Sunday, October 17, 2010

title : undefined~

'aku pelik dowh tengok diorang tu. org lain pun couple jugak, tp xdelah macam diorang. ke hulu ke hilir mesti nak berdua jek. xtahu ke Islam cakap xbaik berdua2an dgn bukan muhrim?bla bla bla~'

soklan : awak tak tahu ke Islam cakap jgn mengumpat?baik awak makan daging kawan awak jek, kenyang sikit =.=

'eh,eh. mat, ko tengok minah tu, xsolehah betul. Islam tu. tapi pakai skirt pendek. ingat hot la tuh. mak bapak x ajar ke masa kecik2, suruh pakai sopan2 sikit haa?'

soklan : mak bapak awak ada x ajar awak jaga pandangan? mata tu jgn melilau pandang benda2 maksiat?haaa?!

'ala,beria nak berdakwah.study tunggang langgang.ada hati lagi tu'

soklan : awak tahu x berdakwah tu mesti bagi umat Islam?jadi, kenapa awak nak kutuk dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim?


'budak nama A tu annoying gila.budak nama b lagi annoying.tapi xley lawanla budak nama C tu'

soklan : semua org awak nak annoying.awak pernah x rasa diri awak annoying sebab suka rasa menyampah kat org lain? *ayat da xmacam org malaysia +_+*

'xsuka baca blog minah tu, ayat skem nak mati.blog mamat ni lagi ak benci.dok kutok orang memanjang!'

soklan : awak x suka, yang awak gi baca sapa suruh?ada cikgu suruh?xkan.so, hentikan operasi mengutuk blog orang!

'eee.xsuka entri2 blog 'mujahadah itu pahit' ni.dah la...~~'

soklan : tahu x blog 'mujahadah itu pahit' ni bukan blog awak?jadi, suka hatila 'penulis' blog ni nak tulis apa pun. ada 'dia' kesah? =.=

~bebelan di malam hari~

-10/10/10 tarikh cantik.ramai org kawin masa tarikh ni.sebab?senang nak ingat tarikh ulangtahun perkahwinan.bagus.tu diorang.kalau ak kawin nanti,ak nak pilih tarikh yg paling susah nak ingat.jadi,kalau suami ak dapat ingat tarikh ulangtahun perkahwinan kitorang dgn jayanya, bermakna suami ak sgt romantik.noktah!

-xsuka org yang talam dua muka!tolonglah jadik satu muka jek.ak rimas tau tak! =.=

-ak sgt takut dgn IELTS ak ni.ketakutan IELTS mengatasi ketakutan nak amik exam further.apakah?? T.T

-xsuka MECHANICS.paham x?XSUKA.oke,ni dah sampai tahap tension tahap karma ni.masih xdapat paham, kenapa ak kena belajar mechanics kalau nak jadik actuarist*ak xtahu org melayu panggil actuarist menda*?!

-ak benci lari.paham x?ak xsuka marathon!jadi,jgn gunakan ayat 'erna kecik dan kurus' sbgi alasan utk suruh ak lari laju2 masa HAW nanti.kalau korang cakap nak bagi ak satu tan coklat cadbury dan satu lori toblerone kegemaran ak pun mmg xkan berhasil sbb kebencian ak terhadap lari mengatasi segalanya.ak suka main netball jek =.=

BEBELAN TAMAT
*padan muka kena dengar ak membebel kali ni.cehhh*


Thursday, October 14, 2010

'abasa

oke,hari ni ak nak ajak korang bukak tafsir kejap
jgn risau,bukan tafsir sejarah melayu zaman dahulu kala pun
sebab kalau tafsir yg tu,xsempat habis ak tulis entri ni,ak da tertidur dulu =.=

sekarang,sila bukak tafsir AL-QURAN (:

surah 'abasa, surah yg ke 80, ayat 1-11
sebelum mula,rasa seronok nak berkongsi satu kata2 dari salah seorang sahabat Rasulullah yg ak lupa namanya*sori,sebab menghafal bukan bidang ak T.T*

'marilah kita duduk,dan beriman sejenak'

oke,ak bukan nak bagi tadabur pun
sebab rasa xtercapai lagi ilmu ke tahap tu
tp, suka nak berkongsi apa yg ak tahu, dan belajar
kan ke 'sharing is caring'
ngaa :D

jom kita luangkan masa kejap bukak surah 'abasa ni

dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang

1. Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling.

