lagu tema ToF 2011
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ToF berakhir dgn sempurna. 2 hari yg aku rasa sgt bermakna. :') RM90 yg sgt berbaloi. sebelum aku pergi, ada sorg kawan aku cakap, 'RM90? mahalnya.' tapi bagi aku, RM90 tu sgtlah murah ye nak dibandingkan dgn ilmu yg dapat. pergi Mid Valley pon sure2 habis RM100++ shopping. takkan RM90 untuk ilmu nak berkira jugak ye dak? okeh. dgn ini, aku berbesar hati nak berkongsi serba sedikit pengisian dan pengalaman yg aku dapat semasa 2 hari ToF. semoga bermanfaat.
TALK(s)
- You're The Best Nation [Sh. Yahya Ibrahim]
- The Building Blocks [Sh. Alaa ElSayed]
- Modern Economics vs. Sacred Principles [Ust. Zaharuddin Rahman]
- I'm Muslim & I'm Proud [Sh. Navaid Aziz]
- For His Sake Alone [Sh. Yahya Ibrahim]
- Cultural Islam or Islamic Culture [Dr. Bilal Philips]
- One Faith, One Family [Sh. Hussein Yee]
- Unity In Diversity [Dr. Mazlee Malik]
- One Youth, the Foundations of an Exemplary Community]
- Ask The People of Knowledge [Sh. Hussien Yee]
- Education is For Life, Not For Living [Dr. Bilal Philips]
- Exemplary Women of the Past [Sh. Alaa Elsayed]
- Allah's Beloved [Sh. Yahya Ibrahim]
- Allah in the Hearts, World in The Hands [Sh. Tawfique Chowdhury & Sh. Alaa Elsayed]
- The Balanced Nation [Sh. Tawfique Chowdhury]
talks semua disampaikan oleh speaker yg hebat2. rasa mcm teruja sbb dapat tengok live. nak kongsi semua pengisian mmg tak mampulah kan. tapi i'Allah akan kongsi beberapa isi talks yg menyentuh hati aku.
You're The Best Nation
dalam al quran Allah berfirman,
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia." [3:110]
KITA [aku, kau. mereka] semuanya adalah SEBAIK-BAIK umat yg dilahirkan. mashaAllah. hebatkan kita sebenarnya. berlambak2 manusia yg telah diciptakan di bumi ini, umat Nabi Muhammad yakni kita semua ni yg Allah iktiraf sbgi sebaik-baik umat. kenapa? Allah sambung lg dalam surah dan ayat yg sama,
"(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."
sebab kita ajak org lain melakukan kebaikan, dan dalam masa yg sama, kita buat apa yg kita seru tu. org kampung aku cakap, WALK THE TALK. kenapa Twins of Faith? mula2 dengar macam biasa jek kan? tapi, disebalik 2 perkataan ni tersimpan makna yg sgt mendalam. semua org tahu, twins = 2. apa yg 2 tu? ILMU & AMAL. ilmu tanpa amal ibarat jasad tanpa roh. jasad tanpa roh adalah mati. begitulah ilmu tanpa amal adalah mati.
Building Blocks
macam mana nak membentuk ummah? adakah cukup dgn iman sahaja? adakah cukup dgn hanya duduk diam dan berdoa? sekali lagi, konsep ILMU & AMAL digunakan ye. dapatkan ilmu sebanyak mungkin, jgn pernah berhenti belajar. wahyu pertama pon IQRA' kan? BACALAH. READ. acquire knowledge. dan bila dah tahu, amalkan. buat. jgn tahu tapi tak buat. macam mana ummah nak terbentuk kan? sheikh jugak ada cakap,
'raise your children before they actually born'
macam mana tu? step 1, didiklah diri dgn amal soleh supaya bersedia utk menjadi contoh kepada anak2. step 2, carilah pasangan yg memenuhi kriteria yg digariskan oleh Allah & Rasul. kalau semua famili buat macam tu, senanglah ummah nak terbentuk kan? heee.
I'm A Muslim & I'm Proud
kenapa kita kena berbangga menadi muslim? sbb agama kita islam adalah agama yg hebat. tapi, tak ramai yg sedar agama kita adalah agama yg hebat. sebab apa? sebab kita malas nak membaca, mengkaji kisah, sejarah agama kita islam. kita malas dan tak peduli dgn kisah org2 hebat yg ada dalam agama kita. yg kita peduli, yg kita baca, gosip2 artis. sampaikan artis A kahwin dgn cleaner pon nak kecoh. biarlah dah jodoh dia. tp cuba tanya isteri Nabi ada berapa org, agak2 berapa org jek dapat jawab?
dan tak berguna rasa bangga menjadi seorang muslim itu kalau kita tak punya hubungan yg kuat dgn Allah. dan kalau kita tak menyayangi saudara2 seislam kita.
