Tuesday, March 22, 2011

berbahagialah wahai wanita :D

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem menangis air mata darah, sbb x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi once dah sakit, merungut bagai nak rak
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
bila nak keluar mana2, cuak jek rasa
sebab berita asyik2 keluar cerita orang kena rogollah, kena culiklah
lelaki pukul 2 pagi pon boleh keluar minum kopi tengok bola

siapa kata jadi perempuan tu senang?
kalau kena rogol, perempuan disalahkan kata x jaga pakaian
bila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang
bila buat salah sikit, kena marah dengan suami
bila bising terlebih, kena label perempuan x sopan
betapa susah nak jadi perempuan kan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

video ni best :D


aku nampak diri aku yg lama dalam dia :(


Kasih Sayang Allah :D

ada orang pernah cakap kat aku
'kalau masa kau buat satu benda tu kau rasa takut dan bersalah, maknanya apa yg kau buat tu salah'

mana ada orang yg rasa cuak atau bersalah bila buat benda baik kan?
contoh, ada ke masa kita tengah jalan pergi surau nak berjemaah,
tiba2 kita rasa takut sangat sampai rasa nak patah balik.ada?
atau masa kita nak pakai pakaian yg tutup aurat,
tiba2 kita berpeluh2 sebab rasa bersalah.ada?

kalau ada, tu bukan sebab takut atau bersalah, tapi rasa segan dan xnak dilabel alim oleh kawan2
pelik kan manusia, sbb xnak dilabel alim, segan nak buat kebaikan
bila buat jahat, xtakut pulak dilabel derhaka oleh Allah =.=

ok, berbalik kepada topik asal
kenapa eh, bila kita buat jahat, kita akan rasa bersalah?
atau, bila kita terbabas tidur sampai xsolat subuh, kita akan rasa bersalah
kenapa kita xbangga eh?

korang semua ada FB kan?
pernah baca status orang tulis macam ni

'arini aku rogol anak jiran aku weyh'

atau

'arini aku xsolat zohor.weee'

atau

'arini aku bunuh kucing aku sbb dia berak kat tempat tidur aku'

ada ke?
rasa macam xde.kecualilah kalau orang tu baru terlepas tg rambutan

tapi, kenapa eh?
kenapa sejahat2 orang tu, dia masih malu nak show off kejahatan dia dekat orang lain?
kenapa sejahat2 orang tu, ada certain masa, dia rasa bersalah dengan segala kejahatan dia?

satu jek jawapannya
wujud segala perasaan tu sbb adanya kasih sayang Allah pada diri kita semua
Allah masih sayang kat hambaNya walaupun hambaNya tu buat jahat
sbb tu Allah wujudkan perasaan malu, perasaan bersalah tu
supaya hambaNya sedar bahawa Allah sedang menanti hambaNya untuk kembali padaNya

teringat satu hadis

Suatu hari Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada sahabatnya,


"Bagaimana keadaan kamu, seandainya kamu berada di padang pasir membawa bekal dan unta, lalu kamu tertidur. Kemudian, apabila kamu terjaga, didapati bekal dan unta kamu hilang?


Para sahabat menjawab,


Tentu cemas sekali, ya Rasulullah.


Rasulullah menyambung,


Di saat kalian cemas, tiba-tiba kamu nampak, unta itu datang kepada kalian bersama bekal kamu. Apa perasaan kamu ketika itu?


Para sahabat menjawab,


Tentu bahagia sekali, ya Rasulullah.


Rasulullah s.a.w berkata:


Allah akan lebih bahagia apabila melihat hamba-hamba-Nya pulang kepada-Nya daripada kebahagiaan seorang yang kehilangan unta di padang pasir dan kemudian menjumpainya.