2. kerana seorang buta (Abdullah bin Ummi Maktum) telah datang kepadanya

3. dan tahukah engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya dr dosa

4. atau dia ingin mendapatkan pengajaran, yg memberi manfaat padanya?

5. adapun orang yg merasakan dirinya serba cukup (pembesar2 Quraisy)

6. maka engkau (Muhammad) memberi perhatian padanya

7. padahal tidak ada cela atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman).

8. dan adapun orang yg datang dgn bersegera (utk mendapatkan pengajaran)

9. sedang dia takut kepada Allah

10. engkau (Muhammad) malah mengabaikannya

11. sekali2 jgn begitu! sungguh (ajaran2 Allah) itu suatu peringatan.

oke,cukup sampai ayat 11 jek
sebelum apa2,ak nak cakap buat kali yg kedua,ak bukan nak bagi tadabur
sebab ak bukan pelajar sekolah2 yg mengaji tafsir al-Quran
ak budak MRSM,dan ak budak SAINS TULEN
ngerti kamu?
bagus!

apa yg best kat ayat ni sampai ak nak cerita dlm entri ni?
oke,ada byk sgt yg buat ak rasa ayat ni best!

~korang perasan x,ayat ni diturunkan utk menegur kesalahan Rasulullah~

asbab nuzul turunnya ayat ni :
diceritakan,pada satu hari kan,masa tu Rasulullah tengah semangat berdakwah kat pembesar2 Quraisy
nak ajak diorang masuk Islamla kan
tengah semangat keluarkan hujah2 tu,tiba2 dtg Abdullah bin Ummi Maktum ni
Abdullah mintak Nabi ajarkan kepadanya apa yg Allah ajar kepada Nabi

soklan : korang bayang,kalau korang tengah sedap2 bercakap,semangat ni bercerita dgn kawan2,tiba2 adik korang datang suruh cerita kisah cinderella.apa reaksi korang?mesti rasa cam nak tampar jek adik korang laju2 kan? *sumpah jahat klu korang buat =.=*

samalah macam Rasulullah
Rasulullah pun manusia jugak.mesti ada perasaan terganggu kan?
sebab tu,masa Abdullah datang, Rasulullah palingkan mukanya dan berwajah masam.

pastu, Allah terus turunkan ayat ni utk menegur Rasulullah
padahal,kalau pikir logik,Abdullah tu xnampak pun muka masam Rasulullah tu
dia xnampak pun Rasulullah palingkan muka Baginda
sebab apa?
sebab dia buta!kan da tulis kat atas nun.ishhhh!
dan,Abdullah xterasa pun kan?betul x?

tapi,Allah tu sgt teliti dan prihatin
benda yg kita rasa kecil camtu pun,Allah tegur
sweet x Allah?

~Rasulullah xpernah sembunyikan apa2 pun, menandakan Baginda sgt jujur~

kalau kita tengok
sesetengah orang susah nak mengaku kesalahan dia kan?
sebab apa?malulah buat salah!

tp, dalam ayat ni, terang2 Allah tu tegur Rasulullah
sebab Rasulullah buat salah
dan Baginda, xsembunyikan pun teguran Allah tu
korang bayang, dah la Rasulullah tu maksum, dihormati pulak
kalau baginda x bagitau tentang turunnya ayat ni utk menegur Baginda kat para sahabat, sahabat2 Baginda xkan tahu pun kan?
tp, Rasulullah tu tanpa segan silu menceritakan dgn detail kesalahan baginda tu, dan teguran Allah padanya tu
baik x Rasulullah?baik kan?
hee,tengokla kekasih hati siapa? ;)

~Allah tu sgt sweet~

eh,apa yg sweetnya erna ni?
xnampak pun Allah tu sweet kat dlm ayat ni =.=

haaa!tula,cuba korang baca balik tafsir kat atas tu
perasan x,byk surah2 lain dlm al-Quran,Allah guna 'kau' (utk menggambarkan Nabi Muhammad)
tp kali ni, Allah guna 'dia'
kenapakah???

oke,ada 2 situasi
korang ada anak*cehh,kawin pun belum!*
pastu,anak korang buat salah
contohnya,dia curik duit dari dompet korang sepuluh sen

situasi pertama
korang marah2 dia,ckp camni

'reza ni, kenapa curik duit mama?tahu x mencuri tu xbagus?bla bla bla~'

dalam masa beberapa saat,anak korang tu da bukak kilang air mata da
isk3 @_@!

situasi dua
korang panggil anak korang tu duduk
dan bercerita

'eh,reza tahu x,ada seorang budak ni kan,dia curik duit mama dia.padahal mencuri tu kan,xbagus.berdosa'

comfim anak korang terasa kan?
dan mesti dia mintak maaf kat korang
paling tidak pun,dia xbuat da pastu
paling penting,dia xmenangis!

significance?

Allah guna 'dia' pada beberapa ayat pertama surah ni
sebab Allah tu sweet
dan Allah tegur Nabi dgn berhemah
Allah guna cara menegur dlm situasi kedua tadi
best x?
Allah xguna 'kau' sebab Allah tahu, cara tu kurang best berbanding cara kedua tu :)

oke,itu je kot yg ak nak kongsi
kalau korang x bersetuju, silalah tegur
jgn risau, ak xmakan orang
ak makan nasik jek
itupun xmau meninggi =.=

p/s : terima kasih kepada kak KD yg share tadabur surah ni (:

p/s lagi : shikin,ak da berusaha pendekkan entri ni, tp ak xboleh T.T ak cuba lain kalilah +_+




Sunday, October 10, 2010

tiada motif!

monolog dalaman :

'ish,erna ni hari2 update blog.xde kerja lain ke?'

ye,dah xde kerja da nih.ada masalah ke kalau ak update selalu?bagus kalau xde.kalau korang ada masalah pun,ada ak kisah? =.=

baik,monolog stop di sini!

selalu kita tengok,atau dengar
berita perempuan kena rogol
byk yg utarakan pendapat
antaranya : 

'itulah.perempuan yg suka pakai seksi2.pakai xcukup kain.sebab tu kena rogol'

'perempuan pakai jubah kena rogol.tula,sapa suruh jalan sorang2.da tau tempat tu sunyi'

sepuluh hari sepuluh malam bincang pasal kes rogol
kesimpulan akhirnya,mesti kesalahan diletak di bahu perempuan
lelaki?????

semalam masa jalan kat jalan TAR,adalah beberapa manusia yg xberakhlak mulia betul
setiap kali jumpa perempuan
mulalah buat bunyi yg menyampah tu
tp nak kata diorang buat kat perempuan2 seksi jek,xjugak
sebab ada jek perempuan2 yg berpakaian sopan kena usik
nak kata diorang buat kat perempuan2 yg jalan sorang2 jek,lagi la tak
makin ramai,makin galak diorang berbunyi
xpaham ak
masa kecik2,xde ke pergi sekolah cikgu ajar hormat orang sikit?

pastu,ada yg 'baik' sikit,bagi salam
tp,tengok perempuan macam nak tersembul biji mata
baik apakah itu??
bukan ke islam suruh jaga pandangan?
dalam surah an-nur,ayat 30

'katakanlah kepada lelaki yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan...'

tengok!suruhan menjaga pandangan tu,Allah cakap kat lelaki dulu kan?
dan sambungannya,ayat 31,baru Allah cakap kat perempuan

'dan katakanlah kepada perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan...'

tapi, masyarakat selalu cakap perempuan yg salah,bla bla bla~~
hey,hey lelaki2,ingatlah,korang pun ada batas yg perlu dijaga
kalau sama2 jaga batas,mesti benda2 macam rogol ni xberlaku
bak kata aid 'ye dak?'

