Tuesday, October 25, 2011

dakwah paling simple dlm dunia hoyeah. :D

saya bukan datang dr keluarga yg hebat2 agamanya
bukan anak kiai, atau anak ulama, apatah lg anak imam masjid negara
malah, saya bukan jugak datang dr keluarga yg perfect agamanya
kesimpulannya, famili saya biasa2 saja

sejak masuk kolej, saya diseludup masuk ke dalam tarbiyah
saya pon tak berapa pasti macam mana saya boleh terlibat dgn benda2 ni
yg saya ingat, masa saya first sem, ada seorang kakak ajak saya pergi satu program yg serius best dia cakap
dan saya pon ikut dgn niat nak menghabiskan weekend yg bosan

dan, program itulah pemula segala-galanya

saya mula melalui detik2 cemas (baca: ujian Allah) sebagai seorang yg ditarbiyah
saya pakai tudung labuh sikit dr biasa, saya mula pakai baju longgar sikit dr biasa
dan saya dilihat pelik oleh ahli famili saya

"cuba pakai baju macam org muda sikittt. ni dok pakai macam org tua"

"alaaahhh, bukan ketat sgt pon. standardlah orang sekarang pakai mcm ni"

kritikan2 kurang membina mula menerjah

kadang2 rasa give up pon ada
bila keluar dgn famili, drg pakai vogue2
saya pulak nampak macam mak mama saya. -.-
saya cuba untuk berdakwah dgn famili, tp tak reti. saya takut.

2 tahun berada dalam tarbiyah, saya belajar sesuatu

sister pernah cakap dekat saya

"kalau nak convince famili, kenala tunjuk perubahan sikap yg baik dekat drg"

saya bukan anak yg baik. serius cakap. even sejak ditarbiyah pon.
tp saya cuba untuk merubah sikap saya menjadi anak yg baik sikit

dan semakin hari, saya nampak perubahan dlm diri ahli famili saya

dulu mama saya free hair. mama vogue kot. hee.
tp sejak saya pakai tudung labuh sikit, mama pon start pakai tudung
comel kan mama?

setiap kali nak beli baju pon
ahli famili saya akan cuba cari baju yg tak ketat sgt dekat saya
dan drg selalu belanja saya beli tudung jugak

dan selepas itu saya sedar
dakwah bukan sesuatu yg susah sebenarnya
tak perlu nak ketuk pintu setiap rumah baca firman Allah atau hadis
tak perlu nak tunggu ada program besar2 baru boleh sampaikan dakwah

even menunjukkan sikap yg baik pon dakwah bukan?
malah, itulah dakwah terbaik saya rasa
simple, tp sampai

dan nak tahu tak?
kan saya pernah cakap dalam entri 'Saya Berhijab, Saya Rasa Saya..." ni
saya seorang jek yg pakai tudung dalam kelas
sekarang tidak lg
sbb hari ni, saya pergi kelas
saya rasa Allah sgt sweet sbb Dia bg saya seorang teman
kelas-mate perempuan saya yg free hair selama ni
dah mula pakai tudung
Subhanallah. hebat kan?

dan, saya tak pernah sekali pon cakap pasal tudung dekat dia
mungkin orang lain pernah, tp saya tidak
senang bukan dakwah?
sedangkan Rasulullah pon, peribadinya yg membuatkan dakwah islam berjaya
 
tak perlu tunggu kita jadik seorang pemidato yg petah untuk menyampaikan dakwah
tak perlu tunggu kita jadik seorang penulis yg hebat untuk menyampaikan dakwah
tak perlu tunggu, ilmu menggunung di dada untuk menyampaikan dakwah
dan tak perlu tunggu ahli keluarga kita semuanya perfect untuk menyampaikan dakwah
cukup dgn peribadi yg elok sbgi bekalan
 
dan ketahuilah, kita sama.
jgn tunggu org2 disekeliling anda berubah, baru anda mahu berubah
berubahlah dahulu, nescaya org2 disekeliling anda akan berubah

saya doa dia istiqamah. ameen.


9 comments:

i / i said...

wahh, menarik :) sma2 lh bjuang di jln allah.

Shah_MdNoor said...

salam..semoga apa yg dibawa adlh mnfaat pd semua saudara islam kita..insyallah..semoga terus tarbiyah dan memperjuangkan islam..insyallah..

Shah_MdNoor said...

erm rasanyer kita nie same jer..kene tarbiyyah..mula2 di dlm group usrh..pergi prgrm...kn??

Nina Mazlan said...

i'Allah ye. :)

Unknown said...

=')

..بنت يوسف.. said...

subhanallah...semoga kita sama-sama istiqomah..

nak kongsikan satu rangkaian kata 'dia bisa mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya sendiri tanpa perlu sepatah kata'

semoga kita sama-sama boleh menjadi 'dia' dalam rangkai kata tersebut...

syukran atas perkongsian...

nam said...

betul. dakwah tidak semestinya datang daripada mulut. boleh jadi melalui perbuatan, penampilan dan sikap dai'e itu sendiri.

Bukan Pesimis said...

salam erna,
bertuahnya erna dapat peluang ditarbiyah..
saya pun nak sangat rasa ditarbiyah.
nak sangat rasa dekat dengan Tuhan and memiliki perangai-perangai yang baik.
tapi,saya manusia,kadang-kadang goyah dalam pegangan sendiri.

saya harap sangat saya akan terus istiqamah dalam usaha menuju jalan Allah.

Nina Mazlan said...

syafiqah: mashaAllah. seronoknya bila awak ada rasa nak ditarbiyah. sbb kdg2 org2 yg dapat peluang ditarbiyah, suka2 nak tinggalkan sbb rimas etc. i'Allah, Allah sayang hamba2Nya yg berkeinginan padanya.

ameen ya Rabb. om kita sama2 istiqamah. ^^