mashaAllah, tengok.hebatkan Allah?
betapa banyak dosa yg kita buat, Allah masih menanti kita untuk kembali padaNya
sebab tu Allah gerakkan jugak hati kita kepada kebaikan setiap kali kita buat jahat
Allah x pernah lupakan hambaNya, Allah x pernah biarkan kita hanyut dengan kejahatan yg kita buat
tapi, kita manusia selalu x sedar kasih sayang Allah ni

bila kita terdetik sikit rasa bersalah masa buat jahat, kita neutralkan perasaan kita dengan kata2 memujuk diri sendiri
kita tolak kasih sayang Allah kat kita
ya Allah, teruknya kita kan? T.T

bila kita dah banyak buat dosa, kita buruk sangka dengan Allah
kita cakap, 'mesti Allah xampunkan aku da sbb dosa aku teruk sangat'.
padahal dalam al Quran, Allah banyak sebut Dia Maha Penerima Taubat

dalam satu hadis ada cakap

Rasulullah bersabda: 'demi Allah, yg jiwaku berada dalam kekuasaanNya. andai kata kamu tidak berbuat dosa, nescaya Allah akan mengambil kamu, dan mendatangkan kaum yang berdosa, kemudian mereka minta ampun dan mereka diampuni'.
(H.R MUSLIM)

tengok, Allah memang suka kalau hambaNya xberbuat dosa
tapi Allah lebih suka hambaNya yg berbuat dosa tu bertaubat dan kambali padaNya

kita manusia biasa, kita x maksum macam Nabi
bila kita buat dosa, jangan rasa kita x akan diterima dah oleh Allah
Allah tu sangat sweet dan sangat cintakan kita
cuma kita yg suka berburuk sangka pada Allah

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak

kalau setiap kali kita berbuat dosa, kita rasa bersalah
bersyukurlah, sbb tu tanda Allah masih sayang dekat kita
tapi kalau kita buat dosa, lepas tu rasa relax dan bangga
check balik iman kita
sbb masa tu iman kita memang da sangat kritikal sbb dah xdapat rasa kasih sayang Allah tu

kasih sayang Allah tu luas dan x terbatas
sentiasalah berbaik sangka dengan Allah

"biaq besaq jiwa, jangan besaq kepala :D"



Saturday, March 19, 2011

orang nasihat, aku tersentuh :)

perkara paling susah dalam hidup seorang manusia yg rasa dia bagus
adalah menerima teguran
lebih2 lagi kalau teguran tu datang dari orang yg dia x berapa nak kenan (suka)
atau kalau orang2 yg perasan dia bagus ni, 
xsuka kalau ditegur oleh orang2 yg dia rasa lagi low standard dari dia

dan tanpa kita sedar, kita pon kadang2 termasuk jugak dalam kalangan yg perasan bagus ni
kalau kena tegur, kita akan rebel
kita cakap, 'ala, dia yg tegur tu pon bukan betul sangat, ada hati nak tegur orang'.
macam ketam nak ajar anak dia berjalan lurus
so, pengakhirannya, kita xkan berubah dgn teguran tu
tapi sampai bila?

sirah Rasulullah adalah pengajaran terbaik yg kita boleh ambil
teringat kisah di mana Rasulullah baru memenangi satu peperangan (da lupa perang apa T.T)
tapi, kisah dia lebih kurang macam ni lah

Rasulullah bertanya pada Saidina Umar, apa yg patut dilakukan pada tawanan perang?
Umar cadangkan supaya dibunuh semuanya
then, Rasulullah tanya Saidina Abu Bakar pulak
dan Abu bakar yg memang terkenal dgn kebijaksanaannya
mencadangkan supaya tawanan perang tidak dibunuh
sebab tawanan2 perang yg pandai2 ni boleh mengajar umat Islam membaca etc
dan Rasulullah terima cadangan Abu Bakar

tiba2, jeng3
turun ayat ni

"Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(8:67)
lepas jek terima teguran Allah melalui ayat ni
Rasulullah dan Abu Bakar menangis teruk sangat
sebab korang bayang eh, Allah kot yg tegur
kalau PM ke, SPONSOR ke, sikit x heran
tapi ni Allah

dan bila Umar nampak Rasulullah dgn Abu Bakar ni menangis, dia pon tanyalah kenapa
bila Umar dapat tau yg Allah tegur kesalahan Rasulullah tu
korang rasa Umar buat apa?
kalau orang sekarang, mesti da sengih kambing kan?

