Sunday, February 20, 2011

sayonara jahiliah: jangan redha dengan maksiat!

selama dah lebih setahun aku ditarbiyah ni, aku still ada satu masalah. masalah yg aku rasa semua orang ada. masalah REDHA DGN MAKSIAT. apa maksud redha dgn maksiat?

contoh, bila kita dah menutup aurat dgn sempurna, kita dah jaga solat kita, tp muamalat kita dgn bukan muhrim kita kurang jaga. kita cakap, xpelah, sikit2 jek, maksudnya kita redha dgn maksiat tu.

contoh, bila kita selalu bangun qiam, kita hadir majlis2 ilmu, kita baca al Quran selalu, tp kita suka main games, baca komik yg lagha2. kita cakap, xpelah, sikit2 jek. maksudnya kita redha dgn maksiat tu.

xpaham lagi? suka aku nak berkongsi satu kisah pasal brownies (betul x eja? =.=). baca baik2 ye.

ada sebuah keluarga yg mana agak menitikberatkan ajaran agama islam dlm kehidupan mereka sehari2. si ayah sgt pandai dlm mentarbiyah anak2nya. suatu hari, dua orang anaknya meminta izin untuk menonton wayang. perbualan berlaku,
'ala ayah. bolehlah kami tengok cerita omputeh tuh. semua kawan2 kami dah tengok. kami pergi berdua, bukan dgn pakwe ke ape'. si anak memujuk.
 'ishhh.xboleh.ayah tahu, cerita omputeh mesti ada scene2 yang xelok.xboleh2.nanti kita tengok Mari Bertaranum jek sama2 kat rumah'.
 'ayah, kawan kami cakap, ada sikit jek scene diorang kiss tu. sikitttttttttttttt sgt. xsampai 10 saat pon.bolehlah ayah'. si anak memancing lagi.
 si ayah pon berfikir panjang, dan akhirnya keputusan dibuat.
'ermm..baiklah.tp dgn satu syarat. sebelum pergi, kamu berdua kena makan brownies yg ayah buat dulu'. si ayah senyum2 kambing.
 dalam hati si anak dah pelik, buang tebiat apa ayah aku ni. apa kaitan brownies dgn wayang =.=. tp sbb nak sgt tengok cerita tu, si anak ikut jek. brownies sedap apa.
bila dah siap, si anak memuji2 ayahnya sebab brownies tu mmg nampak sgt sedap. kalah kek secret recipe. bau pun, haish, bak kata org memang superb lah.
si anak bertanya, ' ayah, macam mana ayah buat brownies ni. sedap jek nampak. cer stori mori sikit?'.
 'oh, untuk anak2 ayah, ayah buat brownies terbaik dalam dunia. ayah masukkan semua ingredients terbaik untuk buat brownies yg sedap ni. tp ayah ada tambah sesuatu. tp sikit je lah.'
si anak pelik dan bertanya, ' tambah apa ayah?'.
'oh, ayah tambah taik anjing sikit. sikitttttttttttttt sgt. lagi kecik dari taik gigi kamu :)'.

ok, tamat cerita. soalan, korang rasa nak ke si anak tu makan brownies yg dah ditambah dgn taik anjing tu walaupun sedikit? kalau korang, korang sanggup? ala, sikitttttttttttttttt jek letak. nak?!

sekarang, korang bayang eh. kita dah buat amalan yg sgt banyak kat dunia ni. kita bangun solat malam2, puasa kalau boleh xnak bukak2 dah, kita baca al Quran khatam seminggu sekali, kira amalan terbaiklah kan yg kita persembahkan kat Allah. tp kita tambah maksiat sikit. kita pakai pakaian ketat. ala sikit jek kan.macam taik anjing tadi, sikit jek. rasa2, nak ke Allah terima? kalau kita xnak makan brownies yg disediakan dgn bahan terbaik tadi tp ditambah dgn sikit jek taik anjing, macam mana Allah nak terima amalan terbaik kita yg ditambah dgn maksiat sikit?

bukan maksudnya, amalan kita selama ni Allah xnak terima. jgn nangis pulak. nak berubah mestilah sikit2 kan? tp, kalau kita redha dgn maksiat yg kita buat, macam mana Allah nak sayang? kan!

baru2 ni, pergi program sayonara jahiliah. sayonara korang tau kan? selamat tinggal. wah, tajuk best, tp nak buat best x? Allah berfirman dlm surah al-imran ayat 14:

'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik'.

memang Allah sendri mengaku, yg Dia jadikan dunia ni indah. tp indahnya dunia ni lah yg menyebabkan mata hati kita buta. kita terlampau cinta dunia, sampai kita abaikan perintah Allah.

untuk para daie pulak, secara xsedar, kita pon cintakan dunia jugak. kita redha dgn maksiat yg org lain lakukan. kita takut nak bekerja, kita takut! kita tengok orang dating tengah jalan, kita nak tegur, tapi kita takut, kita sedapkan hati kita dgn monolog dalaman, ' ala, sekejap je kot diorang ni. kejap lagi bersurailah tu'.
kita redha dgn maksiat! mashaAllah, lemahnya kita kan?

kita daie, tp kita sendiri lupa kata2 Allah dalam surah  Taubah ayat 105:

'dan katakanlah, "bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya, dan orang2 mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yg mengetahui yg ghaib dan yg nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yg telah kamu kerjakan'

ya Allah, sweet gila kan?bayang, kalau kita bekerja untuk Allah, kita sampaikan ajaran2 Allah kat org lain, kita xredha dgn maksiat, Allah tengok jek kita. Allah senyum jek tengok kita bekerja. kalau kita susah, Allah tolong kita. kalau kita rasa down, Allah pujuk kita. nak takut apa lagi?

