Sunday, August 29, 2010

Sila Jangan Bajet COOL, Oke~~

masa kat rumah,before kuar g mid

'weyh,ak xde baju cantikla.camne ni?'

'nah,pakai baju muslimah ak ni.lawa gak'

'huh!xnaklah.malu ak g mid pakai baju muslimah'

masa balik dari mid,singgah masjid shah alam (cop,mid ngan masjid shah alam dekat x? =.=')

'huh?xkan nak solat kat masjid ni.seganla.kita balik solat kat rumah jela'
(sambil hentak2 kaki bajet comei)
'laa,nak malu kenapa?kita solat,bukan nak menari gee dalam tu :-O'
'tapi baju ak ketat.ko xpela pakai baju muslimah.malula'
oke,sekarang aku paham,cara berpakaian kena ikut keadaan sekeliling.hmm,mungkin nanti kat akhirat Allah kira dosa bukak aurat hanya bila kita berada kat tempat2 ibadah.dosa bukak aurat kat mid atau tempat2 hiburan lain Allah xkira.apakah?? +_+!

masa tengah duduk tunggu nasi goreng pataya kat cafe
'bila..ku imbas lagi...terusik peristiwa dulu...la la la~~'
(menyanyi ala2 illa sabry dgn nada yg macam nak jerit mintak tolong!)

'huish.apa ni nyanyi kuat2.Abu pandang tu.auratla'

'ala,Abu je pun.lepakla.derrr,,,,'

lepas makan g surau,xsolat maghrib lagi dowh -.-"
dalam perjalanan nyanyi lagi
(biasala,dulu before masuk kolej cita2 nak masuk AF)

'semalam I call U,U x answer...U kata U keluar pergi dinner~~'
sudah,lagu 'kantoi' la plak dia nyanyi maghrib2 ni

tiba2,tanpa ribut,tanpa petir
(memangla da musim panas =.=')

'aik,ko pehal?tetibe senyap?xkan tiba2 Allah tarik suara tu bg bisu kot?'

'shhh,tu,presiden muscom lalu.malula,suara tu kan aurat'

amboyh,macam tu rupanya.bila kat depan laki2 yang hot (ak x penah cakap pres muscom x hot ye), kat depan laki2 yang gila2 ( skali lagi ak x cakap pres muscom skema ye =.='), kat depan laki yang suka-suki nak pegang tgn perempuan macam pegang adik dia ( oke,kali ni ak cakap pres muscom i'Allah jaga batas =P), bolehla ye tunjuk aurat apa semua.hmm,kali ni,mungkin Allah dah asingkan,da buat list laki 'hot' dan laki soleh.jadi,kalau kita bukak aurat kat depan laki2 dalam list hot ni,dosa bukak aurat Allah x kira.camtu ke?

nota kaki. :)

~kalau org bg alasan xnak berdakwah sbb rasa diri still x perfect lg,sila tanya dia,bila dia akan perfect supaya boleh sama2 berdakwah?esok?lusa?mggu depan?xtau kan.jadi,sila jgn buang masa lg.mari kita bekerja.sharing je apa yg kita tau.dalam masa yg sama,ia dapat membentuk peribadi kita jugak ^_^

~selalu dgr org cakap camni : 'bulan puasa mana boleh mengumpat....bulan puasa mana boleh buat jahat...bulan puasa....'.oke,jadi bulan lain bolehla ye?baik,kalau camtu,silala puasa selalu supaya dosa berkurang.*peace*


Monday, August 23, 2010

biasalah mulut manusia...

kalau aku makan banyak
diorang cakap
'buang tebiat apa minah ni.stress kot'

kalau aku makan sikit
diorang cakap
'patutlah kurus.makanlah banyak sikit.x elok diet lebih2'

kalau aku pakai tudung labuh
diorang cakap
'wuuu,macam ustazah'
kalau aku pakai tudung singkat + jarang
diorang cakap

'cehh,,baik xyah pakai tudung!'

kalau aku rajin sikit
diorang cakap

'sejak bila kau jadi kiasu ni?'

kalau aku malas
diorang cakap

'patutlah results teruk.pemalas!'

