dulu2 kalau kena tegur dgn orang
mulalah rasa tak sedap hati
rasa macam orang yg tegur tu tak suka dekat kitalah
kalau yg tegur tu orang yg kurang disukai pulak
mulalah syaitan menghasut
'alaaa. dia saja lah tu nak cari kesalahan kau. dia jeles dgn kau tu'
dan teguran2 tu dibiar begitu saja
yg teruk tak diubah, malah bertambah satu lagi titik hitam dalam hati
BURUK SANGKA DEKAT ORANG YG TEGUR TU
manusia kan?
memang macam tu
sekarang, selepas ditarbiyah
kalau kena tegur, mula2 rasa cuak, lepas tu rasa happy
pelik kan?
nak tahu kenapa?
sebab sekarang baru aku tau, sebenarnya teguran2 tu bukan dr 'orang yg tegur' tu
tapi dr Allah [senyum]
cuba fikir, teguran2 tu semua untuk kebaikan kita kan?
ada orang tegur kita sebab kita pergi masjid?
kalau ada, tu teguran dari syaitan. so lepak.
tapi kalau teguran yg nak mengubah kita ke arah kebaikan sila jgn lepak
sila menari2 kegembiraan sbb Allah hantar orang yg tegur kita tu untuk kita supaya kita ada peluang untuk berubah dan sekaligus melayakkan diri kita melangkah setapak ke arah syurgaNya
sweet tak Allah?
Allah sayang kita. sbb tu Allah tegur. Dia nak kita jadik penghuni syurgaNya.
*mata bersinar macam Garfield*
baru2 ni aku bermimpi
mimpi yg mungkin bg orang lain biasa2 jek
tapi bagi aku luar biasa
sebelum tu, untuk pengetahuan korang, sejak belajar di HELP yg mcm Hong Kong ni
aku tak pernah pakai baju kurung dah
alasan aku, susah nak naik bas. -_-"
so hari2 pakai seluar dan baju muslimah ke, blouse ke
kadang2 aku rindu jugak nak pakai baju kurung, tp tu lah
alasan baik punya kan. hehs.
tapi, mimpi tu mengubah segalanya
dalam mimpi tu, aku mimpi aku tengah study ke apa ntah
tiba2, datang seorang kawan aku
kawan yg sejak dr dulu, suka tegur aku kalau aku buat benda2 pelik
dan semestinya, dia kawan yg baiklah
kadang2 aku rasa Allah mmg hantar dia untuk jaga aku
ok sambung mimpi
kawan aku tu datang tiba2 dekat aku, campak satu kertas
aku cuaklah. surat layang ke? heh. mustahil.
takkan surat cinta pulak? lagi tak logik.
so, dgn berhati2 aku bukak surat tu. dan terus zapppp. sentap bro!
dalam surat tu tulis, semua teguran untuk aku
lebih kurang macam ni bunyinya yg aku ingat
'erna, aku tengok kau dah macam berubah sekarang. pakai baju pon dah ketat sikit, pakai seluar etc. tak macam dulu dah. dulu pakai baju kurung, jubah bagai'
aku tak ingat banyak. dah nama pon mimpi kan.
tapi mesej yg disampaikan oleh kawan aku dalam surat tu sangat2 buat aku sedar
bangun tidur, aku rasa macam nak menangis
dan aku bersyukur sbb hidayah Allah masih tak hilang dr aku
ya Allah, sweetnya cara Kau tegur aku.
terima kasih ya Allah
:')
dan hari ni, aku pakai baju kurung balik pergi kelas
taklah susah pon nak naik bas etc
malah, aku makin rasa aku dihormati
subhanallah
indah hidup ni bila segalanya disandarkan pada Allah. kan?
nak dapat hidayah tu susah. tp nak jaga hidayah yg dah dapat tu LAGI susah. T.T
5 comments:
haha. tgk persekitaranla jugak makcik! takkan berangin camtu kau nak bantai jubah an. haha. :P
tp mmg rasa insecure pon. pelik mcm mana org boleh pakai 'lebih dr seluar' tu. -_-"
subhanallah..^^
You're right Nina.
Bila orang dok komen kita rasa xleh terima. tapi sebenarnya why not kalau teguran tu untuk kebaikan kita kan?
Cara penerimaan tu yg kena positif sentiasa. :D insya Allah. hehe.
Mz Aisya: kannn? tu lah. bila rasa Allah yg tego, skang dah mcm tak kisah. :)
بنت يوسف : :')
kak erna :') thank you.
Post a Comment