'tu la, aku da cakap, suruh bunuh. korang degil, xnak terima pendapat aku.padan muka'

tapi, Umar x cakap camtu
Umar malah menangis lagi beria dari Rasulullah dgn Abu Bakar
sebab apa?
sebab dia pon rasa teguran Allah tu walaupun secara logiknya dia x perlu menangis pon

so, apa kaitan dgn post nih? -_-"

ok, kita tau manusia x perfect, so kita senang nak rebel bila kena tegur
tapi kita tau, Allah tu tersangatlah perfect kan?
ada orang nasihat, dan aku tersentuh
dia cakap, kalau kena tegur, anggaplah yg tegur kita tu Allah sebenarnya
tapi, Allah guna perantara manusia
sebab kalau Allah tegur direct, Allah tau kita x mampu
so, setiap kali kena tegur, kita tanam dalam hati, teguran tu dari Allah
i'Allah senang nak terima, dan senang nak berubah

ok, tamat kisah tegur menegur
seterusnya kisah tak dihargai pulak

selalu x, bila kita buat baik, orang selalu x hargai
kadang, punyalah bertimbun kebaikan yg kita buat
tapi, keburukan kita jek yg orang nampak
stress kan?

dulu, aku orang yang macam ni
tapi, satu hari, ada orang nasihat aku, dan sekali lagi aku tersentuh
dia cakap, kalaulah kita selalu buat baik
tapi, orang x pernah pon hargai kebaikan kita dan orang nampak keburukan jek
BERSYUKURLAH
sebab mungkin Allah tu terlampaulah sayang kat kita
sampaikan Dia lindung semua kebaikan kita supaya kita x riak masa buat amalan
dan supaya kita x lupa dekat Allah sebab terlampau asyik dengan pujian
sweeettttttt gilaaaaa kannnnnn Allah?
sejak tu, bila orang x hargai kebaikan yg aku buat, aku rasa sangat disayangi :D

tu satu, tapi ada lagi satu yg kita perlu fikir balik
kalaulah kita rasa sedih bila orang x hargai kebaikan yg kita buat
cuba kita tanya balik diri kita, betul ke kita buat baik tu ikhlas kerana Allah?
kalau betul ikhlas, kenapa kita nak sedih pulak bila x dihargai?
sebab orang yg ikhlas, x kan kisah dengan pandangan manusia
yg penting bagi dia adalah pandangan Allah
orang yg ikhlas x suka nama dia disebut2 oleh penduduk bumi
sebab bagi dia, bila disebut2 oleh penghuni langit tu lah yang paling sukai
so, kita da capai belum tahap ni?

dan yg ketiga, bila ada orang buat jahat dekat kita
kita akan terus benci dia
kalau kita maafkan pon, kita susah nak suka dia balik
memang quote 'men can forgive but not forget' tu kita pegang bersungguh2la
tapi, cuba kita fikir balik
selama kita kenal dia, berapa banyak kebaikan yg dia dah buat kat kita?
takkanlah disebabkan satu kejahatan tu, kita terus lupakan segala kebaikan dia kat kita?
jangan disebabkan satu titik hitam, kertas yg putih kita cakap dah kotor dan x boleh pakai
maafkan, dan lupakan
walaupun susah, tapi itu yg terbaik
quote 'men can forgive but not forget' tu kita simpan je la dalam poket
okies?


Tuesday, March 15, 2011

berubah tapi tak ikhlas atau terus dengan maksiat?

ada orang tanya pasal berubah. dia cakap, 'buat apa nak berubah kalau x ikhlas, ye dak?'

apa pendapat korang?

bagi aku, berubah tu memang susah. dan nak ikhlas lagi susahhhhhhhhh. tapi, perlu ke kita tunggu ikhlas dulu, baru nak berubah? dibuatnya kita mati sebelum ikhlas tu sampai, x ke rugi? lainlah kalau kita yang tempah tarikh mati, kan?

dan ikhlas adalah sesuatu yang sangat susah nak dicapai sebenarnya. ada yang mengumpamakan ikhlas tu seperti semut hitam di dalam malam gelap, susah nak nampak, tapi ia ada. walaupun susah nak capai tahap ikhlas ni, tapi x mustahil kan?

dalam berubah, kita perlu melalui 3 peringkat utama, dan ikhlas adalah peringkat kedua. memang ada yang berubah, terus capai tingkat kedua yakni ikhlas. tapi x semua orang boleh buat macam tu. macam PTS tahun 3 dulu, sesiapa yang layak jek dapat lompat terus ke tahun 5. tapi kebanyakannya x dapat lompat dan kena lalui tahun 4 dulu kan?

jadi, kalau rasa kita x layak nak capai peringkat kedua dalam berubah ni terus, kita kena lalui peringkat pertama dulu apa eh?