kalau aku pakai pakai lens
diorang cakap

'wuu,pakai lens.nak cantik la tu'

kalau aku pakai spec
diorang cakap

'hakhak.cam org tua =.='
kalau aku buat kerja lebih sikit
diorang cakap

'tu nak bodekla tu'

kalau aku x buat kerja
diorang cakap

'xbertanggungjawab betul!'

kalau aku bercerita kat org pasal Islam
diorang cakap

'tgk tu,budak ekstremis agama'

kalau aku x bercerita apa2
diorang cakap

'kedekut ilmu.dia jek nak pandai'

kalau aku tulis blog islamic2 sikit
diorang cakap

'mentang2 MUSCOM.bajet jek'

kalau aku tulis merepek2
diorang cakap
'apa MUSCOM tulis camtu.memburukan nama MUSCOM jek!'

kesimpulannya,mulut manusia ni bukan macam mulut tempayan boleh tutup
dan hati manusia ni,xkan pernah puas dr mengkritik org lain
so,live ur life
buat benda yg korang rasa betul
komen2 dan kata2 menyampah org lain
korang buat macam lori sampah lalu jek
sekejap jek bau dia lekat
esok2 hilanglah
dan camtu lah kehidupan
*peace*


Friday, August 20, 2010

bila orang tanya,dia jawab,komen aku....

bila orang tanya

'bila nak tutup aurat?bila nak datang pergi solat tarawih?bila nak selalu baca al-Quran?'

dia jawab

'ala,muda lagi.nanti kalau dah berubah jadi baik,dah x boleh nak buat jahat.so,enjoy dulu,nanti dah tua bertaubatla.kan pintu taubat Allah tu sentiasa terbuka untuk hamba2-Nya'

komen aku

Alhamdulillah.betullah tu,pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba2-Nya.tapi,nak tumpang tanya sikit,awak tahu ke bila tarikh awak meninggal?awak pasti masa 'tua' tu akan berlaku dalam hidup awak?lagipun,apa yg awak maksudkan dgn tua tu?kadang2,org yg umur 40an pun still mengaku dia muda.sebabnya,ada yg lagi tua dr dia.macam tu,sampai kiamatla awak tu x tua2.kan?? :-0

bila orang tanya

'bila awak nak berubah jadi baik?yela,tunaikan solat,amalkan cara hidup Islam?'

dia jawab

'isk3.bukan saya x nak berubah,tp hidayah x sampai2'

komen aku

'apa awak ingat,hidayah tu boleh datang golek2 kat kaki awak?memangla hidayah tu milik Allah,tp kita sebagai hamba-Nya kena mencari.awak paham maksud mencari?maksudnya,bukan duduk diam,terus jalankan kehidupan yg serupa orang US tu tanpa berusaha belajar agama,dan berdoa pada Allah.kalau ada pun orang yg tiba2 dapat hidayah tanpa dia mencari,peratusnya sgt sikit.itu mmg sgt2 beruntung.awak pasti awak termasuk dalam kalangan org2 yg beruntung tu?'

'itu satu hal.lagi satu,dah dapat hidayah,awak kenala jaga.kalau awak nak tahu,kat sinila dugaan terbesarnya.nak istiqamah dgn perubahan tu.x tipu,mmg susah.sbb tu,kalau kita tengok,golongan mualaf kadang2 lg hebat dr umat Islam sendiri.sbbnya,diorang mmg sgt2 jaga hidayah yg Allah beri tu,sbb diorang tahu hidayah tu bukan boleh beli kat cafe'.

bila orang tanya

'kenapa awak couple?awak tahu x couple tu haram dan boleh bawa kepada zina?'

dia jawab

'ala,kitorang couple islamik kot.mana ade jumpa2,touch2,kiss2.kitorang mesej jek.itupun,mesej2 yg berunsurkan tazkirah,saling mengingatkan.xkan salah jugak!'

