Tuesday, January 31, 2012

A, B, C atau D - Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Makin hari makin sibuk dengan kerja dunia. Tu lah manusia, bila kerja dunia cepat jek nak siapkan. Bila kerja akhirat tu bertangguh bukan main lama. T__T Nak tulis pun tak sempat. Nak pergi approach orang face to face apatah lagi, takde masa langsung. KONON! Orang lain ada 24 jam jugak! Kenapa orang lain sempat nak siapkan semua kerja dunia, dan sempat jugak nak berdakwah ke sana sini? Dah berapa lama tak pergi ky jumpa adik2. Ohh sgt sori ye budak bertiga. :(

Nak jadik hebat! Nak jadik hebat! Nak jadik macam sister2 yang banyak2 tu. Yang boleh drive jauh2 untuk bagi usrah dekat adik2. Nak jadik macam adik2 yang hebat2 tu. Yang boleh konsisten datang usrah setiap minggu. Haih2.

Cakap jek buat apa kan kalau tak buat? Tu lah lagi satu perangai buruk manusia. -.- Dahlah. Sila share something yang bermanfaat sikit. Ayuh membaca!

 Anda mahu tahu bagaimana masyarakat islam zaman sekarang? Secara amnya, kita boleh bahagikan kepada empat golongan. Golongan A, B, C dan D.

1. A = AWAM

Masyarakat yang tergolong dalam kategori awam adalah masyarakat yang islam hanya pada nama, yakni islam 'I' (besar) dan bukan islam 'i' (kecil). Paham istilah 'i' (kecil) dan  'I' (besar)? Baiklah, mari kita lihat contoh seperti di bawah.

Seorang budak berkata ‘saya Jahat’. Kita lihat pada J (besar) yang mana maksudnya nama budak tersebut ‘Jahat’ tetapi tidak bermakna sikap atau perbuatan budak tersebut jahat. Seperti mana yang kita belajar dalam pelajaran Bahasa Melayu, kata nama perlu dimulakan dengan huruf besar bukan? Baiklah, sekarang seorang budak yang lain pula berkata ‘saya jahat'. Sekali lagi kita lihat pada j (kecil) yang mana maksudnya budak tersebut memang jahat sama ada dari segi perbuatan atau sikap. Tetapi nama budak tersebut tidak semestinya Jahat. Mungkin Abu, Ali, Seman dan sebagainya.

Sekarang, kita aplikasi konsep ini pada islam/Islam. ISLAM i (kecil), maksudnya seseorang itu memang mengamalkan cara hidup sebagai seorang islam. Dia solat, puasa dan melakukan ibadah-ibadah lain. Manakala ISLAM I (besar), seseorang itu meletakkan islam hanya pada nama. Islam hanya dalam IC, tetapi hakikatnya dia tidak pernah bersolat, berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakannya.

Dan sudah terang lagi bersuluh, golongan A ini semakin menguasai dunia. Boleh kata mereka ini golongan majoriti. Tamat penuh.

2. B = BIASA


Golongan yang kedua dinamakan golongan biasa. Masyarakat yang tergolong dalam kategori biasa ini mungkin mengaplikasikan ISLAM i (kecil). Mereka bersolat, berpuasa, dan beribadah dengan baik.  Mereka buat ibadah-ibadah wajib. Tetapi, golongan ini mempunyai sedikit perasaan 'cukup' dalam diri mereka. Bagi mereka, cukup sekadar membuat ibadah-ibadah wajib.

Analoginya, mereka mempunyai Sim Card. Sama ada Celcom atau Maxis atau Digi. Tetapi mereka tidak mempunyai kredit. Bagi mereka, cukup ada yang basic sahaja. Ada Sim Card sudahlah. Tak perlu topup kredit.

Dan golongan B ini tidak mahu topup pahala dgn menghadiri majlis-majlis ilmu atau melakukan ibadah-ibadah sunat. Bagi mereka, buat yang wajib sudah memadai.

Golongan B ini kurang  sedikit bilangannya berbanding golongan A. Tetapi masih banyak kuantitinya di muka bumi Allah ini.

3. C = COMMITED

Masyarakat yang tergolong dalam kategori commited ini tarafnya 'up' sedikit dari golongan awam & biasa. Mereka buat ibadah-ibadah wajib dan pada masa yang sama mereka juga buat ibadah-ibadah sunat. Mereka suka menghadiri majlis-majlis ilmu juga selalu membaca al- Quran. Mereka sangat istiqamah, commited dengan ibadah-ibadah mereka. .Tetapi golongan ini boleh dikatakan sedikit kedekut.

