Saturday, October 13, 2012

Ikan Apa Kau Nak?

Perbualan antara budak A dan budak B ketika sedang mentadabbur al-quran;

A: Hmm. Saya ada soalanlah. Kenapa ye, dalam al-quran ni banyak sangat larangan Allah pada kita. Menunjukkan seolah-olah islam ni agama yang susah. :(

B: Yepp. Memang dalam al-quran ada banyak Allah cakap pasal benda yang kita tak boleh buat. Awak nak tahu kenapa? Sebab kalau Allah nak cakap pasal benda yang kita boleh buat dalam al-quran, 30 juzu' tu comfirm tak cukup. Beribu-ribu juzu' pun tak sure boleh muatkan ke tak. Sebab benda yang Allah bagi kita buat terlampau banyak. :)

Bayangkan dalam al-quran Allah nak senarai benda yang kita boleh makan,

ikan sardin
ikan keli
ikan kerapu
ikan siakap
ikan kembung
ikan bilis
ikan haruan

dan semua jenis ikan yang boleh makan, dah 2 3 juzu' agaknya. Tak kira lagi lembu, kambing, ayam, kerbau, burung puyuh.

dan itu baru bab makanan. Bab lain tak masuk lagi. Itupun kita tak reti-reti lagi nak bersyukur?

'Kalau Allah tak izinkan, kentut pun kita tak boleh. Banyakkan bersyukur kerana keizinan Allah tu terlampau luas.' - Fedtri Yahya.

aku bimbang manusia masuk syurga kerana kata-kataku, sedang aku masuk neraka kerana amalanku
T__T


5 comments:

diyanayaacob said...

Erna, very nice one.. Short & simple

Nina Mazlan said...

^^ copy status fb. takde idea nak tulis panjang2 T.T

Rintihan HambaMu said...

Perkongsian yg menarik..^_^

Nina Mazlan said...

alhamdulillah (:

eiyzazaza said...

::alhamdulillah~~~
sekali lagi tersentap hohohoho~~

betul tiap kali sya baca tafsir terfikir2 kenapa byk betul larangan Allah kepada kita..
tapi huarghhhh bru terpikir balik
' Sebab benda yang Allah bagi kita buat terlampau banyak'