Sunday, March 6, 2011

NO is NO!

"kak, salah ke saya couple islamik?"
"kak, salah ke kalau saya selalu mesej dan calling2 dgn budak laki tu, kitorang bukan ada apa2.i'Allah, kitorang boleh kawal nafsu kitorang."

"kak, kitorang kawan baik, dan kalau mesej pon, selalu bagi nasihat pasal benda2 islam ni.xpe kan?"

dengar ye jawapan saya adik2ku

adik2 kenal babi? ok, kita guna bahasa sopan, khinzir.
tahu kan hukum makan khinzir tu apa?
HARAM
pandai
ok, sekarang cuba adik2 ambil khinzir tu, sembelih elok2, pastu letak dalam tin
apa hukum makan babi sembelih dalam tin tu sekarang?
HARAM
betul
ok, sekarang, amik tin tadi, balut dengan kertas, dan letak tanda halal
apa hukum makan khinzir dalam tin yang ada tanda halal tu sekarang?
still HARAM
ok, nak tanya, ada ke apa2 cara yg boleh kita buat pada khinzir tu untuk menjadikan khinzir tu halal untuk dimakan?
x kan?

samalah macam soalan2 adik2 kat atas tadi
walau macam mana pon kita meng'islamik'kan hubungan antara dua orang yg bukan muhrim tu
hukumnya tetap sama
takkan bertukar sehinggalah si lelaki tu jadi seorang yang halal untuk kita
memang fitrah manusia adik2, sentiasa cuba cari jalan untuk menghalalkan sesuatu yg dilarang oleh Allah
dalam al Quran byk sebut, dunia ni memang diciptakan indah pada pandangan kita
tapi, janganlah kerana indahnya dunia, kita diserang penyakit wahan
apa yg Allah kata x boleh tu, memang x boleh
dan ingatlah, setiapa apa yg dilarang dalam agama kita ni sebenarnya ada manfaatnya
Allah bukan sesuka hati nak larang benda yg bawa manfaat kat kita
kalau Allah tu kejam macam tu, Dia xkan cipta dunia ni untuk kita

dan soalan kedua,
adik kata adik boleh lawan nafsu
ok, adik sgt yakin di sini
tapi cuba adik2 ingat balik, macam mana kisah nafsu dicipta?

setelah Allah menciptakan akal dan nafsu, Allah suruh mereka datang mengadap Allah
Allah tanya pada akal, 'siapa aku, siapa kau?'
dan akal dengan pantas menyebut, 'kau adalah Tuhan, aku adalah hamba'.
sangat bagus akal yg diciptakan untuk kita kan?
bagaimana pulak dgn nafsu?
nafsu, ditanya soalan yg sama
dan jawapannya, 'aku adalah aku, kau adalah kau'
kerana kedegilan nafsu, Allah hantar nafsu ke neraka selama beberapa tempoh masa
dan dibawa mengadap sekali lagi
tapi jawapan nafsu tetap sama
dan sekali lagi dihumban ke neraka
kalai ketiga ditanya, barulah nafsu beralah, dan mengaku bahawa Allah itu Tuhan, dan dia adalah hamba
degil kan nafsu?

sekarang, mungkin adik2 boleh cakap, yakin dapat kawal nafsu
tapi sampai bila?
tipu kalau adik2 kata, adik2 x pernah teringat kat lelaki yg adik2 mesej atau call tu walaupun sekali
adik2 x takut ke pada zina hati?

dan soalan ketiga
fitrah jugak, manusia ada yang selesa berkawan dgn sama jantina, ada yg selesa berkawan dgn lain jantina
x salah kalau kita nak kawan kita sama2 sayang islam
kita bagi kawan2 kita nasihat untuk manfaat diri dia
tapi, cuba adik2 pandang sekeliling
kalau adik2 perasan, ada banyak lagi kawan2 sejantina yg masih terkapai2
ada banyak lagi kawan2 yg sejantina yg x paham islam ni
jadik, kenapa kita nak sibuk2 approach kawan2 yg lain jantina, sedangkan kawan2 yg sejantina kita, kawan2 yg lebih dekat dengan kita, kawan2 yg kadang2 makan sekali dengan kita, tidur sekali terabai?
kalau kita suka sgt nak berdakwah, kita x kan memilih orang
betul kan?

so, jom jaga hati, sbb bak kata seorang sahabat, apa2 yg kita buat, hati akan dapat nama
dan saya cuma berkongsi
saya mengaku, medan berkata2 memang senang, tapi nak amalkan tu, sgt susah
saya pun ada lompong2 dalam hati yg perlu diperbaiki, i'Allah

"mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri...."
(2:44)

kena guna adik & saya, sbb kalau x, entri ni nampak keras sgt -_-"


No comments: