Friday, October 28, 2011

Random of The Day.

dakwah ini bukan untuk orang malas
 dakwah ini bukan untuk orang manja

'tanggungjawab melebihi masa yang ada'
-As-Syahid Imam Hassan al-Banna-

adakah usaha kita menegakkan agama Allah selama ni sudah byk sehingga mampu menjadi tiket masuk ke syurga? Allahu Allah. T.T


Tuesday, October 25, 2011

dakwah paling simple dlm dunia hoyeah. :D

saya bukan datang dr keluarga yg hebat2 agamanya
bukan anak kiai, atau anak ulama, apatah lg anak imam masjid negara
malah, saya bukan jugak datang dr keluarga yg perfect agamanya
kesimpulannya, famili saya biasa2 saja

sejak masuk kolej, saya diseludup masuk ke dalam tarbiyah
saya pon tak berapa pasti macam mana saya boleh terlibat dgn benda2 ni
yg saya ingat, masa saya first sem, ada seorang kakak ajak saya pergi satu program yg serius best dia cakap
dan saya pon ikut dgn niat nak menghabiskan weekend yg bosan

dan, program itulah pemula segala-galanya

saya mula melalui detik2 cemas (baca: ujian Allah) sebagai seorang yg ditarbiyah
saya pakai tudung labuh sikit dr biasa, saya mula pakai baju longgar sikit dr biasa
dan saya dilihat pelik oleh ahli famili saya

"cuba pakai baju macam org muda sikittt. ni dok pakai macam org tua"

"alaaahhh, bukan ketat sgt pon. standardlah orang sekarang pakai mcm ni"

kritikan2 kurang membina mula menerjah

kadang2 rasa give up pon ada
bila keluar dgn famili, drg pakai vogue2
saya pulak nampak macam mak mama saya. -.-
saya cuba untuk berdakwah dgn famili, tp tak reti. saya takut.

2 tahun berada dalam tarbiyah, saya belajar sesuatu

sister pernah cakap dekat saya

"kalau nak convince famili, kenala tunjuk perubahan sikap yg baik dekat drg"

saya bukan anak yg baik. serius cakap. even sejak ditarbiyah pon.
tp saya cuba untuk merubah sikap saya menjadi anak yg baik sikit

dan semakin hari, saya nampak perubahan dlm diri ahli famili saya

dulu mama saya free hair. mama vogue kot. hee.
tp sejak saya pakai tudung labuh sikit, mama pon start pakai tudung
comel kan mama?

setiap kali nak beli baju pon
ahli famili saya akan cuba cari baju yg tak ketat sgt dekat saya
dan drg selalu belanja saya beli tudung jugak

dan selepas itu saya sedar
dakwah bukan sesuatu yg susah sebenarnya
tak perlu nak ketuk pintu setiap rumah baca firman Allah atau hadis
tak perlu nak tunggu ada program besar2 baru boleh sampaikan dakwah

even menunjukkan sikap yg baik pon dakwah bukan?
malah, itulah dakwah terbaik saya rasa
simple, tp sampai

dan nak tahu tak?
kan saya pernah cakap dalam entri 'Saya Berhijab, Saya Rasa Saya..." ni
saya seorang jek yg pakai tudung dalam kelas
sekarang tidak lg
sbb hari ni, saya pergi kelas
saya rasa Allah sgt sweet sbb Dia bg saya seorang teman
kelas-mate perempuan saya yg free hair selama ni
dah mula pakai tudung
Subhanallah. hebat kan?

dan, saya tak pernah sekali pon cakap pasal tudung dekat dia
mungkin orang lain pernah, tp saya tidak
senang bukan dakwah?
sedangkan Rasulullah pon, peribadinya yg membuatkan dakwah islam berjaya
 
tak perlu tunggu kita jadik seorang pemidato yg petah untuk menyampaikan dakwah
tak perlu tunggu kita jadik seorang penulis yg hebat untuk menyampaikan dakwah
tak perlu tunggu, ilmu menggunung di dada untuk menyampaikan dakwah
dan tak perlu tunggu ahli keluarga kita semuanya perfect untuk menyampaikan dakwah
cukup dgn peribadi yg elok sbgi bekalan
 
dan ketahuilah, kita sama.
jgn tunggu org2 disekeliling anda berubah, baru anda mahu berubah
berubahlah dahulu, nescaya org2 disekeliling anda akan berubah

saya doa dia istiqamah. ameen.