1. istikhlas (buat2 ikhlas)

sebelum kita dapat ikhlas tu, kita kena buat2 ikhlas dulu. samalah macam tidur, sebelum kita tidur, kita kena tutup mata dulu, buat2 tidur kan? lama2 baru tertidur. istiklas ni, contohnya, kita tutup aurat sebab mak suruh. kita baca al quran sebab kalau x baca kena rotan. kita pakai stoking sebab MARA wajibkan. maknanya, kita berubah sebab terpaksa.

ada satu hadis ni, pasal Rasulullah suruh kita menangis waktu baca al Quran

“Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.”
(Hadis Riwayat: Al-Bazzar)
nampak konsep istikhlas di situ? mula2 memang kena paksa.

2. ikhlas

bila dah capai peringkat pertama, insyaAllah, peringkat kedua senang kita nak capai. contoh, bila dah biasa pakai stoking, kita rasa malu kalau bukak, dan lama2 kita rasa pakai stoking tu penting sebab nak tutup aurat. atau, kita dah terbiasa baca al quran malam2, lama2 kita akan rasa seronok, dan akhirnya kita akan buat sebab kita rasa al quran tu dekat dengan kita, bukan sebab takut kena rotan. tapi, macam yang diterangkan kat atas tadi, ikhlas ni bukanlah sesuatu yang kita boleh nampak. kita pon x tahu bila sebenarnya yang kita ikhlas mungkin kita beria beribadah malam2, tapi sebenarnya x ikhlas pon. tapi, kerajinan kita padam whiteboard dalam kelas tu yang Allah label sebagai ikhlas, kita x tahu. di sinilah pentingnya banyakkan amalan sebab kita x tahu amalan kita yang mana akan diterima Allah

aku suka satu kisah ni, oleh as-syahid imam hassan al banna
Seperti biasa selesai majlis ilmu, si penceramah akan turut serta membantu petugas2 majlis mengemas kembali dewan majlis. Ketika beliau sedang menyusun kerusi, seorang petugas menghampiri beliau sambil berkata "Tuan, biarkan saja kami yg melakukannya kerana tuan masih penat berceramah tadi". Dengan senyum beliau menjawab, "Tidak mengapa, walaupun aku yg menyampaikan ilmu tetapi aku khuatir amalan manakah yg Allah terima dariku, sama ada kerana aku menyampaikan ilmu atau kerana aku menyusun kerusi2 ini"

3. istiqamah

haa, kalau peringkat ikhlas pon kita dah capai, ada peringkat terakhir yang paling susah kita nak hadapi yakni istiqamah, iaitu berterusan. berubah dah, ikhlas insyaAllah, nak istiqamah sampai mati ni, haish. masa ni memang banyak sangat ujian melanda. mungkin masa ni lah Allah bagi banyak nikmat dunia kat kita sampaikan buat nafsu kita ni lemah dan ingin kembali ke zaman jahilah

sekuat2 mana pun iman seseorang masa ni, memang susah nak istiqamah. tapi, still x mustahil kan? kalau kita doa, dekat dengan Allah, Allah mesti dekat dengan kita. kannnnn :)



Sunday, March 6, 2011

NO is NO!

"kak, salah ke saya couple islamik?"
"kak, salah ke kalau saya selalu mesej dan calling2 dgn budak laki tu, kitorang bukan ada apa2.i'Allah, kitorang boleh kawal nafsu kitorang."