komen aku

'couple islamik hanya dalam khayalan.kalau awak nak main tazkirah2,awak boleh buat camtu ngan kawan pun kan.kenapa mesti couple? ;-)'
'tp,dalam bab ni,aku xnak cakap banyak.sbb dugaan couple tu x datang lagi kata aku.x boleh salahkan org yg couple,sbb perasaan berkasih sayang tu mmg lumrah manusia.anugerah Allah yg dikurniakan kepada kita.cuma,pandai2 jaga diri,dan selalu2 buat solat sunat istikharah supaya dapat petunjuk dr Allah =)'

bila orang tanya

'macam mana resuts awak?ok x?'

dia jawab

'yes!xsia2 aku kiasu selama ni.semua ni hasil usaha aku.aku mmg layak dapat resuts baik'

x pun jawab macam ni

'down dowh.results aku teruk.apa salah aku?kenapa Allah uji aku macam ni?aku selalu pergi surau,aku x pernah tinggal solat sunat,aku join usrah.apa dosa aku? T.T'

komen aku

'kalau results gempak,awak x pandai2 nak bersyukur ke?dan hargai org yg banyak tolong awak.bukan hasil usaha awak seorang jek'

'kalau result teruk,kenapa awak nak pertikaikan apa yg Allah beri?bukan itu yg terbaik?awak kata awak selalu buat solat sunat,awak selalu pergi usrah,awak pasti awak buat semua tu kerana Allah.sbb,kalau org yg paham,dia xkan pertikaikan apa yg Allah takdirkan untuk dia.dia akan terima segalanya dgn redha,dan dalam masa yg sama,cuba mencari apa yg kurang dlm diri dia,dan perbaiki.dia x kan  ungkit apa yg dah dia buat kat Allah.paham ke?? '

bila orang tanya

'kenapa awak x tegur dia?kan awak tu badan dakwah?'

dia jawab
'ala,seganla.biarlah dia.kita cegah dgn hati suda'

komen aku
'cegah dgn hati?awak tahu x itu selemah2 iman?awak ada kuasa,awak xnak cegah dengan tangan.apa guna org pilih awak jadi badan dakwah camtu?lagipun,awak ingat kalau awak terjaga dari maksiat,awak jaga ibadah awak,awak comform masuk syurga?'
'awak tahu x ada satu kisah dalam al-Quran,di mana Allah perintahkan malaikat supaya hancurkan sebuah negeri,dan apabila malaikat turun,malaikat nampak ada dua orang sedang beribadah,malaikat naik kembali.tanya malaikat kepada Allah,betul ke nak hancurkan,sedangkan masih ada lagi yg beribadah kepada Allah?dan Allah tetap suruh negeri itu dihancurkan,kerana dua orang tu,hanya beribadah sendiri jek,tapi x mengajak orang lain'

'awak nak jadi camtu?'

bila orang tanya

'kenapa awak suka buat dosa?awak x takut dengan Allah?'

dia jawab

'apa kau kisah?kubur lain2'

komen aku

'baik,kalau camtu,nanti awak meninggal,awak tanam diri awak sendiri,k.la la la~~'




Wednesday, August 18, 2010

aku ni kat UK ke kat Malaysia ni? +_+

aku sekarang tengah belajar kat UK Malaysia
tp serius aku cakap,org2 Malaysia ni ( aku xcakap semua ye)
agak peliklah perangai dan pemikiran diorang
bila orang tanya aku

'Malaysia ni sebuah negara Islam ke?'

jawapan aku

'ye,tp hanya dalam perlembagaan rasmi +_+!'

kenapa aku cakap camtu?
elehhhhh..
korang jgn nak buat2 otak suci arh
aku rasa korang pun setuju kan kalau aku cakap
yg Malaysia ni hanya sebuah negara Islam pada nama jek
realitinya?
jeng jeng jeng
FAIL DOWH!

baiklah,kalau korang still xpercaya apa yg aku cakap ni,cuba korang tengok baca situasi2 biasa kat bawah ni