Prophet Muhammad p.b.u.h. said: “You will not enter Jannah until you believe, and you won’t believe until you love one another. Shall I tell you something, that if you practice it, you will LOVE one another? SPREAD SALAM amongst yourselves.” (H.R Muslim)
For His Sake Alone
apa2 pon yg kita lakukan, apa2 pon yg kita dapat kat dunia ni, semuanya sbb Allah. only Him. Sheikh cakap, jgn gabungkan Allah dgn sesuatu yg lain. tak paham bukan? okeh. explanation dia camni. contohlah kita dapat result gempak masa exam. then kita cakap, semuanya atas usaha kita sendiri. haa nampak2. ada unsur meletakkan usaha tu setaraf dgn Allah. kita kena percaya, sebenarnya kalau Allah taknak bg, tak kiralah usaha setinggi gunung pon, mmg takkan dapat. dan begitulah sebaliknya.
tujuan hidup kita seperti yg digariskan di dalam 2:30 & 51:56, dilakukan semtaa-mata untuk mendapatkan redha Allah. bukan redha manusia. cuba kita ingat balik, antara solat, dgn menjawab soalan semasa exam, yg mana satu kita lg fokus? antara dengar ceramah, dgn tengok movie, yg mana satu kita lg fokus? antara membaca al quran, dgn membaca novel, yg mana satu kita lg fokus? pelik kan? kdg2 kita ni, susah sgt nak fokus bila dgn Allah. tp kerja2 dunia sng jek nak fokus. hmmm.
One Faith, One Family
Sheikh cakap, "every single person in this world were born as a Muslim". what? habis? mana datang non-Muslim semua tu kan? selama ni selalu dgr org cakap, tak adillah org yg dilahirkan sbgi bukan islam tu kan? bila dengar Sheikh cakap yg semua org dilahirkan sbgi org islam, mcm contradict pulak kan? tapi, mmg make sense. sbb Rasulullah jugak pernah bersabda,
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (semulajadi, bersih dan suci dari dosa), kemudian para ibubapalah yang mencorakkannya sama ada akan menjadi (beragama) Majusi, Yahudi, Nasrani."
"it is their surrounding, parents or family who corrupt them." nampak? betul kan? samalah kesnya dgn islam warisan. dilahirkan sbgi muslim, tp sbb ibubapa/famili/persekitaran tak menunjukkan islam yg sebenar, jadilah mereka muslim hanya dalam IC.
then, Sheikh cakap, sbgi muslim, hendaklah kita berusaha menceritakan, atau mempromosikan islam kepada org bukan islam. sbb apa? sbb hanya dgn itu, islam boleh tersebar.
sheikh cakap lg,
'you cannot unite people using races, you can only unite people using Islam'
ya Allah, sgt betulkan? mana ada islam cakap islam hanya utk org melayu atau arab kan? islam untuk semua bangsa. contohnya, dkt ToF, bukan hanya ada org melayu. tp ada org dr pelbagai bangsa. betullah islam dapat menyatukan manusia. :')
ISLAM : I Shall Love All Mankind. sayang semua org. non-muslim, muslim dalam IC, muslim sejati, semuanya. sbb tu lah islam tu indah.
Exemplary Women In The Past
slot ni, Sheikh ceritakan wanita2 yg hebat masa zaman Rasulullah. then Sheikh cakap camni yg aku rasa smart,
'why they have so many fictional characters? (superman, batman, catwoman etc.), because they don't have the real superhero.'
kita? kita ada Rasulullah, dan sahabat2 Rasulullah yg lain. hebat lg dr batman segala tu kan? *kenyit mata buat muka bangga*
WORKSHOP(s)
workshop semuanya ada 10. tp yg aku pergi 2 jek. sbb sayang nak tinggal conference. hehs. workshop mmg kena cepatlah. kena daftar awal2 sbb space limited. Alhamdulillah, aku dah daftar online awal. adalah kesempatan nak masuk.
- Food For Thought [Nor Azizah]
- Marriage Corner [Sh. Alaa Elsayed]
- Breastfeeding is Sunnah [Rita Rahayu]
- Challenge of a Working Mum [Raya Shokatfard]
- Family Finance [Ust. Zaharuddin]
- Women in The Eyes of God [Dr. Harlina]
- Youth Empowerment [Dr. Mazlee Malik]
- Marriage Facilitation Ceremony.
