Wednesday, October 12, 2011

'susah sangat ke nak hadirkan hati masa tengah belajar ilmu Allah?'

masa tengah2 usrah, dalam masa sejam contohnya, mesti ada dua tiga empat lima kali distracted.
masa tengah tadabbur ayat2 cinta dr Allah tu, tetiba nanti sorang bukak cerita pasal Budak B nak kawen.
lepas tu mulalah habis 10 minit cerita pasal tu jek.

lepas tu, kalau masa tengah2 syok tadabbur tu, ada hp berbunyi
mulalah semua orang bising. lg bising dr hp.
ambik masa 2 3 minit baru senyap balik

lagi, kalau yg tadabbur tu perempuan semua, mesti keluar cerita pasal lelaki
gosip remaja katakan. hehs. pelik, masa tengah ingat Allah pon ada hati lagi nak curang

masa tadabbur jugak, mesti keluarlah acara pangkah-memangkah
bila si A bg pendapat, si B mulalah menyampuk. lepas tu gelak.
bila si C tanya soalan, si D pulak yg tetiba masuk campur
gelak gelak gelak, soalan tak terjawab pon
kalau mneyampuk benda berfaedah takpe jugak, tp ni, saja nak bg orang lain gelak.
pastu, mesej sebenar tak sampai2

kalau sister tanya apa2, semua orang taknak respon
kesian kat sister
sampai volunteer untuk baca surah pon, takde yang nak
tapi, bila suruh cerita pasal kisah perkahwinan memey dgn norman hakim, semua orang beria cerita
dr A sampailah ke Z. amboi.

pelik. bezanya sahabat2 Rasulullah dgn kita sekarang
selalu terfikir, macam mana sahabat2 Rasulullah boleh jadik hebat
turun jek ayat al quran, terus drg beramal dgn surah tu
turun surah suruh tutup aurat, on the spot, semua orang cari kain untuk tutup
kita? heh. bacalah surah suruh tutup aurat tu seratus kali sehari pon, belum tentu kita tutup betul2

apa yg menyebabkan kita jadik macam ni?
usrah setiap minggu. baca al quran setiap hari.
kenapa kita tak hebat macam orang zaman dulu?

HATI

sister tegur, 'susah sangat ke untuk kita hadirkan hati kita setiap kali majlis ilmu macam ni?'

cuba bayang, dlm kelas, cikgu tengah mengajar, kita dok ingat dekat Gu Jun Pyo
tak pon, masa cikgu tengah mengajar, kita sembang dekat belakang
agak2, masuk tak apa yg cikgu ajar tu dalam kepala hotak kita?
kalau jawapan anda, 'masuk sgt, ingat siap semua yg cikgu cakap.' anda mmg hebat
kalau aku, mmg taklah kan. tak berangan dan tak bersembang pon tak masuk sangat apa yg cikgu ajar. heh. -.-

samalah macam majlis ilmu, kalau hati kita tak betul2 hadir, macam mana nak masuk ilmu yg kita belajar?
baca al quran, orang dulu2 menangis siap
sebab apa?
sebab drg baca sekali dgn hati drg
kita?
mulut baca, hati ingat homework tak siap lagi, ingat facebook

'bukanlah, drg boleh nangis sbb drg paham arab derrr. kita mana paham'

okeh fine. kita tak paham arab. so, kita belajar tafsir kan?
tadabbur siap dgn asbabul nuzul lagi.
kenapa tak boleh nangis jugak? tak boleh beramal jugak?
masa tadabbur kita buat apa?
gosip. gelak. makan. gelak.
dalam sejam tadabbur, sebenarnya 10 minit je kot hati kita hadir betul2
lg 50 minit, melayang2. taktau pergi mana

susah sangat ke nak hadirkan hati masa ingat Allah?
dah lah Allah yg bg hati kat kita
masa jumpa Dia, kita tinggal pulak hati kita dekat lain
tak malu ke bhaii?

the awkward moment is when you love to write but you don't know what to write


3 comments:

shknhssn. said...

uishh erna. aku mcm fhm je yg atas2 tu. masih begitukah? :O

Nina Mazlan said...

dah tu, sampai kena tegur. -.- i miss usrah ky. T___T

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum...
bgos entry enti..
dalam usrah, mmg kita blh tgk pelbagai ragam manusia,
kdg2 geram pun ada, kesian pun ada..
curang ngn Allah..
Allahuakbr..
moga kita sentiasa lapang dada..
moga kita dan shbt2 yg lain sentiasa diberi petunjuk-NYa & sntiasa dlm ksh syg-Nya..
amin..