"kak, kitorang kawan baik, dan kalau mesej pon, selalu bagi nasihat pasal benda2 islam ni.xpe kan?"

dengar ye jawapan saya adik2ku

adik2 kenal babi? ok, kita guna bahasa sopan, khinzir.
tahu kan hukum makan khinzir tu apa?
HARAM
pandai
ok, sekarang cuba adik2 ambil khinzir tu, sembelih elok2, pastu letak dalam tin
apa hukum makan babi sembelih dalam tin tu sekarang?
HARAM
betul
ok, sekarang, amik tin tadi, balut dengan kertas, dan letak tanda halal
apa hukum makan khinzir dalam tin yang ada tanda halal tu sekarang?
still HARAM
ok, nak tanya, ada ke apa2 cara yg boleh kita buat pada khinzir tu untuk menjadikan khinzir tu halal untuk dimakan?
x kan?

samalah macam soalan2 adik2 kat atas tadi
walau macam mana pon kita meng'islamik'kan hubungan antara dua orang yg bukan muhrim tu
hukumnya tetap sama
takkan bertukar sehinggalah si lelaki tu jadi seorang yang halal untuk kita
memang fitrah manusia adik2, sentiasa cuba cari jalan untuk menghalalkan sesuatu yg dilarang oleh Allah
dalam al Quran byk sebut, dunia ni memang diciptakan indah pada pandangan kita
tapi, janganlah kerana indahnya dunia, kita diserang penyakit wahan
apa yg Allah kata x boleh tu, memang x boleh
dan ingatlah, setiapa apa yg dilarang dalam agama kita ni sebenarnya ada manfaatnya
Allah bukan sesuka hati nak larang benda yg bawa manfaat kat kita
kalau Allah tu kejam macam tu, Dia xkan cipta dunia ni untuk kita

dan soalan kedua,
adik kata adik boleh lawan nafsu
ok, adik sgt yakin di sini
tapi cuba adik2 ingat balik, macam mana kisah nafsu dicipta?

setelah Allah menciptakan akal dan nafsu, Allah suruh mereka datang mengadap Allah
Allah tanya pada akal, 'siapa aku, siapa kau?'
dan akal dengan pantas menyebut, 'kau adalah Tuhan, aku adalah hamba'.
sangat bagus akal yg diciptakan untuk kita kan?
bagaimana pulak dgn nafsu?
nafsu, ditanya soalan yg sama
dan jawapannya, 'aku adalah aku, kau adalah kau'
kerana kedegilan nafsu, Allah hantar nafsu ke neraka selama beberapa tempoh masa
dan dibawa mengadap sekali lagi
tapi jawapan nafsu tetap sama
dan sekali lagi dihumban ke neraka
kalai ketiga ditanya, barulah nafsu beralah, dan mengaku bahawa Allah itu Tuhan, dan dia adalah hamba
degil kan nafsu?

sekarang, mungkin adik2 boleh cakap, yakin dapat kawal nafsu
tapi sampai bila?
tipu kalau adik2 kata, adik2 x pernah teringat kat lelaki yg adik2 mesej atau call tu walaupun sekali
adik2 x takut ke pada zina hati?

dan soalan ketiga
fitrah jugak, manusia ada yang selesa berkawan dgn sama jantina, ada yg selesa berkawan dgn lain jantina
x salah kalau kita nak kawan kita sama2 sayang islam
kita bagi kawan2 kita nasihat untuk manfaat diri dia
tapi, cuba adik2 pandang sekeliling
kalau adik2 perasan, ada banyak lagi kawan2 sejantina yg masih terkapai2
ada banyak lagi kawan2 yg sejantina yg x paham islam ni
jadik, kenapa kita nak sibuk2 approach kawan2 yg lain jantina, sedangkan kawan2 yg sejantina kita, kawan2 yg lebih dekat dengan kita, kawan2 yg kadang2 makan sekali dengan kita, tidur sekali terabai?
kalau kita suka sgt nak berdakwah, kita x kan memilih orang
betul kan?

so, jom jaga hati, sbb bak kata seorang sahabat, apa2 yg kita buat, hati akan dapat nama
dan saya cuma berkongsi
saya mengaku, medan berkata2 memang senang, tapi nak amalkan tu, sgt susah
saya pun ada lompong2 dalam hati yg perlu diperbaiki, i'Allah

"mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri...."
(2:44)

kena guna adik & saya, sbb kalau x, entri ni nampak keras sgt -_-"