- Struggling To Be A Better Muslimah Everyday [Wardina Safiyyah]
- Effective Parenting Using the Khalifah Method]
workshop ni mmg bestlah. sisters mmg ramai betul yg pergi. brothers? adalah 5/6 line. malu mungkin. -.-
Sheikh mulakan dgn kata2 Saidina Umar,
"if you can get married but you don't, you're either an idiot or a fasak"
Sheikh mmg betul2 galakkan kita kahwin. [okeh. mungkin kedengaran sedikit matang ye. hehs.] sbb apa? sbb dgn kahwin, kita akan menyempurnakan separuh agama kita. best kan? best sbb dapat protect half of our deen. org2 zaman sekarang, bila cakap pasal kahwin jek, cakap gatallah, muda lagilah, macam2. padahal, kahwin ni adalah satu ibadah yg sgt besar dlm islam. dan untuk menyempurnakan ibadah yg satu ni, mestilah kena ada preparation yg hebat kan?
Sheikh mmg lawak. tak rugi dengar. dan antara pengisiannya, Sheikh ingatkan balik, 4 kriteria yg patut sisters & brothers pilih semasa mencari pasangan.
untuk brothers, seperti yg digariskan dalam hadith Rasulullah SAW, carilah berdasarkan
- agamanya
- kecantikan
- keturunan
- kekayaan
dan carilah yg beragama, nescaya kamu bahagia. tapi Sheikh cakap yg lain pon penting jugak, sbb kalau kahwin dgn perempuan yg bila tengok rasa sakit hati jek pon tak jadi jugak. tp first thing first, pastikan agamanya.
untuk sisters,
ada 4 kriteria jugak yg perlu diambil kira. 2 datang dr al quran, dan 2 datang dr hadith Rasulullah.
- strong
- trustworthy
- religious background
- moral [akhlak]
yg pertama, strong. jgn fikir yg pelik2. maksud di sini adalah strong in faith ye. kenalah cari pasangan yg beriman sbb kalau dia tak boleh nak sayang Allah, macam mana dia nak sayang kita kan? (sekali lagi cilok ayat wardina).
yg kedua, trustworthy. mampukan dia membawa kita ke syurga? jgn masa sebelum kahwin jek solat kemain, bila dah kahwin nak tengok bangun suboh pon susah. siasat betul2.
yg ketiga, religious background. yg ni comfirmlah kan. dan yg keempat, moral yakni akhlak. carilah yg berakhlak. jgn carik yg akhlaknya letak dalam poket jek.
lepas tu, Sheikh bagitau, before nak kahwin, amalkan 4 step ni.
- consult/ask. [kenalah tahu serba sedikit pasal org yg nak dijadikan pasangan tu kan. jgn tahu nama jek, lepas tu bila dah kahwin, dah kenal baru nak menyesal.]
- istikharah. [ask Allah. sbb apa? sbb Allah mengetahui apa yg tersirat & tersurat]
- determine. [bila dah yakin, teruskan niat nak kahwin tu. buat apa yg patut. jgn duduk nganga jek]
- tawakal. [step paling penting. bila dah buat keputusan dgn siapa nak berkahwin, trust Allah. percaya, itu adalah yg terbaik untuk kita]
Struggle To Be A Better Muslimah Everyday
disampaikan oleh Wardina. cantekkk kot. kali kedua tgk dia live. kali pertama masa jahiliah, kali kedua masa dipancari sinar hidayah. mashaAllah. Allah tu sweet kan?
mula2, Wardina bagi setiap org black seed atau biji sawi. kecikkkk sgt. significant? Allah pernah berfiman,
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [99:7-8]
sekecil mana pon amal perbuatan kita, Allah kira. so, jgn segan nak buat kebaikan dan sila segan untuk buat kejahatan. tunjukkan pada semua org apa yg baik ttg islam. jgn tunjuk benda2 jahat yg mendatangkan fitnah pada islam. masa kecik2, kita selalu diajar untuk takut pada Allah. dan bila kita dah besar, kita suka cakap dkt budak2 kecik, 'jgn buat itu nanti Allah marah, jgn buat ini nanti Allah marah.' sampaikan, dah jadik mind set kepada budak2 kecik yg islam ni menakutkan. padahal kita lupa untuk mengajar mereka untuk mempunyai harapan kepada Allah. betul kan apa Wardina cakap? T___T
kalau kita tengok, INI KISAHKU:WARDINA SAFIYYAH mesti kita macam impress macam mana Wardina boleh berubah kan? rahsianya, sbb Wardina percaya, yg Allah Maha Pemaaf. dan kita semua patut ada perasaan tu.
"when we want to change, to improve to be a better muslimah, BELIEVE that Allah is the most forgiving"
ada banyak yg Wardina kongsi. yg mana, semuanya menyentuh hati nurani sbgi seorang muslimah. mashaAllah. teringin nak jadik hebat macam Wardina.