dan perempuan pun,jgn gembira sgt
kita pun kena jaga diri kita elok2
sebab mmg xdinafi, cara kita berpakaian jugak jadi punca jenayah2 sebegitu berlaku

sila2lah baca tafsir surah an-nisa',an-nur dan al-ahzab
dalam surah2 ni,byk cakap pasal wanita (:

selain dr kes pertama tadi, perempuan selalu jugak disalahkan bila nak kahwin

'ishhh!apa ni nak jadik bini org dah tp xtau memasak'

ye,betul
nak jadi bini org,mestilah kena pandai masak
xkan hari2 kau nak suruh laki ko pergi makan kat restoran depan rumah tu
baik laki kau kahwin ngan mak cik tukang masak restoran tu je kan?

tp,lelaki sila jgn lepas tangan
mentang2 org selalu cakap pasal perempuan jek
korang ingat korang boleh lari?
before kahwin,tanya dulu diri sendiri

'ak ni,boleh ke jadik imam solat isteri ak nanti?'

'ak ni,mampu ke nak ajar isteri ak bab agama ni?'

ingat,bila nak kahwin,perempuan jek kena prepare?
banyak macho kau!
kalau setakat mampu dr segi fizikal jek,tapi rohani hancur,baik korang hentikan niat korang nak meminang anak orang tu
pergi amik kelas mengaji dulu,deal? =.=

dan perempuan2 pun,jgn seronok sgt sampai terlompat2
kita pun,selalulah buat ayat tacing nak mati

'kalau dia nak ak,dia kena terima ak seadanya'

okela,ak setujulah.kalau dia nak kita,kena terimalah muka kita xmacam siti nurhaliza
kena terimalah suara kita xsedap macam misha omar
tp, tu bukan bermakana dia kena terima jugak segala keburukan sikap kita
dah kalau kita suka membuta sampai pukul 11,12
bila dia suruh tuka tabiat buruk nak mati tu,tuka jela
kalau x,baik dia xya kahwin
sama jugak,pagi2 breakfast sorang2 jugak
kan?

kesimpulannya,ak xtau kenapa ak buat entri ni.sekian =.=




Friday, October 8, 2010

'annoyed'

kenapa perasaan annoyed tu perlu wujud?
ntah ak pun xtahu jawapan dia
sebab ak pun biasa rasa annoyed kat orang =.=

kenapa kita annoyed?
sebab kita manusia biasa

kenapa yg bernama manusia tu perlu annoyed?
sebab manusia selalu nak org lain ikut cara dia
dia rasa diri dia yg terbaik

kalau dia duduk bersila
dia akan annoyed bila orang lain duduk bersimpuh
kalau dia makan pakai tangan
dia akan annoyed bila orang lain makan pakai sudu

eeee,kenapa mamat tu hensem.menyampahnya =.=

annoyed ni baik atau tidak?
camon!xkan nak ak jawab soalan ni kot =.=
sah2 ia x baik utk kesihatan

sebab?

~bila kita annoyed,kita akan lupa segala kebaikan orang tu kat kita,dan pikir kejahatan dia jek~

'hee,ak bengkek betullah dengan minah ronggeng mata juling tu'
 (tengok!bila annoyed,mesti kita describe org dgn perkataan yg xbaik.padahal minah tu lawa jek +_+!)

'laa,pehal lak kau ni?semalam ok jek dia ajar ko mechanics?'

'ala,bukan dia pandai sgt pon.dia tu la,tadi kan,masa kelas stats....'

~bila kita annoyed,kita mesti suka mengumpat.dan orang mengumpat selalu jadi kawan syaitan~

'ishh!sumpah dowh ak benci betul dgn mamat rempit tu.ada ke patut dia gi cabut bulu kaki depan aku?annoyed betul'

'laa,sabar2.mungkin dia xsengaja kot.jgnlah marah sgt.berzikir2'

'huh?esoklah ak zikir.dah la.ak gi cerita kat org lain lg bagus'

*selalunya,bila kita cerita kat orang pasal seseorang yg kita benci,kita xsuka kalau orang tu back up budak yg kita benci tu.jadi,batu api selalu di cari*

~bila kita annoyed,kita akan jadi talam dua muka~

'weyh,sakitnya hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.siti tu xpaham bahasa ke apa?bla bla bla~~~'

setengah jam kemudian

'errrr,,,,siti,nak pinjam mug boleh?'
(sambil buat muka tersipu malu yg x comel punlah!)

