"YA ALLAH
Engkau mengetahui hati-hati ini
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
doa rabitah hati. siapa yg tak tahu? malah ramai yg dah menghafalnya.setiap hari dilafazkan bersama2. kalau dekat sekolah dulu, setiap kali selepas maghrib. dekat kolej pulak, setiap kali selepas asar sebelum majlis fikir. kalau ada usrah, kakak2 usrah yg prihatin akan menamatkan usrah dgn doa ni.
doa yg sepatutnya mengikat hati2 kita
doa yg sepatutnya mengajar kita erti ukhwah
doa yg sepatutnya membuahkan rasa rindu pada kita pada perjuangan di jalan Allah
doa yg sepatutnya mengajar kita erti ukhwah
doa yg sepatutnya membuahkan rasa rindu pada kita pada perjuangan di jalan Allah
namun, tak ramai yg sedar betapa besarnya erti doa ni. malah kesannya juga seolah2 tiada. mengapa? mungkin tidak paham maksud? mustahil. sbb ramai juga yg sudah lama berada di dunia tarbiyah, sudah bedah maksud doa ni. namun kesannya tetap negatif. di mana salahnya?
mungkin pada dosa2 lama, atau karat2 jahiliah yg masih malas nak dibuang itu menghalang hati2 kita dr keindahan kesan doa ini?
atau hati kita sendiri tidak pernah hadir setiap kali membaca doa ini? mulut melafazkannya namun hati, fkiran pada urusan dunia yg takkan pernah habis?
mungkin juga dalam tak sedar, kita sebenarnya adalah robot yg membuat kitaran bodoh? kerana sudah menjadi kebiasan membaca doa ini, tp tidak pernah mengambil masa mendalami maksudnya?
Allah.
bukan tak pernah tengok orang yg hari2 duduk sama2 baca doa rabitah hati, namun keluar majlis tidak pernah bertegur sapa. ada juga orang yg hari2 duduk sama2 baca doa ini, tapi perasaan benci, hasad dan iri hati tetap ada dalam hati masing2. bila duduk dalam majlis ilmu, boleh duduk berlaga lutut, tp di luar majlis ilmu, saling berselisih bahu, menjeling seperti singa lapar.
bukankah doa ini sepatutnya menjadi medium utk kita merapatkan ukhwah?
bukankah doa ini sepatutnya menjadi medium utk kita buang segala perasaan tak baik tu?
bukankah doa ini sepatutnya menjadi semangat bagi para daie setiap kali melafazkannya?
bukankah doa ini sepatutnya menjadi peringatan buat kita bahawa kita sama2 pernah berjanji utk memperjuangkan agama Allah?
namun, kenapa bila di luar, tatkala saudara2 kita semakin menjauh dr jalan Allah, kita buat tak kisah? kubur lain2, kata kita. mana janji2 yg dilafazkan utk sama2 berjuang? mana hilang rasa keterikatan hati kita? mana pergi rasa kasih dan cinta 'ukhwah fillah' yg kita lafazkan selama ini? bukankah jika benar2 doa rabitah hati yg kita baca itu berkesan, hati2 kita akan saling terikat?
bila jauh rasa rindu utk sama2 duduk berlaga lutut mendengar kisah Allah.
bila dekat terasa seolah2 tidak mahu berpisah, seronok sama2 berzikir.
bila terpesong sama2 mengingatkan agar kembali ke jalan Allah.
adakah perasaan itu sudah ada dalam hati kita wahai hamba yg saling berjanji setia?
jika doa itu berkesan pada kita, Allah yg akan menyatukan hati kita. Allah sudah berjanji bukan?
"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [8:63]
Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya
Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa
kerana itu pentingnya hati2 kita ini terikat. agar sama2 hebat berjuang di jalan Allah. Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalannya dalam satu barisan yg tersusun. kerana Allah tahu payahnya perjuangan ini, Allah tidak suruh kita berjuang seorang diri.
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" [61:4]
sangat indah jika kita sama2 dapat rasa keterikatan hati yg Allah berikah pada muslim yg sejati itu kan?
kata imam Nawawi,
"Aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu. Jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah kecintaanku padamu"
kata aku,
"Aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu. Jika kau hilangkan agama dlm dirimu, akan ku bimbing kembali dirimu supaya kita dapat bersama2 rasa indahnya syurga"
dakwah itu cinta. cinta meminta semuanya darimu.
1 comment:
salam kak erna...
jazakillah!
post yg amat terkesan!
Post a Comment