Friday, February 25, 2011

ketika cinta Allah berbicara...

bayang eh, satu hari aku datang kat korang, aku bagi korang duit RM10, free jek. dengan muka innocentnya, mesti korang akan ambil kan? oh kamon, duit free kot, ingat senang? tapi kan, kalau ikut logik akal, kalaulah tiba2 aku cakap aku nak balik duit tu, mesti korang akan bagi kan? sebab walaupun nampak buruk siku, still, duit tu aku punya. mesti korang akan bagi jugak walaupun dalam hati bukan main bengang ngan aku kan?

tapi, katakanlah, aku nak balik duit tu, tapi aku bukan nak ambil free. aku cakap kat korang, aku nak BELI duit RM10 yg aku bagi kat korang tadi tu, dengan harga RM1000. kalau ikut pemikiran manusia yang waras, xkanlah korang nak tolak kan? bayang, aku nak beli duit RM10 tu, dengan harga yg berganda2 lagi. dah la duit tu bukan korang punya pun asalnya, aku yg bagi kan?

tapi (banyaknya tapi -_-"), kalaulah ada antara kawan korang yg hadapi situasi mcm kat atas tu, tapi dia tolak. dia xnak jual duit RM10 tu dengan harga RM1000 tu. sbb apa? sbb dia suka sangat2 dah dekat duit RM10 tu sampai ada orang tawarkan harga yg tinggi untuk beli RM10 tu, dia xnak bagi. apa pandangan korang? bodohnya kawan korang tu kan? serius ni, bukan main2. mmg nampak sgt bodoh kan?
 
ok, sekarang kita jadikan orang yg dapat duit RM10 tu diri kita sendiri. dan orang yang bagi duit RM10 tu Pencipta kita, Allah. semua benda kat dunia ni siapa yg bagi? ALLAH. pandai. semua nikmat kat dunia ni siapa yg bagi? ALLAH. pandai. semua harta nyawa kawan famili kita siapa yg bagi? ALLAH. pandainyaaaaaaa (nada budak iklan susu :P)

tapi, jom kita bukak satu ayat ni, dalam surah at-taubah, ayat 111:

'sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka'

cuba tengok perkataan membeli tu. tadi kita kata semua benda kat dunia ni Allah yg bagi kan? tapi kenapa dalam ayat ni, Allah cakap Allah nak beli benda2 yg Dia bagi kat kita tu? kalaulah kita fikir balik, Allah tu Maha Berkuasa, bila2 masa jek Dia boleh tarik segala nikmat yg Dia bagi tu. tapi, kenapa Allah nak beli jugak??

tu tanda Allah sweet. sweet kan? mengaku skang!

dan baca sambungannya, Allah nak beli dengan apa? macam kisah mula2 tadi, aku bagi RM10 kat korang, aku nak beli dengan harga RM1000 kan? untuk pengetahuan, Allah tu tersangatlah sweetnya, sebab Dia nak beli segala benda yg Dia bagi dengan harga 'syurga'. syurga weyh, bukan duit berjuta2 pun. syurga, xdapat nak kira berapa nilainya kan?

tapi, tanpa kita sedar, kita pon sama bodoh dengan kawan kita yg xnak jual RM10 dia tu dengan RM1000. sbb apa? sbb kita tolak syurga yg harga dia x ternilai, sbbkan nikmat dunia yg sgt2 lah kita cinta ni, yg sgt2 kita angau ni. bodoh kan?

Allah tu dah sweet sgt dah, tapi kita buta, kita pekak, kalau amik IELTS sepatutnya band 1 pon xlepas, sbb kita xpandai nak gunakan mata untuk melihat kebesaran Allah, guna telinga untuk ambil iktibar dari apa yg kita dengar.paling sedih, Allah bagi hati, tapi kita x guna hati kita untuk menilai cinta Allah. selalu kita dengar org cakap kat kekasih hati pujaan jiwa raga diorang, 'kalau xpercaya kasih sayang abang, belahlah dada abang ni, hehehehehehe'. oh, pandai eh, jangan lupa, hati tu siapa yg bagi?

sebenarnya kalau perasan, banyak ayat2 dalam al Quran ni, tersangatlah sweet. memujuk ada, menegur pon ada. sekarang bayang, satu hari, korang baca satu surat cinta, tp surat cinta tu bukan untuk korang.contoh:

ke hadapan kekasihku lili,
 semasa abang menulis surat cinta ni, abang tengah berada di bawah sinaran bulan purnama yg cantik. namun, kecantikan bulan ni, xdapat menandingi cantinya kekasih abang lili yg amat abang rindui...........

yakkk.kalau aku baca, aku koyak terus =.=. ok, kalau korang baca surat cinta yg bukan untuk korang tu, mesti korang macam xde perasaan sgt, sbb bukan untuk korang kan? tapi sekarang cuba bayang surat cinta tu memang untuk korang, nama korang.contoh:
hai si comel erna,
 abang xde kredit, malas nak top up, sbb tu abang bagi surat. comel kan abang? kalah erna :P

ok, walaupun surat ni macam sengal, tapi mestilah hati aku terkesanlah la jugak sikit, sbb dah untuk aku. nama aku kot. kalau korang, surat cinta tu nama korang, mesti korang macam terkesan jugak kan?

sekarang, cuba ambil al Quran korang, bukak. ayat2 dalam tu, banyak sebut nama Nabi Muhammad SAW kan? mmg logiklah, sbb al Quran ni diturunkan kepada Rasulullah. tapi, sangatlah diketahui bahawa, al Quran tu mmg applicable untuk semua zaman kan?kalau kita baca, kita kurang nak rasa, sbb kita kata, 'ala, Allah cakap ni kat Rasulullah, kan?'

sekarang, cuba tukar nama Rasulullah tu dengan nama kita. tukar, 'wahai manusia' tu jadi nama kita, contoh, 'wahai erna'. apa perasaan korang? kalau aku, baca ayat2 yg ada nama aku tu, rasa macam nak pitam pon ada.

ya Allah, banyaknya suruhan Allah bagi kat aku yg aku xbuat lagi. ya Allah, sweetnya Kau bila Kau pujuk aku dengan ayat2 cintaMu. ya Allah, banyaknya laranganMu yg xdapat aku tinggalkan lagi.

'wahai orang2 yg berselimut. bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sebahagian kecil'
(73:1-2)

tengok ayat perintah qiam tu. mula2 baca aku xrasa apa2 sangat.tapi bila aku tukar ayat tu jadik nama aku, aku rasa macam malu sangat. bayang, malam2 aku macam terdengar Alah cakap dengan aku,' wahai erna yg berselimut. bangunlah untuk mengerjakan solat'. ya Allah, best kan?

'dan katakanlah, 'bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya, dan orang2 mukmin....' (9:105)

ayat ni pulak, aku rasa macam Allah tengah cakap denga aku, 'bekerja erna. Aku tengah tengok kau ni. Aku suka tengok kau bekerja. aku sedang sneyum pada kau. jangan malas nak sampaikan. bekerja, jadilah penolong agamaKu'. ya Allah, berkobar2 semangat nak sampaikan kan? semangat nak jadik ansarullah :)

banyaknya lagi ayat2 yg memang sangat2 sweet, sangat2 tersentuh kalau kita paham. bedah al Quran tu, jangan bedah novel Hlovet jek. ayat2 cinta Allah tu, the best among the best kalau kita paham. mashaAllah, kurniakan kami kefahaman dalam mempelajari ilmuMu :)


No comments: