Tuesday, November 29, 2011

kini jiwa itu merindukan syurga :(

aku pandang sekeliling
andai masa itu mampu dilihat
pasti diri ini tidak mampu mengejarnya
langkah kakiku terlalu lambat
mereka yg sama2 ditarbiyah telah jauh meninggalkan aku
mereka semua berkejaran untuk menjadi muslim yg hebat
tapi aku? apa saja perubahan yg sudah aku lakukan sepanjang tempoh aku ditarbiyah?
pakaian?

'hah. setakat pakaian, mampukah hanya dgn merubah cara pakaimu membantu kamu menjadikan islam sebagai world order?'

bagaimana dgn sikap?

'apa perubahan yg kamu lakukan? adakah sikap kamu sekarang sudah benar2 melambangkan akhlak seorang pejuang islam?'

malu. aku malu.
mereka sudah lama kehadapan
seolah-olah tidak mahu berhenti
berpatah balik apatah lagi
tapi aku? sudah berapa perhentian yg terpaksa aku ambil?
berapa ratus kali diri ini terhenti kerana dilanda badai ujian yg Allah turunkan
sehingga kadang2 diri ini berputus asa untuk teruskan perjalanan
padahal diri ini sendiri sedar
lumrah si penolong agama Allah,perjalanannya harus susah
makin melangkah ke hadapan, makin dasyat badai yg melanda
bukankah itu yg Allah pesan di awal perjalanan?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[29:2]

Allah dah pesan, Dia akan uji kamu
dan namanya ujian semestinya susah
jadi, mengapa harus mengeluh?
kerana keluhan itulah menjadikan langkah kaki ini lambat
sehingga kadang2 seakan-akan tidak bergerak
tetap berada di takuk yg lama
di saat mereka semakin bangkit membanggakan agama
diri ini masih ragu2 untuk terus melangkah
kerana diri ini sedang tertipu
tertipu dengan nikmatnya dunia
diri ini terlalu selesa
terlalu asyik bermain dgn dunia
sehingga lupa akan tugasnya sebagai hamba

Allah

wahai diri
dulu, semalam dan hari nii
kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dgn mengingkari Allah
lau kau tunduk kesedihan dan kebuntuan
kau benar2 kebingungan dan bertanya

'apa yg harus aku lakukan utk menebus kelelahan umat ini?'

[bukankah kau adalah daie dan mujahidah?]

'tapi langkah kakiku terlalu lambat'

[kau lambat kerana kau sendiri sibuk dgn urusan duniamu
mengejar impianmudan lupa akan hari kebangkitan
pada hari itu, amalmu terbentang, tubuhmu terbuka
apakah di sana ada bekal buatmu wahai diri?]

"pada akhir zaman, org2 yg memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api. andai terus digenggam hancur luluh jiwanya.namun andai dilepaskan hancurlah dunia"

wahai diri
jangan takut untuk berjuang
bukankah jiwamu merindukan syurga?

kelesuan dalam mujahadah kerana salahnya langkah pemula



3 comments:

نور عزتي said...

oh ukhtiku syg ..

dakwah itu kan cinta?
mesti la ada ujian dan cubaannya ..
kalau bercinta tu senangg je, x cool la beb ..

haha , asiif kalau x membantu ..
anyway, i miss u!!
=)

syakirah said...

assalamualaikum erna..:)
kira rindu erna jugak, fillah <3
erna, semua org bermujahadah di sini..utk terus thabat..mmg payah..,byk je ujian yg melanda,ujian tapisan dr Allah.,takut itu yg berlaku,nauzubillah.tp,org beriman x takut dan sedih..sbb yakin Allah akan tlg walau apa pun yg berlaku,sama ada kite still merangkak kat jln ni..
moga terus thabat, sis. sayang erna :) <3

Nina Mazlan said...

zati, kira: rindu korang jugak. :( sedihla. sini sorg2. kdg2 rasa seronok siapkan urusan dunia smpi lupa nak bt benda2 dakwah. even dakwah fardiyah pon rasa tak mampu dah. :(