~bila kita annoyed,kita rasa kita bagus~

'eeeeuuuwww,diorang tu couple,main pegang2 tangan,peluk2 pinggang.annoyingnya aku'

'eyh,ko pun couple jugak kan?'

'yela.sekurang2nya,ak couple,xla jumpa pun.texting jek.ak masih sopan lagi penyantun.bukan cam diorang tu nak heboh satu dunia'
(ayat perasan diri betul!)

waaaaaaa.menyampahnya.rasa cam nak bunuh diri da ni haaa!!

sebelum kita annoyed dkt orang lain
pernah x kita fikir,yg diri kita pun annoyed jugak kadang2
tanpa kita sedar,orang lain pun ada pernah annoyed dengan sikap kita,cara kita

jadi,perlu ke kita annoyed dengan orang lain?
sebab kita pun tahu,setiap orang xperfect
setiap kali kita nak ter'annoyed' kat orang
apa kata kita fikir semua kebaikan2 dia
haaaaa!

tp kan erna
macam mana kalau orang tu memang xpernah buat kebaikan
setiap benda yg dia buat,sentiasa menambahkan rasa annoyed kita kat dia
kita dah tegur kesalahan dia,tp cam xde effect pun
macam mana tu erna?

ok,itu mmg annoyed =.=
jadi,jom kita lari dari dia
kadang2 menjauhkan diri tu bagus
sampailah kita dah ok dengan dia

tp erna
kalau dia tu duduk dekat dengan kita?
hari2 kena jumpa dia
dah xboleh lari dah?

errrrkkkkkksss!
kesian kat awak
sabar ye =.=




Wednesday, October 6, 2010

malu seorang muslimah

*satu mesej diterima*

I...
I L...
I LO...
I LOV...
I LOVE...
I LOVE Y...
I LOVE YO...
I LOVE YOGURT! ^_^

oke,apa perasaan korang dapat mesej macam ni?

kalau org tu perempuan
ada dua situasi

~mesej tu dari lelaki yg dia admire~

hati berbunga2,hidung kembang kuncup,muka blushing suda
ke'perasanan' bertambah
'isk,dia ni mesti suka ak.tp malu nak cakap.hehehe =P'

~mesej dari kwn lelaki biasa~

one word : sengal!

kalau org tu lelaki pulak
ada satu situasi jek (kot!)

~mesej dari kwn perempuan yg dia selalu berbual sbb bosan,atau dari seorang perempuan yg dia suka~

gulp.menggoncang iman.full stop!

*oke,ini contoh ayat jek.xperlu aku nak berjiwang di sini +_+*

wahai kawan2 perempuanku
percayalah
lelaki,lain sgt10000x dr perempuan
jgn sebabkan satu ayat yg kita rasa biasa
menyebabkan iman diorang terganggu

lagipun,mana letaknya perasaan malu seorang muslimah?
xkan sesuka hati jek kita nak menuturkan ayat yg jiwang2 dekat lelaki yg xde kena mengena pon dengan kita?
nak ke kita jadi punca dosa diorang bertambah?
lagipun,cuba korang bayang,kalau kita da cakap sweet mewiit kat lelaki lain
nanti bila da kahwin,da xde ayat yg nak cakap
idea dah habes!
kesian suami kita
isk3 =P


Monday, October 4, 2010

sebab saya seorang MUSLIM ;)

saya tak ingin nak berubah sebab saya seorang VP MUSCOM
sebab saya takut
nanti bila saya dah handover jawatan ni kepada junior
saya akan 'berubah' balik

tapi saya suka nak berubah sebab saya seorang MUSLIM
sebab saya tahu
saya tak akan dan tak pernah mahu
handover 'jawatan' ni kepada sesiapa pun
dan sampai bila-bila pun
insyaAllah

perubahan memerlukan masa!


Friday, October 1, 2010

sengal!


friendship apakah ini?
sila jangan jadi talam dua muka, oke! =.='
*sengal*