SITUASI 1

~peristiwa berlaku di dalam komuter yg kalau ikan sardin tengok keadaannya pun,ikan sardin bersyukur sbb ruang tin diorang lg luas!~

ada seorang gadis,umur baya2 kita,status single but not available,masuk dalam komuter tu
ada tempat kosong,terus duduk kat sebelah seorang mak cik yg disyaki bukan mak cik cafe
sambil2 menunggu tiba di perhentian seterusnya,gadis tu bukak tafsir Al-Quran,dan baca

reaksi mak cik di sebelah,dan mak cik2,pak cik2,kakak2,abg2 yg berada di sekeliling
dah macam muka org pertama kali tgk alien

sambil2 tu,komuter yg pada asalnya senyap,tiba2 berbunyi 'pasar'

sok sek sok sek sok sek
bisikan2 perli dan seangkatan dengannya mula bergema
gelaran2 pelik tapi benar mula diperkatakan pada si gadis

'bajet baik'

'buang tebiat'

dan korang tambahlah sendiri (korang lg pandai dlm bab2 menggelarkan org ni)

situasi 1 *sambungan

~peristiwa di dalam komuter yg sama~

masuk sepasang couple yg sweet lagi bergaya ke dalam komuter

'hik2,you ni,gatallah.hehehe'
suara manja si gadis (xtaulah masih gadis lagi x)
sambil mencubit2 lengan si jejaka
yg sudah kembang kuncup hidungnya sebab 'sakit' dicubit

sambil2 tu,bagi menghilangkan bosan,diorang main peluk2 dalam komuter

reaksi mak cik2,pak cik2,kakak2,abg2 yg  khusyuk menonton adegan romantik geli sebabak tu
macam biasa jek
macam xde apa2 yg pelik berlaku
reaksi yg diorang bagi,macam xde perasaan tersinggung atau sedih langsung tgk umat islam,berpeluk2 dan bermanja2 di khalayak ramai
dalam hati siap ada yg cakap

'ala,sweetnya couple tu'

kalau ada yg menyampah pun,sekadar berkata

'mampus diorangla nak buat apa.kubur lain2'

jadi korang rasa,sekarang korang masih x malu nak mengaku yg Malaysia ni sebuah negara Islam?

SITUASI 2

'weyh,aku suka dowh lagu justin biber yg baru ni.siap hafal lagi kot.jom2 nyanyi'
'haa,aku pun suka kot.aku paling suka lagu 'baby,baby,baby,oooo'

(menyanyi sambil menari goyang kepala,badan,dan ....)

situasi 2 *sambungan

dalam kelas islamic studies,ustaz promote satu lagu ni,lagu nasyid

'sumpah bosan dowh.lagu tahun bila ustaz pasang ni'

'agak arh.bukan nak pasang lagu lady gaga ke,taula aku,x moden langsung ustaz ni'

habis jek lagu,ustaz bagitau,tajuk lagu tu InshaAllah,nyanyian Maher Zain

budak ramai2

'siapa maher zain?? ;-0'


korang rasa,kalau negara Islam,penduduknya lebih concern dgn penyanyi2 'hot seksi' atau penyanyi2 yg membawa lagu dakwah?

sekarang,korang masih mahu cakap Malaysia mmg terbukti sebuah negara Islam?

mmg Malaysia sebuah negara Islam,tp sejauh manakah Islam itu diaplikasikan sbgi cara hidup penduduk kat Malaysia ni?

kalau Malaysia ni betul2 sebuah negara Islam,x kan lahir 'bayi tong sampah'

kalau Malaysia ni betul2 sebuah negara Islam,x kan ada rancangan2 yg 'menghalalkan' peluk2 atr bukan muhrim
(kdg2,tgk yg bertudung litup pun suka suki main peluk2.alasan,xpe,da anggap dia cam abg sendiri.haa,kepala hotak kau.mana kau belajar?asal anggap cam abg jek,halalla ley pegang2?camtu,best arh!)
kalau Malaysia ni betul2 sebuah negara Islam,x perlu jual baju2 yg xcukup kain kat kedai org Islam
(ni x,tgk kedai org Islam lagi beria jual baju yg x macam kain bungkus nangka tu) 

kalau Malaysia ni betul2 sebuah negara Islam,x la aku terfikir nak buat entri membebel camni.cehhhh =.='
   
nak pinjam kata2 Sheikh Muhamad Abduh

'saya pergi ke Paris,saya jumpa Islam tanpa muslim.Dan saya pulang ke Mesir,saya jumpa muslim tanpa Islam' 

tepuk dada,tanya hati,buka minda,renung2kan..