Sambungan analogi, mereka bukan sahaja mempunyai Sim Card, tetapi mereka mempunyai kredit juga. Mereka sentiasa suka topup kredit mereka. Tetapi malangnya mereka malas untuk call atau mesej orang lain. Atau bahasa manjanya, mereka ini kedekut. Mereka amat takut kredit mereka habis kalau call atau mesej org lain. Penyelesaiannya, kredit mereka ditopup sekadar untuk memuaskan hati mereka, tapi tak pernah digunakan.

Golongan commited ini juga boleh diumpakan seperti katak di bawah gelas. Sekali lagi, taraf mereka 'up 'sikit dari katak-katak yang tinggal di bawah tempurung yang memang langsung tidak nampak apa yang berlaku di dunia luar. Katak di bawah gelas ini istimewanya ia nampak apa yang berlaku di dunia luar. Ia nampak kawan-kawannya buat maksiat. Ia juga nampak islam sedang terumbang-ambing dan semakin nazak. Ya, ia nampak semua itu tetapi ia tidak mahu mengambil tahu. Duduk saja di bawah gelas, tunggu dan lihat. Baginya, cukup dirinya sahaja yang beribadah bersungguh-sungguh. Buat apa mahu ajak org lain? Bukankah kubur lain-lain? Begitulah sikap golongan ini yang seperti katak di bawah gelas.

Dan golongan C ini kurang sikit bilangannya berbanding golongan biasa. Tapi masih wujud di muka bumi ini.

4. D = DAIE

Golongan terakhir adalah masyarakat yang tergolongan di bawah kategori Daie. Masyarakat yang tergolong di bawah kategori daie ini adalah masyarakat yang selalunya dikecam. Mengapa? Sebab golongan ini suka menyampaikan. Mereka 'sibuk' hal orang lain. Mereka tidak mahu masuk syurga seorang diri. Mereka mahu mengajak kawan-kawan serta saudara-saudara mereka semua kembali pada islam yang sebenar. Mereka tidak suka menjadi katak yang duduk di bawah gelas. Mereka tidak kisah kredit mereka habis. Mereka sibuk beribadah dan juga sibuk mengajak orang lain untuk turut sama beribadah kepada Tuhan. Mereka sedar tujuan mereka diciptakan bukan sahaja untuk beribadah tetapi untuk menjadi khalifah juga.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?''. Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]

Malangnya golongan D ini teramatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan golongan A, B dan C. Golongan D ini golongan asing. Tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa? Kerana mereka ingat kata-kata Rasulullah SAW, ‘dan beruntunglah orang-orang yang asing’.

Kesimpulan, sebagai seorang islam, terpulang pada diri masing-masing mahu jadi golongan yang mana. A. B. C atau D?

Pilihan di tangan anda.

Dan aku hanya menyampaikan.

"sampaikanlah walau hanya dengan sepotong ayat"

this is actually a re-post. haih. re-post jela yang mampu. sekali lg failed. T___T



5 comments:

LailaAlfisyahr. said...

Awak, jom jadi golongan D.
walaupun payah, tapi manisnya ada.

EnsyaAllah allah permudahkan jalan2 kita menujuNya.

Don't give up okay :)

-M.

Unknown said...

re-post ek?
kenapa mcm bru 1st time baca?
mgkin sy ni mmg pelupa ..
=_=

anyway, sy suka part 'katak bawah gelas'
kelass gitu .. =p

"Nak jadik hebat! Nak jadik hebat!"
-Nak jugak ! Nak jugak!-
tp betul la kata org, jalan ni sumpah panjang..
banyaaaak lagi nk kena blaja, banyakkk lagi perlu dikorbankan ..

selamat berjuang ye kak? =p
kenang daku dalam rabitah mu ..
^_^

Nina Mazlan said...

M. : i'Allah. jom usaha sama2. :')

KAKAK: saya adik ok. baru 1sy year degree. lalala. :p

sumpahhhhhh panjang kan? :( selamat thabat jugak zetot! :)

Who's na said...

:)

peace n blessings be upon u,found ur articles at iluvislam website...

the words kinda ironic and knocked into my heart,but exactly how far we have knowedge on others that really put their efforts for Islam and only Alah knows their hardwork,not us to categorizes them as public,etc or a preacher..:)

Nina Mazlan said...

:) terima kasih atas teguran. saya dapat ni dari naqibah usrah saya, dan rasa tersentuh, lalu saya share dalam blog. tp kalau buat sesiapa terasa, minta maaf. tak berniat. just a sharing. :(

btw. thanks again. ^^