Friday, October 21, 2011

LIFE is like a HEARTBEAT. :)

selalu dalam movie
kalau hero kemalangan ke, masuk hospital
mesti tunjuk pergerakan degupan jantung dia (translate sebijik2 dr BI -.-)
kalau degupan jantung dia bergerak macam ni


tu tanda movie tu happy ending
dan heroin pon akan senyum sbb hero dapat 'hidup' dia balik

tapi, kalau pergerakan degupan jantung dia macam ni


tu tanda movie tu sad ending kan?
sbb 'no heartbeat at all' = 'hero dah mati. movie tamat' kan?

berani jamin, semua orang dekat dunia ni mmg mengharap pergerakan jantung yg pertama tu kan?
ada ups, ada downs
takde siapa yang nak pergerakan jantung yg straight jek, tanpa ups & downs

begitulah jugak kehidupan kita
nak taknak, mesti kena ada ups & downs
kadang2 kita mesti kena ada dekat atas, dan kadang2 tak salah untuk kita merasa berada di bawah
kalau hidup kita asyik berjaya jek tanpa ada ujian kegagalan
maknanya graf kehidupan kita hanya straight jek

so, setiap kali kita menghadapi ujian dalam hidup
tak kisahlah ujian kenikmatan atau ujian kesedihan
cuba lakarkan satu graf
kalau graf kita macam ni



bersyukurlah
kerana Allah sedang memberikan kita KEHIDUPAN

:)

having an infection. Allah sedang mengampuni dosa saya. :')


Wednesday, October 12, 2011

'susah sangat ke nak hadirkan hati masa tengah belajar ilmu Allah?'

masa tengah2 usrah, dalam masa sejam contohnya, mesti ada dua tiga empat lima kali distracted.
masa tengah tadabbur ayat2 cinta dr Allah tu, tetiba nanti sorang bukak cerita pasal Budak B nak kawen.
lepas tu mulalah habis 10 minit cerita pasal tu jek.

lepas tu, kalau masa tengah2 syok tadabbur tu, ada hp berbunyi
mulalah semua orang bising. lg bising dr hp.
ambik masa 2 3 minit baru senyap balik

lagi, kalau yg tadabbur tu perempuan semua, mesti keluar cerita pasal lelaki
gosip remaja katakan. hehs. pelik, masa tengah ingat Allah pon ada hati lagi nak curang

masa tadabbur jugak, mesti keluarlah acara pangkah-memangkah
bila si A bg pendapat, si B mulalah menyampuk. lepas tu gelak.
bila si C tanya soalan, si D pulak yg tetiba masuk campur
gelak gelak gelak, soalan tak terjawab pon
kalau mneyampuk benda berfaedah takpe jugak, tp ni, saja nak bg orang lain gelak.
pastu, mesej sebenar tak sampai2

kalau sister tanya apa2, semua orang taknak respon
kesian kat sister
sampai volunteer untuk baca surah pon, takde yang nak
tapi, bila suruh cerita pasal kisah perkahwinan memey dgn norman hakim, semua orang beria cerita
dr A sampailah ke Z. amboi.

pelik. bezanya sahabat2 Rasulullah dgn kita sekarang
selalu terfikir, macam mana sahabat2 Rasulullah boleh jadik hebat
turun jek ayat al quran, terus drg beramal dgn surah tu
turun surah suruh tutup aurat, on the spot, semua orang cari kain untuk tutup
kita? heh. bacalah surah suruh tutup aurat tu seratus kali sehari pon, belum tentu kita tutup betul2

apa yg menyebabkan kita jadik macam ni?
usrah setiap minggu. baca al quran setiap hari.
kenapa kita tak hebat macam orang zaman dulu?

HATI

sister tegur, 'susah sangat ke untuk kita hadirkan hati kita setiap kali majlis ilmu macam ni?'

cuba bayang, dlm kelas, cikgu tengah mengajar, kita dok ingat dekat Gu Jun Pyo
tak pon, masa cikgu tengah mengajar, kita sembang dekat belakang
agak2, masuk tak apa yg cikgu ajar tu dalam kepala hotak kita?
kalau jawapan anda, 'masuk sgt, ingat siap semua yg cikgu cakap.' anda mmg hebat
kalau aku, mmg taklah kan. tak berangan dan tak bersembang pon tak masuk sangat apa yg cikgu ajar. heh. -.-

samalah macam majlis ilmu, kalau hati kita tak betul2 hadir, macam mana nak masuk ilmu yg kita belajar?
baca al quran, orang dulu2 menangis siap
sebab apa?
sebab drg baca sekali dgn hati drg
kita?
mulut baca, hati ingat homework tak siap lagi, ingat facebook

'bukanlah, drg boleh nangis sbb drg paham arab derrr. kita mana paham'

okeh fine. kita tak paham arab. so, kita belajar tafsir kan?
tadabbur siap dgn asbabul nuzul lagi.
kenapa tak boleh nangis jugak? tak boleh beramal jugak?
masa tadabbur kita buat apa?
gosip. gelak. makan. gelak.
dalam sejam tadabbur, sebenarnya 10 minit je kot hati kita hadir betul2
lg 50 minit, melayang2. taktau pergi mana

susah sangat ke nak hadirkan hati masa ingat Allah?
dah lah Allah yg bg hati kat kita
masa jumpa Dia, kita tinggal pulak hati kita dekat lain
tak malu ke bhaii?

the awkward moment is when you love to write but you don't know what to write