bangunlah wahai ansarullah, jangan redha dgn maksiat. tinggalkan semua jahiliah2 yg masih melekat kat hati kita ni. kalaulah kita analogikan jahiliah tu macam chewing gum yg melekat kat kaki kita ni, kecik2 chewing gum tu pun kita rasa xselesa nak berjalan kan, kalau buang kita baru rasa ok kan?jadik, kenapa kita rasa reluctant nak buang jahiliah yg masih melekat kat hati ni, supaya senang kita nak maju? sentiasa ingat, sepanjang masa, Allah tengah senyum kat kita. so, xpayah risau pandangan manusia. i'Allah.

kalau dulu, mungkin aku akan kisah kalau kau menjaja cerita xbaik pasal aku, tp sekarang, aku dah xkisah pandangan manusia lain, dan kalau kau rasa buat macam tu akan meyebabkan aku stress, minta maaf sbb aku xterkesan langsung dgn cara tu. aku ada Allah, aku ada famili, aku ada semuanya yg buat aku rasa kehidupan ni seronok.


8 comments:

Norain Ishak said...

erna, baca majalah ujang tu maksiat ker?

kalau komik seksi2 tu maybe lah lagha kan,

tapi MAJALAH UJANG takkk. HAHA.




lagi satu kak erna,


macam mana pulak menonton drama korea,drama melayu ke, omputeh ke, tamil, banggali ke??



yang ada banyak scene2 maksiat tu.


adakah ini bererti, berdasarkan tema sayonara jahiliah kita seharusnya meninggalkan tabiat menonton drama sebegini?


dan menggalakkan diri sendiri menonton rancangan national geographic, imam muda dan program tv selain drama?



bagaimana pulak mendengar lagu-lagu cinta endon??boleh ke tak?


and and adakah kalau jawapannya tak, kita hanya bisa melayan lagu maher zain sahaja?




sekian,,,

Nina Mazlan said...

hah! sgt panjang di situ :P

untuk pengetahuan, walaupun pahit, itulah hakikatnya.masa program tu, dikatakan begitu.semua benda yg xboleh dijadikan ibadah, maksudnya maksiat.

contoh, tidur dgn melampau, dah jadik salah. tp still tidur tu boleh jadik ibadah kalau xmelampau dan dibuat dgn betul.

tp adakah drama omputeh korea tu boleh dijadikan ibadah?haaaa!

dan untuk pengetahuan ain jugak, ena pon masih susah nak terima kepahitan hakikat tu.dan susah nak tinggalkan benda2 alah tu semua =.=

cuma saja berkongsi pengisian program tu, untuk sama2 ambil ibrah.wink ;)

.ekroy. said...

terima kasih atas perkongsian.ada beberapa perkara yang sy kira perlu penjelasan.

atas medium atau platform atau kapasitiapakah,perkara2 spt membaca komik dikelaskan sbg jahiliah? nabi sendiri pernah menyatakan dlm sebuah riwayat oleh Muslimberbunyi, " 4 perkara pada umatku adalah jahiliah jika mereka tak meninggalkan ; iaitu membanggakan darjat keturunan, mencela keturunan, meminta hujan dgn binatang dan meratapi mayat". Jika saudara mengelaskan bacaan komik itu adalah "jahiliah Moden" seperti kbykan individu skrg,sekali lagi sy bertanya,atas kapasiti apakah ianya digelar sebegitu.

p/s : saya juga pernah mghadiri SJ (sayonara jahiliah) namun soalan ini gagal dijawab dgn baik oleh para pembentang ketika itu.

terima kasih

Norain Ishak said...

hahahhahah.

last year ada lah jugak simpan azam taknak tengok drama2 lagha kann,


pastu,


aduhaiiii,

TERtengok jugak lah drammaa..



okey..

sama2 berusaha kearah yang lebih baikk..








peace,no war!

im watching u said...

gu jun pyo plak mcm mna, haaaa!!! =.="

Nina Mazlan said...

ekroy : saudarilah =_='

ermmm.saya xkata baca komik tu jahiliah,tp saya mengaku yg tu lagha.sbb macam mana keadaan sekali pun, kita xdapat buat ia jadik ibadah kan?waktu baca komik, kalau kita isi dgn perkara2 lain yg berfaedah, xke lagi bagus?

perkara yg sama berlaku pada saya bila hadir program ni.sbb rupa2nya bila dibentangkan, ada byk benda yg saya buat dikira jahiliah.so, utk menjawab soalan tu, rasa macam xmampu.tp mungkin boleh ambil ibrah, sbb mmg betul, benda2 yg xdatangkan faedah dan membunuh masa kita tu, mmg kalau xbuat lagi baik.

tapi kita manusia, kita dah terbiasa buat benda2 macam tu.contoh, saya suka tengok drama korea, bila kakak tu cakap, tengok drama2 yg xdatangkan manfaat dan memakan banyak masa kita tu dikira jahiliah, saya agak xpuas hati. tp bila pikir balik, hakikat mmg pahit kan. kita xnak mengaku benda tu jahiliah sbb kita suka benda tu.sbb tu saya cakap, jgn redha dgn maksiat. manusia suka menghalakan yg haram. macam kapel islamic. kan?

btw, post ni, untuk bagi saya ingat pengisian dia.xtujukan pada siapa2.peace :)

Nina Mazlan said...

norain : haha.yolahhhhh :P

im watching u: kalau komen guna nama sendiri xboleh ke? =.=

btw, Gu Jun Pyo pon termasuklah tu.ngeh3.sbb tu aku cakap, aku pon tengah redha dgn maksiat skang ni.haish T.T

Unknown said...

usaha kuat lagi jom !!

=)