Thursday, August 5, 2010

menantu mak aku =))

situasi 1

'seksi dowh budak tu'

cakap srg mamat yg muka boleh tahan kat kawan rempit dia

'tp,tu kalau buat stok2 awek boleh arh.kalau nak buat bini,mau mak aku kejar dari penang sampai singapore'

situasi 2

~dekat surau bahagian perempuan,di sebuah kampung yg bukan bernama kampung besout~

ALLAH AKBAR
takbir pertama dari 'abg imam'

'weyh2,usha2 jap sape imam.calon suami,calon suami'

kata beberapa makmum perempuan yg tergugat hatinya mendengar suara lunak imam

'eyh,bukan ko da ade abg z ke?nak carik lain pulak?'
seorg budak yg terganggu khusyuknya bertanya

'alaa,tu main2 jela.abg z aku tu,baca al-fatihah pon kena mengeja,mati hidup balik mak aku xterima jadik menantu =.='

baiklah,situasi2 yg mmg biasa
jgn cakap korg xpernah dengar or tengok situasi camtu terjadi
dusta semua tu

tp,pernah ke kita terfikir,sebab musabab perkara2 camtu terjadi?
xkisahlah,terjadi kat kita ke,kat kawan kita ke,or kat jiran sebelah mak saudara kita ke
yg penting,pernah x kita renungkan pengajaran di sebalik situasi2 camni?

kadang2,bila ada kawan kita datang menangis2 kat kita,cakap pakwe dia mtk clash
atas alasan,mak dia xsuka kat kawan kita sbb dia xpakai tudung
apa yg kita buat?
kita maki hamun segala keturunan pakwe kawan kita tu sbb nak jaga hati kawan punya pasal kan?

kadang2 tu jugak,bila ada kawan2 lelaki kita yg selalu lepak2 buang masa masa maghrib,yg xley semayang sbb uzur dari tahun lepas,datang cakap kat kita yg dia nak meminang usatazah depan rumah
apa reaksi kita?
kita terbahak2 gelak,dok kutok2 dia sbb bercita2 sgt tinggi

tapi,pernah ke kita terfikir,kenapa org2 yg kita tengok banyak awek seksi2,yg banyak kawan2 lelaki yg hot2,tetap nak pilih sorg yg menutup aurat,sorg yg sopan dan baik jadi teman hidup drg

mungkin bg kita,golongan2 camni xsedar diri
xreti cermin diri sendiri
perangai xsemena,ada hati nak kahwin ngan anak imam masjid negara
xlogik +_+!

tp,hakikatnya,itulah yg berlaku
sejahat2 mana pun org tu,dia mesti nak yg tebaik tuk jadi mama or papa kepada anak2 dia
dia mestilah nak sorg yg dapat bimbing dia dunia akhirat
ada ke yg nak sorg yg selalu kalah judi jadi suami?
ada ke yg nak sorg yg selalu menari kat pub jadi isteri?

korg macam mana?
mesti nak yg baik2 gak kan tuk jadi menantu mak korg?
xtaula plak kalau ada yg nak sgt kat org2 yg bermasalah ni,kat org2 yg xpasti agama dia apa
yg dah berpegang2,bertouch2,berkiss2 ngan manusia lain yg bukan muhrim
xtaula plak kalau ada yg suka amik bekas2,ex2,sisa2 org lain ni


dan yg paling penting,cuba kita tanya diri kita,kita ni termasuk dalam golongan yg mana satu?
yg bekas2,ex2,or sisa2 org lain ke,ataupun golongan yg jadi rebutan setiap lapisan masyarakat tuk memegang jawatan menantu?
tepuk dada,tanya hati,buka minda,renung2kan =)

nota kaki tangan : 

~minta maaf sbb entri kali ni,lupa nak tapis bahasa dia.tp jgn risau,ttp berlabel U,xsampai tahap 18SG lagi >_<

~blog untuk luahan hati penulis ke,or untuk renungan si pembaca?fikir2kan...