ENTERTAINMENT(s)
entertainments mmg mantoppp mantoya. antara entertainers yg hadir,
- Boona Mohammed
- Muadz Dzulkefly
- Muslim Belal
- Abdullah Rolle
- Shini Moriwaki
Boona Mohammed
mashaAllah. Brother Boona ni spoken word artist. hebat ayat2 dia. paling suka dgn persembahan dia tajuk SIGNS. [yg ni bukan direcord masa ToF]
petikan lirik yg paling menyentuh hati aku
Brorther Muadz punya persembahan yg paling aku suka. lagu nada al-masid yg dia sampaikan mmg rasa macam OUCH~! ni recording ToF yg aku umpa di YouTube.
petikan lirik lagu
Nada al Masjidu lil Ummah
Ya Ummati Aina Syababi
Littaa’ti tahlul himmah
Al- himmatu fiha hayati
Ya Ummati Aina Syababi
Littaa’ti tahlul himmah
Al- himmatu fiha hayati
petikan maksud lagu
Masjid ini adalah milik Umat,
Wahai umatku, di mana pemuda-pemuda
Wahai umatku, di mana pemuda-pemuda
yang taat yang mempunyai kesungguhan
Dalam kesungguhan itulah kehidupanku
Wahai Bilal agama bertakbirlah,
Takbirlah Allahuakbar,
Dan dengan pujian Allah bertakbirlah,
Takbirlah wahai Bilal sebanyak2 nya.
Masjid ini menyeru manusia
Wahai muslim di manakah keikhlasan?
Wahai muslim di manakah ikhlas?
Dalam kesungguhan itulah kehidupanku
Wahai Bilal agama bertakbirlah,
Takbirlah Allahuakbar,
Dan dengan pujian Allah bertakbirlah,
Takbirlah wahai Bilal sebanyak2 nya.
Masjid ini menyeru manusia
Wahai muslim di manakah keikhlasan?
Wahai muslim di manakah ikhlas?
terasa tak? rasa macam dicucuk-cucuk esp bila dengar live. T___T
Dimana masjid di hati anda?
Adakah di hari jumaat wahai pemuda-pemuda?
Atau adakah hanya ketika anda punya masa lapang?
Atau adakah hanya ketika anda ingin melansungkan nikah?
Mungkin juga hanya ketika ada kuliah atau kenduri kendara?
Adakah di hari jumaat wahai pemuda-pemuda?
Atau adakah hanya ketika anda punya masa lapang?
Atau adakah hanya ketika anda ingin melansungkan nikah?
Mungkin juga hanya ketika ada kuliah atau kenduri kendara?
Muslim Belal
sorang lg spoken words artist. lagu-lagunya ada mese. sgt suka dgn lagu yg disampaikan oleh Muslim Belal menceritakan bagaimana dia masuk islam. mmg menangislah kan masa tu. sweet sgtttt.
lagi satu, suka dgn lagu pasal MUSLIMAH yg dia nyanyikan. blushing pulak dengar. hee.
kalau ada sesiapa yg pergi ToF 2011 ni baa entri ni, mintak betulkan apa2 yg salah, dan sesiapa yg nak tambah point, pengisian, semoga Allah berkati. WALLAHUALAM.
13 comments:
MashaAllah. Thank u for sharing! Compact & sgt bermanfaat. Tapi ada sikit nak betulkan, boleh?
Part iman & amal tu rasanya ilmu & amal yang dimaksudkan. Ain, lam, mim -same letters but different words (Ilm & Amal) kata Sh. Yahya Ibrahim...
mashaAllah. jazakillah sara. dah betulkan. ^^
Thanks for sharing ukhti.. Sy x dapat join workshop tu. At least sy dapat info dr apa yg Wardina kongsikan. jazakallahu kheir..
el ainn: waiyaki sister, may Allah bless. :)
salam, great share :)
jazakillah ya ukhti. ^^
jazakillah khair atas perkongsian !
=)
waiyaki kak! :P
http://www.youtube.com/watch?v=JKzCZhA72x0
salam. ini link boona mohammad masa kat ToF aritu..=)
wassalam.
wahh. syukran jazilan. ^^
Assalamualaikum,tulis sendiri kah?Bagusnya ^^ , Mabruk kak...Nanti bila ada time saya baca sampai habis punya :DD
cograts <3
Assalamualaikum,tulis sendiri kah?Bagusnya ^^ , Mabruk kak...Nanti bila ada time saya baca sampai habis punya :DD
cograts <3
Alhamdulillah. tulis apa yg rasa dr hati jek. :)
semoga bermanfaat. ^^
Post a Comment