Tuesday, May 27, 2014

Hadiah paling bermakna bagi seorang murabbi

First entri untuk tahun 2014.

Takziah :(

Sungguh, rindu sangat nak menulis. Tapi setiap kali tekan keyboard, rasa semangat nak menulis tu tiba-tiba hilang. Kadang-kadang tulis separuh, lepas tu tak reti nak habiskan sebab kehilangan ayat. Last-last berhabuk je dalam draft.

Rasa bersalah sebenarnya dengan diri sendiri. Ingat lagi dulu, masa tahun awal-awal berjinak dengan blog, berturut-turut entri katekau. Setiap saat rasa nak menulis jeeee. Tengah mandi ke, tengah tidur ke, asyik fikir nak menulis je. Haha. *exaggerate itu perlu* :p Tapi makin lama makin .... Hmm.




Dalam DnT pon sama. Dulu masa mula-mula masuk usrah, join daurah, masa mula-mula disentuh makcik hidayah, perasaan dia tu punya berkobar-kobar macam tengok Liew Daren lawan Piala Thomas hari tu. Semangat dia lain macam.

Dulu kalau bukak al-quran, setiap ayat yang ditadabbur rasa macam terus menusuk ke hati. Air mata tu jangan kata, bergelen-gelen haa. Tak payah catu air dah Selangor ni. (ya Allah ya Tuhan lawaknya ernaaa!) 

Tapi tu semua dulu lah dulu. Sekarang lain.

Saya tak tahu saya seorang je ke, atau ramai je rasa benda ni. Tapi makin lama dalam DnT, perasaan dia tak 'basah' macam dulu. Tak semangat macam mula-mula dapat usrah, daurah. Patutnya makin banyak ilmu hadam, makin naik iman. Tapi sekarang ...

Mungkin dalam hati ni masih banyak maksiat, sebab tu iman tak naik-naik walaupun banyak ilmu dah hadam *pengsan*

Credit


Pernah usulkan benda ni dekat naqibah. Naqibah cakap, ada satu je cara untuk kembalikan rasa 'basah' dalam DnT tu. Bawak usrah, pegang adik-adik.

Mula-mula dengar maybe macam 'eleh. propa ah semua tu. ayat pancing nak suruh pegang adik-adik ah tu.' Tapi seriously, it works.

Bila kita pegang anak usrah ni, kita seolah-olah nampak diri kita yang dulu. Diri kita yang semangat, yang berkobar-kobar masa mula-mula dapat hidayah dulu. Comel je. Ececey. 

Perasaan dia, entah. Susah nak describe. Kadang-kadang, kita dapat kekuatan dari anak-anak usrah tu. Sebab tu lah kot, tujuan hidup kita ibadah dan khalifah. Kalau ibadah je, buat baik sorang-sorang, hadam ilmu sorang-sorang tanpa perlu sampaikan dan dakwah pada orang lain, Allah tahu manusia ni takkan lama berada dalam keadaan yang stabil imannya. Allah suruh sampaikan, supaya kita takkan pernah rasa kering.

Anak-anak usrah (atau nama glamournya mad'u/mutarabbi) tu sememangnya rahmat bagi kita sebenarnya. Sebab tu lah sister selalu quote dalam daurah, hadiah paling bermakna bagi seorang murabbi, adalah bila lihat mutarabbinya menjadi seorang yang lebih hebat dari diri dia.




P/s: Sebenarnya nak tulis pengisian lain. Tapi Allah gerakkan tangan ni, tulis benda ni pula. Takpelah. Allah knows best. Adalah tu benda yang Allah nak ajar.

:)


doa lepas ni dapat tulis banyak-banyak


2 comments:

kabus qaseh said...

Salam.. thanks sbb menulis lg, Thought Nina Mazlan da brhenti blogging sbb xde update at all since sy stat belek blog ni jan dlu. Anyway, keep on menulis, Fisabilillah. JZKK.

Nina Mazlan said...

Salam :) Tak. I always want to write, tapi sem lepas sibuk huhuhu. Tapi terlupa Allah tu the owner of time kan. So insyaAllah after this akan cuba untuk menulis selalu. Doakan. Dan thankss sebab komen ni. :)