awak trus berkarya...kerna alhamdulillah dgn membaca artikel2 anda bnyk memulihkan emosi, minda dan roh saya selain surat chenta dariNya...
moga Allah merahmati kamu insyallah
^_^
mastura: alhamdulillah. :')
eiyzazaza: arrrr. sebok dengan perkara duniawi. huuuu. T__T alhamdulillah. insyaAllah insyaAllah. doakan hati saya sentiasa lembut supaya dapat menulis. :)
may Allah bless you too sis!
Sy mohon share entry ni ya...
Boleh :)
Post a Comment