Tuesday, March 15, 2011

berubah tapi tak ikhlas atau terus dengan maksiat?

ada orang tanya pasal berubah. dia cakap, 'buat apa nak berubah kalau x ikhlas, ye dak?'

apa pendapat korang?

bagi aku, berubah tu memang susah. dan nak ikhlas lagi susahhhhhhhhh. tapi, perlu ke kita tunggu ikhlas dulu, baru nak berubah? dibuatnya kita mati sebelum ikhlas tu sampai, x ke rugi? lainlah kalau kita yang tempah tarikh mati, kan?

dan ikhlas adalah sesuatu yang sangat susah nak dicapai sebenarnya. ada yang mengumpamakan ikhlas tu seperti semut hitam di dalam malam gelap, susah nak nampak, tapi ia ada. walaupun susah nak capai tahap ikhlas ni, tapi x mustahil kan?

dalam berubah, kita perlu melalui 3 peringkat utama, dan ikhlas adalah peringkat kedua. memang ada yang berubah, terus capai tingkat kedua yakni ikhlas. tapi x semua orang boleh buat macam tu. macam PTS tahun 3 dulu, sesiapa yang layak jek dapat lompat terus ke tahun 5. tapi kebanyakannya x dapat lompat dan kena lalui tahun 4 dulu kan?

jadi, kalau rasa kita x layak nak capai peringkat kedua dalam berubah ni terus, kita kena lalui peringkat pertama dulu apa eh?

1. istikhlas (buat2 ikhlas)

sebelum kita dapat ikhlas tu, kita kena buat2 ikhlas dulu. samalah macam tidur, sebelum kita tidur, kita kena tutup mata dulu, buat2 tidur kan? lama2 baru tertidur. istiklas ni, contohnya, kita tutup aurat sebab mak suruh. kita baca al quran sebab kalau x baca kena rotan. kita pakai stoking sebab MARA wajibkan. maknanya, kita berubah sebab terpaksa.

ada satu hadis ni, pasal Rasulullah suruh kita menangis waktu baca al Quran

“Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.”
(Hadis Riwayat: Al-Bazzar)
nampak konsep istikhlas di situ? mula2 memang kena paksa.

2. ikhlas

bila dah capai peringkat pertama, insyaAllah, peringkat kedua senang kita nak capai. contoh, bila dah biasa pakai stoking, kita rasa malu kalau bukak, dan lama2 kita rasa pakai stoking tu penting sebab nak tutup aurat. atau, kita dah terbiasa baca al quran malam2, lama2 kita akan rasa seronok, dan akhirnya kita akan buat sebab kita rasa al quran tu dekat dengan kita, bukan sebab takut kena rotan. tapi, macam yang diterangkan kat atas tadi, ikhlas ni bukanlah sesuatu yang kita boleh nampak. kita pon x tahu bila sebenarnya yang kita ikhlas mungkin kita beria beribadah malam2, tapi sebenarnya x ikhlas pon. tapi, kerajinan kita padam whiteboard dalam kelas tu yang Allah label sebagai ikhlas, kita x tahu. di sinilah pentingnya banyakkan amalan sebab kita x tahu amalan kita yang mana akan diterima Allah

aku suka satu kisah ni, oleh as-syahid imam hassan al banna
Seperti biasa selesai majlis ilmu, si penceramah akan turut serta membantu petugas2 majlis mengemas kembali dewan majlis. Ketika beliau sedang menyusun kerusi, seorang petugas menghampiri beliau sambil berkata "Tuan, biarkan saja kami yg melakukannya kerana tuan masih penat berceramah tadi". Dengan senyum beliau menjawab, "Tidak mengapa, walaupun aku yg menyampaikan ilmu tetapi aku khuatir amalan manakah yg Allah terima dariku, sama ada kerana aku menyampaikan ilmu atau kerana aku menyusun kerusi2 ini"

3. istiqamah

haa, kalau peringkat ikhlas pon kita dah capai, ada peringkat terakhir yang paling susah kita nak hadapi yakni istiqamah, iaitu berterusan. berubah dah, ikhlas insyaAllah, nak istiqamah sampai mati ni, haish. masa ni memang banyak sangat ujian melanda. mungkin masa ni lah Allah bagi banyak nikmat dunia kat kita sampaikan buat nafsu kita ni lemah dan ingin kembali ke zaman jahilah

sekuat2 mana pun iman seseorang masa ni, memang susah nak istiqamah. tapi, still x mustahil kan? kalau kita doa, dekat dengan Allah, Allah mesti dekat dengan kita. kannnnn :)



4 comments:

Fikri said...

erna > kalo berubah, tapi lpas tu balik kepada yg buruk cane ?
and kalau kita dah baik, tapi terberubah jadi buruk, kejap je pon, pastu berubah baik balik ? try bg pendapat sikit. urmm

Nina Mazlan said...

keri, ni pendapat aku je eh.haa, first klu berubah, then berubah balik jadik buruk.kan? tu maknanya xistiqamahlah.masa ni, Allah mmg akan bolak balikkan hati kita.klu kita x kuat, mmg susah.sbb tu penting bila dah berubah, kita sentiasa dekat dgn Allah, be close to Him. mmg dlm al quran pon banyak sebut, yg Allah uji org2 beriman ni, sebab nak tengok betul ke hamba2Nya tu beriman, atau cakap jek.klu kita dekat dgn Dia, i'Allah Dia tolong.sbb tu org kata mujahadah tu pahit =.= klu xkuat, senang jek nak jadik jahat balik, kan?

tapi, kalau kita xberubah langsung, lagilah Allah xsuka kan?sbb kita mmg xberusaha langsung.mmg awal2 kita dah tunjuk yg kita mmg xsukakan islam, sbb tu xnak berubah. ada satu ayat dlm al quran, Allah cakap, org2 yg suka bertangguh nak buat baik ni, Allah akan keraskan hati dia, dan makin tangguh, makin tertutup hati nak berubah.

second, kalau da baik, then tuka jadik buruk?mmg selalu berlaku mcm ni, selalunya sbb pengaruh kawan2 atau suasana.tp kalau org yg betul2 paham islam ni, bila dia sedar yg dia da semakin teruk, dia akan cepat2 bertaubat dan bykkan ingat Allah.dia xkan bertangguh.setiap kali kita buat maksiat, maksudnya masa tu kita mmg lupa kat Allah.so, org2 yg sentiasa ada Allah dlm hati dia, xkan berani nak buat maksiat.

haa, tu pendapat aku jek.allahualam :)

shknhssn. said...

Aku nak komen tp agak geli geleman mula2 sbb kena tekan "2 sayang saya" tu. haktuihhh. *iklan jap*

okeh, aku suka yg kisah Iman Hasan Al-Banna tu. pastu, benda yg paling takut sekali ialah bila kita sendiri pn taktau yg kita ni dah ikhlas ke belum. rasa mcm ikhlas, rs mcm tak. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.

Tq n aku suka post ang ni. :)

Nina Mazlan said...

haha.ala shikin, cakap jela ang mmg sayang aku :P

btw, cerita imam hassan al banna tu sharing dr seorang makhluk.semoga pahala sampai kat dia.

aku pon suka komen ang =.= :P